Tuesday, June 5, 2012

Secangkir teh pengubat letih: Ust Hasrizal Abdul Jamil

Assalamualaikum..

 

Letih sekejap aku rasa bila window live nia asik auto correct je kejenye..gue nak keje teh, asik dibetulkan menjadi the..sabo je la..lelah ni bermula dari zaman aku buat entry ladang teh yang da berzaman itu..hehehe..

 

Baru-baru ni, kami a.k.a best buddy dari UTM nak buat picnic..kami masih nak meneruskan tradisi menukar-nukar buku tapi kali ni skop dibesarkan kepada main tukar-tukar hadiah..untuk tak nak rumitkan semua orang, kita mudahkan lah kan..hehehe, aku plak lebih prefer bagi buku dekat kawan aku..agaknye sebab minat membeli buku tengah membuak-buak..tapi part yang aku risau minat nak membaca tak sebuak nikmat membeli..eh ada ke word sebuak..hehe macam-macam plak aku malam ni..emmm, dalam exited duk mencarik buku untuk hadiah, aku perasan ada buku Ustaz Hasrizal..Akhir-akhir ni aku suka plak dengan pendekatan Ust..1st time aku dengar kuliah dia secara live ialah ketika syarikat motivasi dia buat kuliah “Apa ertinya aku menganut agama Islam”..amat gemar dengan pendekatan dia yang simple, kena dengan jiwa aku yang suka terima benda-benda simple dengan cepat..yang complex tu takes time untuk nak adapt..

 

Mungkin rasa exited nak beli buku Ust. jugak dipengaruhi oleh segemen motivasi pagi Ust. dekat Ikim.fm.. da abes da pun, beria aku nak pergi kerja 7.30 pagi semata-mata nak catch up segmen dia..hehe, berbalik kepada nak pilih buku tadi, aku ialah beli buku dekat Kedai Buku Smart, Warta Bangi..eh dekat situ dia tengah buat pesta buku..20% off..menggigil tangan nak pilih buku..hehe, nasib Allah izinkan untuk buat tapisan awal, kalo tak mau lagi lama aku termenung kompius nak pilih buku mana..hehehe..ok, buku yang menarik perhatian aku ialah Secangkir teh pengubat letih..Duk serba salah nak beli untuk diri sendiri atau nak beli untuk sahabat aku untuk main tukar-tukar hadiah..tau apa keputusannya? Aku beli 2! hehehe..teringin nak baca sangat punya pasal..nak pilih buku lain untuk sahabat aku macam takde idea plak..plus lebih elok kalau kita bagi benda yang kita suka dan sayang dekat orang lain..itu yang sebaik-baiknya kan..sebab aku suka buku itu, aku beli jugak buku itu untuk kawan aku..masyaallah, pengenalan nak cerita beli buku pon da panjang, amat segan aku kalau tang ulasan amatla ‘ringkas’ hehe

 

Sinopsis secara ringkas, buku ini menceritakan tentang pengalaman Ust. yang selalu berulang-alik dari Jordan, tempat beliau belajar ke Turki..kisah-kisah dan pengalaman menarik beliau dikongsi bersama dengan pembaca..Apa yang aku rasa menarik tentang buku ini..Kita buat dalam bullet pointla..mempercepatkan sikit maklumat nak sampai kan..hehehe, padahal letih nak mengarang berjela-jela..tapi panjang berjela kalau no point taken pun tiada manfaat juga kan..haaaaa, kan da berjela balik da..hehehe

  • Konsep yang digunakan adalah travelog..menarik bagi pembaca macam aku, pembaca yang agak lemah sikit kalau baca buku ilmiah yang senada..travelog kaedahnya ialah lebih kepada bercerita..jadi kita akan asyik dibawa mengembara bersama-sama dengan penulis..much more interactive, much more casual..we learn form their experience tanpa kita sedar..dan percaya atau tidak, gue habiskannya dalam masa sehari..pages buku ialah 267..agak banyakla bagi aku yang liat nak membaca..menang membeli buku ialah apabila kita berupaya membacanya sehingga habis..which dalam era aku yang da keje ni amat susah nak habiskan buku dalam sehari..baca sikit terlelap..buku jadik bed time story plak kan..eh eh, aku kan baru nak set kan 1 minggu kena habiskan baca satu buku..sahabat, jom buat sama-sama yok..kalau tak push sampai bila-bila pon kita asik baca sekerat-kerat je bukunya..Allah cintakan hamba-Nya yang sukakan ilmu..ajal makin dekat, bila lagi kita nak kayakan diri dengan ilmu kan..

 

  • Buku ini membawa aku mengenal Turki..aku sangat tak tahu apa-apa pasal Turki..malunya, bila dikongsikan dalam karya ini, aku rasa Ya Allah, teruknya aku..term ‘Sindrom Aku Pedulisme” yang ditekankan dalam buku ini sangatla terkena dekat batang hidung sendiri..malu rasanya bila kita di sini sedang berbahagia tapi saudara kita di Turki dan lain-lain tempat sedang menderita..berhabis-habisan memperjuangkan Islam..digambarkan di Turki kawasan yang sekular sangatla sekular dan kawasan yang mengamalkan Islam sangatla menjiwai apa itu Islam..yang buat aku kagum ialah bila Ust. berkongsi tentang cerita beliau menanyakan asal usul nama ayah sahabat beliau, Mehmet..belia bertanya adakah ejaan/asal nama Mehmet itu ialah Muhammad..pakcik itu mengiyakan..Ust Hasrizal bertanya mengapa dipanggil Mehmet  tidak dipanggil Muhammad.. Pakcik itu menyatakan bahawa nama Muhammad dikhususkan untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w (lets solawat sama-sama)..andainya anak mereka diberi nama Muhammad dan berkelakuan yang tidak baik, bukankah tidak elok menisbahkan perbuatan tidak elok itu dengan nama Muhammad yang mulia..Subhanallah, sedalam itu mereka menjaga keutuhan dan kemuliaan nama Muhammad..banyak lagi adat-adat Turki dan akhlak serta peribadi orangnya yang sangat aku kagumi..sungguh betul bila orang kata, tak kenal maka tak cinta..kalau kita anggap semua orang Turki itu umpama Kamal Artatuk, amatla tidak benar tanggapan itu duhai teman..hidup ini selalu kena tengok bigggg picture..bila kita tengok dari kaca mata kita yang kecil, misjudgment will always happen

 

  • Teguran-teguran yang selalu buat aku terpana..eh apsal macam kena je apa yan dia cakap dengan aku..hehe, antara teguran yang paling kena dengan aku sebagai blogger adalah berkenaan dengan penggunaan bahasa..betapa generasi masa kini tidak menghargai keindahan bahasa..sangat terkesan bila dikatakan betapa bahasa-bahasa yang kita gunakan tidak mencerminkan keindahan sebenar bahasa itu..terasa kot bila dikatakan betapa banyaknye blog pada masa kini yang entah ke mana hilangya identiti bahasa kita..jadi, apa yang kita boleh belajar ialah, jom sama-sama menjaga bahasa kita..aku pun tengah usaha sedikit demi sedikit untuk tambah baik bahasa..Moga Allah mudahkan..

 

  • Aku kagum dengan keindahan erti sahabat yang digambarkan dalam nashkah ini..kagum kot bila macam mana orang melayu boleh jadi serasi yang amat dengan orang Turki..macam mana orang yang berlainan bahasa boleh menjadi sahabat bila masing-masing tidak faham dengan bahasa pihak yang lagi satu..buku ini ada jawapannya..kerana mereka ada satu persamaan..mereka bersatu dan bersahabat Allah..kerana mereka adalah bersaudara atas nama Islam..betapa mudahnya jalan yang dibuka Allah jika kita buat semua perkara kerana Allah..kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa mengatasi kemurkaan Allah..Pengajarannya, sayangila sahabat anda kerana Allah..doakan mereka selalu dalam solat mahupun di luar solat..doakan moga Allah izinkan ukhwah kita berpanjangan hingga kes syurga, Amin..dan yang paling best, ukhwah Ustaz Hasizal dan sahabatnya Fatih Kayacan berterusan hingga ke alam perkahwinan dan anak mereka menjadi sahabat jugak..Subhanallah, indahnya ukhwah yang dibina kerana Allah

 

Eh da kira panjangla kan ulasan aku..hehehe, pandangan aku yang cetek ilmu ini, buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki..harganya RM25, 20% off jadik RM20…really really worth it..sahabat aku, Ain ialah yang dapat tukar-tukar hadiah dengan aku..harap-harap Ain suka jugak buku ini..sangat banyak cerita-cerita menarik dalam karya ini, natara yang boleh aku ingat, adat meminang orang Turki iaitu bagaimana penolakan pinangan digambarkan melalui air minuman dan karpet, kesungguhan orang Turki melihat berita di TV, kisah sejarah Othmaniyah dan Insyaallah banyak lagi ilmu-ilmu bermanfaat yang lain..8/10 bintang gue bagi

 

IMG_1916

Looking forward untuk sharing kisah sahabat tersayang ambo =D

 

PS:Antara cara nak motivasikan diri untuk baca buku, buat ulasan selepas baca..dapat share ilmu dan disukai oleh Allah..berazam nak cari lagi buku travelog..suka ambil tahu hal orang rupanya aku ni hehehe..mik tahu yang baik-baik tak salah kan.. =D

2 comments:

Hasrizal Abdul Jamil said...

Alhamdulillah.

Semoga serba sedikit coretan di dalam travelog berkenaan menjadi panduan hidup kita. Salam ukhuwwah.

Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil said...
This comment has been removed by the author.