Jul 17, 2014

Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam

Assalamualaikum..

 

Tadi aku terlintas nak buat entry ni jadi sticky post, lepas tu terfikir, eh aku bukan selalu update pun..dah confirm-confirm entry ni akan jadi sticky post dalam masa yang lama..hehe, doakan saudara-saudara kita di palestin..moga hari kemenangan akan tiba..

 

Aku nak share aktiviti yang aku join start dari bulan 3@ 4 tahun ni..ziarah ke kampung orang asli..dulu-dulu aku selalu skeptikal, macam takut je nak masuk kg diorang, sebab macam rasa tak boleh blend in dengan diorang, rasa diorang garang..tapi alhamdulillah time aku mula-mula join under MAIS semua persepsi tu hilang..mereka sebiji macam kita, jadi takde apa yang nak takutnya..alhamdulillah sejak 1st time join, team kami, dipanggil Team-DOA (Dakwah orang asli) masih lagi ziarah mereka..Kalau ketika bulan tak puasa dulu kami masuk 2 minggu sekali, tapi di bulan puasa alhamdulillah diberi kesempatan untuk masuk tiap-tiap minggu..

Photo 28-03-14 3 10 58 PTG

Gambar yang aku share ialah time aku join 1st time, lepas tu bila masuk 2nd time onwards dah malas nak amik gambar..hehe, biasanya setiap kali nak masuk, kita akan cari sponsor untuk beli makanan diorang.. oh ye, kami ada facebook..kalau nak join untuk ziarah sangat dialu-alukan tau..kadang-kadang kitorang collect duit dari member2 team DOA ni, kalau sorang beri  RM10 insyaallah cukup untuk tampung makan diorang..alhamdulillah ramai juga dermawan yang selalu menyumbang..moga Allah rahmati dan murahkan rezeki mereka..

 

Photo 28-03-14 5 07 56 PTG

Photo 29-03-14 7 12 35 PG

Photo 29-03-14 10 58 21 PG

Photo 29-03-14 12 31 18 PTG

gambar-gambar ketika program bersama MAIS..diorang sangatla suka join sukaneka..approach yang digunakan adalah lebih kepada untuk nak rapatkan jurang antara kita dan mereka..lepas dah kenal dan selesa insyaallah jalan untuk dakwah lebih mudah..dekat sini 60% adalah muslim, alhamdulillah..insyaallah kita sama-sama ikhtiar untuk tambah baik dari segi praktiknye..

 

Photo 30-03-14 10 02 24 PG

Anak ini namanya emel, tapi kawan-kawan panggilnye echem..kitorang semua suka nyakat dia..comel, tapi kuat nangis juga..hehehe manja sangat..antara budak fevret aku juga ni..

 

Antara aktiviti time bulan puasa ialah, aktiviti seni macam bulan sebelum puasa, tayangan video puasa (lebih pada kartun nyanyi2), berbuka, solat maghrib, isyak dan tarawih..juga moreh..meriah, ada juga orang dewasa dan remaja yang join..alhamdulillah, kata orang kampung itu ialah 1st time solat tarawih berjemaah dibuat dekat surau..alhamdulillah..

 

photo (4)

Aktivit mewarna guna water color..1st time, biasa sebelum ni gula color pensel..punyalah exited diorang..sebenarnya aku pun exited juga, haha geram je nak mengaler sekali..yang ini namanya suraya..dia antara budak yang siap awal kalau bagi apa-apa aktiviti..sorang lagi rosyam..

 

photo (5)

Ni lah rosyam..kreatif dia lain macam sikit, nampak tak dia dah habis color..habis diconteng benda-benda lain..seluar dia pun sekali dia bedal..kesayangan semua orang juga ni..

 

photo (6)

Johan, abang rosyam..alhamdulillah nama dioarang aku dah ingat sikit..yang perempuan banyak lagi yang aku asik kompius..asikla tanya nama..hehe

 

photo (7)

photo (11)

Echem manja..rileks je dia sidai anak kucing atas bahu dia dekat gambar yg 1st..

 

photo (8)

photo (9)

 

Yang dekat bawah ni pulak aktiviti buat kad raya..kadang-kadang aktiviti seni ni biasanya member opis aku, lin yang banyak tolong..setiap kali dia cadangkan aktiviti, aku ni haa yang exited terlebih..siap mimpi2 bagai..haha dah lama takde adik kecik gaknye..lepas ni siapla iman..tiap2 hari cik yong buat aktiviti seni hehe

photo (2)

photo (3)

 

Antara gambar-gambar yang aku amik dekat FB Team DOA untuk aktiviti bulan puasa:

 

Kalau ada sesiapa yang nak bagi sumbangan atau nak join ziarah sangatlah dialu-alukan..kalau ada apa-apa yang nak tanya, boleh emel aku: norliyana.upm@gmail.com.  FB: https://www.facebook.com/SukarelawanDOA.  Yang mana aku boleh bantu insyaallah aku cuba.. =D

No comments: