Mar 14, 2019

Iran for the Second Time: Shops nearby Hotel and Tajrish Bazaar

Assalamualaikum,

Kami tak explore banyak sangat tempat di Iran.. pengiring kami pun takde offer jalan untuk malam awal-awal kami sampai.. cuma bila aku tanya pasal bazaar dekat sana, baru dia offer nak teman.. kisah bazaar dekat bawah nanti

Jadi, 1st malam kami dekat sana lepas makan, aku dan iza decide nak pusing area hotel.. walaupun Tehran ni bandar utama, kedai-kedainya tak buka lewat malam sangat.. mungkin sebab area sini area jalan raya kan



motor delivery.. area hotel ni pun sunyi je.. aku dengan iza jalan dekat area main road.. situ banyak kereta so tak cuak sangat





tempat tunggu bas depa.. dekat area sini ada budak kecik minta duit dari kami.. cuak juga sebab kita kan baru sampai.. plus duit pun belum pecah lagi.. jauh juga dia ikut kitorang


antara kedai yang buka.. kedai makanan dan produk kesihatan


baldiah tu bandar kan.. Bandar Iran.. tak sia-sia belajar Arab.. #flipshawl


kami jumpa kedai runcit ni.. exited aku.. 




air basil ni from thailand.. mahal juga dekat sini Iza kata.. fevret iza


menyesal pulak tak try instant food depa kan


aku beli jus ni sebab cantik hehe


tak lama sangat pun kitorang pusing-pusing.. sejuk pun iye juga.. plus takde apa sangat nak dipusingkan.. eh lain pulak maksud dia kan


hotel kami duduk




Malam the next day, aku rasa kitorang dua-dua hanyut tidur dan tak dinner.. so kami tak ke mana-mana.. malam ketiga, aku dan iza berbelah bahagi nak pergi ke tak Tajrish Bazaar.. aku cakap tak kitorang jumpa orang Brunei yang duduk lama dekat sini.. time transit Doha.. dia cakap tentang Tajrish ni.. aku ada google juga, bazaar yang famous dekat Iran ialah grand Bazaar.. tapi aku baca dia tutup awal.. jadi kalau pergi malam sia-sia la kan.. siang kami ada event.. so bincang punya bincang, kami on.. kalau ikut aku, aku memang nak on tapi sebab pergi berdua kan.. bila iza kata on je, terus kitorang ambil teksi depan hotel.. teksi depan hotel double harga.. jadi kalau nak murah better jalan keluar hotel sikit


sepanjang perjalanan tu banyak kedai mahal-mahal


view sepanjang perjalanan.. Bazaar ni tak jauh pun dengan hotel.. beberapa km la.. kalau lepas waktu kerja memang jam betul sini


teksi kami.. sebab aku tak sure macam mana keadaan dekat bazaar ni, kitorang book siap-siap pergi dan balik.. dia cakap dia boleh tunggu.. kitorang minta dia tunggu 2 jam with bayaran.. total cab pergi balik dan tunggu kami untuk 2 jam ialah 1,300,000 IRR = RM65, bahagi 2 dalam RM30 lebih.. okla kan.. time belum tahu rate dia jatuh, kitorang ingat RM60 lebih sorang.. time tu still rasa berbaloi sebab nak selamat kan.. sana ada apps juga untuk book kereta macam Grab.. aku ada tulis, tapi lupa dah kat mana.. yang ni lagi murah.. oh ye, korang tak payah book teksi untuk tunggu pun ok sebenarnya, sebab banyak je teksi dekat Bazaar ni


view malam hari



macam banyak barang China kan



geram tengok strawberi.. aku beli dekat kedai lain.. masam sikitla


nampak jagung ni teringin pulak.. aku dan jagung macam tak boleh dipisahkan pulak.. jepun, hatyai, iran dan toba.. semua aku try hahaha.. ni dah boleh sama kategori dengan susu pisang ni.. corn hunter.. ni tindakan luar sedar ni


pakcik ni comel gile.. sambil nyanyi or cakap sambil buat order




cubaan tanya harga.. nasib ada orang Iran dekat situ faham.. silap tak belajar how much dalam parsi.. eh tapi kalau kita tanya dalam parsi, nanti dia reply parsi juga.. parah juga tu.. macam kes korea.. ulmayeyo kan dah biasa dengar dalam cerita Korea.. terkebil-kebil bila dia bagitau harga dalam korea haha


comel kan comel kan


jagung dia pedas-pedas.. bolehla untuk rasa..



ktiorang silap percaturan beli jagung awal sangat.. jadi susah gileee nak beli barang.. dah la plastik takde.. jenuh nak perabih




the herbs


ada stoking tapi mahal dan design biasa-biasa la



aksesori pun banyak




berkerut tengok tudung



ni kedai tudung kitorang borong.. izala borong.. aku ambil sehelai je kot.. pandai gile iza tawar.. aku fail as always




gula apa ek nama ni.. biasa yang kuning je.. yang warna lain tu ada flavor.. aku beli tapi sampai sekarang tak minum lagi.. dia kita celup je dalam teh ke apa.. nanti dia cairla.. serius lupa nama




pasar basah depa


kitorang sesat weh.. tak jumpa cari jalan keluar.. dua-dua jenis failed jalan.. alhamdulillah at the end jumpa.. iza kot yang jumpa


ni jagung bakar biasa.. lagi murahla


roti.. rilex je kan roti letak gitu




aku ada berkenan nak beli gelang, tapi owner kedai tu tak pandang pun kitorang.. betul-betul buat sibuk.. dia tengah ukir gelang something.. so aku pun tak jadi beli


bit kan.. ubi merah


Kisah kami ke Bazaar Tajrish ni kitorang tak bagitau pengiring kami.. on last day tu, kami cakapla bolehla kami nak ke grand bazaar.. dia cakap better jangan sebab hari khamis untuk diorang ialah half day.. so dia kata orang ramai gile la.. teksi ok je padahal tapi mungkin dia malas nak serabut kot.. so dia nak teman pergi tajrish.. belasah je la.. janji jalan kan.. malam yang kami pergi tu pun rasa tak cukup masa.. walaupun 2 jam.. well, perempuan kan


view Bazaar Tajrish di siang hari


entrance


kpop pun ada..  cawan team football diorang pun ada


kedai karpet mahal.. banyak juga aku membeli hari ni.. beg bulat kait pun beli dekat sini..


orang boleh tahan ramai la.. tapi aku rasa lebih kurang dengan malam kami pergi tu.. pengiring kami tak percaya kitorang boleh g sendiri.. hehe, shoping beb.. semua perempuan confirm survive



another view inside the Bazaar.. entry Iran aku rasa mungkin ada 2 lagi.. entry tempat pameran dan details spending.. till then

No comments: