Hoi, bercinta betul nak boleh habiskan entry toba.. ok, pagi last day kena kami bersiap untuk ke airport.. habis sudah perjalanan kembara ke bumi toba.. asalnya kami plan nak gerak ke airport 6.30 pagi.. tapi kak shima kata macam awal sangat, so aku bincang dengan geng.. dan kami setuju tukar ke pukul 7 pagi.. pagi ni kitorang lambat sikit keluar.. janji dengan tobavengers yang lain (eceh) nak keluar pukul 6.30 pagi.. untuk ambil gambar.. 6.45 gitu kot baru geng gegirl keluar
misteri ina nampak mata malam semalam terungkai pagi ni..
over betul brightness aku set.. nak edit balik gambar memang tak la kan
kisahnya, semalam aku dah bagitau hotel kami nak check out pukul 6.30 pagi.. minta siap-siap dia tapau breakfast.. supir pun ada pesan.. sekali kami pergi pukul 7 tu dapur dia pun tak buka lagi.. bengang jugala aku, apsal tak bagitau semalam dapur start lambat.. tapi aku bengang pun takdela duk marah diorang.. aku kan sopan sikit hehehe.. aku tanya dia apa yang cepat, roti bakar yang cepat katanya.. bolehla dari takde.. kempunan nasi goreng.. hotel ni come in dengan free breakfast.. kami kan add extra bed, dia include kan sekali free breakfast juga.. so dapatla in total 5 pax breakfast
last photo together..
teringat plak dekat admiral cove PD.. situ kan banyak kapal park..
time tunggu food ni baru kami tahu pilihanraya depa panggil pemilu..
kawasan cafe dia selesa.. rugi pulak rasa lepak hotel kejap sangat kan..
duit yang tinggal.. berjaya la aku bawa balik baki.. boleh simpan untuk next trip
dalam 2 jam kami tiba di airport toba.. supir pun bawa santai-santai je.. flight pukul 10 lebih tak salah aku.. kecil je airport dia..
baru launch route akhir tahun lepas, awal tahun ni tutup.. kecewa aku..
yang pemeriksaan ni belah kanan kaunter tadi.. aku cuak juga beg berat tapi bila tengok dia tak check berat, lega rasa.. balik rumah aku timbang beg aku 13kg.. melampau na.. kata tak beli apa..
pak supir kami.. bagi lagi sekali la nombor dia.. sebab dia baik.. nama dia Bob Sinaga.. nombornya +6281248552985.. pak supir ni kalau nak ronda luar area pulau.. area parapat.. kalau nak jalan di area Samosir, boleh contact Pak Rommel.. +6281375999700.. Pak Rommel ni aku jumpa nombor dia di blog.. aku nak book dia untuk jalan di parapat.. tapi dia cover pulau je.. dia yang bagi aku nombor Bob.. bagus kan..
bila orang tak berkira dengan kita.. kita pun jadi murah hati kan dengan dia.. kami ada baki 100k lagi untuk duit yang kumpul.. kami decide bagi tips pada dia.. happy dia.. aku rasa kak shima pun bagi juga.. pak supir ni tunggu dekat airport sebab nak pass kuih bika ambun.. kirim dari kawan dia yang datang dari Medan.. kitorang tanya dia mana kedai makan best.. dia nak balik dah mula-mula, tiba-tiba dia kata takpela dia teman..
kedai hijau luar airport ni dia kata murah
nama kedai
makanan orang tak sabar nak balik Malaysia
ada bank juga dekat aiport.. sediakan kadnya aja..
suasana dalam ruang menunggu
alaa dah tak ingat dah yang baju hijau ni airlines apa.. Lion Air ke ek.. lupa dah
thanks kak shima jadi geng kami dekat sana.. relationship goals betul kak shima dan husband..
ready to depart..
nampak hotel Gold Coast Sepang.. eh ke tu hotel Avani ek.. Alhamdulillah perjalanan lancar.. kami sampai awal juga rasanya sebab flight gerak awal.. canggih kan..
bika ambun kami.. dapat perisa pandan.. jadilah untuk rasa.. pandangan aku, tak beli pun takpe.. aku beli untuk rumah, depa tak makan sangat pun.. plus bika ni tahan 2 3 hari je.. tapi kalau nak rasa silakan.. dia macam kuih sarang semut sikit, tapi lembut.. tapi manis betul..
Nita ni kedai yang jual Bika dekat aiport.. harga aku rasa sama je dengan yang pak supir ni jual.. cuma yang kedai ni dia jual 1kg kot.. so mahal sikitla.. tapi boleh tanya kalau ada size 500g or yang kecil lagi..
total spending aku dekat sana.. nampak percentage paling besar aku spend untuk apa.. hehehe.. eh yang ni tak termasuk tiket flight, insurance dan internet.. boleh refer 1st entry aku untuk details kewangan.. amboi, macam buat report dana dah bunyi.. siap rujuk lampiran bagai hehe..
kalau aku campur dengan kos yang bayar dekat KL, total ialah RM736 aku spend.. costing yang aku buat di first entry ialah RM396 tanpa shopping.. so kalau RM736 (total cost) - RM338 (kos shopping) = RM399.. so tak lari jauh sangatla dengan initial costing aku buat.. terer kan aku jadi bendahari.. tepuk bahu sikit na.. banyak betul aku shopping, insaf kejap rasa.. memang betul-betul kejap pun aku insaf hehe..
sightseeing dengan transport tu boleh combine.. sebab ada kos sightseeing termasuk dalam transport.. best kan trebee ni.. sila download.. summary ni keluar untuk yang paid version punya.. tapi serius berbaloi untuk orang macam aku yang selalu tak tau duit habis dekat mana.. dah buat ni pun still ada juga yang short tak tau belanja untuk apa, tapi okla.. takdelah value dia besar sangat yang part short tu..
In summary, toba is definitely really super duper trip yang berbaloi.. aku enjoy habis.. macam-macam cabaran.. macam-macam pengalaman.. aku kan fobia guna ejen, tapi bila guna supir ni aku ok.. sebab dia ikut plan yang kita nak.. waktu pun ikut kita.. tak rushing, dan yang paling penting tak pergi tempat mengarut.. alhamdulillah dapat supir best.. so, toba masuk dalam checklist yang aku rasa nak repeat lagi after bangkok dan india.. bangkok kan first love untuk travel.. hehe till then..
Dari Ladang Jeruk, kami menuju ke Bukit Indah Simarjarunjung untuk hunting port bergambar cantik.. entrance fee nya kalau ikut info asal ialah 15,000 IDR = RM4.50.. aku rasa sama je harganya.. ada kos untuk parking juga tapi pak supir kata nak bayar time balik.. sepatutnya aku rasa takde pun.. sebab dah bayar entrance kan.. sebab yang minta ni pun macam orang kedai dekat situ.. sudahnya kami tak bayar sebab pak supir takde minta pulak.. tak tau plak aku kalau kak shima yang bayar..
👉Sebenarnya banyak sangat port-port bergambar secara gayat kat sini.. banyak je tepi-tepi jalan on the way ke sini. Tapi Pak Supir ni pilih yang berbayor pulak. So lokasi ni macam jauh sikit la nak masuknya..
supir tengah cerita peristiwa feri tenggelam.. pertengahan tahun lepas.. katanya memang tak jumpa mayatnya.. Asri tau, aku apa pun tak tau..
👉Ini la citer legend yg menyebabkan cuak naik feri kat Lake Toba ni.
Kes feri tenggelam bulan Julai 2018. kan baru lagi tu..
Dikataka 180 orang yang karam bersama-sama feri tu.. tapi takde satu mayat pun yang diambil.. sebab dalam sangat dasar tasik tu katanya..
diorang takde fasiliti untuk selamatkan feri dan semua mayat tu.. ni menurut Bob Sinaga tula..
logik tak logik.. entahler.. boleh google sendirila kes misteri ni..
Takkan takde satu mayat pun yang timbul kan..
Bayangkan la.. tasik ni makan 180 orang dalam satu masa.. tak ke scary..
air tasik yang sama geng-geng pempuan tu dok mandi kan.. mengerikan..
mau bikin filem serem indon la ni tak lama lagi..
tempat ni nak buat kapal terbang macam ala basikal atas tali rope tu.. basikal sini under maintainance.. tak dapek nak menerai..
first stop kami jumpa buaian ni.. aku tengok pun dah gayat.. ina suh aku try tapi dia pegang.. tu pun aku dah menjerit
ada belt.. diorang pakai..
Sham yang naik, aku yang gayat lebih
video dari view kak shima.. boleh dengar suara aku jerit lebih
dua-dua jenis berani.. aku memang dah tekad tak nak naik.. gayat tengok bawah.. bawah tu tak dalam sangat.. dalam tu dalam juga tapi takdela kalau jatuh masuk tasik terus
👉Adik beradik ni terlebih berani pulak kat tempat2 macam ni..
Dasar orang Kajang memang macam tu..
Kajang pak malau kajang berlipat..
tengah kami try, ada brader ni turun ajar teknik sebenar.. rupanya buaian ni boleh hayun sekuat-kuatya sampai keluar platform.. gile betul.. asri muka cuak habis.. sebab rangka buaian ni memang sempoi habisla.. orang ISO kan, aspek keselamatan dia lebih sikit
👉Buai ni dari aspek keselamatan tu ok .. material guna besi.. dawai.. dan kukuh..
Tapi orang belakang ni tetiba datang ajor cara guna..
Gaya dia takde nak try-try pelan.. terus dihayunnya kita laju..
tu yg seriau tu..
Cubala buat pelan-pelan..
Sebab terasa tak nyaman.. terus aja dibilang.. minggir-miggir pak..minggir pak...
biar saya aja yang lakoni sendirik..
saya juga bisa lomba buai semasa kecil-kecilnya..
👉 Tinggi kot kat bawah tu..tp still mampu tersenyum..
👉.Dia dah kena ketum memang macam tu.. buai laju-laju..
ni spesies lain ni.. berani bukan main.. kagum betul aku..
kak shima pun otai.. steady habis
👉 sekali kak shima pun buat jugak.. selamba je..
laki dia takut gayat pulak tu..
Mungkin sebab kaum lelaki yang bertanggunjawab suka fikirkan masa depan kot..
so tak nak buat yang bukan-bukan..
akhirnya aku try korang.. aku fikir balik, bila lagi nak try kan.. kata teringin nak cuba bungy jumping la, nevis swing la.. so belasah je cuba.. memang geli perut habis.. kita kan kalau gayat ada rasa geli-geli tu..
👉Tak sangka .. muka tahap dijeruk..
ingatkan macam berani..
cuba tiru pose sham.. dah alang-alang seksa jantung dengan debaran kan
👉 ni gaya terpengsan masa naik buai ni..
keadaan sebenar selepas turun.. lembik lutut weh.. sham ada rekod video tapi tak transfer lagi katanya
👉 dah berenti baru nampak ketarnya.. gayat jugak rupanya..
junea paling cuak.. kira kalau level cuak- -> junea, aku, asri, ina, sham.. eh ke aku lagi berani dari asri.. tapi junea tengok aku try, dia pun try juga
👉 tapi kalau sampai jatuh terduduk tu.. lagi tahap teruk giler tu..
junea kelakar.. bukan main lagi dia jerit suruh berenti, tapi bila time pandang kamera berjaya senyum weh.. hahaha, genetik suka kamera kan
👉 Junea fake queen..
sangat pelik .. memang betul la.. pandang kamera je terus senyum
padahal sebelum tu muka teruk giler ..cuaknya..
sham try belah terbalik pulak.. berkali-kali aku rasa sham naik.. hebat betul
👉 Dah Syam .. times up.. tempat lain pulak.. boring dah kat sini..
husband kak shima
👉 Abang ni pun cuak jugak ni.. takut-takut nak try.. tapi tinggi jugakla yer..
ina try lagi dengan tolakan yang lebih ekstrem
👉 Gaya cengkaman sigale-gale tangan dia pegang buai tu..
next stop, jalan raya di langit.. gitu tajuk dia
👉 Highway to sky la..
Nampak tu .. kaki jun bengkok .. akibat terketar-ketar tu..
👉.Ni pun seriau.. kayu bakau kat bawah tu .. macam tak kuat je..
kitorang pulak dok ramai-ramai atas ni.. memang mengerikan..
junea nak tumbang time angin tiup.. ni boleh geng dengan ila ni.. geng kena tiup angin
habis aku tutup asri.. pak supirnya pun kok senyap je..
👉macamna bole pass gambor ni..
👉. Apahal si junea ni.. boleh salah arah tangan pulak..
Suh tunjuk langit.. pi tunjuk ina nak buat apa..
👉 Yang ni pun sama.. soh tunjuk peace ke langit ..
pi tunjuk peace guna dua belah tangan pulak..
memang tak ikut arahan ni..
👉 Ni pose paling nyaman.. kan selamat tu..bila duduk bersila santai-santai..
aku pun tak tau angle apa yang best amik gambar dekat jalan ni.. tengok orang amik cantik je kan.. aku rasa kalau tak nampak pokok tu mesti lagi smart kan
nampak, cara juara pose
👉 Kadang-kadang ada orang rasa diri tu Aku Sebuah Kapal Terbang..
asri buat apa..
👉Ala bob singa ni.. belum sempat beraksi dah snap pulak..
Baru nak back flip tu..
last shoot sebelum bergerak ke spot lain
ni pose atas pokok.. aku tak faham tujuan spot ni diwujudkan.. tapi asri nak ambil gambar dekat sini.. so ada orang rasa menarik la kot..
👉 Kan rasa hebat tu.. kita berada di puncak tertinggi..
bukan semua orang pandai panjat pokok macam ni..
Rugi korang tak cuba..
👉 Level-level orang atas .. tahap Skytider je bole amik gambar macam ni..
gambar aku banyak yang silau.. kejap aku tengok gambar junea ada tak
👉 ni nampak terbaek..
yang dua ni gambar junea.. terang sikit la kan
port sini pun femes juga kan.. tapi sebab kami mengadap matahari.. gelap habis jadi gambar
👉pergh .. cover album ni..
tapi smart pulak bila tengok gambar asri.. apa lagi.. tiruu
👉 Gaya model .. keunggulan.. alami.. mengagumkan..
👉 Apsal tak nampak gaya pulak post ni..
and the struggle is real guys.. tangga depa semua halus-halus je.. agaknya sebab orang diorang pun halus-halus je
👉 Gaya menuju ke bulan .. ngikut Dreamworks.. cuma takde pancing je kat sini..
👉patutnya pose ni menarik..
tapi buainya kok kelihatannya kok uzuur banget sih..
👉 Vandalisme di mana-mana.. patutla nak jatuh dan uzur dah buai ni..
👉 Yang meja tergantung ni .. macam tak faham sikit pose yg sepatutnya..
apa tujuannya..sebab nak nampak terapung pun mmg susah sikit..
sebab nampak papan kat bawah tu..
👉 pose bikinan yang gerak sama tangannya..
ni kalo disusun semua geraksama ni .. di lokasi yang berbeda.. pasti keren pose nya..
thanks kak shima tolong ambilkan gambar kitorang.. kalau tak gigih juga nak setup tripod kan.. kami settle di sini dalam pukul 5 lebih.. cakap dekat supir nak cari surau atau masjid untuk solat sebab takut tak sempat sampai parapat before magrib..
dekat area luar bukit indah memang ada surau ni.. rumah orang sebenarnya.. tapi dia buka untuk orang solat juga
👉 Belakang tu yg nampal macam pokok sawit tu pokok enau namanya..
diorang amik airnya untuk buat tuak..
Makcik penjaga kat sini ni peramah sangat ..habih semua isu kat sini dia cerita..
dari bab gaduh tokey tanah ni dengan tokey sebelah.. bekalan air kena potong ke surau sebelah.. muslim di himpit non muslim.. hantu2 di danau toba..
sampai la pokok enau tak keluar air tuak..
habih diceritain.. seronok rasa macam sinetron..
👉ni la makcik tukang cerita tadi.. agaknya beliau seneng barangkali berjumpa sesama muslim yang numpangin solat di sini..
transparent suraunya
dekat bilik kuning ni pun boleh tumpang solat
next, on the way bak balik kami singgah ke tempat yang nampak macam bonggol unta katanya.. aku layankan aje.. time keluar area tempat solat, pak supir kata jalan situ berhantu.. aku dah tak ingat sebab apa.. kalau asri ingat nanti dia cerita la kot agaknya
👉 Ni berhantu sebab kes 180 orang kat dasar tula..
diorang kata kampung dan jalan terdekat dengan lokasi kemalangan tu.. memang sangat sunyi selepas kejadian.. area tu ditutup sama kerajaan.. jadi bertambahlah sunyi.. kalau malam-malam .. di jalanan akan kedengaran suara orang minta tolong.. akan nampak hantu merayau-rayau.. serem banget sih..
Tanyala kat Bob Sinaga .. agaknya hantu-hantu ni boleh berenang sampai Samosir dekat dengan resort kitorang ke tak.,.
Bob tu bole kata.. bikin apa hantu-hantu itu mau kesana.. jauh jalannya.. capek mau berenang 2 jam dari sini..
tu bonggol untanya.. macam-macam kan hehe.. supir kata bila kita masuk je dekat tempat ambil gambar ni, nanti datangla orang untuk ambil bayaran.. sistem automatik katanya haha.. lawak betul
supir kata nama dia bob _ _ _ sinaga.. aku tak tak ingat bob apa.. nama belanda.. suami kak shima tak percaya.. pak supir ambil IC dia weh nak tunjuk.. hahaha kelakar betul
👉 Rugi pulak tak snap gambar kartape si Bob ni..
ada bunyi Houven2.. gitulah namanya..
Kami teruskan perjalanan balik ke Parapat.. aku lena time ni.. Asri dan Ina kata banyak berselisih dengan lori dan pak supir dengan hebatnya potong.. Ina teruja habis, Asri ngeri habis.. haha.. lain betul emosi dua orang ni..
👉 Masuk van je semua dah lena.. mana ntah video Hisyam ni.. boleh tgk diorang semua terlentok.. ketiduran kayak kesurupan aja..
Ni la part yang tak est kat Lake Toba.. Berbahaya .. Kengerian.. Kegayatan..
kami makan di warung Pak Pos.. memang dekat sebelah pos office.. lauk minang.. boleh hidang banyak-banyak, tapi mahal sikitla kot.. boleh pilih lauk terus juga.. dekat sini, makanan depa amik pakai tangan.. kalau makanan kering takpela kan.. ina makan pecal sayur kot, pun dia gaul dengan tangan.. tergamam kitorang.. tapi kitorang cool kan diri dengan cakap mungkin ini budaya diorang kot..
👉 Alah takpalah.. yg tukang amik kan lauk2 pakai tangan tu pun comel jugak orang nya..
mesti hygenic tangan dia tu.. tambah sedap tu.. deko kedai ni nmpak urban restourant gitu.. tapi tula..
amik lauk pakai tangan je kot.. tal kalul nak makan..
Tapi apa pun..licin pinggan kot Ina belasah pecel tu..
lauk aku, nampak kan dah rindu makanan malaysia
👉 apa la.. baik beli kat Padang Serdang je ..
air basuh tangan
👉 ni namanya kobok`an..
sebelum balik, kami singgah IndoMaret macam biasa.. sampai kak shima pelik apa hal lama sangat diorang ni membeli..
👉 Indomaret la kiranya tempat nak beli souvenier yg paling ideal sekali kat sini..
murah .. varisi.. n rare..
aku teringin aiskrim.. beli weh walaupun mahal
champion.. pedas gile.. menyesal tak beli lebih bawa balik
susu dalam tin.. canggih
👉 Ni kat hatyai ada ni..
Kat Hatyai botolnya lagi pendek2..
tapi takdela sedap.. sedap macam ada rasa malt dalamnya,
tinggi air kotak susu depa
👉 ingatkan Dutch Lady.. rupanya Frisian Falg..
translate ke .. apa ni..
ke tiru trademark DL.
Sampai hotel, kami decide nak berendam lagi.. kami = perempuan.. geng lelaki awal-awal lagi dah mandi dekat bilik.. apa daa.. nampak ada orang memancing juga..
👉 lagian nonton.. Melly Gooes Law..
Ingatkan serius orangnya..
tapi jadi juri kok.. sangkeng lucuk bangat orangnya..
ada geng chinese tengah bbq
our room
👉 oo. ni sebelm kitorang pindah bilik belah kiri..
akibat serangan semut hitam..
area kolam sini lebih cerah compare dengan di pulau samosir
time kami mandi tu, tiba-tiba ina kata "ina ada something nak cerita, ina nampak something".. ko ingat aku boleh tenang dengar dia cakap gitu.. berlari kitorang naik dari kolam.. ina kata dia nampak mata.. ahh sudah, dah la sebelum tu ina ada cerita dia boleh nampak benda mistik.. malam sebelum tu asri cerita kisah mistik kemalangan.. diorang ni buat cerita seram bersiri ke apa ni.. kami terus give up mandi dan makan Pok Mie.. maggi ni pedas gile weh.. lagi melampau dari Samyang.. Ina ratu pedas pun akui.. kitorang sampai bilas mulut dengan air kolam..
👉 serius.. bilas mulut dengan air kolam 180 orang tu..
Kisah Ina nampak mata tu bersambung keesokan harinya.. kata sham, dalam kolam ni ada udang galah rupanya.. hahaha.. kitorang rilex je mandi.. so konklusi kami, kata ina nampak tu mungkin mata udang galah.. mungkin..
👉 Yup banyak udang ada penyepit.. kaler coklat2 merah..
tapi tak macam rupa udang galah sungai.. banyak kot..kat celah2 batu..