Monday, October 31, 2011

Jogging jugak akhirnye..

Assalamualaikum..
 
Da lama aku tingin nak pergi jogging..dalam banyak-banyak benda yang aku paling liat kalau bersukan ialah nak p jogging..aku tak suka sebab kalo kita da jog jauh-jauh pastu kena patah balik time nak balik rumah..penat owh bila bayangkan..tu baru bayangkan da rasa penat,hehe..dalam 2 3 minggu lepas ila ajak aku p jog..mula-mula macam malas,entah kenapa tah tiba-tiba terbukak hati eceh..
 
Dekat kawasan rumah aku memang ada trek jogging,tepi tasik plak tu..memang pencinta jogging akan enjoy sebab trek dia memang cantik..tapi pencinta lemak macam aku ni takde effect kot walau trek secantik mana..hehehe,kalo rajin lalu trek ni bleh jog sampai PICC..situ punya trek lagi cantik..cantik untuk bergambar..suatu hari nanti nak ajak ila jogging situla..ceh,padahal nak p bergambar sebenarnye..
 
P1070085
Pencinta tegar jogging..kalau aku jog dengan dia memang kena tinggalla..badan tak fit owh,ila kan muda belia lagi..memangla fit..hehe
 
P1070122
Eh,kata jogging..takkan pakai baju kurung kot..
 
P1070108
haha~memang terbukti aku pemalas nak jog..aku teman ila je akhirnye sebab nak lepak kat luar..hehehehe,tak senonoh plak rasa,adik berusaha keluarkan peluh,kakak yang cantik ($#^%$&) plak elok duk bersila..hehehehe
 
 
Aku bosan tak buat apa, aku amik pic area rumah aku..
P1070098
Dekat je adik aku jog..dia tau kakak dia malas jalan jauh-jauh..
 
P1070152
Tasik yang sejengkal je dengan rumah aku
 
P1070139
Masa aku mula-mula tengok pic ni macam pic tampal kan..hehe,besar segedegang muka aku berbanding muka rumah..Dalam pukul 7 macam tu kami beransur pulang..aku baru perasan kalo aku tulis entry, nak tutup entry je mesti aku cakap kul berapa aku beransur..hehe,typical sungguh..
 
P1070140
Babai trek..dari kakak pemalas jogging..
 
P1070135
babai trek..dari adik collapse sebab lama tak jogging..haha
 
Yana Sayang Kamu!

Tuesday, October 18, 2011

Another Wedding of ex-UTM

Assalamualaikum..

Aku kena setlekan cite wedding yang still pending sebab next week onwards ada 2,3 wedding lagi yang kena attend..asal nak pergi wedding je mulala pikir nak pakai baju apa..haihhh,perempuan perempuan..lagi exited nak pergi wedding kalo ada ada baju baru kan hehehe..persaan ni hanya perempuan je yang faham..

Wedding yang aku pergi ialah dekat Shah Alam,dekat dewan SUK kalo tak salah aku..Zaf yang ajak aku pergi, aku on je since takde apa-apa plan..aku macam ala-ala segan nak pergi sebab tak kenal sangat dengan pengantin ini..dalam pukul 2 petang kami sampai area dewan..masuk-masuk area dewan da macam neves sebab macam sunyi je..da risau betul ke tak dekat sini..kalau ikut kad memang da betul da..bila da naik tangga nampak gambar pengantin dan bestie terus lega..

P1060819
Aku ialah daripada office sebab ada keje sket nak setel..tangan yang comot kena cop itu bukti buat kerja ye..hehehe,dari office aku terus pergi rumah Zaf di Shah Alam..

P1060823
Nice kan buat gambar macam ni..diorang punya gambar memang maveles..cun dan pose gempak..

P1060824
Percayala inilah satu-satunya gambar aku di wedding..aku ni kalo tak biasa dengan orang mesti tak reti nak bereaksi sangat..senyum je la yang mampu..terukkan..nak buat macam mana,aku memang susah mesra kalau tak kenal sangat..oh ye,tema pengantin ialah pink color..memang warna tema sejagat untuk tahun ini..so,kalau rasa nak sedonodon dengan pengantin ketika pergi wedding,sila pakai baju pink..hehe

P1060826
Masuk-masuk terus makan dengan ghairahnya..loveeee nasik minyak sangat-sangat..salah satu sebab susah nak tolak kalo orang ajak pergi wedding..

P1060827
Suasana di dalam dewan..tenang je..time ni pengantin tengah bergambar..kalo tak salah aku mak pengantin cakap pukul 12 lebih da sanding..

P1060830
Setel makan,da tak tau nak buat apa aku pon amik gambar deco-deco wedding..Ini ialah frame hiasan dimeja..sweet sangat..banyak personal touch dalam decoration wedding ni..jatuh hati bila baca quotes ni..

P1060832
Muffin yang awesome..menggiurkan..tibe-tibe rasa nak pergi makan muffin dekat Kenny Rogers..

P1060833
Door gift..unik dan tersendiri..dalam isi ferero roche 3 bijik..dua aku makan time on da way balik,hehe gelojoh kalau nampak coklat..

Sebab takde gambar dengan pengantin,aku pinjam gambar dari FB pengantin..oh ye,pengantin perempuan itu ialah ex-utm yang dimaksudkan..
305301_10150329239667819_705482818_8233122_1460989501_n
Bridesmaid dan pengantin perempuan..they look awesome..kalau korang perasan diorang ada pakai tag bridesmaid..even mak ayah pengantin pon pakai jugak..dress dia simple je tapi look sweet..Zaf cakap best baju kawin macam ni sebab lepas wedding pon kalau ada occasion nak pakai takdela segan sangatkan..

308560_10150326418479985_594959984_7985387_55715736_n
Pengantin yang diraikan..thanks ika ajak Zaf,dapatla aku menumpang pergi sama Open-mouthed smile

Yana Sayang Kamu!

Monday, October 17, 2011

Dua Hati Menjadi Satu~Ain + Aizat: Persandingan……lagi??

Assalamualaikum..

Iye-iye je last week cakap itu ialah last entry tentang kahwin Ain..eh memang last entry pon untuk wedding di Segamat..ni 1st time aku rasa kawan aku kahwin aku pergi dua-dua belah..wohaaa..Cik Ain,time wedding aku nanti nanti nanti (tak tau bila) ko kena g dua-dua belah jugak ye..hehehe..belah Aizat a.k.a husband Ain ialah dibuat seminggu selepas wedding belah Ain..buat di dewan dekat area Setiawangsa,dekat bebeno dekat Jusco AU2 tu..

Mula-mula aku macam tak nak pergi yang belah Aizat,entah macam mana tiba-tiba Huda dan Waheda pakat nak pergi bersama..kebetulan plak aku takde pape mau buat hari Ahad kejadian..aku pon join jugakla..plan mula dari pagi sebab mau teman Waheda carik kasut nikah..wohaaa,another event that I look forward to attend..Huda tak dapat join sama sebab ada sedara datang rumah secara mengejut..Waheda mau carik dekat Ampang Park,aku nak mengaku aku 1st time sampai situ..wohaaa (kali ke3 da aku sebut)…bestla situ..ada satu kedai baju siap kat tingkat atas memang cun-cun..murah plak tu..100++ tapi bajunya kelihatan seperti 2, 3 ratus..teruja sangat bila tengok..lepas cuci-cuci mata,kami menuju ke dewan apa tah nama dia..tak ingat da aku..

Sampai-sampai je terus makan dan sebab tak berapa nak familiar dengan orang sekeliling,aku pon jatuh segan nak amik pic makanan..hehe,try jugak cari kawan-kawan ex-utm tapi nampak sorang je yang aku kenal..aku ngan waheda agak maybe tak ramai datang sebab Ahad hari kenduri merupakan hari terakhir weekend dibulan Shawal..ramai yang kena attend open house kot..kitorang datang pengantin da nak siap makan beradap da..lambat betul,tapi ok jugakla sebab lepas kami siap makan je Ain dan Aizat da bergambar atas pentas da..so bleh terus slot in untuk amik gambar bersama jugak..Open-mouthed smile


P1060798
Loveeee dengan ini color..tak pernah lagi aku p wedding jumpa color ini..aku lagi berkenan dengan baju Ain yang ini..I love colors during wedding..mungkin itu salah satu sebab jugak kot aku prefer yang ini..

336764_10150316190057596_568532595_8034358_885305041_o
Dress Ain..cilok dari FB Ain..try carik pic Ain penuh berdiri tapi takde plak..aku rasa combination silver dekat color ni sangatla naik dengan naiknye..

P1060799P1060800
Macam biasa,never lost focus pada camera..hehehe..

P1060802
Sebab orang tak ramai sangat que,kitorang lama jugakla kat atas pentas..sempat exited dengan Ain pasal cerita da beli kain untuk wedding Waheda..hilang kawalan kejap Ain sebagai pengantin hehehehe..


334683_10150316333932596_568532595_8034911_1815539346_o
Ini jugak cilok dari FB Ain..Ok Aizat da hilang balik..nice job photog for this shot!

Lepas peluk-peluk Ain,kami beransur ke Jusco AU2..eh,ingatkan beransur nak balik..hehehe,alang-alang da dekat kan..singgahla kejap..and again,aku tak jemu-jemu doakan kamu Ain..Bahagia ke anak cucu tau!

Yana Sayang Kamu!

Friday, October 7, 2011

Seperti suami dan isteri??!!

Assalamualaikum..

 

Malam tadi,tengah aku tolong umi aku wrapping popia (??), adik aku, ila tibe-tibe gelak sorang-sorang..terus curious nak tahu awat ila gelak..rupa-rupanya dia jumpa pic ni dekat FB..

 

306337_208245112574745_146696478729609_515765_1515752348_n

Soalan: Berdasarkan graf garis yang dilukis di (d), nyatakan satu hubungan antara suhu air dan tekanan

Jawapan: Seperti suami dan isteri

 

Rolling on the floor laughing hahaha~tak boleh tahan betulla dengan jawapan budak-budak zaman sekarang..kita dulu-dulu kalau tak tahu pon mesti tak sampai hati nak jawab macam ni kan..makin berani diorang ni bagi jawapan yang boleh mencabar kesabaran seorang guru…hmmmmm

 

Yana Sayang Kamu!

Thursday, October 6, 2011

Tanpa-Nya,we are nothing..

Assalamualaikum..



Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Wali Band – Harga Diriku


Tanpa-Nya,kita adalah tak berharga langsung..aku jatuh hati dengan lirik lagu Wali band ni..dulu aku tujukan lagu ini untuk si dia..tapi si dia pergi..bila dikaji dan didengar balik lirik lagu ni,terus rasa sepatutnya lagu ini sepatutnya mengingatkan pada Dia yang Maha Kuasa..khilafnya aku..oh ye,lagu ini ialah alarm clock adik aku..terus sara sayu pagi-pagi dengar lagu ni..Open-mouthed smile

Yana Sayang Kamu!

Wednesday, October 5, 2011

Ukiran Inai di tangan..boleh atau tidak?

Assalamualaikum..
 
Terbaca ini dari Fb adik aku..sumber asal artikel adalah dari sini..
 
Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..
170819_1637872031578_1380080408_31601491_7268970_o[1]
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

-----------------

Bila aku baca artikel ni,aku macam eh yeke..serius memang tak pernah dengar sebelum ni..agak kaget jugak sebab aku baru je pakai inai macam tu di kenduri Ain..eh, Cik Ain kalau kamu baca aku takde niat nak salahkan kamu ke apa tau..sekadar mencari kepastian bila ada persoalan diminda..macam timbul ragu sedikit sebab kalau ikut pemahaman aku yang cetek ini yang tidak boleh adalah  membuat ‘gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan’..aku try google dan terjumpa link ini..


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

-----------------
Kalau ada sesiapa yang boleh bantu mohon share ye artikel disini..Open-mouthed smile sharing is caring..

PS: Seboleh-bolehnye cuba nak elak jika ada keraguan untuk buat..

Yana Sayang Kamu!

Tuesday, October 4, 2011

Nampak mudah tapi susahnya nak buat

Assalamualaikum..

 

206572_10150555006585103_301207935102_18436843_6519433_n

Terjumpa dalam page kawan..dari FB Ustaz Zamri..hati tersentap,nampak senang tapi susahnya aku nak buat..Mahu memelihara Aurahku tapi..terasa susah..Ya Allah,moga dipermudahkan

 

Yana Sayang Kamu!

Monday, October 3, 2011

Rindu mau makan kuih muih di bulan puasa

Assalamualaikum..

Tiba-tiba datang perasaan meronta-ronta nak makan kuih-kuih time bulan puasa aritu..aduhh,kalo dekat rumah aku,menag time puasa je la pembuatan kuih adalah secara besar-besaran..da tak puasa ni memang da susah mau ketemu..hmmm..Antara kuih idaman kalbu…………………
P1040974
Buah Melaka..terliur bila bayangkan air gula dia pecah di dalam mulut..slurrppp..

P1040975
Puteri mandi kot nama dia..sedap,lemak-lemak berkrim..baru aku tau senang je rupanya nak buat dia..tapi kalo tanya sekarang memang tak ingat da cara pembuatan dia..anak yang selalu hilang ingatan bila uminya da ajar buat..

P1040984
Cek Mek..sekarang buat cek mek da jadi expertise aku..kira da bleh jual la..ecehh,hehehe..aku punya cek mek selalu gula dia keluar..time balik kampung aritu la baru tahu kenapa..nenek aku bagi petua..hari 1st day aku buat kat kampung,memang gula dia keluar..2nd day tak keluar dah,nenek aku cakap kena goreng terus lepas buat..baru gula tak keluar..tapi yang kelakarnya semua lagi suka yang gula keluar sebab dia lagi rangup..ekekeke,bangga babe bila orang suka air tangan kita..ecehh..

P1040988
Puding cocktail..umi buat,aku makan je..

P1050050
Lompat tikam..alahai..tinginnye nak makan..

