Mar 5, 2019

Lively Lake Toba: Day 2~ Menara Padang Tele

Assalamualaikum..

Hari kedua, planning kami nak pergi 3 ke 4 tempat tah.. jap aku copy balik itinerary day 2..




Kalau ikutkan, petang day 2 tu originally kami plan nak ke pantai pasir putih Parbaba or pantai Batu Hoda.. tapi sebab masa suntuk, dan pantai ni pun bukan real pantai.. still part of tasik.. so cancel.. kami gantikan dengan Huta Siallagan.. yang tak sempat visit day 1.. sebab yang ni macam lagi must visit place je..

Malam semalam time geng gegirl mandi kolam, kami duk cerita pasal makan mahal.. tak boleh terima sebab expectation kami makanan indonesia murah.. so mulala kitorang plan nak jimat makan.. konon-konon nak makan berat sekali je sehari.. kami decide breakfast hari kedua nak makan makanan yang kami beli je.. tak makan dekat kedai

✌ Patutla takde bincang pasal breakfast. Takat makan roti semalam je, mana cukup.
Dah membawang rupanya. Padahal pagi tu nak travel jauh naik motor.. 



awesome gile weh view.. kami kurang masa dekat nak appreciate view.. keluar pagi, balik malam.. eh dah macam style keje pulak kan.. apsal kalau travel tak penat pun takde break.. kalau keje tu, kalau aku tak nap confirm malam sadaqallah awal..


best betul dengar bunyi air mengalir.. time tido pun dengar kot.. oh ye, malam 1st tu aku susah nak tidur.. terjaga terus teringat sigale-gale.. hampeh betul


✌ Gaya Prof S



breakfast aku.. roti tu macam masam-masam sikit.. 


ada orang memukat..

Ni view yang paling cantik.. Ada nelayan bersampan kecik menarik jaring.. 
Berbackgroundkan bebukit berkabus.. N kabus nipis atas permukaan tasik.. dengan suasana dingin 6.30 pagi ..
Pergh.. Kalau zoom kat sampan. Guna kamera seha.. Bole menang award ni..



kitorang mulakan perjalanan pukul 7 pagi.. alhamdulillah semua punctual.. kagum aku.. mungkin sebab tu juga kot aku rasa trip ni best.. on schedule.. aku kan skema sikit


view sepanjang perjalanan kami dengan motor.. diorang dah pesan dekat aku dan junea, kalau jumpa view best boleh berhenti untuk ambil gambar.. sebab kami lead.. di mana ada aku, di situ ada gps..


ada mural cantik


✌ Dua beradik mengenang nasib cendol di Kajang.
"Sapalah yang nak kacau cendol pagi2 ni.."





pelik-pelik muka asri.. tak camera ready langsung.. sorry bro.. aku pakai jaket sebab kalau ikut ramalan cuaca macam hujan.. but alhamdulilah malam baru hujan.. sepanjang kami travel dekat motor cuaca just nice.. berbaloi juga la beli jaket ni sebab sejuk weh sepanjang naik motor ni.. aku beli bundle dekat foodcourt presint 9.. RM25.. aki dah pau nak pinjam pergi jalan.. 

✌ Ni muka natural..mujor tak hujan.. Semua dah prepare bawak windbreaker sebab ramalan hujan..
Berjaya dah beli windbreaker merah RM5 kat Family Bundle Ampang. Murah Cantik dan Berbaloi.. 

Cuma Hisyam je windbreaker dia.. baju Hawai berseluar baggy..  Bajet-bajet foreigner .. memang macam tu..








next pit stop


batas padi diorang kan haluss je weh.. petani depa ni terer balance badan

✌ Gambor kat sawah padi diorang yang cantik tu takdela..rugi..
Petak padi diorang banyak curf dan bertingkat tingkat..
Batas pun kecik je untuk tampung air sawah.. bukan untuk dipijak macam tempat kita..
Petak sawahnya kecik-kecik.. dan memang takde nak pakai jentera la nampaknya..
semua manual bersama sang kerbau.. Cantik dan unik.. 
Teringat gambor Thanos duduk tepi petak sawah dalam Avengers tu..



rumah batak.. sepanjang perjalanan macam-macam design ada.. masih mengekalkan senibina asal


asal nampak rumah je aku usha tangga dia terlindung tak.. maklumla jadi penumpang kan, appreciate view tu lebih sikit la


sepanjang perjalanan memang banyak kubur gini.. kitorang mula-mula ingat ni macam chruch sebab besar.. ada yang kadang-kadang ada patung orang bagai.. kubur rupanya.. pak supir kami untuk hari esok bagitau diorang buat kubur atas tanah rumah supaya anak-anak or waris tak jual tanah.. menarik juga kan.. kubur gini yang kristian punya.. yang muslim tak sure dia amalkan konsep gini ke tak.. pak supir aku rock weh.. ada tu kitorang tanya apa tah.. dia explain, lepas tu dia cakap "inform lebih boleh di google in aja.." hahaha sabo je la

✌ Supir kata sebab semua tanah kat sini tak pakai geran.. so diorang pakai kubur jela..
Orang lain tak berani nak curik tanah sebab ada kubur tu..

Si supir tu kalau cakap dengan hisyam lagi makan dalam..
Dia ada kata "Yang ditanya juga tidak tau, sama yang menanya.." 
ni bila supir tak tau nak jawab soalan Hisyam. 

Hisyam pun satu, bila otw ke Sipiso .. boleh pulak dia tanya supir.. 
"orang naik basikal tu bawak apa dalam guni.." 
Dia ingat supir tu ada superpower boleh tgk barang dalam guni..



piring tv diorang.. besar betul
✌ Parabola kot..



entrance pantai pasir putih.. time balik aku tak perasan pulak


kubur lagi


batak house with our silhouette
✌ Charee gambor ni..boleh masuk surat khabor ni..


becak berhias


✌ Lagi charee.. gambor ni.. entiti mistik 







becak ada iklan pemilu.. pemilu = pilihanraya.. in April.. aku tahu dipanggil pemilu ni sebab nampak dekat surat khabar diorang.. time dekat Aek Rangat, kitorang tanya la mengundi bila.. bapak tu jawab sampai jam 7.. ah sudah.. rupanya dia ingat kami tanya mandi sampai pukul berapa.. hahaha



antara poster pilihanraya

✌ Ni antara yang pelik juga.. ada kawasan yang part perumahan rumah-rumah kayu lama yang kusam sepanjang jalan.. 
Tetiba dihiasi dengan pelbagai banner pilihanraya yang besar dan berwarna warni..
Tak main la guna bunting macam kat Malaysia..
Yang peliknya adalah umpama kawasan sekitar ni nampak mundur tetapai banner pilihanraya nya besar-besar, banyak dan mewah.. hemmm..



yang ni dah macam salji dia punya awan


yang ni plak geng aku terlepas simpang.. kitorang yang depan masuk simpang cepat sangat.. kereta sini boleh tahan ganas juga..


Alkisahnya kami salah jalan.. jalan dia berbatu dan berbukit.. aku dengan junea confident je betul.. asri la yang mula-mula pelik, apsal lain macam jalan dia.. sekali asri kata menara pandang tele ni ada 2.. aku memang pakai percaya gps je.. aku pakai google maps sebab waze tak mahu detect plak.. semalam ok je waze

✌ Pengalaman yang menakjubkan.. dan adventurous..
Dah agak dah silap .. sebab rasanya belum keluar dari pulau Samosir ni.. tetiba macam dah nak sampai pulak..
Tapi yang lagi pelik.. jalannya sangat teruk untuk dilalui oleh motor skuter tourist macam ni..
Mujo belum sesat sampai ke hujung jalan..




dekat gambar tak nampak scary sangat gambar.. the real view memang scary.. mencanak bukit naiknya..
✌ Ibuk yang jalan kaki dua orang tu pun pelik..
"Apa apaan sih.. jalan kayak gini kok terus terusan nunggangin motor..
dasar bandel ini anak.."


kami singgah kedai motor sebab tayar sham bocor.. kos tampal 10,000 IDR = RM3.. kami isi angin motor junea juga.. naik 2 orang kan.. isi angin 2,000 IDR = RM0.60
✌ Hasilnya.. pancit la motor..
Tapi yg rare adalah teknologi manual diorang tamapal tayar motor tu..
dia panaskan getah tayar yg dipototong kecil dengan api dalam box kecik kiri tu.. 
lepas tu dia press kuat-kuat dan lama-lama kat tempat bocor tu..
pergh.. klasik giler teknologi diorang ni.. tu yang lama betul..
Dah la dia keluarkan tiub tayar tu tanpa cabut tayar tu.. rare..
Memang kaun Batak Karo sejati ni..


