Wednesday, November 16, 2011

Dilema perubahan hidup yang namanye Norliyana

Assalamualaikum..

 

Da lama sebenarnya duk terfikir-fikir untuk nak tulis entry ini..tapi entahla,hati macam berbolak balik..takut apa yang aku tulis dianggap rungutan..takut apa yang aku tulis membuatkan ada yang terasa..takut apa yang aku tulis dianggap macamla da cukup bagus untuk nak cakap macam tu..Sebelum aku mulakan,aku ingin minta maaf dulu andai ada pihak-pihak yang terasa dengan apa yang aku tulis..demi Allah,tidak ada sekelumit pon niat dihati aku nak menyindir atau mengata siapa-siapa..dari hati kecil aku mohon maaf ye..ampunkan aku sahabat dan tegur aku jika aku khilaf dalam entry ini..Niat aku entry ni mungkin dapat share apa yang aku rasa dengan sahabat-sahabat aku..juga sebagai ingatan untuk diri sendiri ketika aku alpa dan leka..

 

Cane nak start ek..dalam sebulan dua ni,entah kenapa aku terasa macam ada sedikit perubahan dalam hidup aku..percaya tak korang bila orang cakap dalam setiap malapetaka atau musibah yang kita alami ada hikmahnye yang kita tak nampak..bila aku berada didalam musibah/ujian tersebut, of coz akan rasa nak cakap dekat orang tu, senang untuk lafazkan ayat itu tapi orang yang alaminya sahaja yang memahami rasa sakitnye..yelakan,orang tengah hati hancur,bila dengar je ayat-ayat yang suh sabar terus rasa nak melenting..hehehehe,akula orang yang cepat hilang sabar tu..

 

Bila aku break dari suatu hubungan dalam ujung bulan 4 aritu, serius rasa hidup macam kosong..yela,da plan macam-macam ke arah ikatan yang halal kot..mau tak tertekan gue..lama-kelamaan,aku mula biasa dengan keadaan tu..plus of coz aku ada family dan teman-teman yang super great..never give up to give me moral support like berdozen-dozen..aku takkan lupa tentang itu..bila kita rasa sunyi,kita akan mula terfikir tentang banyak perkara sebenarnya..dan antara yang terlintas selama aku single ini ialah peluang untuk penambahbaikan pada diri sendiri..Cop,aku tak pernah rasa aku cukup baik tau..bahaya beb kalo kita rasa kita da cukup baik..riak itu bukan hak kita..

 

Sejujurnya,aku sendiri tak tahu apa sebenarnya pencetus atau titik perubahan dalam hidup aku..Ka Yus pernah tanya kenapa aku tiba-tiba berubah..sebab post dekat FB ke yang buat aku berubah..serius weh macam terpana bila kak yus tanya macam tu..dan jawapan aku untuk Kak Yus time tu ialah Al-Quran..aku mengaku aku da sangat lama tinggalkan ayat-ayat Allah tu..baca bila tingat je..takat mana yang dan je..Astaghfirullah, malu rasanya dengan diri sendiri..susah sebenarnya mahu istiqamah untuk dekat selalu dengan ayatNya..korang pernah baca tak artikel ni..owh,aku bakal share artikel dengan banyaknye tau dalam entry ini..full artikel boleh baca dekat sini ye..cerita berkenaan dengan seroang ayah yang pergi mengembara..si ayah ada mengirimkan surat kepada keluarganya, dan keluarganya sebab terlalu sayangkan surat tersebut tak buka dan baca pon surat tu, diorang simpan je surat tu dengan baik..bila si ayah balik, semua orang dalam keluarga tu da berada dalam masalah..si ayah bertanya kenapa tak buka dan baca surat yang dia kirim sebab dalamnye terdapat setiap penyelesaian masalah yang dialami keluarga dia..dan sebab family dia tak baca surat/kiriman yang dia bagi,semua berada dalam maslaah..

 

Sama jugak dengan Rasul kita..dia tinggalkan kita dengan bekalan yang cukup sebenarnya untuk kehidupan kita sekarang..dia tau umat yang dia terlalu sayangi akan hadapi macam-macam cubaan hidup..terlalu sempurna sebenarnya bekalan yang dia bagi untuk kita..tapi aku,selalu ambil lewa je..buat bila rasa nak buat..apa yang aku cuba buat dalam usaha nak kelakan tu ialah kena selalu paksa diri untuk try jugak baca..satu ayat satu pon takpe..janji dalam sehari tu kita tak tinggal..1st step yang aku buat ialah beli Quran sendiri yang kalau boleh ada tafsir dan yang kecik,senang nak simpan..tekadkan dalam hati aku kena jugak..Ya Allah,memang liat kot aku untuk nak istiqamah..tapi kena cuba jugak,mohon dengan Allah..minta supaya dekatkan kita dengan ayat-ayatNya..insyaallah,kita boleh..aku ada baca dalam buku Fatimah Syarha tips dia kalau nak khatam 1 juzuk 1 hari,setiap kali lepas solat kena baca 4ms..owhh,aku memang tak berjaya lagi buat yang itu..yang penting kena try..baby step dulu..Jangan putus asa untuk doa supaya didekatkan dengan Ayat-ayatNya..aku pernah dengar Quran pilih orang untuk dia nak berdamping..itu ialah salah satu punca aku rasa kenapa aku susah nak istiqamah dulu untuk baca Quran..betulkan niat kita,minta dengan Allah,insyaalah boleh..sayang kalau kita da ada guideline yang perfecto,tapi kita sia-siakan..

 

image

Nice kan..source ada pada pic

 

Perlahan-lahan bila kita dekat dengan ayatNya,hati kita automatik akan rasa macam-macam perasaan..perlahan-lahan kita akan perhatikan diri kita..dan secara perlahan-lahan jugak rasa MALU tu akan datang..percayala bila aku cakap macam-macam perasaan yang berbolak balik akan datang..yang pertama sekali ialah soal Aurat..mula rasa malu bila ada part-part aurat yang masih tak sempurna pada diri aku..mulala hati nak berbolak balik..meh aku listkan apa yang aku bolak balikkan..hehe:

  • Stokin: Aku rasa semua orang tahu kaki kita ialah aurat..kita semua clear tentang aurat perempuan adalah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan pergelangan tangan..tapi rasa ‘ignorance’ tu yang buat aku rasa alaaa takpela..kaki je pon..bukan orang laki nak pandang sangat pon kaki kita..itu ialah JUSTIFIKASI diri aku untuk nak sedapkan hati sendiri bahawa apa yang aku buat tak salah..tapi bila fikir balik,siapala aku ni nak persoalkan hukum dan ketentuan yang Allah da tetapkan..tak terjangkau rasanya akal manusia kalau nak dibandingkan dengan kebijaksanaan Allah..Alhamdulillah,atas kesedaran dan petunjuk dari Allah,hati aku terbuka untuk berubah ke arah yang lebih sempurna

 

