Wednesday, March 1, 2017

A Famosa Resort Melaka: Safari Wonderland

Assalamualaikum..

 

Aku tengah exited nak print gambar photobook.. alang-alang mood ada mari kita ikhtiarkan untuk mengarang sikit.. kebiasaannya family aku akan pergi bercuti bila adik aku yang bongsu balik.. sebab rasa lebih sempurna bila semua ada.. sempurna gitu ayatnya.. hehehe, plan asal kami nak ke a famosa 3 hari 2 malam, tapi sebab adik aku last minute sekolah dia buat program, kami reschedule jadual hehehehe.. sepatutnya booking aku tu tak boleh cancel, alhamdulillah ada rezeki aku, booking aku cancel sendiri sebab aku book dengan debit. Kata hotel, tak boleh pakai debit sebab mereka terima kredit je untuk booking online. Pelik juga bunyinya tapi Blessing in disguise kan.. Aku sebenarnya nak book gold coast Melaka sebab dia kira sekali dengan tiket water park bila kita menginap.. sekali penuh dah.. silap aku juga last minit booking. Rezeki kami nak ke A famosa agaknya.

 

Plannya team gegirl dan team adi akan gerak pagi Sabtu, team Aki gerak tengahari lepas habis event dekat sekolah dia.. Aku aim nak sampai dekat-dekat pukul 10 sebab kami nak ke Safari dulu.. tapi biasalah, geng gegirl kan.. kitorang berjaya masuk safari pukul 10.30 pagi.. good bye gajah show.. aku exited juga nak tengok gajah sebab macam jarang je tengok gajah buat aksi comel kan.. hehehehe..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.30

Team gegirl.. Iman join team kami sekali.. dia kan exited binatang juga. Mama iman dan adik hanzolah ada disebalik pintu.. hehehehe, sedih mamanya tak dapat join sekali.. aki cuba juga nak balik awal tapi tak dapat izin katanya..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.29

kakak iman exited dari malam sebelum kitorang gerak lagi. Hari Jumaat tu aku dan adik aku pergi Time Square. Kitorang jumpa pelampung ni, RM10 je.. beli iman 1, dadek 1.. tapi dadek tak pandai menikmati lagi.. kakak iman nampak pelampung tu suka sangat dia.. melompat-lompat dia main pelampung dia malam tu hahaha.. pelampung ni dekat AFamosa ada jual juga.. aku tengok sama jenis tapi harga RM40. #teamsukabarangmurah

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 17.01.53

Iman dalam kereta dah selamat recharge juga.. Tapi mood dia time dekat Safari on off juga sebab dia takut dengan Ayah Ngah dia.. hahaha, bila jauh sikit baru nak senyum.. padahal dulu kamceng kot dengan ayah ngah..

 

Oh ye, lupa nak cerita tentang tiket.. aku tengok harga tiket kalau beli online RM48, so pada aku ok la juga sebab tengok gambar-gambar orang review macam banyak tempat best kan. Sekali bila aku nak beli harga tiket dewasa untuk weekend ialah RM69. Memang oh mak kau sangatla aku terkejut depan kaunter.. aku ada perasan juga time usha dekat web Afamosa, harga dia lain dengan harga tiket bila beli online. Dekat web harga dia sama macam dekat kaunter. Aku ingat ada pilihan la kan sebab yang harga dekat web sekali dengan makan. Bertubi-tubi aku tanya soalan dengan kaunter. Soalan aku:

 

1)kalau menginap dapat harga lain tak? J: Tak

2)kalau beli pakej safari dengan themepark boleh guna hari yang lain tak? J: Tak

3)kalau tak nak ambil pakej makan boleh ke? J: Tak

 

Hahaha.. semua soalan aku tak bermakna weh.. kena beli ikut harga fix. Jadi saranan aku, kalau datang dengan famili, better beli tiket online (kena beli 2 hari sebelum dan guna kredit kad). Beza banyak kan 48 dan 69..

