Mar 1, 2020

Japan Solo Exploration: Day 3- Osaka Castle

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujan juga di petang hari.. rumah aku sekarang ni kalau musim panas lain macam panas dia.. kalau bebudak tu balik sini kesian kadang tengok.. lagi-lagi kakak iman... ice princess.. eh aircond princess hehehe.. cite NZ aku nampaknya aku hold dulu.. nak siapkan cerita jepun.. semoga excitement mengarang berterusan insyaAllah..

Pagi hari ketiga, aku keluar agak lambat.. dalam 7.20 gitu.. hari kerja pulak tu.. memang ramai orang.. aku siap salah naik train lagi.. nasib perasan time 1 station.. sempat tukar.. so, kalau korang berjalan di jepun, 6.30 tu cantik sangat untuk aku yang tak mahir map train jepun.. musim sejuk ni pulak siang habis awal..

pagi hari ketiga ni aku pakai osaka amazing pass 1 day.. kelebihan osaka amazing pass ni ialah banyak entrance fee cover, all train dan bus cover except for JR line.. time aku plan tentatif, aku dah pilih tempat yang aku nak pergi.. bila kira-kira, harga entrance dan train capaila dalam 2,700 yen.. kalau ikut group FB RTJ, kita patut beli pass ni bila expenses kita cover 2x ganda.. tapi kenapa aku still beli walau cover ngam-ngam? sebab aku malas nak keluar duit dekat sana.. OAP ni antara first pass yang aku beli sebelum kes virus makin tinggi.. aku beli dengan HIS travel.. beli hari ni lusa insyaAllah sampai dia pos kalau tak nak pick up.. oh ye, kalau korang memang nak beli pass, sila beli dengan HIS travel.. kalau beli dari klook, nanti kena redeem dekat sana.. airport osaka ada je kaunter, tapi kalau kita naik airasia, sampai kan dah dekat pukul 10 malam.. kaunter tutup dah.. then kena pergi area namba kalau kita di osaka.. tapi lecehla.. tambah tempat nak kena singgah.. better beli je dengan HIS travel.. tak banyak pun beza.. USJ takpe kalau nak belo klook.. sebab dia boleh scan je dari QR code yang kita dapat.. aku kan beli kansai thru pass dekat klook, so hari ni aku kena g redeem.. aku dah la fail baca map.. time cari tempat HIS travel ni ok lagi, alhamdulillah senang jumpa.. cuma, bila aku nak ke tempat seterusnya aku ialah sesat tahap epik.. nanti aku cerita details.. 

so berbaloi ke tak beli OAP ni kalau korang tanya aku.. hmmm, aku rasa tak beli pun takpe.. kalau korang jenis gagah jalan, fit.. boleh cover banyak tempat, memang berbaloi gile.. aku punya ni yang dah leisure habis pun, aku punya penat tahap minta nyawala.. seriau gile bila fikir balik.. aku punya penat tu sampai aku rasa ni kalau aku pengsan ni cane ni.. memang betul-betul doa Allah mudahkan urusan aku supaya aku tak susahkan family aku.. nampak dramatik kan, tapi aku serius weh.. untuk OAP aku, aku hanya cover osaka castle, osaka museum of history, osaka museum of house and living dan dotonbori.. memang ni paling minumum la untuk nak bagi pass berbaloi.. entrance fee each tempat range dalam 500-600 yen.. bolehla.. kelebihannya, kita tak payah tolak expenses kita untuk travel for that day..

ok panjang mukadimah, so first stop untuk hari ni ialah osaka castle.. lepas jumpa train yang betul alhamdulillah senang je nak cari.. signage pun clear sepanjang jalan


the exit



aku turun di stesen ni


jepun memang ramai orang naik basikal..


apo pilih gambar ni jadi profile video na.. kes malas pilih cover video la ni.. dekat belah kiri ni ada geng pepakcik minum kopi beramai-ramai.. aku syak perjumpaan sebelum mula kerja agaknya..


lapang selapang-lapangnya.. tenang aje pada aku permulaan perjalanan pagi ni



ada taman cantik.. takde lagi budak main seingat aku..



siap ada rumah mainan gini..



area bulatan.. kalau sampai awal boleh lepak sini.. aku kan gerak lambat.. nak dekat pukul 8 dah tak salah aku time ni


illusion museum ni pun antara dalam OAP.. mula-mula aku rasa macam nak pergi, tapi bila tengok details tempat ni macam takde apa sangat..


OAP ni dia cover banyak emmm pekan ek.. so kita boleh pilih attraction place berdekatan dulu sebelum ke next pekan.. osaka castle dengan history museum ni area yang sama.. sini pun ada cruise kalau nak naik.. tapi aku tengok video youtube, macam biasa-biasa je.. 



berjalan di celah-celah pokok.. sunyi juga kawasan ni.. geram pulak aku tengok muffler aku yang dah tertarik benang.. sebab jaket aku ada yang jenis strap.. so selalu melekat.. dah la aku suka muffler tu


oh noo.. do you guys see what i seee....


stairs.. mencanak weh.. apa ni.. aku dah la pakai kasut ada heels.. sikit je, tapi boleh tahan sakit dah kaki aku.. kasut tu kak ayu bagi sebab dia salah saiz.. demi gaya aku pakai.. aku silap tak bawa kasut spare siap-siap


donation for cats



sampai di area kawasan lapang lagi.. aku syak dalam 20 minit juga aku jalan.. aku slow-slow je.. aktiviti hari ni penuh.. bahaya kalau awal-awal dah penat



signage clear..


castle ni ada banyak entrance.. aku ikut je google map punya arah tujuan


seronok pulak aku baca balik penerangan


isu pipi aku masih tak settle walaupun dia Jepun.. haha.. aku rasa isu ni memang susah nak settle.. kawasan plum ni lepas 2 3 hari aku pergi bunga dah blooming.. cantik betul.. bukan rezeki aku.. banyak rezeki lain Allah bagi untuk aku



di group RTJ sharing.. wajib follow group tu kalau korang plan nak ke jepun. diorang ada sediakan juga pakej kalau korang nak guna ejen.. of coursela berbaloi kan.. 



tengok ni pun dah happy terbayang time blooming kan.. ada rezeki kita pergi lagi time spring pulak..






small temple.. aku amik dari jauh je.. ada one guy belah dalam temple.. beria dia ambil gambar dengan kamera besaq dia..


kawasan osaka castle ni besar.. aku sedar bila p history museum.. nanti aku share.. korang nampak kan macam ada sungai yang color biru cair tu.. dalam tu la kawasan osaka castle.. bapak luas..


dah start nampak orang.. aku harap kalau umur aku panjang 60-70 tahun, aku masih gagah berjalan mencari makna hidup.. gitu.. hahaha.. ayat ustaz pahrol ni, pinjam..



dah start buka tripod dah time ni.. dekat entrance ni jumpa geng melayu.. aku senyum, tapi tak tak tahula depa nampak ke tak.. ada mask kan.. seronok juga pakai mask.. orang tak nampak muka kita.. time first week aku balik aritu, aku pakai mask as precaution.. ada 2 3 orang kawan aku cakap tak puas hati bila aku pakai mask sebab tak nampak muka aku cane.. haha omel sangat..




takde pulak gambar aku dekat sini sebab kawasan orang lalu lalang.. susah nak set timer..




sama juga, aku tengok dari jauh je


setahu aku dalam ni ada restoran.. yang lain-lain aku tak sure ada apa lagi..



park di luar castle.. cantik kawasan.. orang tak ramai.. tapi masalahnya ialah sebab sejuk je.. aku sempat duduk kejap lepas keluar.. sarapan onigiri..


macam mana diorang maintain lama gini kan dari tahun 1600.. ni yang rasa nak g istana negara ni.. muzium negara aku dah pernah pergi balik bila dewasa.. 2 3 tahun lepas kot..  



beg jerung tu aku ngecek aku.. dia beli dulu, lepas tu aku nak.. dia beli lain bagi hadiah besday.. mekasih ki.. berguna sangat.. beg gini aku berani pakai bila ada jaket.. sebab takut orang untie dari belakang..



time aku keluar castle, kawasan sini dah ramai orang duduk dah









aku malas nak tunggu orang clear.. jadila kan.. aku ada beli tripod cum monopod macam orang tu punya.. tapi tak stabil bila aku panjangkan macam dia guna.. awat tah.. yang murah agaknya.. aku dah ada gajet baru aku aim kalau travel solo.. nantikan.. moga ada rezeki.. 



lets go.. tak salah aku, masuk-masuk diorang akan minta naik ke level 4.. ada sampai 8 level.. ada sesetangah level tak boleh ambil gambar sebab artifak ori..



teringat cerita night at the museum kan.. details dorang buat






yang ni ialah penerangan secara video.. ada english sub belah tepi.. tapi banyak je video takde sub.. tapi aku enjoy je tengok.. sebab kagum dengan translational history depa.. macam geran translational pulak rasa haha


korang boleh ambil voice guide juga.. aku malas.. seronok telek-telek..



amaran corono virus.. covid-19.. time aku pergi ni belum rename lagi


yeah, perlu menapak sampai level 8..



sampai.. kawasan level 8 ni macam kira menara tinjau.. cantik.. nampak seluruh osaka..



pemandangan.. ramai malaysian aku jumpa dekat sini.. aku geng segerombolan lelaki juga.. aku tak tau malaysian ke tak.. kacak jugala.. takde geng aku nak gosip, so gosip dalam hati je haha


atap cantik.. kalau korang follow teme abdullah, dia ada explain design atap bangunan korea.. untuk negara 4 musim, atap diorang perlu sturdy untuk tahan keberatan ais bila salji.. aku syak atap castle ni pun sama juga..


xnampak pulak gambar.. gambar view..


ni geng kacak tu ke.. lupa dah aku


jumpa poskad.. aku baru berjinak-jinak pos poskad untuk diri sendiri.. bila poskad tu sampai, rasa macam tu closure untuk travel trip aku.. gitu..


stem kalau korang nak beli boleh cari dekat convenience mart.. aku google aritu..


hideyoshi toyotami ni antara pemimpin utama dalam sejarah osaka.. aku tak tau details, tapi banyak disebut namanya dalam cerita-cerita sejarah di istana




zoom in punya.. menarik kan bila baca..


depa banyak style lipat gini.. folding screen.. ada dekat tempat tak boleh ambil gambar tu, yang original punya.. ternganga-nganga aku tengok hehe.. dia macam bila aku tengok buku tulisan tangan hang tuah.. kagum betul.. yang lagi kagum bila kita boleh baca jawi sikit-sikit kan.. dekat UPM ada muzium tu.. muzium warisan melayu.. pergila.. murah je kot yuran dia.. google edupark upm..




cerita dalam bentuk video.. of coursela aku sukakan.. walaupun tak faham apa dia cakap, tengok pergerakan pun dah boleh agak kan.. oh ye, dalam ni memang tak boleh guna tripod.. dalam muzium pun sama.. so tu aku rasa kekurangan travel sorang.. gambar selfie je la ada.. jadila kan.. kamera aku pun kalau falam bangunan memang out..

level berikutnya ialah level yang tak boleh ambil gambar.. area bawah or tingkat 2 ada jual souvenir.. mahal juga aku tengok.. aku sempat guna toilet juga..


sarapan aku untuk hari ni.. konsep makan aku ialah asal perut terisi je.. sebab nak cari kedai makan proper halal aku malas.. haha.. nak kena usaha pulak nak ke sana.. 


babai osaka castle.. sorry video hunjug tu huru-hara sebab nak tunjuk burung merpati terbang dan gemuk weh.. takde pulak video diorang main-main


time nak keluar tu, aku nampak area ni.. uuuuuu boleh try baju samurai.. tanya harga, dia kata 1,300 yen untuk 1 gambar.. kalau kita tak beli pun takpe, boleh tengok dulu.. aku rasa ok dah harga tu.. dia akan ambil gambar dslr, then dia guna hp kita.. aku saje pilih merah.. yang ke depan tu bukan perut aku, baju perisai dia tau hehe kena buat disclaimer..



patut buat muka garang.. aku tak tau pedang tu betul ke idok aku pegang.. aku tanya dia, dia tak jawab pun hehe



aku tak snap pulak gambar hardopy aku.. later aku tambah kalau ingat insyaAllah.. settle sini, aku cari museum history.. mula-mula rasa nak skip sebab dah tengok history dekat osaka castle, tapi bila aku google time sarapan, info dia lain dekat museum compare dengan castle.. so aku pergi.. oh ye, dalam plan aku memang takde aim nak pergi ferris wheel.. dan yang santa maria punya kapal pun aku tak pergi.. sebab santa tu last trip 3.30.. tak dah kalau ikut planning aku sebab aku nak kena pickup kansai pass.. so aku pilih nak ke tempat sejarah berbanding ferris wheel dan santa.. ferris dan santa ni kawasan yang sama.. kawasan situ ada jual souvenir femes.. info macam biasa dari group RTJ..


ada service ni.. time ni aku cakap dekat diri aku come on naa, jangan naik ni hahaha..


aku ikut je map macam biasa.. yang ni kawasan garden lain.. aku rasa macam masuk je dalam OAP.. aku tak dan nak singgah.. banyak planning.. so far timing aku masih ok




ambil dari luar je


ni antara pintu masuk lain kawasan osaka castle.. aku berkenan betul.. tu cuba amik gambar..







cantik kan entrance yang ni



aku ada rasa nak pose duduk dekat tangga.. tapi macam cuak-cuak.. tapi takde pulak nampak signage melarang..


time aku set timer dekat entrance tadi, ada pakcik baju biru ni duk tengok-tengok.. lepas aku ambil gambar dia gelak-gelak.. comel je.. menyesal tak ajak ambil gambar sama.. dia macam tour guide yang explain history.. kagum aku dengan warga emas depa



yang ni pintu dari belah luar



ni pun sama kes.. malas nak tunggu orang takde..


cantik kan.. ni macam pokok plum kan.. nampak macam bonsai dah aku rasa.. kasut boot kak ayu bagi tu pun cantik kan.. betul la orang kata beauty is pain..




nak boleh menyampai ke history museum pun aku banyak berhenti amik gambar.. masih gagah lagi time ni




area aku duduk ni mengadap osaka castle.. osaka castle yang dikelilingi sungai..




berdepan dengan kawasan ni ialah museum history tu.. till then

No comments: