Tuesday, September 9, 2014

Belajar dari orang-orang hebat di sekeliling

Assalamualaikum,

Banyak sebenarnya benda-benda , perkara-perkara atau orang-orang disekeliling kita yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita belajar dari mereka. Aku ialah admit aku selalu ada masalah dari segi managing duit. Minggu pertama gaji heaven gile belanja, minggu-minggu yang seterusnya dah kena duduk diam-diam.. Allah sangat baik dengan kita, semalam aku terbaca tentang macam mana Carl Samsudin bangunkan Bella Ammara. Terinspirasi, titik. Dan hari ni Allah temukan aku dengan orang-orang yang hebat manage duit. Terima kasih duhai kekasih hati. Alhamdulillah.

Pakar planning bercuti

Aku rasa semua orang sangat enjoy untuk pergi bercuti. Aku pun sama jugak, aku selalu berangan-angan (tanpa apa-apa planning untuk nak laksanakan) every year nak pergi bercuti dengan family/ sendiri. Kalau nak pergi dengan family of coz kena simpan duit lebih sikit sebab ramai kan, yang tu aku selalu duk sebut-sebut dengan adik aku ‘jom kumpul duit la nak g cuti’ dan ila akan jawab ‘jommmm’.. lepas tu conversation kitorang habis haha.. entah hape-hape..tadi time dalam meeting dengan kawan aku ni, aku tanya dia macam mana dia kumpul duit untuk nak g bercuti. Macam-mamcam tempat dia dah pergi, aku setakat boleh usha gambar-gambar dia, tu pun dah enjoy juga. Dia bagitau 1st sekali ialah kita beli tiket dulu, tapi of coz tak boleh beli tarikh yang dekat-dekat. Beli yang  tarikh masih jauh, then sebab kita dah ada komitmen tiket tersebut, of coz kita akan ikhtiarkan duit untuk cari tempat penginapan dan minimum amount untuk makan2 dan beli belah sikit-sikit. Aku ialah terus rasa kagum gile..aku punya konsep nak bercuti selama ni ialah ada duit dalam tangan baru plan dan pergi dalam masa terdekat..memang costly la kan..jadi, perkara yang akan belajar hari ini untuk aktiviti bercuti adalah plan first, set a target date dan dari situ boleh usahakan ongkosnya..

Pakar planning kos pelajaran anak-anak

Aku tengah tunggu nak jumpa bos aku petang tadi..duk borak-borak dengan sorang akak ni, duk borak-borak pasal bersara semua.. dan akak tu share yang dia masih ada komitmen anak belajar..aku tanyala, anak akak ambil pinjaman/ biasiswa apa-apa ke..dia jawab TAK, SEMUA ANAK DIA ADALAH TAK AMBIL PINJAMAN.. Subhanallah, serius aku meremang time tu.. akak tu bukanlah pegawai atasan yang tinggi gred dan gaji, tapi Alhamdulillah dia manage untuk tanggung belaja semua anak dia..aku tanyalah macam mana dia buat, dia bagitau dia start kumpul duit untuk anak dia dalam tabung haji dari diorang sekolah rendah lagi. Dia plan dengan husband dia each anak RM400 setiap bulan. Meremang aku time dengar, aku nak simpan 200 sebelum pun belum tentu kekal dalam bank lagi.. itu pun dia maklumkan kira dia start lambat, bukan dari anak kecil lagi..time dia cite tu aku duk asik bagusnya bagusnya.. pelan kewangan sangatla penting.. kadang-kadang kita nampak orang tu biasa-biasa je tapi bila dengar kisah hidup dia, Masyaalah hebat sangat. Siapalah kita nak selalu rasa bangga kita hebat, ramai lagi orang-orang disekeliling kita yang hebat-hebat dan rilleks je..Allah bagi kita peluang untuk belajar dari orang-orang disekaliling kita, Sebelum ni bila ayah aku pesan simpan duit na, aku sengih-sengih cakap insyaallah yah..tapi takat tu je la hehe

Aku belajar bahawa sangat penting pelan kewangan, bukan untuk nak jadi kaya semata-mata tapi untuk ketenangan hati. Tenang sebab bebas dari hutang dan dapat menikmati nikmat rezeki gaji yang Allah bagi..=D