Kuih ni semua made in rumah..chef utama mestila umi aku..aku ni kena paksa baru nak belajar..sekarang bila dah tak puasa memang tak jumpala kuih-kuih ni lagi..mana nak carik ek?kat pasar malam confirm tak berapa nak best kan..hmm

Yana Sayang Kamu!

Sunday, October 2, 2011

It’s a celebration!

Assalamualaikum..

 

Adik aku tag aku kat FB..katanya kaum Hawa kena tengok untuk nak tahu kenapa Adam minat bola..yolah tu

 

Tak pernah dengar pon aku team ni..mesti diorang exited nak tunggu gol sebab nak buat gaya yang diorang plan..kalo tak gol mesti kecewa yang hamat..ekekekeke

 

Yana Sayang Kamu!

Saturday, October 1, 2011

Lunch@ Deli France,Mines

Assalamualaikum..

 

Seronok betul bila dapat tidur petang..terus lupa diri,bangun2 kepala macam weng..tak elok diamalkan selalu tidur di waktu begini..Semalam Kak Yus ajak p makan luar time break di hari Jumaat..mula-mula masing-masing macam tak sure nak p makan dekat mana..akhirnye Kak Yus ajak ke Deli France,ke Mines la kami tengahari semalam..

 

Kak Yus addicted dengan bread butter pudding dekat situ.aku memang tak pernah try..aku kalau makanan luar ni ala-ala blur time nak pilih..Nak buat camne,tekak melayu masih tebal dalam diri..aku order chicken croissant dan mushroom soup..kak yus amik lasagna dengan bread butter pudding idaman kalbunya..

 

P1060806

Deli France dekat Mines ni kedudukan dia agak menarik jugak..bersebelahan dengan entrance mau naik kapal cruise dekat Mines tu..aku promote dekat Kak Yus suruh try Wawa Splash..menarik sebab dia ialah bas yang terapung..atau boat yang beroda..ahh tak tau la nama dia apa..tapi mula2 dia bawak kita pergi naik macam bas,aku macam da pelik kenapa plak kena naik bas ni sebab time aku pergi tu aku aim nak naik cruise dia yang cantik tu..jauh sangat ke cruise dia..sekali dengan bas-bas tu kitorang terjun dalam tasik tu..gila ko,terkejut aku..hehe,tapi it’s a great experience though..kanak-kanak mesti seronok sebab time trip tu bleh bagi makan tortoise dengan catfish besaq-besaq..eh,ni cite pasal makan ke pasal kapal ni..

 

P1060807

Nice kan view dia..mula-mula kitorang tak dapat tempat tepi tasik ni.baru nak order tibe-tibe ada customer yang da siap..terus tukar tempat ke sini..lucky us!

 

P1060808

Serius dekat Mines ni banyaknye tempat makan yang menarik..Kak yus macam da aim satu kedai soup dekat area sini..menarik nak try,tapi kalo nak try-try food ni kena awal bulan..barula mata tak terkebil-kebil time mau bayar bil..

 

P1060810

Sebab lapar sangat,lupa nak snap pic makanan yang enak..memang enak sebab pinggan aku licin dua-dua kot..sedapla,mushroom soup dia best..cendawan siap ada yang besar-besar lagi..croissant tu okla tapi bila siap makan still rasa tak kenyang lagi..heee,dasar perut melayu..selagi tak jumpa nasi selagi tu rasa tak kenyang lagi..oh ye,ada cerita kelakar tentang air yang kami order..Kak yus kata dia order Cappucino,aku order Café Latte..bila air sampai, masing-masing try air yang dekat dengan diri..bila aku rasa air aku coffee dia macam strong je,aku tanyala betul ke air kita ni kak..so,kami decide nak tukar..Kak Yus kata air dia macam keras sikit da,memang betulla kot Cappucino..bila aku rasa Kak Yus punya,aku rasa dia macam milky sket..kalo Latte kan memang perasaan dia ada sedikit creamy camtu kan..sekali kami decide takpela minum je la air masing..time nak bayar,aku pon tengokla bil yang dia bagi..sekali kan,rupanya kan..dua-dua air tersebut ialah sama..café latte..haha~sabar je la..maknenye deria rasa kami tak berapa nak berfungsi..ekekekeke,lucula..ia-ia je cakap rasa kedua-dua air itu ialah berlainan lol

 

P1060811

Bread butter pudding kak yus..memang maveles..kalo makan harga 8++ tapi kalo yang take away 4++ je..pelik da aku..kalo ada siapa2 yang p makan sini ini ialah desert wajib try..lepas makan kami pusing-pusing sat je dan terus balik..1st time pergi Mines semata-mata untuk makan..Open-mouthed smile

 

Yana Sayang Kamu!