Nov 21, 2019

Wonder in New Zealand: Day 6- Lake Te Anau dan Red Tussock Grass

Assalamualaikum..

Aku tak letak kos pun kan untuk entry hari kelima.. tapi rasanya aku takde beli apa-apa pun.. nantila hujung-hujung nanti aku tambah semula dekat ending entry setiap hari.. jika ada kerajinan.. okeh, pagi hari keenam.. dah almost finish perjalanan kami.. kami agak santai pagi ni.. sebab itinerary hari ni ialah nak ke Queenstown je.. so kak neen kata gerak 9.30 pagi tak salah aku.. 

tapi aku jaga agak awal juga.. sebelum subuh.. bertuah dekat rumah nak jaga awal kan.. tengok kak nani tengah nak masak.. aku tolong sikit-sikit macam biasa.. borak je lebih macam biasa.. rindu plak dekat kak nani 


pagi tu aku masak hashbrown guna oven.. boleh declare masak ke gitu hehehe.. kami percikkan minyak sikit-sikit.. sedap weh.. makan panas-panas pulak


breakfast kami.. maggi goreng, hashbrown, goguma semalam.. ada nasi goreng juga tak salah aku


makan awal aku hari ni


nasi goreng yang dirindui.. dah masuk 2 bulan dah aku balik dari NZ.. aku sampai sekarang teringat-ingat nasi goreng kak ros time tokyo dulu.. air tangan orang dah selalu masak ni lain macam.. so ada 2 nasi goreng kesukaan aku yang jadi kenangan di luar negara.. nasi goreng kak ros dan nasi goreng kak nani.. nasi goreng yana? dalam mimpi hehehe.. rela aku makan nasi putih agaknya.. hehe


kami geng trio nak pusing-pusing area motel.. elok pulak kucing semalam datang lagi..


dah pandai bawa diri.. terus masuk rumah bila dijemput.. rasanya kitorang tak bagi makanan pun sebab semua dah kemas.. 





gambar kami dengan tripod tak cantik.. sebab lighting lari pulak.. 








yang ni dekat area kawasan untuk check in


aku tak sure guest atau owner yang nampak kitorang amik gambar.. terus dia offer nak tolong ambilkan



love note


woww, helijet dia.. RM1,500.. moga ada rezeki naik 1 hari nanti..amin.. jet boat dia ada yang murah juga..


tempat simpan barang-barang motel depa.. kemas je.. dekat area luar


kami jumpa benda alah ni.. gigih aku nak try.. rahmah dengan kak siti mula-mula tak nak.. tapi bila kak neen datang, rahmah terjebak sekali.. hehe.. aku dah pakai semula stokin.. malas dah nak buka balik dan join depa.. kasut aku pakai jenis high cut.. susah nak buka..


ada video aku melompat tapi bukan kategori U:sesuai untuk tontonan public.. haha


aku tak pandai main, pandai pose je la..



time check out sini awal.. kami gerak on time.. settle pulang kunci, kak neen singgah tasik depan motel, Lake Te Anau..



view di Lake Te Anau.. berangin betul pagi ni.. ada dalam video lain yang aku tak upload dekat sini, dengar kak neen cakap rezeki kami ke Milford Sound semalam cuaca cantik.. arini sedikit gloomy.. alhamdulillah


petak betul muka aku.. aku tengah fasa kena control berat la.. dah lain macam rasa berat kali ni.. doakan aku berjaya..




berangan moment




pelangi pagi..


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, langit, luaran dan alam


acara wajib.. 




kami berhenti kejap je dekat sini.. sebelum memulakan perjalanan, kami pergi isi minyak dulu.. jauh ni nak jalan kan.. last pitstop sebelum kami gerak semula ke Christchurch.. tetiba sedih plak rasa bila fikir dah nak balik.. hehe, padahal time real takde pun sedihnya.. tak rasa sebab dekat Queenstown kami duduk 3 malam.. paling lama kami stay..


pelangi full view.. ada niat nak tinggalkan Rahmah isi minyak untuk kami ambil gambar..


