Oct 25, 2019

Memorable Krabi: Day 3- Strolling Around Bandar Krabi

Assalamualaikum..

Ya Allah, bahagia betul rasa bila pilih gambar untuk entry krabi.. simple je rasa alahai.. dulu aku rasa time aku nak update entry krabi macam jenuh je nak pilih gambar.. tapi lepas entry NZ, terus rasa entry krabi ni petik jari je dia punya senang.. patutla Allah selalu push kita to do things more and more.. the more we do, kita dah jadi lebih experience dan rasa senang perkara yang sebelum ni kita rasa susah.. make sense kan..


dari temple cave, sebab kes aku panjat tangga kejap sangat, aku ada banyak masa.. so aku decide nak jalan area town before ambil bas balik.. cuaca time ni panas yang boleh terima la.. ni macam area dataran




aku cuba juga nak tunggu kawasan sini clear, tapi orang tak putus-putus.. so belasah je la gambar ada orang lain pun.. jadila dapat gambar dengan mr crab sini.. mr crab ni lain sikitla dengan yang pekan ao nang punya..


eh langkawi ke.. hehe


ooo helang ni simbolik bandar krabi.. sebagai simbolik knowledge, self-sufficiency, responsibility and consideration for others..


dekat belah tasik sini yang aku nampak ada parachutes time hari aku sampai krabi.. tengah tengahari buta ni takde lagi.. aku syak bila aku guna tripod aku lagi pandai pose la.. hahaha.. kalau dekat NZ tu dah boleh baca dah gaya aku macam mana kan..






ramai jugala orang duk tengok-tengok time aku ambil gambar.. pelik agaknya.. time ni aku dah kental sikit as solo.. awal-awal dulu segan juga nak buka tripod


cantik kan cantik kan angle aku.. tererla yana.. hehe, dah lama tak tengok gambar krabi.. tu yang tetiba kagum dengan diri sendiri.. kena belajar lagila style pose ambil gambar.. tengok Sarah ambil gambar nampak natural je..


dekat sini juga area night market yang aku kempunan tak dapat pergi tu.. eh ke night market ni banyak tempat ek..



aku takde halatuju sangat time ni.. main jalan je.. kedai-kedai area sini pun takde yang menarik sangat..


aku masuk juga kedai ni tapi eco lagi bestla..


geram plak dengan vespa depa.. oh, aku dah pandai dah bawa skuter ayah aku.. tapi jalan dalam je la.. bila aku dah berani bawa g kedai, bolehla nanti travel sewa skuter.. hai mi.. hehe


nampak kedai, aku aim air teh la macam biasa..


20 baht je teh dia.. rasa ok-okla.. still kedai fevret aku ialah yang sebelah masjid aonang tu



ada cimb.. kekdahnya aku tak aktifkan cimb aku.. aku aktifkan maybank dekat sini.. rugi rasa.. kalau tak, takdela feenya tinggi sangat kan.. 


berdepan dengan cimb ni ada tempat tunggu bas nak balik aonang.. aku rasa aku tanya orang dekat mana nak naik.. time ni belum nak gerak lagi.. so aku nak ambil gambar dekat temple area sini.. penat dah mula-mula.. tapi bila fikir rugila dah datang takde kenangan gambar.. kugagahi juga diri..


aku dah malas nak ngukah.. jadila depan entrance je.. bila fikir balik sekarang rugi pulak tak explore.. wow, tudung na.. 



ni pun kugagahi juga amik gambar.. guna tiang situ je.. malas sungguh dah time ni



the first one yang naik


iklan wayang depa.. alhamdulillah aku sampai hotel balik around 11 lebih nak ke 12.. sempat jugala rehat.. ingat nak tido sat, tapi tak mau lelap pulak.. till then

Based on pengalaman aku tengok blog orang, aku rasa susah plak nak cari entry sebelum-sebelum.. kena tekan previous post sampaila post hujung sekali.. jadi aku plan setiap entry aku macam nak letak link entry sebelum dan selepas.. kita cuba nanti.. 

List of entry:

Oct 23, 2019

Wonder in New Zealand: Day 5- Fiordland National Park, Mirror Lakes, Lake Gunn and Brunch at Milford Sound

Assalamualaikum..

Welcome Day 5.. time aku dekat NZ, aku rasa masa lambat betul berjalan.. mungkin sebab biasa kalau aku travel, day 5 tu dah yang hujung-hujung nak balik malaysia balik dah.. tu yang rasa bila dah day 5, aku masih berbaki lagi 5 hari ni NZ buat aku rasa masa tu lama.. syok je weh.. 


pagi hari kelima, misi hunting sunrise diteruskan lagi.. kali ni semua geng rumet keluar bersama-sama..  exited juga bila rasa sejuk..


sepagi di Te Anau


kami ke area luar hotel.. just nice la weather.. sejuk dia tahap boleh kompromi.. mungkin kulit aku dah boleh kompromi dengan tahap sejuk sini


aku serius tak sangka sunset boleh jadi color purple gini.. selama ni bila tengok gambar gini ingat orang over edit.. its real korang.. oh my.. harap-harap terubatla kekecewaan Rahmah tak dapat tengok sunrise time dekat lake tekapo.. hehe tak habis lagi kan rasa bersalah


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, langit dan luaran
muka semua masih comot.. aku mandi awal hari ni.. semangat terlebih.. sempatla tolong kak nani sikit-sikit.. kadang-kadang tolong aku lebih kepada tolong hiburkan kak nani.. haha.. maksudnya borak dengan kak nani la.. aku kan bukan kaki dapur.. basic sikit-sikit je boleh.. jadila buat hilang lapar




caravan di belakang


cuba cari aku dekat cermin..




time ni teruja gile dengan asap.. so bila nampak keluar asap, terus rekod.. adik aku cakap aku hisap vape.. ceitt



stunning sky


dah makin cerah.. makin stunnning kan.. say what adik kakak.. Subhanallah


muka dah bersiap sikit hehe


jaket tu beli bundle melaka.. RM5.. berbaloi-baloi.. 


lepas dah bersiap ni pun gigih lagi hunting asap.. hunting uolls.. Rahmah dekat belakang aku tu pun exited asap.. kitorang ni apa yang tak exited hehe


aku lupa betul nak amik gambar berdua dengan kak neen.. aku cakap kan time first time aku jumpa kak neen, aku rasa starstruck.. haha serius weh.. neves jugala sebab biasa tengok offline kan.. tapi sebab kak neen kan peramah, aku bolehla masuk.. macam biasa, bila segan kita senyum je lebih.. walaupun nampak double chin.. bila tak segan, boleh dengarla kekuatan aku gelak macam dalam video-video sebelum ni


Imej mungkin mengandungi: langit, pokok, awan, rumah, rumput, tumbuhan, luaran dan alam
kak neen sempat pusing ambil gambar sekitar pagi tu




the trio



rahmah masih tak move on dengan asap.. haha, aku baru perasan


lepas bergambar, kitorang perasan kereta berais weh.. apa lagi, wajibla rekod kan


kagummm lagi..


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, selfie dan rakaman dekat
untuk hari kelima, kami naik 2 kereta je.. kereta kitorang bergabung dengan kak neen.. sebab kami kan bermalam lama dekat sini, so tak penuh beg.. syok gile kitorang.. eh rahmah la yang syok.. haha.. aku syok juga sebab boleh tidur tanpa rasa bersalah haha


macam biasa, wajib isi full tank dulu dekat sini


Fiordland National Park

First pitstop kami.. kalau ikut kak neen ni tempat shooting Lord of the rings.. aku cuba google gambar park ni tapi tak jumpa plak yang tunggu shooting tu.. ada satu ni je akan-akan


Lord of the Rings-  New Zealand
macam nak sama kan.. tapi macam tak.. sebab mukabumi NZ ni kan nampak macam lebih kurang..




orang yang follow mungkin tahu la kan.. kalau cite harry potter, aku yakinlah nak sahkan..


part ending aku bersin tu siap masuk story kak neen lagi.. hahaha.. cannot control la weh.. kak nani pun layan LOTR.. aku cuba nak layan, tapi too many facts la nak digest hehehe.. penat nak fikir..


apa lagi.. wajibla posing kan


aku jumpa cara edit video jadi slow mo.. menarik juga ni.. najwa ada rekod slow mo aku, tapi aku tak download dari whatssap.. nak buka tadi dah tak boleh buka.. menarik juga kan.. kalau rajin explore boleh tambah sound lagi dekat background.. smart smart.. eh terpuji diri sendiri kan..




