Assalamualaikum..
Aku rasa kami gerak dalam pukul 12 lebih ke Bukit Holbung.. kesahnya orang kedai makan kami tanya orang yang jaga parking, jalan untuk nak ke sana.. dia kata kalau nak dekat lalu ikut sebelah kedai makan tu.. later that we know that jalan is soooo scaryy.. aku tak taula kalau ikut waze jalan dia gitu ke tak.. jalan nak ke tele scary sebab simpang siur, yang nak ke holbung ni simpang siur plus berbatu-batu.. like double challenging.. like seriously.. apsal takde sape share jalan pergi sini scary.. menarikla pengalamannya tapi.. bila sampai je dekat bukit holbung tu, terus kitorang duk cakap apa kita buat ni.. kita pergi mana ni weh.. precious memory betul
✌ Situasi ni agak ngeri dari tadi tapilebih selamat sebab tak banyak kenderaan yang lalu dan
ditemani keindahan dengan suasana indah gunung ganang yang sangat indah.. amat mengindahkan..
walaupun tadi rasa macam nak patah balik terus je dari Menara Tele tu..
Namun akhirnya.. tekad terakhir utk teruskan jgk nak gi Holbung ni,, akhirnya .. berbaloi-baloi..
Kami sampai situ tengahari panas ceng ceng weh.. tu satu benda lagi yang tak masuk akal.. haha, sebab tele dekat dengan sini tu yang aku redah je.. orang yang jaga parking pun pelik kitorang pergi tengahari.. dia kata biasa orang datang dalam pukul 3 gitu.. parking sini tak salah aku 20,000 IDR = RM6 per ride.. again, be careful kalau naik motor ke sini..
Bukit Holbung
Bukit Holbung ni kena panjat tangga sikit, tak ekstrem tapi capek jugala.. naik tangga dalam 5 minit gitu je kot.. kami tak hiking bukit pun.. tak hiking pun view dah maveles
✌ Yang ni dok terfikir.,. agaknya memang diorang potong ke bukit tu ..supaya boleh buat jalan..
kan nampak macam rekahan panjang tu.. kejamla jugak kalau memang diorang buat macam tu..
panorama view
cantik kan cantik kan.. sini view lebih pada tasik.. tele view gunung ganang.. dua-dua awesome.. dua-dua wajibul ghunnah untuk pergi
✌ Pastinya ni kalau tergolek lepas rumput-rumput tu.. terus jatuh masuk tasik kot..
Tgh riccee tahap keselamatan atas ni..
✌ Sudah-sudah la tu Jat..
✌ Cantik..
memang datang sini tujuannya untuk bergambar.. so banyak gile la gambar.. ada juga couple yang datang dengan supir.. supirnya tolong ambil gambar.. siap ajar cara posing lagi
✌ Cantik..
✌ Cantik tapi gaya ngeri.. kepergok..
✌ Tak sabar..
✌ Ntah..
2 sided of stories
tak pernah tak senyum tengok gambar sham
nampak sikit tangan ina.. macam biasa, malas crop.. zaman aku blog awal-awal dulu rajin gile edit gambar.. sekarang gambar mirror image pun malas nak flip..
✌ Kuatnya..
✌ Hebatnya.. K.O..
Macam Jaka Tarung menghayun Pak Lampir..
tengok gambar ni teringat Sarah.. aku pernah ambil gambar kayak gini time pergi Broga dengan dia.. kak seha pun ada sekali..
✌ Teletubbies ada jg kat sini..
ada macam Broga sikit kan.. tapi lagi cantikla kot.. Broga time aku pergi dulu time tengah terbakar.. bukit yang terbakar, bukan aku..
ada jugala hikmah pergi tengahari.. orang tak ramai, gambar pun onz je
✌ Cantiknya.. lagi hensem dengan gaya masing-masing bersahaja..
gambar fevret juga.. berguna betul tripod aku untuk percutian kali ni.. kalau sebelum ni kan banyak aku pergi under program.. so rushing gile bila visit satu tempat.. time dekat Doha pulak orang ramai.. nak cari tempat pacak tripod pun mencabar.. photobomb bermaharaja lela.. mentera, semerah padi.. haha, rasa nak nyanyi lagu ni pulak bila sebut maharaja
✌ Inilah foto pilihan Kosmo.. sila dapatkan dikedai berhampiran..
Settle gambar, mohla kita turun.. semua pun dah capek.. ada peristiwa sebenarnya time kami ke tele dan holbung.. biarlah jadi kenangan kami semua.. asik tergelak je kitorang bila teringat balik.. semua jadi trauma.. but Alhamdulillah all is well
✌ Inilah Toba.. ketinggian gunung.. ke dalaman tasiknya.. ke curaman lerengnya..
dilitupi KEINDAHAN Panoramanya..
ni contoh gambar malas flip.. dekat are bukit holbung ni ada masjid juga.. bolehla kalau nak solat dekat situ
on the way nak pulang, kami sempat isi minyak botol dan isi angin juga..
✌ Bensin.. bukan petrol..
alang-alang berhenti, kami rehat sekejap
Aek Rangat
Aek Rangat ni ialah kita akan jumpa dalam perjalanan nak balik ke Samosir.. dekat dengan jambatan untuk ke Pulau.. dari simpang situ dalam 2km je..dah alang-alang, kami saje singgah.. pandangan aku, tak singgah pun takpe.. melainkan kalau ada niat nak berendam.. aku kecewa sikit sebab konsep air panas dekat sini ialah diorang dah tarik pergi ke kedai-kedai air panas.. maksudnya diorang tarik masuk dalam kolam.. bukan direct natural berendam.. ada entrance fee juga, 5,000 IDR = RM1.50 per person.. kitorang pergi memang untuk bergambar je..
tibe-tibe aku rasa aku nampak tinggi.. thanks ina
antara kedai air panas yang aku cakap.. even ada kedai yang tulis wajib order makan baru boleh masuk tempat air panas dia.. time kami datang ni ada juga couple orang putih baru sampai
mula-mula kami tak jumpa tempat yang ada signage Aek Rangat.. dia dekat belah bawah je rupanya.. dekat je dengan entrance masuk yang background putih tu biasa keluar kalau google gambar
panas juga diorang rasa air
aku rasa kami dekat sini dalam setengah jam gitu je.. kami duk bincang either nak balik hotel or nak solat tengah jalan.. sebab takut ada yang penat kan.. at the end, kami decide nak cari masjid di Pangururan.. rasa rugi pulak kalau balik awal
Bandar Pangururan
kami tumpang solat dekat masjid ni.. lupa dah nak ambil gambar signage.. masjid ni ada sekolah sekali.. time kami sampai ni ramai pak polisi dalam ni tengah makan durian.. kitorang tanya dulu boleh masuk tak.. dia kata ok.. masjid bersih, toilet pun bersih.. so far toilet dekat sini semua bersihla.. even yang tengah-tengah jalan..
settle solat, kami pusing-pusing bandar pangururan.. eh lupa nak cakap, taman tempat kitorang parking motor ni view dia ialah gunung ganang dan tasik yang cantik tu.. aku tak sempat lepak sini.. gambar pun tak dan nak amik.. memang bestla untuk santai-santai petang
misi kami nak cari IndoMaret yang besar.. kitorang nak beli Cabe (cili) sprinkle yang dalam plastik.. untuk souvenir officemate.. tak jumpa weh
✌ BonCabe la tu.. tapi ada yang dalam botol je dalam RM 4.50..
Ada 2 level pedas level 10 dan level 30.. try la.. berapi kot level 30 tu
Pocari pun ada.. harga standard malaysia jugala
✌ Hisyam dok usha BTK latu..