cantik betul.. subhanallah




time kami berditi sini, kena marah weh dengan orang pam minyak tu.. mungkin bahaya agaknya.. or rules mereka.. kami tak tau pun.. pakai redah je kan


elok pulak time rahmah dah nak hilang pelanginya.. kena tenung betul-betul baru nampak


aahh.. syok ni kalau dapat kayak.. kak neen cakap je dekat kitorang kalau ada nak buat apa-apa aktiviti lain boleh je bagitau.. time ni aku takde rasa nak try pun.. biasalah yana tu.. suka mengenang barang yang dah lepas hehe


perjalanan scenic road kami diteruskan




aku tak ingat siapa beli.. strawberi australia.. biasala.. tak manis sangat..


seterusnya, kami berhenti di area  Red Tussock Grass.. baru tau aku nama rumput ni.. kalau dekat malaysia panggil lalang je ni hehehe.. cuaca sedikit kelam time ni.. tapi pada aku dah magnificient gile dah..



macam biasa, kak neen gigih tolong kami ambilkan gambar.. skill pun dah terer macam abang nuar.. blend in plak bulu jaket kak neen kan hehehe





aku share dekat umi aku gambar ni.. umi cakap macam ultraman.. hahaha.. dah habis cantik dah aku rasa aku posing..


gambar kamera aku gelap sikit bila cahaya takde..



dah cerah ni maksudnya kamera mahal la ni.. terus jadi macam ada matahari kan haha...







Dengar kan angin kuat.. Aku syak hujung video tu kaki najwa stuck dalam lumpur.. kesian gile weh sebab kasut dia putih.. tapi kasut aku pun kena juga.. jenis kain plak tu.. nasib kasut najwa jenis plastik sikit.. still boleh lap la


elok time kami nak gerak, cerah pulak langit.. tapi semua pun macam dah puas hati dengan gambar tadi.. takde rasa nak amik balik.. aku syak sebab kasut dah jahanam juga.. kalau elok, mau aku turun balik hehehe


perjalanan kami diteruskan.. bentuk muka bumi NZ yang unik membuatkan perubahan cuaca jadi drastik.. elok je cerah time ni


banyak je kereta memotong dekat NZ ni



kami jumpa sekawanan lembu.. tak simpan apa-apa harapan sejak kes kambing melarikan diri..


lembu ni acah-acah lari memula.. tapi diorang stay je rupanya.. mungkin diorang ingat orang nak bagi makan kot.. eh tapi bukan rumput ke makanannya.. korang dah atas makanan kan.. hehehe



berangin juga.. kawasan sini kecil je, jadi tak dapat angle nak nampak tinggi..


eh tapi rahmah elok je.. hehe.. rahmah memang tinggi kot.. #sedapkanhati


babai awak.. terima kasih bagi kami rasa susu segar sedap


geli plak weh bila tengok depa banyak-banyak haha



cubaan nak tunjuk kincir angin gagal.. 


dah masuk kawasan perkampungan.. nicela town dia.. macam biasa, NZ memang tak boleh dipisahkan dengan ketenangan..




nampak kawasan tadahan air.. ke kolam.. tapi warna cantik bukan main


jumpa kambing lagi


packaging jerami depa..


time ni kami banyak lalu jalan turun naik bukit.. macam biasa, bila nak rekod takde dah view gitu..


time on the way ke Te Anau sebelum ni, kak anne kata salji nampak macam dah nak takde je.. aku dah kecewa sikit.. tu yang kitorang tengah berdoa semoga adala rezeki kami nak tengok salji


yang ni stabil sikit video dia.. video-video ni kadang takdela best pun.. tapi untuk kenangan aku.. kadang kalau save dengan pc or hard disk takde masa pun kita nak tengok.. kalau dekat blog chances untuk berangan tengok tu ada la hehe.. aku kan kuat berangan.. buah berangan pun aku suka.. 

aku ada cakap ke ek aku subscribe extra data untuk gmail aku.. dah full limit 15gb.. mula-mula macam malas sebab aku dah set emel lain dan boleh pump in emel yang penuh tu ke emel baru.. tapi sebab blog aku kan guna akaun tu.. kang nanti sayang pulak gambar-gambar lama yang simpan.. kalau aku tengok gambar dekat blog kak neen, dia guna flickr.. tapi aku tak pandai (read: malas) nak explore.. yang aku subscribe tu 100gb extra.. setahun RM80++ kot.. okla kan.. sayang weh.. nanti susah plak nak update blog kalau space takde kan..


zaman mengundi juga diorang ni.. 






antara rumah area sini.. time ni kami dah slow bawa kereta sebab nak sampai next pitstop.. 


tempat ni kena ada entry sendiri sebab banyak gambar.. till then

No comments: