Tuesday, June 25, 2019

Memorable Krabi: Day 3- Exploration to Tiger Cave Temple

Assalamualaikum..

Pagi hari ketiga di Krabi.. Aku rasa aku keluar bilik agak awal.. pukul 6.30 pagi.. malam sebelumnya aku dah buat calculation sempat ke tak aku nak ke Tiger Cave ni kalau guna bas.. ada je khidmat ejen tapi saje je aku nak try dengan bas.. plus kalau dengan ejen kena tunggu semua orang dan timing kena ikut timing diorang..

Bila aku waze, dia tunjuk dalam 1 jam  nak sampai tak salah aku.. so aku plan paling lewat 7.30 pagi naik bas, pukul 8.30 pagi sampai sana.. spend time dekat sana dalam 2 jam, then pukul 10.30 gerak balik.. so paling-paling 12.00 aku dah kena ada dekat bilik untuk solat dan get ready untuk snorkeling pukul 1.00 petang.. nampak waktu macam ngam-ngam.. tapi kalau duduk bilik je kan bosan.. so, say yes to the challenges


aku rasa aku ada ambil gambar dengan masjid.. apsal ada gambar ni je.. kejap aku carik balik.. ok dah carik, tak jumpa.. mana tah perginya.. pelik pulak rasa



antara tempat muslim selalu makan.. dekat je dengan hotel aku, tapi tak dekat dengan wallet aku.. haha.. aku baca review orang kata sini macam biasa-biasa je food dia..


susu pisang as a starter.. aku tak sempat breakfast sebab breakfast hotel start pukul 7 ke 7 .30 tah..



study jenis bas.. bas yang naik ialah yang route 8399.. tak sure la yang kiri ke kanan.. rasa macam yang kiri tu..


view cave yang cantik.. eh tiang lampu.. eh wayar serabut.. eh skytider.. 


international area untuk kedai makan.. oh ye, tu beg baru aku beli.. hehehe.. konsep beli beg aku ialah kena tukar pakai terus.. baru feel kan.. beg ni sekarang aku jarang pakai sebab terlalu kasual sangat kan.. kang terkejut pulak bos aku kalau bawa pergi kerja


station bus theme monyet.. comel kan.. rasa macam stesen bas nak pergi zoo pulak




rasa pelik pulak nampak kereta plat malaysia


chicken seaweed aku beli semalam.. sedap juga..


lama juga aku rasa aku tunggu bas.. ada dalam setengah jam juga.. risau aku kalau lari dari perancangan kan.. alhamdulillah dalam 7.30 pagi gitu bas nak ke krabi sampai.. bas yang lalu tu kita akan nampak signage dia.. so kena rajin jenguk-jenguk.. 




landmark ao nang


bas ni stop banyak tempat.. aku tak sure ni bas ke tak, sebab saiznya kecik je.. tapi dah depa panggil bas.. kita ikut aja.. ramai je orang naik dan turun.. and last sekali dia akan stop dekat terminal.. aku ingat dah kena turun.. tapi dia kata tunggu kejap.. so aku pun tak turun.. cuak juga sebab aku sorang je tinggal dalam tu.. hai mi.. hehe.. 



seat dalam bas.. sebelum gerak ke tiger cave, orang tu minta bayar tiket dulu.. tiket aku 200 baht = RM26.. 


kereta boleh tahan banyak sebab hari kerja kan



dah nampak dah muncung dia..



time aku sampai ni, aku tanya orang bas tu kalau nak ambil bas balik ao nang atau bandar krabi berapa.. dia kata takde bas masuk.. yang aku baca review, orang kata bas ke dalam memang takde.. kena jalan keluar.. orang tu offer nak tunggu, dia caj 500 ke 600 baht = RM69.. ke lagi mahal tah.. tak sanggup aku.. mahal bebeno


ni temple dekat bawah..


macam biasa, orang pelik tengok aku berdiri pandang apa.. banyak kali juga orang photobomb gambar aku hehe tapi yang paling epik yang dekat doha tu la.. dah jadi macam family potrait.. jap aku share balik


epik kan haha



dekat pintu ni aku dah nampak banyak anjing.. tapi still cool lagi sebab diorang tak kacau orang pun..


headmaster temple..


ok, now here is the challange.. aku baca review orang kata biasa masa yang diambil untuk naik ialah 45 minit, turun dalam 30 minit.. so aku semangat ni nak naik.. 1237 anak tangga.. rasa macam boleh ni..


nak bagi lagi naik semangat kenala amik gambar kan


muka pun banyak senyum lagi




nampak kawasan perumahan..


dekat setiap tangga ni ada bilangan anak tangga 


time ni aku dah start mengah sikit.. anak tangga dia bukan yang flat punya, jenis mencanak naik.. nak gile dah aku time ni.. terus teringat dekat Po Kungfu Panda.. i declare now stair is my enemy..


last-last time dekat sini aku give up dah weh.. aku agak sebab time penat tu aku minum air banyak gile.. so tekak rasa loya habis.. walaupun dah rehat, aku still rasa aku tak mampu naik.. pening dan penat dia lain macam.. setelah timbang-timbang dalam 10 saat, aku decide nak turun.. hahaha.. memang tak fikir habis dah.. aku cuak juga dibuatnya kalau aku pengsan ke.. eh ke dramatik sangat naik tangga sampai pengsan.. hahahaha.. rasa jugala ralat, tapi fikirkan aku sorang nak paksa diri.. takeplah, at least aku dah cuba..


nampak steep tak.. steep weh.. tahap 1 anak tangga 1 langkah besar..


aku rasa aku cuba dalam 10 ke 15 minit je kot.. hahaha, kelakar pulak rasa bila fikir balik kan.. walaupun tak naik habis, gambar tetap kena ada.. eh kata penat sampai nak pengsan tadi kan.. hahaha.. apa daa


otw nak keluar dah ada kaunter orang jual tilik nasib.. time datang tadi takde lagi



Details of the place


ada event time ni.. ramai orang datang berbaju putih


tempat ukiran apa tah ni.. lupa dah aku


Settle tengok-tengok, aku pun gerak nak keluar ke jalan besar.. time ni la ada cerita scary dengan anjing.. anjing ni luar kawasan temple.. aku nampak la dia dari jauh.. dengar dia duk berbunyi menggonggong.. eh betul kan.. anjing menggonggong.. susah betul nak eja.. so aku buat tak tahu je.. sekali makin dekat makin kuat pulak bunyi dia.. dah la dia usha aku.. aku cuba buat cool.. dua ekor plak tu.. sekali kan dia datang dekat dengan aku weh sambil gonggong.. ah sudahh.. aku cuak gile weh, ni pucat muka aku lagi teruk dari pucat penat panjat tangga.. nasib time tu aku tengah pegang tripod.. apa lagi, aku acah-acah acu ke dia.. terus dia berundur.. dalam hati cuak gile lagi.. terus jalan seberapa cool dan cepat yang boleh.. alhamdulillah all is well.. berguna juga tripod aku.. lin kata dengan anjing ni tak boleh ada rasa takut, dia boleh sense dan anjing akan rasa terancam.. tapi kalau dah cuak tu, tak sempat dah nak control perasaan.. hai mi


ni aku dah ke jalan besar.. lega gile dah lepas anjing.. aku buka waze nak tengok jalan nak ke bandar.. cuak lagi time ni sebab tak nampak bas..so aku menapak.. rasa traveller sangat.. hai mi lagi hehehe..


walaupun tak faham tulis apa kan.. hehe


time perjalanan tu aku usha usha juga kalau ada bas.. tapi takde bas.. kebetulan time tu ada macam grab motor.. aku pun pelik apsal aku tak fikir panjang.. terus aku setuju naik nak ke krabi town.. mungkin sebab nampak dia pakai vest yang macam grab tu.. tripod aku tak tutup time atas motor sebab nak jadikan senjata.. pepper spray pun aku dah ready pegang.. aku syak mungkin sebab aku cuak takde bas dan takut anjing, tu yang belasah naik juga.. alhamdulillah all went well.. motor tu caj 100 baht.. aku rasa dalam setengah jam kot.. okla kan.. dia pun muslim rupanya..

Cerita pusing bandar will be in next entry

Memorable Krabi: Day 2- Exploring Ao Nang Town

Assalamualaikum..

Bila tengok post dekat BBM, terus rasa teruja nak update entry balik.. teruja sikit je la.. elok pulak time lunch tadi bos aku tanya takde pergi oversea ke tahun ni.. ah sudah, bos aku dah dapat hidu apa-apa ke ni.. lain macam instinct bos.. dah macam instinct mak-mak kan hehehe

Petang selepas snorkeling, aku terus siap-siap solat dan keluar.. takde baring bagai.. padahal badan tengah penat.. tapi sebab fikir masa berjalan tu sikit je yang aku ada, gigih jugala.. aku dah bawa extra beg untuk beli souvenir, sebab next day aku punya aktiviti sampai pukul 10 malam.. tak dan dah nak cari barang.. 



antara aim aku ialah nak beli sabun lux kecik ni banyak-banyak.. time dekat hatyai, sabun ni 20 baht je.. dalam RM2.60.. dekat sini jadi dekat RM4.. aku consider mahal la sebab saiz dia kecik.. so impian aku yang tercapai dekat Krabi ialah hanya untuk beli banana milk.. impian stokin pun hancur.. takde stokin pun yang aku jumpa


seksyen halal maggi.. ada sesetengah 7E dia asingkan gini.. senang nak pilih kan


aku beli ni untuk geng office.. eh tapi yang plastik punya.. 6 ke 7 baht gitu.. murah kan.. yang cup ni mahal sikit.. maggi ni dulu pernah viral kejap kan.. sedap magginya.. jenis rendam berejam-rejam pun tak kembang.. kata sepupu aku.. aku buat terus ngap habis.. so tak sure part kembang tu




seksyen makanan sejuk beku pun depa asingkan.. 


boleh tahan sedap.. aku makan the next day.. biasa dekat 7E dia akan tanya nak panaskan ke tak.. best kan




walkaway lane.. okla, orang just nice tak ramai.. aku dah start borong susu pisang time ni.. jenuh juga mengangkut.. banyak gile 7E aku singgah hehehe.. aku rasa area sini ada la dalam 4 5 7E.. family mart ada 2..


7E yang aku singgah later time balik



yang next 7E ni dia campur je halal ke tak.. so sila belek betul-betul



comel kan socks/ kasut pantai budak.. menyesal pulak tak beli.. aku beli online yang dewasa dalam 20 lebih.. eh, macam dah cerita kan.. lupa dah


kedai aiskrim coconut mahal.. so tak beli


cantik je depa susun skuter.. aku dah start belajar bawa skuter ayah aku.. gayat jugala.. tapi aku dah berani bawa iman dadek.. kira okla tu kan.. 


aku jalan agak jauh jugala sebab hotel aku duduk tu jauh dari pantai..


cicak di mana-mana.. teringat toba



geng hotel mahal


nampak watson terus exited nak masuk.. nak compare dengan Malaysia punya


RM47++ gitu.. malaysia lagi murah.. RM30 kot.. ke 20 lebih.. aku beli face mask dekat sini untuk adik-adik aku.. dengan spray muka untuk sunburn.. aku baru tahu lepas kita sunburn, kita boleh letak aloe vera untuk kurangkan.. aku ingat pakai sunblock dah cukup dah.. rupanya ada juga rawatan lepas sunburn..


and i walk until night.. lenguh juga kaki aku tapi fun la sebab takde rushing apa..



familymart yang mengecewakan.. kenapa aku rasa aku macam dah pernah cerita ek.. ke aku dah update entry sebelum ni pasal familymart.. lupa teruk betul ni





aku punya semangat masuk nak tengok familymart.. sekali banyak rak kosong.. kecewa juga aku.. sebab terbayang macam familymart jepun.. kan meriah kalau kat sana



next stop, beli air.. antara air teh yang murah.. 20 baht = RM2.60.. tapi tetap tak boleh lawan tempat yang aku suka tu



semua atm ada caj 220baht = RM27.. aku pulak tak aktifkan kad cimb aku.. rugi jugala sebab dekat pekan krabi ada cimb.. mungkin caj feenya tak tinggi.. dekat ao nang aku takde jumpa lagi cimb punya atm.. rate exchange dia pun agak tinggi kalau cucuk.. aku rasa 100 baht = RM17 kot.. so rugi sikitla kalau cucuk dekat sini.. aku dua kali juga cucuk.. failed buat kiraan.. access fee tu per transaction.. so kalau cucuk 500 baht pun caj dia sama je..


masjid ao nang.. aku tak beli souvenir sangat time jalan dekat ao nang.. sebab dah baca review orang kata depan masjid murah.. malam semalam aku usha sikit-sikit.. nampak macam best.. malam kedua ni baru sempat explore..


dalam kawasan masjid.. cer tengok ejaan tabung dia




antara baju budak


kedai akak ni antara yang termurah.. banyak pilihan juga..



bank kedua aku cucuk pada malam yang sama.. hehehe, lupa diri membeli.. aku siap tak makan malam langsung dekat kedai.. nak save punya pasal.. sampai umi aku PM tanya, Na tak cukup duit ke.. meh umi transfer.. hahaha.. sebab diorang malam tu celebrate besday aku.. aku pulak buat ayat 'nak makan tomyam tapi tak cukup duit'.. mana umi den tak risau haha.. aku kenyang je makan malam tu..

Ok, the next day is the new adventure yang aku explore.. Day 2 aku spend RM415.. scary pulak rasa.. till then