B*** panggang Batak Karo yang femes kat sini..
student baru balik sekolah
kami nampak kedai minang ni.. saje nak try food sebab teringin nak rasa.. tapi kedai ni tak banyak lauk sangat.. so kami cancel.. plus takdelah lapar sangat.. so kami teruskan perjalanan nak balik ke pulau.. kami aim nak singgah Huta Siallagan.. Ya Allah, jaraknya dalam 20 ke 30km.. sejam juga makan masa.. sakit gile weh pinggang kitorang.. kebas la segala yang boleh kebas.. mungkin sebab kitorang dah seharian berjalan kan
berhenti untuk lega lenguh urat
Huta Siallagan
Alhamdulillah sampai.. again, kami sampai waktu Magrib.. apsal tah, asal tempat seram je mesti time Magrib kitorang visit..
the riders
kitorang ada ambil selfie dengan sign masuk.. tapi bukan kamera aku.. malas pulak nak download gambar wasap.. biasa kalau visit, pintu ni landmark orang bergambar..
rumah raja dan kerabat.. original, except for atap yang depa ganti dari rumbia ke zink
boleh masuk patutnya.. tapi sereemmm.. oh ye, sini ada entrance fee juga.. 5,000 IDR = RM1.50
1950-an
Batu 12.. tempat raja bersidang katanya.. landmark famous di Samosir
time kami datang sini, ada ibu kedai area sini ajak kami masuk tempat ni.. nampak tak tulisan.. exucation place = tempat hukuman
yang batu 4 segi tu tempat hukuman.. orang kena pancung, ambil organ.. hancur-hancurkan, then raja makan.. macam resepi masak pulak bunyinye kan.. hehe kalau orang yang tukang pancung tu tak pancung sampai putus, dia pulak weh kena pancung.. aku meremang je dengar.. yang ni memang tempat real execution.. kepala pancung tadi diorang gantung dekat pintu masuk huta siallagan tadi.. cerita seram apakah ini.. and again, aku persoalkan apa kitorang buat dekat sini time magrib ni
dulu-dulu katanya ni tempat rakyat saksikan hukuman.. now jadi tempat show/ dengar penerangan
sham confident je duduk tempat raja.. aku seram dah weh.. haha.. asri ada ambil gambar kitorang ramai-ramai dengan makcik explain tu.. aku dah rasa lain macam dah bila nak ambil gambar.. nak duduk dekat kerusi situ pun seram
Settle explain, makcik tu ajak tengok kedai dia.. makcik ni ok sikit, dia takdelah paksa secara melampau.. kitorang rasa certain barang dekat sini lagi murah dari Tomok.. lepas membeli, kami mau pulang ke hotel.. tips travel tempat orang ni rajinla bertanya jalan sebab kadang-kadang gps kan lambat nak baca.. kami tanya orang tu jalan nak balik.. rupanya dekat gile dah Huta ni dengan hotel kami.. dalam 5 minit dah sampai which pukul 8 malam kot time tu.. kami decide nak dinner di Monggo sebab aku teringin lobster.. sekali habis korang.. keciwa den.. time kami sampai Monggo ni angin kuat betul.. tapi belum hujan lagi
aku order ayam panggang.. sedap perapan dia.. harga pun ok.. 20,000 IDR = RM6 kot..
dia bagi sambal kicap ni.. sedap gile dah aku rasa.. tapi ada member aku tak boleh masuk dengan kicap dia.. aku rasa ok je.. tak taula sebab aku lapar sangat ke apa kan
asri junea order ikan bakar.. ikan bakar ni set untuk dua.. so sekor jatuh dalam 30,000 IDR = RM9.. eh yeke.. aku pun tak ingat dah
Kami settle makan dalam 15 minit sebelum pukul 9 malam.. just nicela untuk pulangkan motor.. malam tu kami kemas-kemas untuk check out pagi esok.. settle kemas, sempatla borak-borak kejap.. total kos untuk day 2 aku update nantila.. guna laptop lambat sikit nak download.. to the third day we go!
No comments:
Post a Comment