Wednesday, November 9, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha~Ibadah Qurban

Assalamualaikum..

Nak sambung cerita hari raya Qurban kami..lepas sesi family potrait,kitorang terus bergerak p tempat Qurban..Adi memang pecut habisla drive sebab nak bagi sempat tengok lembu yang lagi 3 ekor duk menanti masa nak sembelih..eh Adi kalo tak kejar papepon memang drive laju kot..ekeke,sorry Di..

Sampai-sampai je tengok orang memang da ramai da..bawah khemah-khemah orang da start melapah da pon..nasib baik sempat jugak kitorang tengok 2 3 ekor lembu yang disembelih..setiap kali tengok qurban pon mesti nak rasa sayu..umi aku cakap tak elok rasa sayu macam tu..untuk nak ubat rasa sayu,terus pujuk hati sendiri cakap lembu tu tunggu kita kat syurga nanti..takde apa pon yang nak disayukan sebenarnye..pandai tak aku pujuk hati sendiri..hehehe
P1070417
Orang ramai yang bertujuan macam aku jugak,mau menyaksikan majlis qurban..budak-budak paling exited bila ada majlis-majlis macam ni..aku nampak diorang ada sediakan air sirap jugak untuk orang-orang yang datang..aku macam nak amik jugak tapi cawan da takde..semata nak balik rumah amik cawan memang takla kan..

Raya Haji 20112
Lembu dan kambing yang reda untuk diqurbankan..bila aku nak join bahagian untuk qurban ni..da kena pasang niat ni,kalau tak sampai bila-bila tak buat..

Raya Haji 20113
Ibadah qurban telah sedia untuk dilaksanakan..aku ada amik jugak pic time pisau mencecah leher lembu dan kambing ni,tapi tak sampai hati plak nak letak..takut aku sendiri yang ngeri nak tengok..ni 1st time aku tengok qurban ada kambing..ayah aku ghayak (‘bagitau’ dalam kelantan..sedang gigih nak blaja cakap Kelantan,haha) kambing ni masjid putra yang bagi...aku usha-usha jugak kat celah mana ayah aku duduk..last-last adik aku yang perasan ayah aku..

P1070424
Spotted ayah aku yang baju hitam color oren yang tengah tarik-tarik something tu..kompius da aku apela yang ayah aku tengah buat..rupa-rupanye……..

P1070425
Tengah khusyuk bersihkan perut lembu..ayah aku memang penggemar tegar perut..anak-anaknye nehi gemar..

P1070428
P1070450
Sesi melapah..ramai jugak warga asing yang duk menolong..seronok aku tengok diorang seronok..eh?hehe

P1070446
Lembu boleh patah gigi tak ek..hehehe,tahpape..itu plak yang difikirkan kan..

Gambar-gambar kami di tempat qurban..

P1070423
Tak faham aku ekspressi adik aku..patutnya nak buat muka sedih tapi…hmmm,Mai macam muka ‘Ko apehal?nak carik gaduh?’..ila plak macam kompius ‘eh muka sedih boleh senyum tak ek?’ hehehehe

Raya Haji 20114
Adik-adik laki aku yang kena sound dengan ayah aku..datang tempat qurban pakai cantik-cantik cane nak tolong lapah kan..hehehe,Aki cakap tahun depan dia nak tolong lapah..kita tengok dia buat ke tak tahun depan..
P1070448
Aku sorang je yang punya keinginan nak pose normal..diorang?jangan harap..muka mesti nak pelik je asal amik gambar..hehe

P1070452
Aku tak perasan pon mula-mula ila buat gaya macam rapper..hahaha~signature pose ila..

Seronok bila berkumpul semua adik beradik..mulala nak cakap benda pelik-pelik..time kitorang duk tengok orang tu lapah lembu,tiba-tiba nampak macam ada air keluar dekat kepala lembu tu..kitorang pon macam da pelik-pelik apsal ada air dekat kepala..air apela gaknye..tiba-tiba ila cakap air ketuban agaknye...kitorang macam ala-ala nak terima mula-mula,pastu terfikir,eh takkan air ketuban dekat kepala..haha~sengal sungguh adik aku ni..eh cop..apsal bila aku tulis balik cite ni jadik tak kelakar..padahal beria jugakla kitorang duk gelak time peristiwa ni..hehehe, ni lawak situasi agaknye..lawak yang kelakar kalau kita berada ditempat kejadian..bila cite balik dekat orang lain da jadik tak kelakar da..hehehe,istilah ni kawan UTM aku,Waheda yang reka..

Bila tengok binatang kena sembelih,aku jadik tak sampai hati dan macam tak sanggup nak tengok darah..aku tanya Mai, dia ngeri tak bila tengok lembu tu kena sembelih..yela,kalau dia ada rezeki nak jadik doktor (amin..) mestila kena main dengan darah kan time pembedahan..darah plak bukan calang-calang darah..darah manusia kot..Mai cakap dia pon tak sure dia berani ke tak..dia konon-konon macam tak sanggup..dia cakap dekat kitorang dia tak nak jadik doktor bedah-bedah..dia nak jadi DOKTOR DEMAM je..doktor yang tanya ‘Ye,sakit apa?’ hahaha~suka hati je tau budak ni..dia ingat jadik doktor boleh terus jadik doktor demam ke..ekekeke,mestila kena praktikal dulu dekat hospital kerajaan yang for sure mesti ada bedah bedah punya..hehehehe, Mai Mai..eh,aku rasa adik aku ni macam jiwa kental je..dia tengok citer SAW ulang 40x kot..aku selalu cakap Mai Psiko sebab dia suka tengok cite macam tu..hahaha

Kitorang duk kejap je dekat tempat qurban..sementara nak tunggu ayah aku siap,kitorang lepak duk rumah dulu..lepak yang akhirnye menjadi lena tak sedar hape..tahpape..macam kitorang plak yang jadik tukang sembelih/ lapah kan..penat macam bekerja keras je dekat tempat qurban..hehehe

P1070454
Budak yang nak jadik doktor demam je..nasib adik,kalau kawan memang da tak ngaku kawan da..hehehe

Yana Sayang Kamu!

3 comments:

* FAR * said...

Selamat Hari Raya Korban.. (ehh dah terlambat pulak..)

budak penjara said...

asal lembu tu celik mata walau dh mati??hehe

maisarah said...

mane bleh dedahkan rahsie mai na...