Assalamualaikum..
Lama kisah New Zealand terpendam.. banyak benda lain kena settle.. plus aku plak exited sambung balik entry krabi.. photobook pun tak buat lagi.. kadang-kadang aku rasa soul aku hilang.. seoul masih lagi ada di hati.. hahaha.. aku rasa macam floating je ikut arus.. aku happy je, entah.. mungkin memang nature aku gitu agaknya.. kadang-kadang hilang fokus.. aku selalu kagum dengan orang yang dah ada aim nak capai, plan and act accordingly untuk get it done.. really salute.. ramai je kawan-kawan office aku gitu.. but aku ni selalu out.. pernah je ada zaman rajin plan, tapi nak istiqamah tu selalu tak jadi.. mungkin diorang pun ada struggle diorang, kita tak nampak kan.. so far plan aku yang act accordingly ialah plan travel.. acane tu.. hehehe
sementara tunngu yang lain..
selepas semua geng ada, kami gerak.. trail ni akan menuju ke tempat cruise.. mereka kata tak jauh, tapi mount cook pun diorang kata tak jauh.. haha.. tapi mount cook tu aku takdela aim tak jauh, sebab dah tengok video fatinzakki time tu..
15 minutes walk to entrance of the cruise.. seriau trekking mount cook masih ternigang-ngiang lagi haha..
tengok video ni terus rasa nak beli gimbal.. yang stabilizer untuk video tu.. aku ni sokmo ngidam macam-macam bila tengok balik gambar or video-video lama
kekwat betul muka gua.. gua la kan, baru kena dengan imej kekwat hehe
tak ingat dah gelak kenapa time ni.. aku cuba dengar banyak kali pun tak boleh tangkap kak anne cakap pasal apa.. time ni kitorang tengah tengok signage serangga..
tempat parking bus.. tak sure kereta boleh masuk sini ke tak..
almost sampai dah..
in terminal.. canggih la kan nampak.. banyak service provider dalam ni.. kalau ikut kak neen, ada yang biasa, ada yang exclusive.. kami punya kak neen amik yang pertengahan..
apsal tah aku nampak macam tengah kunyah chewing gum.. dah jadi habit agaknya.. aku pernah tengok orang yang bila cakap nampak macam dia kunyah chewing gum.. macam gini agaknya keadaannya.. dalam video ni, time aku cakap cantiknyeee, elok pulak ada orang bersiul kan.. its all about timing.. gitu..
time ni tak tau lagi mana 1 kapal yang kami akan naik
gunung belakang tu nampak macam bayang tu each other.. berbalam-balam..
ada trip yang dah naik.. kak neen amik trip kami pukul 1.30 tengahari.. trip paling mahal sebab masa.. tengahari kan biasa cuaca cantik.. kenapa rasa macam pernah cerita ek.. ahh, lantak.. eh, emo sorang-sorang plak aku hehe
gambar gelap.. guna dslr dah ni.. faktor alam, takleh nak buat apa..
faktor boleh ubah ialah lokasi kami.. jadi tukar sikit ke hala gambar tak back light.. rasa macam masuk kelas sains plak bila sebab faktor boleh ubah.. eh, nampak no tuanya, belajar sains dalam bm kan hehe
ok, situasi ni kelakar.. kak siti nak bergambar dengan banner.. dah kitorang fikir macam mana pulak tu nak pegang banner panjang sorang.. sudahnya aku dengan najwa tolong pegang hujung.. hahaha.. nasib nampak juga macam ada orang pegang.. kalau banner tu tegak sendiri lagi seram..
ambil angle lain tanpa winter coat.. time ni pun dah kurang sejuk juga..
angle cantik ni kak neen yang tolong ambil.. kak neen tu memang rajin offer untuk ambilkan gambar.. aku memang dah tak segan dah..
sementara tunggu masa boarding, aku pusing belah dalam.. jumpa postcard.. exited beli terus..
cantik poscard dia jenis panjang gitu..
dahsyat.. tiket pun boleh beli vending machine.. macam best pulak nampak bowen falls walk tu..
dah start sejuk balik
kapal kami nama jucy.. boarding time
uuuu cantiknye color lighting.. nampak kan faktor cuaca yang membantu.. suka la aku dengan angle kak neen amik..
korang wajib ambil gambar banyak-banyak sebelum cruise gerak.. kami alhamdulillah dapat duduk belah belakang sini.. belah depan dah penuh orang dah.. tapi boleh je korang ke belakang or ke depan untuk ambil gambar dulu.. kenapa aku cakap wajib amik sebelum gerak, jap lagi aku share
kedudukan di bahagian atas kapal.. ni kawasan terbuka.. ada kawasan tertutup juga di belah bawah..
dengarkan bunyi angin kuat.. inilah saat aku paling menyesal tak pakai sarung tangan.. tiba-tiba kak nani kata dia ada lebih.. oh myy.. bagai bulan jatuh ke riba aku rasa.. yaribaaa.. haha rhyme kan..
lepas cruise dah jalan dan kami pun dah puas ambil gambar dekat atas, najwa dan aku turun bawah..
gambar acah-acah beratur hehe.. dalam ni memang ada coffee free flow tak salah aku.. yang ni seksyen yang berbayar..
one with captain.. gambar najwa lagi smart, dia siap pose sekali.. najwa pun terer juga bab ambil gambar.. baya mai tak salah aku dia.. ke muda setahun.. or tua setahun.. around tu la..
jucy photo booth
macam lukisan kan background view tu.. so stunning..
aku patut ambil gambar side profile la.. silap betul
yang ni ialah di bahagian dalam.. dekat area makanan berbayar tadi.. agak-agak tak tahan angin dan sejuk, boleh duduk area sini
next, kami ke area depan bot.. pintu keluarnya tak salah aku dekat tempat kapten tadi..
aku tak berjaya nak rakam fullview bahagian dek ni.. susah gile weh nak pegang hp.. kalau dekat atas tu takdela rasa kuat macam dekat sini anginnnye.. sini kan takde rintangan sangat.. direct terus kena kita.. eh, yang last second dalam video tu dia senyum dekat aku ke.. #jodohtertinggaldiNZ hahaha
gambar kak neen.. full view.. video aku tadi aku ambil dari angle lady yang pakai snow cap putih tu.. yang belah atas tu ialah bahagian depan untuk side atas.. tempat kitorang lepak ialah belah belakang..
ni la sebab aku suruh amik gambar awal.. nampak, dah jadi ibu hetty kos endang dah aku.. yang ni kira elok la ni hahahaha.. husband kak neen pun cakap dekat kak neen, sini elok pakai tudung instant je.. baru tak ditiup angin..
air terjun kecik.. garau pulak suara aku dalam video ni
aku dah amik baju tebal.. tak tahan weh sejuk dia.. sebab angin dia kuat betul..
next, bot slow down di area sea lion tengah bersidai..
bergelimpangan
hetty kos endang bad tudung day..
gigih nak buktikan aku ada situ untuk saksikan sea lion
tak lama lepas tu, kami dibawa menghampiri air terjun.. ni antara attraction cruise tu juga.. bot akan slowly lalu dekat air terjun tu.. basah-basah manja la.. takdela macam kita shower tu hehehe.. kami almost arrive.. aku punya muka macam tengah dengar ceramah
dah makin dekat dah.. ada banyak bahasa juga penerangan atas bot ni.. bm takde..
gambar yang lebar lain macam ni semua screencap dari video.. saiz gambar yang lebar, bukan muka aku tau.. korang jangan macam-macam..
happy betul muka aku..
cari kak neen lagi untuk tolong ambilkan gambar..
kak neen suh aku panjat atas ni.. dia dah tau angle cantik..
group photos bersama..
ni kalau orang terer edit ni mesti jadi cantik movement air terjun tu..
babai awak..
alaa.. lupa nak buat pose tadah air.. tu kan pose wajib air terjun.. banyak betul lupanya aku ni.. ingat bila tengok gambar balik..
apa huru hara betul dah aku tengok diri sendiri.. rambut pun dah terkeluar-keluar time ni hahaha... dah hujung-hujung perjalanan..
baru ada yang proper sikit.. proper pada mata aku la ni..
almost arrive.. gambar gunung ganang ni nampak berbalam-balam kan.. cantik betul His creation kan.. banyak kali aku sebut berbalam-balam.. cuba korang sebut laju-laju.. macam tongue twist..
group photos.. time hujung-hujung ni, kami plan nak keluar ke deck.. tapi sebab dah nak sampai, diorang tak bagi keluar.. takde rezeki kami.. takpela, aku dah more than happy dah time ni..
Lepas turun dari bot, ada satu kawasan cantik nak bergambar.. kami singgah ke sana..
ni lagi nampak berbalam bila gambar black n white kan..
nampak sangat renek kan.. tak cecah kaki iolls..
kawasan peringatan rupanya area sini..
laluan nak ke kerusi tadi..
sangkut pulak shawl aku hehe
last group photos..
oh ye, dekat tempat beli poskad tu ada jual stem juga.. better beli siap-siap.. tak ingat 2 dolar ke 1 dolar harga stem.. aku beli lepas settle cruising..
lets go back.. time ni elok plak nampak bendera NZ.. gambo lagila kita.. angin pun cantik je kan..
kisahnya kak neen tolong kitorang dulu amik gambar.. sekali kan, time dia nak amik angin dah takde.. hahaha.. pandai angin bergurau..
alhamdulillah angin datang balik hehehe
Kak neen ada bagitau kami, milford sound ni ada mitos.. biasanya orang lepas naik cruise memang akan ngantuk gile.. ngantuk yang tak boleh tahan punya tahap.. kak neen cerita, time dia pergi sebelum ni, diorang memang berhenti tengah jalan untuk tidur.. tidur yang beria.. so, time kami nak gerak tu diorang kata siapa tidur kena buat something tak silap.. gigihla kitorang ni tahan mata, tapi tak boleh uolls.. memang ngantuk gile.. aku tak taula aku ni memang sebab kaki tidur ke, tapi feeling ngantuk dia tu memang aku rasa lainla.. hahaha.. kak nani dengan abang nuar je kot tak tidur.. aku cuba google mitos tu, tak jumpa plak. haha.. mungkin sebab ditampar angin lama, masuk kereta tu yang kecundang teruk kot..
Dalam 2 jam perjalanan, kami tiba di pekan.. nak beli groceries..
Four Square.. ada kedai baju sejuk sebelah tapi tutup dah.. kedai sini tutup awal.. kami jumpa malaysian dekat sini.. diorang datang dari north.. serik dah katanya nak datang sebab jauh..
yang pakai topi pink tu malaysian.. aku mamai lagi time ni.. tak join diorang borak sangat
rahmah beli anggur.. tak berapa manis sangat tak salah aku.. ada yang kak nani beli macam manis.. eh ke aku salah
plastik smart
boleh jadi projek inovasi hkip ni.. apa lagi asri..
cantik kan bekas bawang dia..
goguma.. aku beli ni.. teringin weh sejuk-sejuk ni.. dekat korea aritu tak dapat..
susu wajib beli..
nampak menarik.. tapi part search ingredients tu aku macam fail sikit.. so tak beli..
mahal sikit dari countdown dan pak n save..
aku cakap dekat kak nani, mixed seafood dia nampak sedap betul.. time kami dekat queenstown kak nani beli weh.. letak dalam pasta.. sedap betul weh.. tenkiu kak nani.. murah rezeki akak..
aku beli ni juga..
beg ni 2 dolar.. beg pak n save aku sudahnya kan aku tak simpan.. last aku ingat isi makanan sama-sama.. tapi aku lupa aku dah amik balik ke tak..
malam tu misi aku nak bakar ni.. salah satu sebab semangat beli ialah sebab rumah ada oven cantik
projek bersama najwa
fresh betul kan nampak
kak siti tolong masak juga..
beria kitorang siap amik video hahaha
dinner kami malam tu.. enak bangat sardin tu..
sampai kucing pun datang.. gebu gile uolls..
gebu gebas betul kan.. elok pulak ramai pencinta kucing dalam ni
Malam ni kami kena kemas dah sebab esok pindah ke last stop kami, Queenstown.. wohoo
No comments:
Post a Comment