3 gaya wajib aku dekat NZ.. pandang depan, pandang kiri/ kanan dan yang terakhir ialah pusing belakang sambil peace hehe


ni lain sikitla.. gaya ni tak boleh selalu buat.. silap gaya den nampak besar.. walaupun hakikatnya kita tak kurus, dalam gambar tetapla kena cari angle kan.. 



angle lalang ni rahmah la yang rajin mencari



here the cover album for us.. seriously aku sangat suggest korang follow trip kak neen.. mana nak dapat weh gambar dari pro gini.. tanpa bayaran ok.. seriusla.. korang boleh request juga tempat mana nak pergi asalkan cukup 10 pax.. kalau korang ni suka bergambar, tak suka terikat dengan waktu, aku boleh jamin korang akan enjoy gile.. ada ejen yang guide, tapi tak macam strict on timing macam ejen.. aku failed follow ejen sebab gitula.. selain dibawa ke tempat yang diorang dapat komisen.. macam tagline kak neen la, travel cara kak neen.. and as family.. IG dan FB kak neen: neena anuar.. blog pun ada, cuma kak neen dah jarang update..


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, awan, langit, gunung, rumput, luaran dan alam


aku syak ni gambar cuba melompat.. kak nani je yang pose elok cantik hahaha.. yang lain ke laut.. kami tak expert lagi part lompat.. setiap kali lepas amik gambar, abang nuar akan geleng kepala bila tengok balik gambar.. hahaha




few short yang aku berjaya tak jejak tanah.. haha.. haru biru kan semua orang.. sebab blog aku, aku pilihla gambar yang aku terbang haha





Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, langit, gunung, awan, luaran dan alam
ehem, aku tau yang ambil gambar ni.. siap suruh abang nuar main tunjuk-tunjuk.. tapi angle aku suh diorang tengok dulu.. lain orang kan lain angle yang dia suka.. lagi-lagi kalau pro photog.. 


eglinton valley viewpoint.. nama tempat kami bergambar tadi..


tengah-tengah jalan, kami nampak signage ni.. teringat pulak dekat Lake Toba yang pokok tumbang dan diorang minta bayaran


bila tengok dekat, tak nampak pun diorang shooting apa.. baru berangan nak jumpa retis


Mirror Lake

The stop ialah mirror lake.. sebelum pergi NZ, aku dah khatamkan semula blog kak neen.. exited kan.. memang kak neen cakap situ susah nak dapat mirror image sebab ada itik berenang-renang di tepian hehe




gigih gile aku bawa air milo.. konon nak jadikan prop.. tapi tak berapa nak menjadi akhirnya.. tumbler aku siap tergolek bagai.. haha.. nasib tak masuk tasik, diorang kata kalau tak merasa la itik NZ minum air milo hehe



tak berapa nak mirror sangat kan





cubaan nak guna props tapi failed hehe aku rasa najwa ke kak neen ada ambil gambar aku dekat sini guna apple diorang.. tapi takde plak bila cari dalam wasap group


acah-acah menghayati pemandangan




time ni aku tak pakai lagi baju sejuk tebal.. pakai jaket ni masih boleh bertahan.. tapi part tangan tu sejuk gile sebab takde sarung tangan.. tu yang dalam poket je..



