Assalamualaikum..
Kisah ke Toba bermula bila kami tengah nak redeem big point untuk dapat free travel.. time tu Airasia ada buat promotion 100 big point untuk destinasi terpilih.. banyak trip ke Indonesia.. time tu kitorang sebenarnya plan nak ke PekanBaru.. tapi bila nak checkout, tak boleh pulak nak masuk details akaun.. memang initially dia tulis 100 point to redeem, tapi bila checkout tu macam-macam kos ada, so point aku tak cukupla.. tu yang kena tambah cash.. aku siap chat dengan Airasia bagitau problem, tapi takde apa-apa feedback.. so pasrahla..
time nak pilih tempat ni, aku dengan asri yang duduk cari-cari.. kitorang dah tanya-tanya juga geng office yang nak ikut.. so dah ada geng.. ada satu hari tu, asri jumpa tiket ke Lake Toba pergi balik RM88.. terus roger semua orang, dan esoknya kami beli.. tak salah aku dalam bulan 1.. kami beli tiket untuk fly dalam bulan 3.. nak dijadikan cerita, tetiba Airasia cancel route ke Silangit Airport start dari bulan 1/3.. so kami diberi pilihan either untuk tukar tarikh, or tukar airport.. kalau tukar airport, kami perlu tukar ke Kualanamu Airport dekat area Medan.. which ambil masa 5 to 6 jam untuk ke Toba.. fikir punya fikir, kami decide tukar tarikh ke 24-27 Februari.. just ngam-ngam time gaji.. kami dimaklumkan kena tukar tu dalam awal bulan 2.. so gaji bulan 1 memang tak sempat simpanla kan.. tu yang aim nak cucuk dekat sana nanti..
Nak gi melancong jugak walau bajet ciput. Tetiba rezeki da datang.. Dapat jugak pergi oversea dengan rate yang sangat murah. Ni kalau tolak air asia bigpoint.. Bole dpt RM44.00 pergi balik silangit ni.. Kelam kabut malam tu cari seat.. Cari geng-geng ofis bila air asia start open promo pukul 12 malam tu.. Last-last dapatla jugak walaupun besok harinya.. Sebab baru confirm geng yang dapat pergi..
✌Tajuk entri da macam LOTR da..
Ni jadi pegi sbb stress kt ofis la ni.
As persediaan, kami gigih study shared post dekat facebook Backpakers Buddy Malaysia dan juga baca blog-blog.. so here is the summary plan untuk ke Toba..
✌Siap ada JK kecik lagi tu.. Setiap orang ada role masing-masing.
✌Siap ada JK kecik lagi tu.. Setiap orang ada role masing-masing.
pam minyak tu kami cari di Pangururan.. otw nak ke Menara Tele
ni pulak details bajet tak termasuk kos makan dan shopping.. quite murah kan.. ni ialah initial kos, ada yang kurang, ada yang tambah.. untuk kos entrance fee, sebab amount dia kecik, kitorang kumpul siap-siap dari Malaysia.. sorang bayar RM25, dan aku tukar duit RM25 tu ke IDR.. ye, aku bendahari.. as long as aku enjoy aku ok je.. so dekat Indonesia, kami kumpul 600,000 IDR = RM180 untuk cover kos yang lain-lain.. memang cukup, siap ada lebih 100,000 IDR.. alhamdulillah
✌Bukan Bendahari je.. Dah jadi Chief de mission.. Semua dia buat sudahnya.. Bagus-bagus.. Geng macam ni la bagus bawak jalan.. Ni kalau takde yana ni.. Tak taule..dok tepi jalan je kot kt tepi tasik Toba.
yang ni pulak preparation untuk tempat makan.. untuk tempat makan, area hotel aku duduk tu senang cari.. cuma nasib-nasib kadang-kadang dapat yang mahal, kadang-kadang ok.. siap ada kedai yang ada service charge.. terkejut aku..
rumah makan Islam Murni murah, Monggo pun murah..
