Tuesday, November 29, 2011

5 Tips Berkesan untuk Berubah

Assalamualaikum..

 

Terjumpa ini di blog Pakar How to..ayuh kawan-kawan,kita berkongsi ilmu..ilmu yang baik itu kalau dapat dikongsi bersama akan terasa lebih nikmat..

 

1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman.

Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

 

2. Lakukan secara perlahan-lahan.

Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

 

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang.

Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

 

4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh.

Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

 

5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat.

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi.

 

Sumber

 

PS: Mahu berubah itu tak mudah, tapi jika hati mula terkesan/terasa/terdetik untuk berubah, grab peluang itu..detikan hati/kilasan hidayah itu tak selalu datang..jangan sia-siakan peluang yang kita da dapat itu Open-mouthed smile Yok amik peluang sempena tahun baru ini untuk berubah ke arah yang lebih baik..

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

2 comments:

nas said...

nice entri ni
mmg aku pon nak berubah
macam2 nak berubah dari segi jasmani n rohani
cuma kadang kala yang menjadi masalah nya niat da ade..tapi perbuatan tu kadang2 nak tak nak je nak berubah.. isk3

Mama Gee said...

yana..akak minta izin nk quote ayat PS tu ya...