bila dah nampak 1 love Samosir ni baru confident jalan kami betul
✌  Haa.. ni baru la betul sebab baru je keluar dari kawasan pulau .. masuk ke tanah besar ..
Kat kawasan ni la .. tak lama lepas tu ada 2 orang mamat datang macam gaya nak mencopet bag kitorang.. 
Bila hisyam tersedar..  maling-maling ni pun buat-buat amik gambo..




bila dah lepas sign i love tu, kita akan lalu jalan naik bukit yang tiada penghujungnya.. jalan dia ok, cuma banyak lori turun.. kena selalu bunyikan hon ye
✌ Scary..




view yang stunning.. tak jemula weh walaupun jalannya panjang.. first time aku rasa 1km tu jauh gile weh.. maklumla, pegang gps kan.. asal tengok je tak gerak-gerak lagi jaraknya.. stress makcik


alhamdulillah sampai.. aku sorang je lagi belum buka helmet.. exited nak bergambar punya pasal
✌ Memang scary..




stunning kan.. view yang stunning, aku always stunning hehe



✌ Viewnya mmg cantik.. tp memang scary..





nak eja danau tapi tak berapa nak jadi pulak kan


proper sikit ejaan.. nampak kan nampak kan
✌  Hapa-hapa ntah.. tak jadi..


fevret gambar aku
✌ Ini jugak yang senang kan.. 




nampak kan siapa paling terer lompat.. tepuk bahu sendiri.. well, tengok adik-adik aku la.. diorang tu tahap apa kalau pose lompat.. tak sia-sia belaja lompat
✌ Teletubbies macam ni tak?



✌ Gaya apa ko buat tu Sham..






gambar ni semua kami ambil area sebelah menara pandang.. kami tak naik pun menara tu.. bak kata ina, kalau naik tu nanti gambar ada cermin.. sham kata boleh ina tak nak cermin, pecahkan je cermin.. haha dahsyat diorang gurau


settle gambar, kami cari kedai makan.. kebulur weh tak sarapan..


ada tempat ambil gambar juga.. ada caj rasanya


kami singgah toilet sini.. 2000 IDR = RM0.60.. ada sekali tu diorang pergi toilet dekat jeti tiga raja, kena 4,000 IDR weh.. semua tak puas hati apsal mahal beno.. kami tanya orang yang jaga toilet tu.. boleh naik atas ke.. dia kata boleh je.. ada kedai makan dekat atas tu.. 


serius kalau datang sini berbaloi naik atas ni.. kitorang rasa view dia lagi bermakna dari gambar atas menara.. betul.. like seriously.. 


asri yang tolong amik gambar ni.. dia ambil dari angle atas.. sakit hati kita.. kena bagi dia tengok video vivy tips ambil gambar untuk orang pendek
✌ Jangan malu dengan diri sendiri..
Terima jelah.. yg penting view belakang tu yang stunning..


ni teknik payung dia.. tak nak bagi gambar gelap.. nak cantik boleh je crop gambar.. tapi aku malas weh
✌  Teknik baru cipta ni.. 
menghasilkan gambar yang mengagumkan..


serius sham ni macam aki.. posing gile-gile..
✌  Teknik sajat sejati..





lama juga kitorang ambil gambar dekat sini.. sampai orang kedai tu jeling-jeling, bila diorang ni nak order
✌  Gaya wirid ni.. ingatkan best.. belum best rupanya..





cuak juga aku tengok setting kedai.. takut mahal kan.. kitorang dah belaja dari makan malam tadi.. tanya dulu berapa harga.. surprisingly murah weh



macam dekat cameron dah aku rasa


diorang order air kacang hijau coklat.. rasa oat




nasi ayam penyet super duper maveles.. murah je pulak tu.. 25,000 IDR = RM7.50.. murah pada aku sebab kedai makan cantik kot.. view pun cantik.. agaknya sebab tak ramai kot orang sanggup mendaki, tu yang jadi murah agaknya


ha penat.. aku ingat nak habiskan je entry semua untuk hari kedua.. kita sambungla.. till then

No comments: