Oct 17, 2020

Kidzania during PKPP

Assalamualaikum..

Aku sejak PKPB bangun pagi mesti neves hari ni nak buat apa.. untuk aku, WFH ni agak challenging, dari aspek pengurusan masa la.. so bila malam tadi fikir esok weekend, aku seronok gile.. haha.. sebab fikir tak payah keje.. adik aku kata sampai gitu sekali effect dia.. effect la pada aku.. kalau WFO kan dekat rumah kita tak fikir pasal keje.. so bila dekat rumah fikir pasal keje, lain macam sikit perasaan dia.. WFO cabaran lain, WFH cabaran lain.. konsep dia ialah bersyukur.. manfaatkan keadaan sedia ada..

sebab WFH, terus mood nak blog during weekend ada.. dia macam auto pilot ok, planning weekend nak buat apa.. sebab dah biasa planning WFH 2 3 hari ni.. aku rasa untuk aku, PKBB ni lebih managable emotionally and physically.. aku doakan semua orang dimudahkan semua urusan, dilindungi dari parkara-perkara negatif hendaknya, Amin..

Awal bulan sembilan yang lepas, aku ambil cuti bawa anak buah ke Kidzania.. seminggu sebelum tu masing-masing exited dah.. budak kan.. siap tengok video bagai.. malam sebelum gerak tu diorang tido rumah aku.. sejak-sejak dah besar ni, bebudak ni dah pandai touching bila jauh dengan baba mama dia.. kakak time mama baba nak balik nangis.. lepas tu cool.. abang pulak time nak tido tu sedih, tapi still control macho.. terkelip-kelip mata tahan nangis.. kesian tengok..

Dari rumah aku nak ke Kidzania dalam 1 jam 30 minit.. jauh juga, tambah jem pagi orang pergi keje.. budak-budak ni pun bosan.. abang nangis lagi pagi tu.. dia duduk belah bawah kerusi kereta, muka pandang tepi.. kitorang ingat sebab bosan, sekali dia nangis tapi tak nak tunjuk.. bila angkat dah tersedu-sedu dah.. kesian, jarang abang nangis.. playful biasanya.. Alhamdulillah dekat Kidzania dua-dua ok.. aku beli tiket online, murah sikit dari walk in.. aku last pergi adalah dalam 8-10 tahun lepas.. bawa sepupu time tu.. yang aku ingat berubah part ambil duit.. dulu dekat bank dalam kidzania, sekarang dekat entrance.. then waktu pun macam lain.. dulu tak salah aku dua sesi, yang ni macam 1 sesi je.. yang lain aku tak cam sangat.. lepas ambil duit, kami ain nak ke bomba terus sebab biasa bomba ramai.. sekali kami sampai takde orang pun..

ok, kekurangan pergi semasa PKPP ialah tak dapat pakai uniform.. sedih sikit la sebab tak feeling kan.. orang tua la sedih, bebudak ni happy je.. 


first aktiviti.. tips kalau korang memang nak buat pasport untuk Kidzania, better buat tu dulu sebelum main.. boleh kumpul cop pekerjaan.. aku cuba la pergi balik dekat aktiviti kami buat sebelum buat pasport untuk ambil cop, tak dapat.. pasport tu valid sampai budak umur 18 tahun.. betul-betul ikut tarikh lahir.. cute right?


seronok memasing menyembur air.. dulu tak salah aku kita boleh naik kereta bomvbba dan pusing dalam kidzania.. nanti siap ada polis control traffic lagi.. time PKPP ni semua kenderaan tak boleh naik.. kekurangan kedua yang aku nampak.. dia best, tapi ada rasa incomplete..



again, bebudak bedua ni happy je.. kelebihan time pkpp ni ialah orang tak ramai.. most of places takde beratur pun.. yang aku ingat dekat tealive yang beratur lama.. yang lain kalau beratur pun kejap je..


kakak pakai baju nenek jahit.. happy bukan main dia.. haihh, dengan kakak aku emo sikit kalau tengok tumbesaran dia.. haha.. over betul guna tumbesaran.. selalu rasa touching kalau tengok dia act as a big girl.. #clingyaunt


kalau ikutkan dekat sini boleh ada 2 job, bawa kereta, isi minyak dan jaga tol.. eh macam tiga dah ek.. bebudak ni nak bawa kereta.. pun sama, tak boleh.. so diorang skip yang ni.. next, kami nak cari polis..


yang ni macam dekat centre court dia.. diorang lapar.. aku ada bawa susu dengan roti.. tak nak pulak diorang.. kitorang beli sosej.. semua gambar dan video dari kamera nan.. cantik kan.. huawei P30.. gambar hp aku dah transfer semua, so takde la gambar-gambar dari hp aku.. #roadtoP30


kakak ni pakai mask pun cantik je



isi tank dulu before jadi polis..


polis punya job jadi limited bila tak jaga trafik.. diorang buat rondaan dan nanti akan saman orang buang sampah.. yang kelakar, orang yang buang sampah tu petugas kidzania dengan ER.. time diorang keje situ dia kata, 'ooo awak yang saman saya ye'.. hahaha.. takde pulak nan rekod video diorang meronda.. macam biasa, kalau ada kerajinan aku tambah.. so far tak pernah jadi lagi la aku up gambar baru kemudian haha


time kami selesai polis, ada staf situ tanya nak tak join parade diorang.. kakak tak nak, abang tiba-tiba setuju.. pujuk juga kakak tapi tak jalan.. so abang sorang.. aku cuba bawa kakak pergi keje tempat lain.. tapi tempat aku cadang tu dia tak berkenan.. so end up kami tunggu abang..


mungkin sebab tak ramai orang, semua audition terpilih hahaha.. ada juga satu job tu buat show dancing.. tak salah aku diorang kata pukul 2 macam tu.. boleh que awal petugas tu maklumkan


praktis dancing dulu.. sampai sekarang kitorang tak percaya abang semangat nak join parade ni.. abang kot.. shy shy masih tebal..


ready to go out.. nan tanya abang time abang masuk bilik teater, 'Diorang cakap apa abang'.. 'Diorang tak cakap apa-apa pun'.. hehe.. abang tu, gaya jawab macam dah remaja.. dia sekarang suka jawab gini.. contoh aritu diah tanya 'abang nak susu coklat tak'.. abang jawab 'mestiiila nak'... hahaha dengan penekanan ok dekat perkataan tii tu.. memang boleh senyum sorang-sorang kalau ingat dekat abang.. perangai tu menurun baba..


here we go.. siap melompat lagi abang


parade ni akan pusing keliling dalam kidzania.. lama juga.. aku suka time minit ke 1.47, aku suh abang angkat kad dia.. dia main kening pulak hahahaha.. hujung-hujung video tu caption yang sesuai ialah 'where am I, what am I doing here..' 


aku baru perasan abang tak follow dancer, dia follow mascot dia.. haha.. comel sangat.. siap peace bagai.. abang-abang


group photos.. yang bagusnya, untuk penjarakan sosial setiap aktiviti biasanya tak lebih 5 orang.. terjaga la..


next, kerja di ER.. banyak jenis medical field job.. ada surgery, dentist.. opto pun ada..



berdua je..





untuk aktiviti di sini, seorang kena berlakon jadi pesakit.. kakak jadi petugas.. ada la nampak dia tampal stiker..


next jadi pilot.. kami tak boleh masuk.. boleh tengok dekat skrin.. sini pun ada que tapi tak lama.. kakak dengan abang kata seronok



start dari pilot, semua ialah di level atas.. dekat sini ada juga tempat coklat.. tapi tutup pulak bila kami nak cuba.. dekat area sini juga tempat buat pasport..


nothing much, tapi kenangan.. bolehla abang tengok balik bila dia dah besar nanti.. kot la abang baca blog cik yong.. kitorang buat spekulasi at the end dia bagi botol mineral yang dah siap.. terbayang dalam tank tu ada orang hulurkan hehe.. sebab cap dia seal, macam pelik pulak kalau ambil dari yang diorang buat






beria tengok..



kakak siap.. tank ni yang aku maksudkan tadi konon-konon ada orang dekat dalam hehe



dekat bilik teater ada macam-macam show.. kami sempat tengok boboiboy dengan fashion show.. suh kakak masuk fashion show, tak mau dia..


yeaahh, yang ni makcik-makcik dia suh masuk buat.. lama juga tunggu sebab sorang-sorang buat.. dekat luar dia akan bagi tagging untuk kita que.. oh ye, parents tak dibenarkan que untuk pihak anak..


diorang simpan lagi cap ni.. yang buat McD pun depa simpan.. adik-adik aku yang cikgu banyak kali dah pergi sini.. maryam kata kalau datang awal, dapat tengok opening show.. maryam siap hafal ok lagu hahaha.. untuk kids yang besar, dekat sini ada disediakan parent room.. so nice kan.. takdela parent bosan menunggu..




mula-mula ada tengok video dulu.. abang boleh geleng time orang tu tanya nak air mana.. haahha.. makcik dia dekat luar dah bagitau awal-awal suh pilih air teh.. ada 2 pilihan je.. air teh dengan air buah oren gitu kot.. sekali dekat dalam abang lupa.. boleh dengar suara kitorang menjerit-jerit haha


abang dah siap.. tunggu kakak pulak.. nampak tak pasport atas meja tu.. nanti dia akan cop setiap kali selesai pekerjaan.. oh, kerja yang ni kita kena bayar.. sebab dapat barang aku kira.. so tak dapat gajila.. untuk McD pun sama juga.. bayar dengan duit Kidzania la..




gigih kakak picit sugar..



goncang goncang



siap


video kakak di Tealive



tunggu semua siap baru boleh keluar



yeayy, makcik-makcik dia tukang minum.. kekdahnya kitorang tak sarapan pagi tu.. aku bawa bekal untuk budak-budak je..


food break lagi.. nikmat betul muka abang tu.. muka cikcu macam lepas abang cakap tak boleh bila cikcu minta sikit.. haha.. priceless la abang ni




eee geram..


next kami pergi McD.. time ni dah penat juga.. dah 1 lebih.. oh sini pun beratur lama juga.. tapi sebab nak burger.. tunggu jugala.. burger McChicken.. dapat toy juga..




tolong abang pakaikan glove.. tangan comel sangat..


petugas ni bagus.. bila nak bagi arahan, dia minta kanak-kanak genggam tangan gini.. kalau tak memasing main macam-macam.. banyak bahan kan.. kakak firm cakap dia tak nak sayur.. diorang plan nak bagi mama baba burger.. kira macam hasil pertama gaji.. haha



letak sayur..



takde pulak gambar letak mayo..



khusyuk masing-masing




next, buka akaun bank nak simpan duit.. dia bagi kad ada nama.. menarik la





abang berdiri je dekat situ sampai la orang tu kata dah boleh pergi hehehe.. bangga cik yong dengan abang.. rasa berdikari.. biasala, makcik kan bias..


abang kerja dentist.. kakak tak nak dah.. yang kelakar, Dr tanya gosok gigi berapa kali sekali.. abang ada habit tanya berapa je mesti dia jawab lima.. terkejut Dr tu bila abang kata gosok gigi lima kali haha




dummy dia real kan


hai, saya Dr gigi.. abang dapat set berus gigi percuma.. menarik kan.. gaji pun dapat.. kira banyak jugala barang free dalam ni.. beg abang pakai tu dapat bila buat pasport.. diorang dekat rumah selalu main kerja kerja.. pakaila beg ni


last job.. macam tempat animal pet punya transit.. sort of tempat grooming juga..







kakak kata dia paling suka yang ni.. kucing boleh pilih.. siap ada nama lagi.. 




donee.. kami makan dulu before balik.. burger tu tak sempat bagi mama baba.. lapar dah bebudak ni.. aku ada print gambar dengan pas kerja pilot.. untuk yang baru buat pasport, dapat diskaun..


kami keluar memang waktu nak tutup.. memang syok habis.. alhamdulillah, berbaloi-baloi la pada aku disebalik kekurangan part attire.. makcik makcik dia penat habis.. kami ke ikea pulak lepas tu sebab kayu katil abang tertinggal beli.. settle ikea, singgah solat sebab surau ikea tutup.. lepas tu terus hantar diorang balik rumah.. magrib juga kami sampai.. saing orang balik keje kan.. settle isyak, kami gerak balik.. singgah makan nasi mamak pukul 10.. lapa weh.. thats all.. bebudak ni dah cakap nak pergi lagi.. kita tunggu ahmad besar ye..lama lagi la tu.. tengokla.. aku nak ajak ain.. best sikit kalau ada geng kan.. take care everyone.. 800 cases hari ni.. bedebo aku.. 

No comments: