Tuesday, February 28, 2012

Patah hati..apa patut saya buat

Assalamualaikum..

 

Aku rasa aku bukan yang selayaknya untuk cakap things to do after u breakup..dari sudut psikologi mahupon dari sudut Islam, ilmu yang aku ada alahai sangat sedikit..cuma insyaallah dengan ilmu yang sedikit ini aku nak kongsikan sedikit pandangan yang tak semestinya betul dan tak semestinya salah..yang mana rasa pandangan itu betul, ambillah untuk sama-sama berkongsi..yang salah tegurla aku..

 

Dulu, time aku break, apa yang aku 1st sekali buat ialah menyibukkan diri..bukan buat-buat sibuk tau..hehe, aku tak pandaila nak buat lawak dalam blog..even adik-adik aku pon selalu kutuk aku tak pandai buat lawak..redala je la aku kan..hehe, cuba try involvekan diri dengan macam-macam benda..kalau boleh kurangkan masa berseorangan..bila kita sorang-sorang ni fikiran akan sangat susah nak larik dari kenangan yang masih terbawa-bawa dalam diri..Aku ingat lagi zaman aku blaja dulu, 1st break up, Zafran, kawan aku selalu ada disisi aku..aku kan orangnya cepat patah semangat kalo bab-bab vercinta ni..lagi-lagi dulunya konon-konon 1st love..thanks Zaf sebab kamu ada untuk aku..jangan biarkan diri kita rasa kesorangan, walaupon hakikatnya sebenarnya setiap masa Allah ada dengan kita..tapi dek kerana buta dengan perasaan kecewa tu, kadang-kadang aku jadik lupa..

 

2nd. carik balik support system yang kita pernah ada..yang dulunya kita ala-ala abaikan sebab terlalu khusyuk dan asyik dalam mood bercinta..akula tu, hehe..macam mana aku tau khusyuk dalam bercinta?beb, aku pernah bercinta jugak kot..hehehe..memang time tu kita akan rasa macam ala-ala segan, sebab perasaan dia macam habis madu sepah dibuang, eh ke tak seswai ek peribahasa ni..hehe, tapi korang faham kan maksud aku..tapi if korang tak pernah abaikan that suport system so it’s a not big deal..cerita dengan mereka, luahkan..minta pandangan..and if korang punya support system benar-benar menyayangi korang, insyaallah depa akan selalu ada dengan korang..menenangkan..jap, sebenarnya kan,aku ala-ala lost dengan apa yang aku tulis..tak nampak intipati apa kebenda la yang aku nak sampaikan..jap, aku try lagik ek menjelaskannya..

 

Macam mana ek nak cakap, setiap apa yang jadik dalam kehidupan kita sebenarnya merupakan perancangan yang terbaik dari Allah..ayat yang kita selalu dengar kan, tapi adakah kita benar-benar memahaminya, mendalaminya?tanya balik diri kita..semak balik hati kita..setelah umur aku 26 tahun pada 19 April nanti (tak perlu bagitau pon takpe sebenarnya tapi macam exited nak share umur aku ngan korang..parah,parah..),  baru aku nampak sikit-sikit sebenarnya maksud ayat ni..sebagai contoh, dulu aku selalu persoalkan, kenapa ek aku ni susahnya nak bertemu jodoh..asal bertemu dengan seseorang, mesti tak lama lepas tu tak jadik..banyak faktor, dia orang lain punya, dia tipu aku bla bla n bla..hehe, even untuk seseorang yang terakhir ni pon planningnya da agak jauh, tapi still tak jadik lagi..kenapa kenapa dan kenapa??Menghantui kot perasaan asik tak menjadik ni..tapi bila fikir balik, bukan salah sesiapa benda tu jadik dekat aku..Allah ialah perancang yang paling hebat..kenapa dia buat aku lambat bertemu jodoh? Mungkin sebenarnya aku tak bersedia lagi sebenarnya dari aspek yang pelbagai untuk menjadi seorang isteri..mungkin kalau aku da kawin sekarang, aku masih tak mampu nak tambahbaik atau memperbaiki diri aku..banyak lagi sebenarnya yang tak menyempurnakan aku lagi..eh, tapi aku tak kata tau korang yang da kawin awal tu tak berpeluang nak tambahbaik..nehi-nehi..aku cerita based on pengalaman diri sendiri..perempuan yang baik-baikkan bertemu jodoh awal..Open-mouthed smile