  • Baju yang mengikut bentuk badan: Kalau korang kenal aku,aku ialah peminat tegar kot baju kurung moden dan kebaya..tegar la kot kalo banyak baju pesen tu kan dari baju kurung biasa/pahang..aku still pakai lagi kot baju-baju tu time mula-mula pakai stokin..sebab aku rasa at least aku da try untuk tutup yang mana jadik kewajipan..Alhamdulillah Allah tu Maha Penyayang dekat hamba-hambaNya..perlahan-lahan didatangkan rasa sedikit malu dalam diri kita..aku yakin,kalau kita niat nak berubah,Allah takkan tolak doa hambaNya yamg mahu untuk berubah..cepat atau lambat itu Kuasa dia..yang penting kita hambaNya jangan putus-putus untuk berdoa digerakkan hati kearah yang lebih balik..Hidayah itu miliknya dan kita perlu berusaha untuk dapatkannya..ini ialah dilema/pergolakan emosi yang paling serius untuk aku..rasa sayang dekat baju-baju aku..termasukla blous semua tu..kang kalo aku tak pakai baju-baju ni,nak pakai apa..baju yang besar-besar semua tak cantik..aku pernah mengadu dekat ila,kenapa ek aku rasa payahnya nak tinggal baju-baju tu semua..rasa berbelah bahagi antara rasa malu yang da ada sedikit dalam hati dengan kehendak dan naluri wanita yang sukakan kecantikan..ila bagtau aku,kalo tak salah dia Hamka (tak sure Hamka betul atau Hamka writer blog Kereta Mayat) pernah cakap,jika dalam hati kita ada sedikit gundah gulana,rasa dilema macam itu..itu tandanya part hati yang baik mahu ambil alih tempat hati yang tak baik..perubahan hati menyebabkan kita rasa serba tak kena..eh,kalau korang rajin baca artikel ni ye..Tajuk dia saya malu nak jadi baik..antara ayat dia yang kebaboomm aku rasa ialah ‘Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada’..Perlahan-lahan dengan bantuanNya kita mampu ubah..tapi macam aku cakap,slow-slow..hati akan memberontak kalau dipaksa buat benda yang kita tak suka dengan mendadak..confrim nak melawan balik..so,kita kena tawan hati dengan slow-slow..kena pandai mau tackle hati sendiri..tapi aku pernah baca sampai bila baru nak berubah,kalau sementara tunggu tu ajal datang,boleh ke kita cakap tunggu dulu..hmm,entahla..aku pon tak cukup ilmu untuk nak kupas..Ceteknye tersa ilmu di dada..

 

Dan Insyaallah perlahan-lahan kita akan cuba nak sempurnakan mana lagi yang tak berapa nak sempurna..kita akan mula cek tudung kita sempurna tak cover dada,lengan baju kurung kita senang terdedah tak,kita ada berlebih-lebihan tak dalam solekan..eh,bila disenaraikan rasa macam banyaknyeeee nak kena jaga..tapi percayala,bila kita try, bila kita mula rasa malu,semua tu akan terasa ringan..and again,step by step..aku rasa ramai antara kita yang memang da bertudung..aku rasa bersyukur sangat sebab aku pon memang dari sekolah-sekolah dulu disuruh bertdung..kita yang da bertudung ni da almost 90% cover our Aurah..cuma perlu sikit je lagi penambahbaikan..tuntutan menjaga aurat itu wajib,dan bagi orang Islam, istilah tiada paksaan dalam Islam tu tak terpakai untuk kita..bila 2 kalimah syahadah dah dilafazkan,wajib atas kita menuruti suruhanNya..

 

Korang rasa nak buat baik ke buat jahat yang lagi senang..personal opinion,aku rasa nak berubah ke arah yang lebih baik ni lagi susah sebenarnya..1-nak lawan nafsu diri sendiri dulu..2-nak hadapi sahabat-sahabat kita yang mungkin terkejut dengan sedikit kelainan pada diri kita..cuma mungkin kalau diizinkan aku nak tegur cara kita begurau dan bercakap..percaya tak kalo aku cakap orang yang nak berubah ni hati dia sensitif lebih sket daripada biasa..contoh ek,aku pernah dalam cubaan untuk try pakai tudung yang lebih besar sket..tak mudah, (Ya Allah lindungi aku dari rasa Riya’ dan bersangka buruk)..perasaan aku time mula-mula mau try itu ialah alamak,nampak gemukla kalo pakai tudung ni..nampak macam tua sket pon ada..memang tak confident langsung..tapi aku try..macam mane nak cakap ek..bila ada kawan kita yang cuba untuk berubah, kalau boleh janganla keluarkan kata-kata yang menyekat atau membuat dia berpatah balik ke arah yang dulu balik..antara ayat-ayat yang menduga ‘Eh,nak jadi ustazah ke’, ‘labuhnya tudung’, ‘Nak masuk Ustazah Pilihan ke’..

 

Emmm,cane nak cakap ek..mungkin time kita lafazkan ayat tu kita tak rasa sangat apa yang kita cakap tu akan beri kesan pada yang mendengar, tapi bagi orang yang mendengar,alahai..terus terdetik eh kenapa diorang cakap macam ni..salah ke apa yang aku tengah try..aku yakin diorang takde niat pon nak perli-perli ke hape, entah kenapa bila dengar terasa macam ada tusukan dihati..ewah,hehe..betul,aku pernah kot bila dengar orang yang aku rapat cakap macam tu perghh,air mata menjejih keluar macam da stahun tak keluar..rasa sayu sangat bila orang yang kita sayang seolah-olah mcam tak menyokong apa yang kita buat..rasa down beb..eh,tak bermakna orang tak boleh tegur aku,boleh..cuma kena berhemahla kan..adab sopan itu harus dijaga..part of rukun negara tu hehe..tapi, we are what we think..kalau kita nak buat benda-benda macam tu ganggu niat kita,sayangla..kita da ada kekuatan itu kenapa nak berundur kan..aku try fikir balik,cubaan aku ni apala sangat kalau nak dibandingkan dengan perjuangan Rasul kita..apalah sangatkan..tak terbanding..kalau Rasul tak putus asa dengan cubaan yang maha besar,kenapa kita yang kena cubaan ciput nak merungut dan beralah kan..hehe,be positive people! Lagi satu,kalau cakap sekali tu bolehla dianggap bergurau,tapi kalau sampai 2 3x kali tu da agak ‘terlebih sudaa’ pada aku..FIrst step itu sentiasa akan terasa susah,tapi Insyaallah lepas-lepas ni kita akan rasa senang..

 

Dan antara doa yang aku cuba untuk amalkan ialah ‘Ya Allah,bantula aku untuk memelihara auratku YaAllah..Semoga degan memelihara auratku,maruahku dan imanku akan dipelihara jugak..Jauhkanla aku Ya Allah dari menjadi fitnah Zina’..Insyaallah Allah akan tolong kita..Allah sangat baik pada kita..kenapa kita nak sia-siakan kan peluang yang Allah pilih untuk nak bagi pada kita..andai kita sedih,mengadula pada dia..mohon diberikan kekuatan..eh tapi janganla time sedih je kita ingat pada Allah..semua masa tau dia ada dengan kita..peneman kita saat susah dan senang..yakinla wahai hati..ada satu artikel berkenaan La Taqrabu Zina dari Fatimah Syarha..eh,dia ada blog jugak tau..dalam artikel ni dia gunakan analogi nyamuk dan harimau..ok,berapa banyak kita dengar case manusia kena serangan harimau kalau nak dibandingkan manusia mati akibat bahana nyamuk..dengan Malaria,Aedes..macam tu jugakla dengan budaya menghampiri zina..kita nampak macam kecik je,tapi tanpa sedar itula punca utama yang meracun hati kita..bacala korang artikel ni,aku cite macam tak berapa best je..hehehe

 

Sorry korang kalo entry aku terlebih panjang..aku minta maaf kalau aku ada mengguris hati siapa-siapa ye..aku tak pernah rasa aku cukup baik..tapi tegur menegur tu kan tugasan semua orang tanpa kira dia baik ke tak..tegur aku..kitakan bersaudara! Open-mouthed smile

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

4 comments:

syariza09 said...

x per...buatlah perubahan tu perlahan2..mmg akk akui bila kita ditimpa musibah, kita akan dekatkan diri dgnNya

hyazz said...

suker ngan perubahan tu...Alhamdulillah...akak soko Liyana...

maisarah said...

kwn mai citer kan na,,kalu kite berubah mksudnye jodoh kite pown tgh berubah ke arah kabaikan...kan "lelaki yg baik tuk pompuan yg baik n sebaliknye"...tak pown kite berubah sebab pasangan kite tu yg tgh berubah ke arah kebaikan....insya-Allah:)..so,,,chaiyok2!

Mama Gee said...

masih mencuba dan terus mencuba...kadang2 rs nk bungkus je semua baju dlm almari sbb byk sgt yg tak sesuai..tp bila pk nnti nk pakai apa pulak..nk beli baju lain..sehelai dua bolehlah..selow2...