 

 

image

Link kalau nak beli online: http://afamosadns.ddns.net/onlineticketing2/selection2.aspx Aku tak pasti kalau ada additional charge tak bila redeem dekat kaunter

 

image

Yang ni harga dekat website dan kalau beli tiket walk in: http://www.afamosa.com/price-packages/

 

Jadi saranan aku, jadilah pengguna yang bijak.. hehehehe, sebab trip kali ni trip bajet, aku memang terasa sangat bila jumlahnya lari dengan skala yang besar. silap aku juga tak beli online. Jadi rancang perjalanan anda. Oh ye, tiket ni one day pass. jadi kalau rasa nak pergi makan dekat luar, then masuk balik pun boleh.. sebab aku kan miss elephant show yang pagi, jadi orang dekat kaunter yang nak masuk tu cakap, boleh masuk balik kalau nak tengok yang petang punya asalkan tag masih ada..

 

image

Ini waktu show dia.. aku miss elephant show. Plan perjalanan korang untuk make sure tak terlepas show. Cadangan aku:

 

9.45 : Tiba

10.15 :  elephant show

10.35:  pusing-pusing di kawasan nak menuju ke Multi Animal Funtime (ada arnab, ayam, poney, unta, kambing berkeliaran hehehe)

11.20: Multi Animal Show

12.00: Bird Show

12.45: Lunch

1.30: Monkey Island

2.15: Wild wild west

2.45: Naik truck pusing kawasan Safari (30 –45 minit tak termasuk masa que)

 

Setiap show ambil masa dalam 15- 20 minit. Aku cadangkan kalau korang boleh sampai lagi awal, pukul 9 pagi tu korang pusing-pusing dengan truck dulu.. Sebabnya bila dah petang oomangaih, habis kederat dah sebab cuaca panas kan.. jadi lepas wild wild west boleh balik terus.. Untuk show, yang paling worth it ialah Bird Show (elephant show yang aku baca review orang kata best, tapi den tak larat nak tunggu pukul 4).. multi animal biasa-biasa je.. wild wild west pada aku kurang menarik.. maybe sebab suara recorded, diorang gaduh-gaduh tapi aku tak tahu kenapa diorang gaduh.. ada scene macam baru lepas minum.. so tak tengok pun takpe aku rasa.. but, itu preference aku.. dah alang-alang sampai kan, baik tengok semua..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 17.01.56

Ini dekat kawasan nak naik truck. aku kan sampai dalam 10.40 macam tu.. plannya nak naik ni dulu baru tengok multi animal show. aku tanya orang dekat situ berapa lama pusing, katanya dalam setengah jam.. kitorang sampai dekat tempat truck dah dekat pukul 11.. aku cakap dengan geng aku, kita pergi animal show dulu la.. sebab kalau naik truck confirm miss nanti.

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 17.01.53 (1)

Kitorang je yang tunggu time ni. Orang memang tak ramai sangat dekat safari. Ila kata macam pergi rombongan yang sama sebab kitorang asik jumpa orang yang sama je hehehehe

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.31

WhatsApp Image 2017-02-25 at 19.47.04

Ini dekat jalan nak menuju Multi animal show. jangan risau, signboard banyak.. kitorang nak tiru kaki flamingo tapi tak berjaya.. Adi je yang terer pose macam biasa.. hehehehe

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.34

Dekat area sini ada orang jual makanan untuk binatang.. RM5 ko satu pek.. menyesal tak bawa sayur siap-siap.. hehehe, bila kitorang beli dia terus bagi masuk dekat tempat arnab ni.. iman takut-takut juga.. dia lupa kot dia pernah jumpa arnab hehehehe

 

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.57.08

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.31 (1)

Iman muka cuak juga sebab ayah ngah ada.. takut rabbit + takut ayah ngah.. hehehe, tu yang muka gitu je..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.56.32

WhatsApp Image 2017-02-25 at 19.47.04 (1)

Mungkin adi terbayang sate arnab agaknye..

 

Next: kawasan unta, poney dan kambing..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.57.11 (1)

Macam biasa, aku kena sound. Kalau takat amik gambar pemandangan je baik ambil dekat google je Na..

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.57.08 (1)

WhatsApp Image 2017-02-25 at 19.49.52

WhatsApp Image 2017-02-25 at 19.47.03

Ni confirm bukan gambar google kan hehehehe

 

WhatsApp Image 2017-02-27 at 15.57.10

WhatsApp Image 2017-02-25 at 19.46.39

 

Ok, aku dah penat.. hahahaha, insyaallah aku sambung cerita lagi..