Aku gerak dari rumah dalam pukul 7 pagi, naik erl pergi KLIA 2.. sampai airport, aku terus sewa pocket wifi.. kedai dia dekat dengan departure international.. satu row dengan Siti Khadijah.. senang weh pakai ni, tak payah beli simkad.. aku lemah bab-bab nak tukar simkad.. kami perlu verify dokumen di kaunter V1- V3.. aku chat juga dengan Airasia customer sevice kenapa perlu verify.. risau la kan.. dia kata takde apa.. just untuk dokumen checking je
✌Geng lain sampai-sampai klia.. Terus cari breakfast.. Dia terus g cari wifi.. Bagus-bagus.. Untung ketua delegates paling rajin ni..
flight UPM.. tak berapa nak clear
✌First time ni nampak flight promo UPM real.
alhamdulillah fligt on schedule.. Silangit Internatonal Airport ni kecik je..
✌Yup.. Tapi anginnya dingin semilir menggamit kesegaran panorama air Toba.
untuk arrival, kita perlu pergi ke khemah belah kanan tu.. aku tak sure airport ni tengah construction atau pun memang tak siap lagi..
✌Mungkin ni sebab airport baru..
Katanya kalau Pak Jokowidodo kalah pilihanraya.. Tutup terus airport ni..
suasana dalam
✌Kecik giler. Tak sangka ini ialah airport. Besonya macam 1 marque tent je. Macam khemah booth pameran tu.
declaration form ni dia bagi dalam flight.. tapi kok bahasa Indonesia.. enggak punya dwibahasa..
kami terus cari bas Damri.. lega gile bila nampak.. in case kalau bas takde, banyak minivan promote service depa.. yang aku baca, diorang charge 100,000 IDR (RM30) per person.. bas free ok.. tips seikhlas hati.. kalau orang dekat situ cakap bas gerak pukul 1 jangan percaya.. pergi je tanya dekat orang yang jaga bas.. kami settle semua urusan imigresen dalam pukul 11.15 kot.. bas ni gerak pukul 12 tengahari..
✌Keluar je airport. Ramai dah pak supir-supir menunggu cari client.. Rimas.. Tekadkan hati masing-masing.. Terus la cari bas Damri tu kat hujunggg bangunan. Driver bus ni friendly.. Siap amik gambar ramai-ramai dalam bas sambil pegang brosur Lake Toba.. Mesti kitorang glemer kat Toba nanti..
aku tanya orang bas boleh tak nak pergi kedai-kedai area sini.. dia kata ok tapi cepat-cepat.. kedai ni kalau korang nak order Bika Ambun boleh pre-order dekat sini.. dia caj 100,000 IDR = RM30/ kg.. aku rasa ni harga standard kot.. cuma sekilo tu besar kan.. bika ambun ni ada banyak size.. mungkin boleh request yang setengah kilo.. kitorang ambil nombor dia dulu incase tak jumpa kat tempat lain.. untuk pre-order, kena maklumkan sehari sebelum kita nak balik
no orang kedai.. boleh wasap
barang dalam kedai ni agak pricey.. tak taula sebab tourist ke apa kan
✌Bergambar sambil promosikan air teh indonesia.. Sos.. Apa ntah..
ready to board..
aku banyak baca orang kata ready dekat plastik beg incase rasa loya sebab perjalanan dia mencabar.. serius weh, memang berliku-liku.. bas pulak dengan confident je main potong-potong.. seat aku dengan Junea jenis terangkat plak.. Sham kata dah macam tengok movie 3D hahaha
✌Jalan sempit.. Zig zag.. Bas beso. . Tapi kat selekoh takdenya nak pelan-pelan. Laju semacam.. Mujo tak muntah. Dah ler duduk seat belakang sekali. Driver bus ni patut da bole masuk F3 ni..
antara masjid.. church memang banyak dekat sini..
yang ni ucapan board dekat area kawasan askar..
hotel yang femes juga.. tapi mahal tak salah aku
Kami turun di Jeti Tiga Raja.. boleh confirm dengan driver bas tempat kita nak turun.. oh ye, ada traveller aku jumpa dia turun Balige.. pun boleh juga.. dia nak pergi water rafting dekat Sungai Asahan.. katanya sungai ketiga berbahaya di dunia.. kos rafting 150,000 IDR = RM45 all in dengan makan dan equipment.. murah kan..
macam biasa, jumpa kedai runcit aku explore air dia dulu.. ada air panda
✌Kat indon kalau ada panda. Memang pelik. . Siamang adala. .
style kedai sini banyak jual paket gini.. aku borong beli shampoo head n shoulder.. murah.. ada 12 pek kecik, 12 tu harga dia 10,000 IDR = RM3.. 12 pek tu pulak sebenarnya ada 2 sachet.. so RM3/24.. tak ke murah gile..
Time kami di jeti tiga raja, kami ingat nak cari kedai makan sebab lapar gile.. dah dekat pukul 3 time ni tak salah aku.. tapi kami nak check timing bot dulu.. kebetulan time kami check tu memang bot nak jalan.. so kami terus naik.. bot ni ada sejam sekali..
✌Raja peket.. Beli syampo macam nak bukak kedai kat Putrajaya tu..
Jangan lupa. . Tandas kt sini paling mahal walaupun takde lampu n selak pintu nak rosak ya..
IDR4k.. Cuba convert. . RM 1.20 kot!
✌Bila naik feri ni.. Sama ngeri naik flight. Flight dia bila mendarat macam nak accident kot.. Kuat giler terhentak.
Da terbayang feri karam kat Toba Julai 2018..
Mata melilau cari manala lifejacket ni..
✌Ni muka happy ke muka ngeri ni.. Naik feri
magnifient betul view dia.. speechless aku.. dekat IG aku ada kata, trip ni antara top trip yang aku enjoy.. or mungkin boleh jadi the best trip juga.. sebab aku memang tak expect apa-apa, just saje nak travel.. sekali bila sampai, tengok view gini punya cantik.. rasa syukur gile.. betulla orang kata, bila kita have least expectation, satisfaction dia tu lain macam.. alhamdulillah
✌Yup.. Memang2 cantik banget.. Maha Suci Allah.. Sempat siap satu puisi toba..
kamera aku cerah weh sebab terang.. tak nampak view belakang banyak minta tolong junea yang ambilkan guna kamera dia..
akhirnya, dapat pun tempat untuk view cantik.. sebelum ni ada orang putih duduk sini, puas kitorang tunggu dia bangun.. dia bangun je terus aku dengan junea pergi.. kawan aku yang lain duduk belah dalam
✌Patutla ilang.. Tadi rasanya dah penuh dah area tempat duduk kt sini..
Tapi kerusi macam ni jugakla yg digunakan driver feri ni.. Kerusi Besi dan keras..
✌Nampak tu kerusi driver.. Bila driver ni bukak lagu batak.. Serius best jugak lagu2 band batak ni. Sempat la record sikit lagunya. Karang balik Malaysia carila kat youtube..
Cobak didengarin lagu nya.. Keren banget sih.. By the way.. Judika tu orang sini..
perjalanan bot dalam 40 minit..
area hotel yang mula-mula sampai.. hotel mahal ni.. ada kolam bagai
Romlan ni pun antara banyak yang orang review best.. tapi bilik mengadap tasik dah penuh time aku pergi..
kos feri 15,000/ person.. bayar dekat atas bot kalau kita duduk hotel area dalam sikit dia caj 20,000/ person.. ada akak ni duduk Mass Cottage kena 20,000.. always alert dengan anouncement.. kalau tak sure tanya je banyak kali dekat driver bot tu..
kami duduk di Lekjon Cottage.. mula-mula aku nak duduk dekat Mass Cottage sebab tengok ramai orang duduk sini.. but bila baca dekat trip advisor, terus tak jadi.. sebab ada review yang kata diorang suka-suka cancel booking thru booking.com.. then dia bagi bilik yang double harga.. so aku tak berani.. Lekjon ni pun ada yang komen cakap usang, ada bocor etc.. but aku ok je kalau kurang sikit-sikit sebab bukan duduk hotel sangat kan..
sekali bila sampai, kegilaan apakah ini.. kenapa cantik sangat ni.. bilik kami tingkat bawah memang betul-betul mengadap tasik.. memang aku speechless sebab expect bilik biasa-biasa je kan
✌Bilik ni mmg cantik.. Gaya ala-ala banglow mewah gitu.. Dihamparkan lagi dengan tasik indah beralun dan angin sejuk menampar pipi.. Mengasyikkan lagi panorama alam Toba..
Tapi area luar jela. . Kat dalam tak sangat ya..
Pondok belakang tu tempat kitorang mendarat naik feri tadi... Takde jeti-jeti nya lagi dah..
ada towel.. katil pun besar.. boleh pilih nak single atau queen bed.. aku ambil extra bed untuk bilik gegirl.. untuk kos bilik, kami campurkan je dua-dua bilik then bahagi 5.. senang nak kira.. so total untuk 2 malam yang perlu bayar ialah RM55.. dua malam ok.. murah gile.. memang puas hati sangat
✌Tapi aircon takde.. Kettle takde..
Shower dia panaskan air pakai gas kt dapur tu.. Rare.. Kalau korang jenguk kat luar belakang bathroom ni nanti nmpkla tong gas tu..
Ina test air dalam ke tak
kawasan nak ke bilik
Kami aim nak keluar untuk cari makan dalam pukul 4.. refresh sikit-sikit then gerak.. kami sewa motor untuk 2 hari.. biasa sewa motor ni yang aku baca sewa start dari pukul 7 or 8 pagi, petang kena pulang.. aku try minta nak sewa half day.. tapi dia kata takde half day.. bincang punya bincang, dia bagi kami sewa start dari 4pm 24hb sampai 9pm 25hb.. kami tak perlu pulang motor dan boleh jalan sampai malam.. minyak full tank, total per motor ialah 170,000 IDR = RM51.. which still within our bajet ialah 200,000 IDR untuk sewa motor.. aku malas nak survey tempat lain, so deal closed..
aku sorang je tak reti bawa motor.. jadi tukang bonceng je.. tukang baca gps juga.. scary juga sebab dekat Malaysia pun baca GPS failed kan.. pasrah je la..
✌Aii.. Rupanya memang best dapat travel jauh-jauh naik motor ni. . Serius.. Pengalaman yang menakjubkan.. Lebih adventures.. Sambil tgk kampung-kampung diorang kt sini.
Nasib baik ada sorang yg tak pandai naik motor. .so bole la jadi GPS holder n watcher..
Kalau tak payah naik motor sambil tgk waze.
kami makan late lunch dekat Rumah Makan Islam Murni
banyak food dah habis.. tapi dia boleh masak yang goreng-goreng.. jadila kan
✌Tgh blackout lagi kedai ni..
aku ambil nasi goreng ayam + jus jeruk = 50,000 IDR = RM15.. mahal jugala, mungkin sebab ayam kot.. jus jeruk tu ialah jus limau yang boleh kupas
✌Mahal. . Tapi sebab ni mkanan pertama kat indon.. Memang sedap juga makanan dan jus air nya.. Tapi sebab blackout. takdelah air jus.. Blender out kot.. Tapi jus jeruk tu.. Nampaknya diorang buat manual guna tangan je.. Tapi jangan bayangkan macam mana ya..takde tapi-tapi lagi
settle makan, terus gerak pergi jalan.. sepatutnya hari ni kami kena cover tempat di Tomok dan Ambarita.. kami heading to Tomok dulu
✌Aikk.. baru perasan mana no plat moto si junea ni.. Bawak laju-laju ni sampai tertanggal ke apa. .
Batak Museum Tomok
first stop, Batak Museum Tomok.. Muzium Batak ni ada banyak tempat.. dekat Simanindo pun ada.. pergi satu pun dah cukup rasanya.. kalau google, muzium ni tutup pukul 8 malam.. tapi petugas tu kata kalau ada orang datang,dia buka je.. gitu
brother baju belang-belang tu tukang explain.. yang aku ingat dia cerita, Batak sangat associated dengan cicak sebab cicak ada di mana-mana dan boleh survive everywhere.. so does kaum Batak.. diorang ada 3 set patung penjaga rumah.. tangga rumah biasa tersorok sikit untuk sorok barangan berharga dalam rumah.. gitula serba sikit
✌Walaupun guide muzium ni berseluar katok. Je.. Tp ayat dan bahasanya tersusun kemas masa bagi info kat kami. Simbolik batak ni ada 2 elemen.. Cicak dan dot dot dot dot.. Kalau nak tau.. Pegila Danau Toba sendiri..
tiket per person 5,000 IDR = RM1.50
nak sewa pakaian, 10,000 IDR = RM3.. kami sewa sebab murah je
tulisan Batak
✌Masa dah terpegang buku ni.. Baru perasan. kulit buku ni tebal dan macam di buat dari tulang.. Dalam hati dah seriau. Mana nak samak ni karang.
Mujo guide ni kata dibuat dari tulang kerbau. Lega..
Buku ni tulis pasal kalender Batak..
Setiap hari ada nama berbeza untuk orang batak sampai 30 hari..
katil raja.. siap boleh angkat untuk letak barang dekat bawah.. smart kan
✌Teknologi diorang ni dah mendahului storage katil moden sekarang ni. .Hebat..
Katil ni memang takde tilam.. Memang tido pakai tiko mengkuang tu jer..
Sigale-gale yang jadi igauan kami.. sigale-gale ni patung yang dibuat untuk ganti anak raja yang mati.. boleh menari sendiri.. gile serem weh.. tapi yang dalam video ni yang dah dipasang tali.. kalau nak tengok tarian batak, dekat Huta Siallagan ada dibuat pukul 10.30 pagi.. kami tak sempat.. dekat Simanindo pun ada juga kata petugas ni..
✌Secara keseluruhannya. Memang ngeri jugak dalam muzium ni sebab dipenuhi dengan patung-patung dan kitorang datang waktu maghrib. Patung sigale-gale mmg ngeri. Kalau bukak youtube mmg nampak macam patung ni menari dengan sendiri.. Padahal memang ada tali kat bawahnya ya..
Seru banget.. Tp mmg bagus pegi sini dari segi nak mengenal sejarah kaum Batak.. horas horas horas.. Sebut horas 3 kali nanti diorang bagi diskaun kat sini..
✌Gambo nila anto kat Sinar Harian.. Tapi tak keluar pun..
yang terang ni kamera junea
✌Menyingkap persilatan pahlawan Batak.
Tu pedang samurai tu..
ina n sham ni adik beradik
Old tomb of King Sidabutar
Sidabutar's tomb is the one with a large tribal-looking sculpture of the king’s head carved at the front of his tombstone, along with those of his bodyguard below and Anteng Melila Senega at the rear, the woman the king is said to have loved for many years without fulfilment.
Next to the king’s tomb lie the grave of the missionary who converted the tribe in the 19th century, and an older Batak royal tomb, which souvenir vendors say is used as a multilingual fertility shrine for childless couples.
Settle di muzium, kami terus ke Old tomb of King Sidabutar.. dekat je, jalan kaki dalam 2 minit dah sampai.. time ni sebenarnya dah nak Magrib.. orang pun dah takde.. seram juga bila fikir pergi kubur magrib kan.. tapi nak patah balik pergi sini macam tak berbaloi je
cicak everywhere
✌Kubur anak beranak raja dulu-dulu.. Kubur Raja yg awal takde salib.. Keturunan raja kemudiannya baru kristian masuk. .so diorang boh salib kat kubur..
cubaan buat muka seram.. walaupun muka masing-masing tak nampak kan
✌Yana buat hal.. Org lain sibuk nak dengo kisah kubur ni.. Dia sibuk pasang tripod. .gelap2.. Nak amik gambar kat kubur waktu magrib. . Ingat mcm citer paranormal misteri tukul..
3 warna represent kaum Batak.. aku tak ingat maksud setiap warna.. aku macam biasa tak fokus.. Ina mesti ingat..
✌Ina bole repat balik ayat-ayat brader tu explain tadi.. Ntah suka sangat agaknya..
Mungkin sebab da 2 kali dengo sejarah ni.. Baru je tadi dengor kat muzium. .
Tapi takde sapa yg sampai hati nak bagitau brader tu..
Kami udah tau pak sejarahnya batak ini.. Dibilangin sama bapak muzium tadi. .
yang ni replicate perayaan kaum Batak.. aku ingat perayaan ni perayaan cari jodoh je haha.. failed betul.. yang sebelah ini tu time kitorang datang tiba-tiba duk terangkan.. so kitorang biar je la.. rupanya dia owner kedai bawah ni.. antara pantang larang kubur ni ialah tak boleh keluar ikut jalan masuk.. wallahua'lam betul ke tak.. so bila keluar ikut tangga bawah, jumpa la kedai dia
✌Memang ada la perayaan tu dan masih diamal katanya. Setahun sekali. Sesapa nak cari pasangan waktu tu bolehla..
Tp harus diingatin.. Jangan cobak-cobak kalian berbuat onar sama cewek-cewek disini..
Maunya dimakan loh nanti.
personally aku kurang sikit kedai area sini.. baju diorang nampak usang sebab dah lama.. mungkin sebab kami pun masuk 2 3 kedai.. kedai lain macam dah tutup kan sebab dah malam.. junea beli keychain, yang lain-lain takde.. Settle di sini kami aim nak singgah IndoMaret.. ada dekat area Tomok.
✌Diorang pekedai kat sini dasat-dasat.. Dia akan pujuk macam-macam suruh beli.. Da macam terdesak pulak sesetengah pekedai tu.. Harus berhati2 ya.. Ada hisyam kena tarik tangan jugak nk kena paksa beli.. Mujo berjaya lolos..
ada cimb.. dah tau dah nak cucuk dekat mana
comel gile aiskrim
jumpa susu pisang.. okla tapi manis sikit.. so aku tak beli bawa balik
samyang pun ada
junea beli yang ni.. okla, tak pedas sangat pun tapinya
menyesal weh tak beli coklat ni.. cute gile kan.. aku cari dekat IndoMaret area lain tak jumpa dah..
✌Eh ada la. Kt indomaret parapat. Eh silap.. Kedai serbaneka depan indomaret tu.. Apa ntah nama kedainya. .Siap dapat free lagi coklat beng beng ni.. Promo diorang kot. .
kami dinner di sini
ada ATM machine
alpukat jus dia maveles
✌Pekat dan kurang manis dan lemak-lemak dan terbaek.
aku amik soto ayam.. rasa dia pelik sikit macam rasa rendang kuah cair..
dekat kedai ni yang aku cakap ada 10% service charge.. dahsyat betul..
Malam tu kami mandi di tasik depan bilik.. sejuk gile tapi best.. syok berenang mengadap bintang.. yang perempuan je kaki mandi.. yang lelaki duk borak-borak lepak luar..
✌Geng lelaki lepak luar bilik ala-ala orang kaya silang panggung depan banglo.. Sambil membawang hal-hal ofis.. Ni la kalau keluar dgn geng ofis.. Citer-citer ofis mmg tak terlepas punya..
Tak sangka geng pempuan kaki berkubang jugak.. Dah la malam-malam.. Gelap.. Kat tasik terbesar pulak.. Mengerikan.. Kat luar memang sejuk.. tapi bila malam-malam da tido.. terasa bahang jugak sbb takde aircon dan angin masuk bilik kitorang kan.. Tu yang 2 3 kali asik terjaga malam-malam..
Total kos untuk hari pertama: 783,100 IDR = RM228.67 .. yang ni dah termasuk 600,000 IDR yang aku kata shared untuk bilik, supir dan motor
✌Apa pun kat akaun cimb aritu. .adalah 12juta rupiah dlm Bank.. Kayo..
No comments:
Post a Comment