Sep 24, 2019

Wonder in New Zealand: Day 3- The story of 10km trekking to Mount Cook

Assalamualaikum..

Selesai late lunch, kami gear up untuk ke mount cook.. aku pernah tengok video fatinzakki, dia kata jauh juga perjalanannya.. tak recall langsung yang jauh dia tu tahap 10km weh.. vlog fatinzakki tu korang boleh refer sini.. kot ada yang minat tengok.. 

Before gerak macam biasa, group photos.. as aku mentioned, mount cook ni jauh perjalanannya.. so tak semua orang boleh sampai endingnye.. dan tak semua orang pace sama.. so better la semua get ready bergambar dulu.. susah dah nak dapat group photo lepas ni



kak nani dengan najwa tengah bergambar rasanya time ni.. over pulok pose aku.. terlebih tinggi plak kan nampak.. terer-terer suami kak neen amik


najwa dan kak nani jalan sampai stage bridge 1.. tapi lepas tu najwa datang jalan sendiri.. terer betul dia.. sempat dia sampai bridge ke-3






aku tengah setup tripod time ni


dapatla gambar beramai-ramai.. rock kapak sangat rasa kan.. elok pulak lighting kamera aku


map.. ambil gambar ni korang.. standby in case anything happen.. aku tak sure peta ni ada cakap tak jaraknya 5km sehala.. bagus juga aku tak nampak.. kalau tak, hmmm.. 



spek aku pakai gitu sebab silau gile weh.. tak nampak kamera hp aku.. nak buka terus susah pulak nak pegang-pegang


macam-macam benda ada dalam beg aku.. yang tak perlu tak payah bawak korang.. jenuh nak pikul 10km..







gambar sini gelap weh.. kak neen ke sape tah yang amik cakap dia main snap je sebab tak nampak.. #hpbarucometomama



kalau kamera mahal dia akan keluar gini la.. dah tak nampak dah beza signage dengan real pemandangan kan.. hp kak siti ni tak salah aku huawei pro 10 ke hape tah.. tapi yang skala atasan la.. hp aku tahap marhein je hehehe


dari kamera kak siti juga.. kawasan sini ialah area awal-awal sebelum upacara trekking bermula.. abang nuar dah risau dah kitorang banyak sangat berhenti.. cannot resist weh.. view gini punya stunning kan



view belah belakang ni pun cantik.. view yang hujuuung sana..


muka ada senyum lagi time ni.. baru warming up



kitorang berlima termasuk suami kak neen jalan sekali.. eda dengan kak anne ke depan sana dah.. yang tak jalan ialah kak awin, kak nani dan najwa.. eh najwa jalan juga.. dia jalan sendiri towards the end..




sebab silau, aku jadi selalu pandang kamera hp.. sebab tak nampak skrin ni ada rekod ke idok.. sampai first bridge.. muka segar lagi.. korang memang boleh nampak beza bila dah hujung-hujung tu.. aku la yang obvious.. orang tak pernah exercise.. nak cakap jarang exercise pun tak layak weh


dia boleh goyang-goyangkan bridge tu.. sama besar gelak aku dengan dia hahahaha


one with rumets


gambarnya terkemudian pulak.. belasah la.. malas pulak nak ubah.. ni guna kamera aku.. cantik juga kan.. time nampak sign ni, teringat balik vlog fatin.. hehehe.. aku follow dia sebab makeup mula-mula.. tapi syok pulak tengok video dia yang lain-lain tu





yang wide ni guna gopro.. awesome kan.. banyak benda nak beli ni.. banyak pulak hashtag kumpul duit aku hehehe tabung dah pecah tak berganti lagi padahal.. aku kan kadang-kadang sampai sekarang terdetik rasa kagum aku berjaya travel, bukanla kagum dekat diri sendiri.. tapi kagum macam mana aku berjaya simpan duit pergi berjalan.. ada la terskip bayar sana sini, tapi still.. yana yang tak pandai simpan duit tu berjaya jalan.. so, sila percaya kita semua mampu berjalan.. yana boleh, korang yang jimat mesti lagi boleh.. so aku percaya sekarang orang cakap nak berjalan ni tak perlu kaya pun.. bila ada aim insyaAllah boleh dan dipermudahkan Allah.. bak kata kak nani, 'kita ni bukan saudagar unta yana.. duit sekedepuk ada.. kita nyimpan..' hahahaha.. ayat keramat kak nani.. banyak kali dia cakap time dekat sini.. sebut unta je memang aku teringat kak nani la..



nampak macam sama kan.. lain weh di pandangan mata aku.. gambar second ni jarak aku dengan kak neen jauh... hahaha



antara my precious people during this trip.. terer diorang ni pose..



aaaaa rindula tengok sungai ni.. cantik weh.. biru cair warnanya.. aku kan suka dengar bunyi air.. dekat bilik bos aku ada pokok hidroponik.. aku kadang-kadang tumpang dengar.. tenang je rasa.. tapi ada time-time bila dengar rasa nak pergi toilet pulak.. macam menyeru-nyeru.. hahaha




lighting overdose


kak siti la peneman aku jalan ke mount cook.. aku jalan lambat weh.. style aku kalau penat, memang kena slow-slow je.. kalau aku paksa jalan laju, mesti ada point aku rehat.. kami jalan ni tak rehat pun tau.. berhenti kejap bila kena ambil gambar je.. nampak, KENA AMBIL GAMBAR.. hahaha.. macam wajib la aktiviti ambil gambar tu.. itula je la pun kenangan kita.. bak kata kak nani, 'akak sekeping dua gambar cukup dah untuk kenangan'.. eh tapi aku overla dari kak nani.. hehe.. kak awin pun ada tanya aku, kenapa aku suka amik banyak gambar dengan video.. aku segan nak cakap untuk blog, so aku kata untuk photobook, which is also true kan.. hehe..




aku dah mula senyap dah.. eh jalan sorang memangla senyap kan.. maksud aku dalam video pun aku tak larat nak cakap sangat dah



area Boardwalks


bridge kedua.. kusangkakan dua, rupanya tiga.. jamil jamil.. hehe



tangan aku tu ada dua ek.. ke mata aku dah kabur tengok banyak sangat gambar..


2nd bride checked.. tudung serabai, double checked


with kak siti.. kak siti ni ke mana-mana tempat yang best dia pergi, mesti dia ingat suami dia.. terus video call uolls.. aku sekali je kot video call dengan mak aku dan diah.. time dekat lake pukaki



sungai tepi jalan.. ada dekat kawasan batu yang tak banyak air tu ramai je turun.. aku tak larat dah, nak berjalan pun umpama dah heret kaki.. najwa turun situ dia kata



oh aku ada videonye.. kawasan sinila ramai turun


kawasan berbatu dalam video tadi








ambil gambar ni aku rasa faktor penguat aku untuk teruskan perjalanan juga..



dengar bunyi berjalan atas besi.. aku ada video lain, tapi boleh pulak hidung berair.. jatuh plak saham kalau share video tu kan.. simpan untuk diri sendiri je la



muka makin pucat


video dekat atas tu aku rekod time lalu sini la.. tu bunyi besi gitu tu






tengah exited jumpa angle best ambil gambar dengan monopod cum tripod..


cubaan video angle tegak.. cantik pulak aku rasa sebab nampak view.. aku kan tak suka monopod sebab selalu kalau nampak orang ambil gambar or video mesti nampak part kaki tu.. yang batang besi monopod tu.. aku rasa terganggu.. yang video ni berjaya la aku adjust kasi tak nampak.. 



jambatan ketiga.. muka dah pucat habis dah time ni.. lipstik ke mana tah.. padahal bukan minum air pun





you made it na.. tepuk bahu sendiri..



aku personally suka video tegak sebab nampak banyak sikit diri kita.. tapi video editing biasanya landscape kan.. takpola.. aku bukan rajin pun nak edit video.. semangat kejap je aritu..



are you sure 5 minute? dont lie to me ok.. 


jumpa 2 batu besar ni.. petanda dekat dah korang dengan tasik glacier tu..



aku banyak gambar kak siti je.. rahmah dah takluk mount cook dulu.. style dia ialah kena laju, kalau dia perlahan dia tak boleh teruskan.. travel dalam team kan.. semua pun lain-lain kemampuan.. celebrate it, itulah joy dan happiness travel dalam group.. teringat tiger cave yang aku give up tu.. kalau ada geng mungkin aku berjaya sampai puncak.. mungkinla.. 


