Assalamualaikum..
Hoi, bercinta betul nak boleh habiskan entry toba.. ok, pagi last day kena kami bersiap untuk ke airport.. habis sudah perjalanan kembara ke bumi toba.. asalnya kami plan nak gerak ke airport 6.30 pagi.. tapi kak shima kata macam awal sangat, so aku bincang dengan geng.. dan kami setuju tukar ke pukul 7 pagi.. pagi ni kitorang lambat sikit keluar.. janji dengan tobavengers yang lain (eceh) nak keluar pukul 6.30 pagi.. untuk ambil gambar.. 6.45 gitu kot baru geng gegirl keluar
misteri ina nampak mata malam semalam terungkai pagi ni..
over betul brightness aku set.. nak edit balik gambar memang tak la kan
kisahnya, semalam aku dah bagitau hotel kami nak check out pukul 6.30 pagi.. minta siap-siap dia tapau breakfast.. supir pun ada pesan.. sekali kami pergi pukul 7 tu dapur dia pun tak buka lagi.. bengang jugala aku, apsal tak bagitau semalam dapur start lambat.. tapi aku bengang pun takdela duk marah diorang.. aku kan sopan sikit hehehe.. aku tanya dia apa yang cepat, roti bakar yang cepat katanya.. bolehla dari takde.. kempunan nasi goreng.. hotel ni come in dengan free breakfast.. kami kan add extra bed, dia include kan sekali free breakfast juga.. so dapatla in total 5 pax breakfast
last photo together..
teringat plak dekat admiral cove PD.. situ kan banyak kapal park..
time tunggu food ni baru kami tahu pilihanraya depa panggil pemilu..
kawasan cafe dia selesa.. rugi pulak rasa lepak hotel kejap sangat kan..
duit yang tinggal.. berjaya la aku bawa balik baki.. boleh simpan untuk next trip
dalam 2 jam kami tiba di airport toba.. supir pun bawa santai-santai je.. flight pukul 10 lebih tak salah aku.. kecil je airport dia..
baru launch route akhir tahun lepas, awal tahun ni tutup.. kecewa aku..
yang pemeriksaan ni belah kanan kaunter tadi.. aku cuak juga beg berat tapi bila tengok dia tak check berat, lega rasa.. balik rumah aku timbang beg aku 13kg.. melampau na.. kata tak beli apa..
pak supir kami.. bagi lagi sekali la nombor dia.. sebab dia baik.. nama dia Bob Sinaga.. nombornya +6281248552985.. pak supir ni kalau nak ronda luar area pulau.. area parapat.. kalau nak jalan di area Samosir, boleh contact Pak Rommel.. +6281375999700.. Pak Rommel ni aku jumpa nombor dia di blog.. aku nak book dia untuk jalan di parapat.. tapi dia cover pulau je.. dia yang bagi aku nombor Bob.. bagus kan..
bila orang tak berkira dengan kita.. kita pun jadi murah hati kan dengan dia.. kami ada baki 100k lagi untuk duit yang kumpul.. kami decide bagi tips pada dia.. happy dia.. aku rasa kak shima pun bagi juga.. pak supir ni tunggu dekat airport sebab nak pass kuih bika ambun.. kirim dari kawan dia yang datang dari Medan.. kitorang tanya dia mana kedai makan best.. dia nak balik dah mula-mula, tiba-tiba dia kata takpela dia teman..
kedai hijau luar airport ni dia kata murah
nama kedai
makanan orang tak sabar nak balik Malaysia
ada bank juga dekat aiport.. sediakan kadnya aja..
suasana dalam ruang menunggu
alaa dah tak ingat dah yang baju hijau ni airlines apa.. Lion Air ke ek.. lupa dah
thanks kak shima jadi geng kami dekat sana.. relationship goals betul kak shima dan husband..
ready to depart..
nampak hotel Gold Coast Sepang.. eh ke tu hotel Avani ek.. Alhamdulillah perjalanan lancar.. kami sampai awal juga rasanya sebab flight gerak awal.. canggih kan..
bika ambun kami.. dapat perisa pandan.. jadilah untuk rasa.. pandangan aku, tak beli pun takpe.. aku beli untuk rumah, depa tak makan sangat pun.. plus bika ni tahan 2 3 hari je.. tapi kalau nak rasa silakan.. dia macam kuih sarang semut sikit, tapi lembut.. tapi manis betul..
Nita ni kedai yang jual Bika dekat aiport.. harga aku rasa sama je dengan yang pak supir ni jual.. cuma yang kedai ni dia jual 1kg kot.. so mahal sikitla.. tapi boleh tanya kalau ada size 500g or yang kecil lagi..
total spending aku dekat sana.. nampak percentage paling besar aku spend untuk apa.. hehehe.. eh yang ni tak termasuk tiket flight, insurance dan internet.. boleh refer 1st entry aku untuk details kewangan.. amboi, macam buat report dana dah bunyi.. siap rujuk lampiran bagai hehe..
kalau aku campur dengan kos yang bayar dekat KL, total ialah RM736 aku spend.. costing yang aku buat di first entry ialah RM396 tanpa shopping.. so kalau RM736 (total cost) - RM338 (kos shopping) = RM399.. so tak lari jauh sangatla dengan initial costing aku buat.. terer kan aku jadi bendahari.. tepuk bahu sikit na.. banyak betul aku shopping, insaf kejap rasa.. memang betul-betul kejap pun aku insaf hehe..
sightseeing dengan transport tu boleh combine.. sebab ada kos sightseeing termasuk dalam transport.. best kan trebee ni.. sila download.. summary ni keluar untuk yang paid version punya.. tapi serius berbaloi untuk orang macam aku yang selalu tak tau duit habis dekat mana.. dah buat ni pun still ada juga yang short tak tau belanja untuk apa, tapi okla.. takdelah value dia besar sangat yang part short tu..
In summary, toba is definitely really super duper trip yang berbaloi.. aku enjoy habis.. macam-macam cabaran.. macam-macam pengalaman.. aku kan fobia guna ejen, tapi bila guna supir ni aku ok.. sebab dia ikut plan yang kita nak.. waktu pun ikut kita.. tak rushing, dan yang paling penting tak pergi tempat mengarut.. alhamdulillah dapat supir best.. so, toba masuk dalam checklist yang aku rasa nak repeat lagi after bangkok dan india.. bangkok kan first love untuk travel.. hehe till then..
No comments:
Post a Comment