Assalamualaikum..
Makanan di Tehran dan Rasht tak banyak bezanya.. makanan diorang banyak yang plain, takde kuah.. buah zaitun banyak.. roti ada banyak jenis.. sama juga macam hotel dekat Rasht, menu hari-hari sama.. dekat Rasht dulu aku ada suka hotdog cheese.. dekat sini takde pulak
Day 1
nasi goreng dia masam-masam sikit.. macam rasa kimchii pun ada.. confuse sekejap aku ni korea ke Iran
untuk tengahari, kami makan di area pameran.. ada banyak kedai makan.. tapi aku boleh jamin makanan dia semua sama.. style air pun sama.. kalau air manis semua dalam gas.. takde air bancuh-bancuh
kebab daging.. butter tu sedap letak atas nasi.. bos aku ajar makan gitu dulu.. lemak-lemak rasa
benda baru yang aku jumpa.. lime juice ni katanya untuk letak atas salad.. tapi aku campur dalam air.. sedap juga weh.. aku macam biasa bila tempat sejuk tekak cepat tak selesa.. so memang bestla jumpa benda ni.. aku cari juga dekat kedai.. tapi tak jumpa.. oh ye, makanan kami memang fully sponsored.. so order je la
untuk malam, kami makan di hotel.. charge to room.. rasa macam orang ada-ada pulak hehehe.. malam ni kami behave lagi, cari menu yang tak mencanak sangat harga.. time dinner ni banyak menu western.. bolehla menghilangkan rindu makanan selain Iran.. eh baru 1st day takkan dah jemu dengan makanan diorang kan.. aku ok je.. mungkin aku jenis kaki makan.. semua pun sapu asalkan halal n toyyiban
aku order fish n chips
besar betul pinggan dia dan makanannye
yang ni pulak hasil jelajah kedai di luar hotel..
as always, aku mesti cari dan try food ni kalau ada.. tapi versi iran ni manis terlebih sikit.. rasa susu kurang.. so tak beli bawa balik
Day 2
fruit salad tu sedap tapi manis banyak gula.. dekat sini ada juga dia letak nektar yang sarang madu lebah.. sarangheyo.. tetiba kan.. hehehe kagum aku ada buffet nektar tu
minuman wajib pagi hari aku.. air panas + lemon + madu.. alhamdulillah work untuk tekak aku
2 food dekat atas ni ialah manisan iran.. style pameran sini ialah diorang memang akan bagi manisan pada tetamu yang datang.. untuk bisnes talk.. siap bancuh air panas.. dahsyat kan..
makanan tengahari aku tak ambil gambar sebab menu sama.. makan malam pulak kitorang skip hari ni sebab dua-dua terlajak tido.. boring sikit la lifestyle time event ni.. ni la manusia, banyak aktiviti cakap penat.. takde aktiviti bosan.. eh tapi style jalan aku ialah sumbat seberapa banyak aktiviti selagi boleh.. tapi ample time la.. takdela rushing.. as long as aku sempat ambil gambar tu dah kira ample time la hehe
Day 3
sama kan menu.. tak kira, nak letak juga.. penat ambil gambar kalau tak letak
gambar dekat bawah ni ialah foodcourt tempat kami lunch.. sini tempat pilih air.. hari 1st tu diorang bawa kedai makan berhidang.. hari kedua diorang order yang macam ni, tapi diorang tolong amikkan.. hari ketiga, aku cakap dekat dia boleh je aku ambil sendiri
tempat soft drink
yang tutup hijau yu yogurt fresh.. aku memang tak rasa pun sebab dah tahu rasa dia
dont kill me
terfokus lebih pada orang pula instead of makanan.. apa kan daya, law of attraction kan
iza minta kuah ni untuk makan dengan nasi.. diorang dah pelik-pelik pandang..
prep food
lunch menu.. ni kira nasi separuh ni.. kalau tak penuh pinggan dengan nasi
untuk dinner, mereka tukar ke restoran lain.. tak tau la kenapa.. tapi restoran ni nampak lagi mewah la.. tudung tu tudung iran.. mana tah aku letak.. tak jumpa plak bila bawa balik malaysia
aku tak ingat ni menu sape.. aku rasa macam aku order ikan juga.. tapi macam ada cerita makan malam yang ter skip je.. sebab ada 1 malam tu aku makan steak.. tapi time tu iza makan burger rasanya..
steak aku.. berasap-asap.. effect bunyi tu yang mahal.. rasa sedap juga.. cuma kalau kita makan lambat dia macam hangus sikit.. mahal juga tapi sebab teringin, belasah je la
Day 4
last day baru rajin ambil gambar sekeliling
ni je breakfast aku.. jus tu beli dekat kedai.. sedap gile.. packaging diorang ni maveles betul
aiskrim beli dekat airport.. sedap gile yang part strawberi tu.. yang putih dalam tu manis sikit..
No comments:
Post a Comment