sampaiiiiiiiiiiiii... haih, tuhan saje yang tau tahap happy aku dah sampai


hujung-hujung tu dengar suara Eda dengan kak Anne.. korang bayangkan kak anne dengan tengan cedera sampai lagi laju dari kitorang.. hebat betul la.. traveller lain mesti pelik apsal exited betul bila sampai sini.. hahaha achievement besar tu untuk aku.. aku pernah masuk marathon 5km, taubat lepas tu tak nak masuk apa-apa lain.. so achievement hebatla pada aku berjaya conquer lookout point mount cook ni



konsep biar lambat asal sampai memang betul-betul terpakai dekat sini


Dengar suara korean dengan kak siti video call.. terer la adik ni boleh trek jauh-jauh gini.. acik pancit dik..





malas pulak aku nak terangkan gambar.. tapi ni memang real view time ni.. dah almost nak sunset baru kami sampai.. 5 lebih dah aku rasa






glacier uollsss... macam tak percaya je



gambar ni dari kamera godang.. cantik kan.. patutla che ta suka bawa personal photog.. che na tak mampu lagi.. kalau kawin dengan saudagar unta mungkin mampu hahaha







diorang cakap awan tutup puncak mount cook.. aku tak perasan pun weh.. view ni pada aku dah memukau habis dah


cubaan pegang air.. sejuk weh.. lagi sejuk dari air dekat rumah.. glacier kan.. teringat cerita law of jungle, diorang naik bot nampak glacier besar.. itu lagi la stunning kan.. aku malas nak edit part awal-awal.. upload semua terus video.. video dari tripod.. nanti nak try la video jalan-jalan dekat varieties tempat macam asmaa nasarudin buat.. smart weh.. follow la ig dia.. kawan vivy yusof





gigih aku bawa buku.. aku perasanla orang selalu buat gini dalam fb bbm.. tak terfikir pun asalnya, tapi kawan aku piee request tulis untuk dia.. eh ke aku offer.. lupa dah.. so alang-alang buat, aku buat juga untuk officemate.. kak yus yang first rasanya.. sebab time aku bagitau aku pergi NZ, terus kak yus sebut mount cook.. terer betul kak yus tau nama tempat


kak siti pun tumpang.. tulisan aku memang gitu.. time tak sejuk pun senget juga






gambar tripod start dari gambar aku sorang.. so berbaloi jugala aku bawa tripod



tinggi plak nampak kak siti kan





kak siti tengah ambil gambar sendiri aku rasa time ni.. kitorang set timer lagi


ada ramai juga photographer yang dah standby untuk sunset.. dah siap set tripod.. tripod besarla.. diorang siap tolong ada couple korean amik gambar.. aku pun tolong juga.. siap suruh diorang look at each other lagi hehehe







pose sama je kitorang.. gile gambo.. ada pose kak siti ikut aku.. ada pose aku tiru dia.. simbiosis sangat hehehe


aku nampak diorang duduk sini.. terus aku set tripod


diorang memang tengah borak.. aku sorang je yang posing hehehe.. cantik kan anglenya.. bak kata kak neen, traveller sangat.. gitu


kami lepak tak lama.. adala kot dalam setengah jam.. nak kejar hari before gelap



pembekal tenaga kami.. oren entah ke mana


lepas bridge ni la kami jumpa najwa



dah larat nak ambil gambar sendiri.. kamera aku memang dah nazak dah time ni


aku rasa gambar ni gambar abang nuar solat.. tapi puas ku tenung jebat, tak nampak weh.. hahahah..


ending hp aku mati.. rahmah duk cakap rajin betul diorang buat jambatan cenonet gini.. kalau kita dah tambak dah.. preserve nature betul diorang ni


dah nampak sunset dan hujung mount cook



courtesy dari rahmah.. aku dah lenguh bawa beg time ni.. tu bawa ke depan pulak.. 



kami keluar dalam pukul 8 lebih aku rasa.. memang gelap habis.. ni gambar kak neen.. aku dengan kak siti dah takde bergambar dah.. cuak juga weh jalan gelap.. alhamdulillah one of the journey yang really tiring tapi sangat bermakna untuk aku.. kalau orang tanya mount cook wajib pergi ke tak, aku definitely jawab wajib.. view super berbaloi.. penat tapi really worth it.. bila lagi kan aku nak jalan jauh gini.. broga lagi mencabar jalan dia.. mount cook ni penatnya ialah sebab jauh jalan..

so, mount cook, checked!

1 comment:

kak yus said...

Aduhh kalau akak ni mesti jadi yg first2 tumbang dah yana...