kaki aku dengan kak neen on point sokmo


dekat area sini ada kawasan RnR.. kereta lagi satu dah ke sana.. kami pun singgah juga sebab dah alang-alang jumpa toilet kan


yang ni akan-akan rnr kita.. style tertutup


notice board


spring water depa mahal betul


ada area yang share information on certain places


not all water in NZ boleh minum terus ye




antara info dekat information board tadi



sementara tunggu orang, kami macam biasa sempat ambil gambar lagi



kalau takde pagar tu mesti lagi smart kan






Lake Gunn

Selepas mission toilet selesai, kami teruskan perjalanan lagi.. perjalanan menuju ke milford ni agak challenging.. memang bersimpang siur sikit.. tengah dalam perjalanan, tiba-tiba kami nampak area ni.. cantik tahap super duper daebak.. gile tak percaya aku time ni.. terus abang nuar berhenti depan sikit.. sini bukan tempat tourist attraction sebenarnya sebab takde kawasan parking khas.. tapi gini punya superb, sanggup juga kami berhenti


priceless kan.. memang macam flip image punya gambar... like super sama kot.. subhanallah.. kerdil betul rasa diri kan


adik aku cakap dah macam batu terapung dah bila sekali pandang


the magnificient view


kami yang kagum.. 



awan dia sikit punya real yang dalam tasik tu




yang terang ni kamera najwa



Imej mungkin mengandungi: gunung, langit, luaran dan alam
angle kak neen cantik kan.. pro yang amik kan.. tapi aku puas hati je dengan gambar aku.. aku tak penuh pun takpe sebab main player dalam gambar ialah view belakang tu..


priceless moment for us.. alhamdulillah.. thank you again Allah for this hugeee opportunities to us


Image result for lake gunn new zealand
aku google lake gunn.. view yang lain tapi cantik juga kan.. tapi jumpa yang dekat atas tu pun aku dah puas hati sangat dah


Seterusnya, kami melalui terowong dalam gunung.. yang specialnya terowong ni ialah dia old school punya style.. smart aku rasa.. again, NZ kan is always about preserving.. aku ni puji-puji bukanla bermakna mengagungkan sangat tempat orang.. but yang baik kan, apa salahnya kita take lesson from it.. everyone eligible to be our teacher.. muslim country or not

aku tak banyak ambil gambar sebab aku duduk belakang.. banyak terlindung.. video aku ambil ni pun ada 2 3 je.. kali ni betul-betul jamu mata je.. menghayati the beautifulnessss od the nature


keluar terowong..


jalan dia ala-ala kashmir aku rasa.. time nak ke palhagm.. eh ke gumarg tah.. aku pun lupa


jumpa sport worth photo, kami berhenti lagi






and we arrived..dekat sini sejuk gile weh.. mungkin sebab kawasan tasik.. padahal dah tengahari time ni




area sini ada kedai cofee ni.. kami cari port nak makan.. area sini belum masuk lagi kawasan jeti bot.. nak makan dekat meja sebelah kedai tu macam dekat sangat dengan kedai.. kalau dalam kedai boleh ke nak bawa makanan luar kan.. jadinya kami makan area meja tapi yang jauh sikit dari kedai.. harap-harap boleh la kan.. alhamdulillah takde pulak orang kedai sound ke apa..


uuu cantiknye..





aku dah start sejuk time ni.. sarung baju tebal balik


ada tandas berdekatan.. wah ada bahasa di NZ.. bangga-bangga




nasi goreng guna ikan bils sambal.. sedap weh.. teringat nasi goreng kak ros dekat tokyo.. apsal entry ni asik throwback tempat-tempat lain ni..


selain baca doa, ini acara wajib sebelum makan.. kawan aku cakap gitu hehe


tambah lagi nasi.. kali ni amik nasi putih lauk chicken kurma kot.. chicken uoolls.. 


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, awan, langit, gunung, luaran dan alam
settle makan, kami pergi simpan barang dulu dalam kereta.. kisahnya aku dengan beberapa kawan aku ingat diorang dah dekat kereta.. sekali bila pergi takde plak.. sudahnya diorang ingat kami masih dekat area makan lagi.. gambar atas ni area sini juga.. aku tak pergi.. till then