 

Contoh lain, dulu aku selalu rasa kenapala aku susah sangat nak berkawan dengan lelaki..mulut macam jadik berat, kelu nak berkata,  mata terkelip-kelip je yang mampu time tu..bukan pemalu pon time tu, tapi entah..susah nak bercakap..sekarang baru aku nampak, Allah mudahkan jalan untuk aku baiki diri sedikit demi sedikit..cuba kalau dulu aku ramai kawan lelaki, sah-sah cabaran untuk nak kurangkan tu lagi susah..Subhanallah, cantik kan peraturan Allah untuk kita..and again, ini pengalaman aku..takde niat nak insult sesiapa..risau aku kalo ada yang tersalah anggap..moga-moga takdela ye..

 

Apa tujuan aku bagik contoh panjang-panjang ni..apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini ialah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, jangan sekali-kali kita anggap kitala yang paling malang sekali dalam dunia ni..kita jahat sangat agaknya sebab nasib asik tak balik je..JANGAN..kalo boleh slow-slow kita ubah cara pandangan kita..we do have optionssssssss sama ada nak tengok peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam hidup kita secara positif atau sebaliknya..half glass empty or half glass full..oh ye, aku dengar quote ni dalam cite Keeping up with Kardashian..hehe,kantoi suka tengok cite tu kan..cakap senangla kan, nak buat tu memang tak dinafikan mencabar..even aku pon tengah trying mying..hehe, cuma satu je yang kita boleh pegang..Bersangka baik dengan Allah..contoh ek, asik bagi contoh je kan aku ni..hehe, kita kecewa kaw-kaw sekarang sebab frust dengan cinta yang tak kesampaian, kita boleh nak kata Allah tak sayang aku agaknye, biar aku hidup sorang-sorang..tapi kita ada pilihan untuk twist sedikit rasa syak wasangka itu dengan bersangka baik, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, mungkin Allah tak nak aku terus leka atau lalai, mungkin orang yang aku jumpa tu bukan jdoh sebenar aku..and again, benda ni ketika kita tengah frust memang susah nak terima, tapi at least kita try..insyaallah lama-lama kita akan nampak hikmahnya..nak positifkan diri sendiri ni hanya kita je tahu hati kita ni cane..ada orang baca buku motivasi da ok, ada orang kena nangis sepuas-puasnya..pelbagai..yakin dengan perancangan Allah, sebab manusia ni tak boleh nak predict jangka panjang..yang kita mampu nampak hanya sakit time tu je..tapi indah yang depan-depan tu kita memang susah nak nampak..kemampuan manusia ni amat terbatas..sebab tu kita kena bergantung pada DIA dan bersangka baik dengan perancangan atau aturan dia yang tak terjangkau dek akal..

 

Alaa..aku takde gambar selinganla nak letak..aku pon bosan baca entry sendiri yang tak bergambar..hmm, lagi satu..jangan menafikan rasa kecewa tu sebab kita manusia, kita ada akal, nafsu dan perasaan..kecewa itu lumrah tapi belajar mengawalnya..baru-baru ni Alhamdulillah aku ada sedikit kesempatan memdapat sedikit ilmu dari Ustaz Hasrizal (SaifulIslam)..katanya, sekuat-kuat manusia ialah manusia yang mempunyai kawalan diri..self controlnya amat bagus sekali..even ketika dia tengah nak marah dekat orang, dia ada keupayaan untuk tekan button pause dan tenangkan diri..dia bagi contoh, mungkin korang pernah dengar contoh ni.. bagaimana Saidina Ali R.A ketika sedang berperang dan tengah nak bunuh musuh, tiba-tiba musuh meludah, terus tak jadik bunuh..kenapa? sebab Saidina Ali kata niat dia nak membunuh musuh Islam ditakutinya akan jadi membunuh sebab dendam personal dia..betapa hebatnya self control Ali hingga disaat-saat kritikal macam tu pon still lagi masih boleh mengawal diri..kalo aku confirm tewas terikut-ikut perasaan..belajar kawal diri kita, slow-slow..baby step..janganla kita nak ubah diri kita dengan drastik sedrastiknya..dari perkongsian ilmu tu jugak, Ust ada kabo salah satu cara nak istiqamah dalam sesuatu perbuatan ialah jangan berubah atau nak buat sesuatu dengan terlalu drastik..susah nanti nak istiqamah..kalau syaitan boleh bersabar, step by step untuk goda dan buat kita lalai, kenapa kita tak boleh..kita kan ada Allah Maha Kuasa..Open-mouthed smile Lagi satu, sebenarnya bila kita ditimpa kesusahn, itu merupakan jambatan atau penyambung untuk kita dekat dengan Allah..perasan tak bila kita tengah sedih, automatik atau paling kurang terdetik sekejap dalam hati mengadu dengan Allah..korang biasa kan dengar, Allah uji kita sebab sayang kita..dia tak nak kita lupa terus dekat dia..sebab tu orang kata orang kaya ni lagi banyak cubaan hidup dia dari kita yang biasa-biasa..mungkin sebab dia jarang rasa susah..setipa manusia tu ada ketetapan dan jalan masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah..

 

Tak perlu kita question kenapa dia yang tersayang buat kita macam ni sebab mungkin kita tak sedar apa yang dia buat ialah jambatan penghubung kita untuk dekat dengan Allah..doakan yang terbaik untuk hidup masing-masing..berdendam takkan buat kita mampu untuk move on..ingat, masih ada yang sayangkan kita..Ok, da habis..kesimpulannya aku tak jumpa gambar nak letak..wakakaka

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

Sunday, February 19, 2012

Avillion Admiral Cove, Port Dickson-The View

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu! Aku on da way tunggu umi aku balik kelas Haji..da janji nak ikut umi g kenduri kawin..alang-alang menunggu, teringat plak dekat blog..da lama tak cerita tentang kehidupan dekat sini..oh ye, blog aku da setahun pada 2.2 aritu..aku ingat tarikh tu tapi punyala malas nak up cerita besday blog..lagi-lagi time tu tengah berkursus..lagila memang takde mood..HEPI BESDAY blog!soryla kalo tuanmu ni kadang-kadang je jenguk..oraito, nak share gambar-gambar ketika aku menguruskan kursus dekat Avillion..adalah dalam 3 hari jugak kat sini..terkubur impian aku nak swimming dekat sini..tak sempat owh, bajet petang-petang macam free,sekali memang tak free langsung..takpela, maybe akan ada next time kan..

DSC_0045
Testing shot by Rajes..kami iaitu Anor, Rajes dan aku yang jadik sekretariat..agak semput jugakla, terutama bila time-time ada problem..but it’s a learning process kan..entah hapela aku membebel ni..kompius dengan diri sendiri..

DSC_0075
Antara perkara yang aku buat time depa kursus, baca novel..kadang-kadang menghadap internet je pon boleh tahan bosan jugak kan..ni ialah buku Mai..karya suami kepada Fatimah Syarha..oh ye, Dr Farhan ni ada kuar novel baru..ila da beli, kitorang kat rumah tengah que turn nak baca..

DSC_0154
Ini ialah team lecturer-lecturer yang berkursus selama 2 minggu..eh tapi kat Avillion ni 3 hari je..Alhamdulillah semua da abes..lega sungguh-sungguh

Hari terakhir di sini kami ambil kesempatan untuk bergambar..nasib Kak Seha, official photog opis ada time last day..bolehla request untuk bergambar kan..DSC_0249DSC_0257
Subhanallah..viewnya cantik yang amat..pencahayaan semuladi memang sangat ohsom kan..Laut dan kolam sebelah-sebelah je..agak-agak puas da terjun kolam, terjunla laut plak lepas tu..kalau berani la..ekekeke

DSC_0256DSC_0259
Kapal-kapal yang berlabuh disini..eh tapi kapal yang nama Matahari ni 3 hari aku kat sini memang tiga-tiga hari tak bergerak pon..aku rasa maybe fuction dia ialah dekat tepian-tepian ni je..tak taula kot-kot tengah malam dia gerak..eh tapi tengah malam pon aku tengok dia ada je terdampar dekat situ..

DSC_0260
Kolam yang dicita-citakan untuk nak mandi..tapi segan jugak sebenarnye nak mandi dekat sini..tengah-tengah alam antara café dan bilik..maunye tak segan orang duk berulang-alik makan nampak kita tengah berendam..kalo petang-petang maybe okla kan..

DSC_0270
Bilik penginapan aku..view yang mengadap sini memang ohsomm!!

DSC_0243
Sudah mahu pulang..dekat pukul 3 petang jugak rasanye kami beransur pulang pada 10.2 yang lalu..babai PD,kapan mau ketemu lagi ya..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Wednesday, February 15, 2012

Macam-macam

Assalamualaikum..

 

Adik aku, Mai tengah isi borang survey kesihatan..adalah survey dia tanya berkenaan perihal kesihatan keluarga..dia duk tanya aku dan Aki..

 

Mai:Ada tak keluarga kita yang pernah buat pembedahan..

Aki:Ada-ada..abang pernah

Mai: Pembedahan apa?

Aki: Sunat

 

Mai:Ada tak family kita elergic apa-apa

Aki:Abang ada..abang elergic dengan Mai

 

Hahaha~macam-macam sungguh budak-budak ni..

 

PS: Short update..

Thursday, February 9, 2012

Bila pukul 12 malam menjelma

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran..rindu sungguh-sungguh nak menulis..aku bersiaran dari PD..2nd week duk menjadik sekretariat untuk event opis aku..eh tapi dekat PD dari semalam, untuk minggu sebelum ni dalam area UPM ajo..AKu da ala-ala blur-blur alam sebenarnya..maklumla,aku kan ratu katil..asal nampak katil je nak tido..still lagi mata terbuka diwaktu ini sebab ada lagi paserta yang tak abes discussion..kalo aku pon da ala-ala bateri nak kong depa ni lagikla kan, duk memerah idea lebih memenatkan dari lari 2km..eh yeke?kalo aku lari 2km lagi penat kot..haha, memang spesies sayang lemak sungguh aku ni..

Aku di PD duduk dekat Avillion Admiral Cove..tak silap aku ni kali ketiga aku p sini..aku suka view dia, memang indah..tapi ada sedikit bad experience setakat yang aku kursus hari ni..internetnye Problem..kulit muka memang tebal tahap maksima sebab segan dekat Fasi ni haa..dekat pensyarah-pensyarah ni still boleh tolerate lagi tapi bila buat program dengan orang luar ni,omangaihhh..sogan sungguh bila ada problem macam ni..Moga-moga dipermudahkan urusan di esok hari..Amin
07022012100
Tempting kan..urghhhh, lagi tempting bila da pukul 12..aku ada ajak umi dan adik-adik aku pergi..tapi masing-masing pon kerja..Aki pon da start praktikal arini..katanya dia da mula rasa blur..aku roger Adi tadik, rugi-rugi takde dekat rumah..tak dapat tengok muka menggelabah pakcik tu..

07022012102
View yang aku duk borak dari tadi..segan kot kalo aku nak gantung baju dekat sini..malu i nak tunjuk baju dekat kapal besar tu..hehe

07022012101
Demm awesome kan..petang-petang aku suka termenung dekat sini..tapi tak lama sangat boleh termenung..risau plak lama-lama dekat bilik termenung..hehe

08022012104
08022012107 
Antara view yang sempat aku capture guna kamera hp dengan edit2 serba sedikit..aku ada amik dengan kamera opis jugak, kalo dan nanti aku upload..

Masih mengira detik untuk mereka siap..da memang bukan Cinderella da la aku ni..da tak seswai sebab da terlebih sangat dari pukul 12..mungkin aku lagik seswai jadik Sleeping Beauty..wink wink..haha, gudnite!

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama