Tuesday, October 9, 2012

Ahmad B Graduation Day: 7 September 12—>Here we go!

Assalamualaikum..

Macam smart plak panggil dia Ahmad B..hehe, eh Ahmad B nama artis kan..aki kan macam bajet artis..hehe, Sabtu lepas, 6hb aku dan family bergerak meuju ke utara..untuk attend grad adik aku dekat UUM..ingatkan dalam 4 jam da samapi rupanya makan 6 jam jugak..pukul 10.30 pagi gerak, 4.30 petang baru sampai..kitorang benti sekali je dekat gurun untuk lunch..adik aku punya turn grad 7hb petang..

Malam tu sempat explore makanan utara..tapi aku tak try pon hehe, sia-sia je jalan jauh-jauh kan..Ayah Din aku yang try..family mak aku pernah duk Kedah dulu zaman arwah atuk aku jadi askar..jadi diorang sangat mengimbas kenangan la kan..hehe, ayah din aku makan mi gorang mamak dengan cucur udang..part cucur udang tu aku boleh terima lagi, dia cucur cicah kuah kacang..ala-ala pasembor kot..tapi part mi goreng mamak susah sket nak masuk, sebab dia manis sket, n then ada kuah kacang..ayah din aku kata still sama rasa dia lagi..dulu2 seposen je kot 1 pinggan..hehe, aku siap kena perli ngan ayah din aku lagi, aku makan nasi goreng paprik, ayah din aku kata nasi goreng paprik kat kl pon boleh dapat..hehe, tak reti nak explore..rugi kan..

IMG_0640IMG_0642
View yang awesome all the way..

Pagi 7hb, dalam pukul 12 tengahari kitorang menuju ke UUM..oh ye, kitorang duk dekat Kangar, dekat Hotel Putra Palace..nice jugakla tempat dia..ada dalam 40 minit kot baru sampai..yang mencabarnye hujan adalah sangat lebat..basah jugakla aku..tapi demi aki kugagahi jua..terharu tak ki..

IMG_0645
All da way hujan sangat lebat..

IMG_0651
Bunga yang umi beli..nanti aku cite detail kisah sebuah bunga..hehe

IMG_0652
Hebak hebak kot artis yang datang buat persembahan..oh ye, tiba-tiba baru teringat aku tak jengah pon pesta konvo dia..gara-gara hujan, kitorang sampai agak lambat..plus kereta memang tersumbat habisla kan..

IMG_0655
Cousin aku, Awa..dia teman ayah din aku..sian dia kebosanan menunggu..thanks awa, kak yana appreciate it

IMG_0660
Bertemu dengan hero of the day..time nak masuk ni baru dia nak pakai jubah..budak laki kan, gamble je tak gosok jubah..kalo budak perempuan mesti nak kena gosok juga..nasib jubah dia tak berapa kedut sangat..

IMG_0662
Jauh jugak kitorang menapak nak ke dewan..aku bersyukur aku pakai kasut wedges, kalo tak confirm lencun kasut aku..ok, cite grad ini akan bersambung sebab aku rasa macam da panajng je kan..adios amigos

Gara-gara dia

image
Assalamualaikum..

Korang tengok, gara-gara aku upload gambar grad adik aku, Aki sampai 81 notification aku dapat..artis sangat ke ko ki?haha..Aku baru masuk kerja hari ni..Insyallah aku share cite dia grad..nak harap dia update blog dia, hmmm..usah bermimpi disiang hari la kan..hehehe

Friday, October 5, 2012

Random Post

Assalamualaikum

1. Dengar dekat Tanyalah Ustaz pagi tadi sementara nak bersiap. Bagi orang-orang yang kearah nak tambahbaik diri, ustaz bagitau at least sehari kita kena solat 40 rakaat- Suppaya hati dekat dengan Allah. 40 rakaat datang dari:
-17 rakaat solat Fardhu
-14 rakaat solat rawatib
  • 2 sebelum subuh
  • 2 sebelum dan selepas zuhur
  • 2 sebelum asar
  • 2selepas magrib
  • 2 sebelum dan selepas isyak
-9 rakaat solat malam
  • 2 rakaat solat tahajud
  • 2 rakaat solat istikharah
  • 2 rakaat solat hajat
  • 3 rakaat solat witir
(Mencabar untuk buat, tapi why not kita cuba sikit-sikit kan..fuhh, moga kita semua beroleh kekuatan. Amin)
PS: Rasa macam amik minit mesyuarat plak tulis blog ada bullet2 bagai haa..hehe

2. Cara meminta tolong dengan Allah ialah dengan Sabar dan Solat.

3. Terharu dengan umi. Umi aku beli nasi lemak untuk office dia, sebab ada buat baca Yasin. Umi tanya aku nak ke, aku cakap takpela sebab sian plak dekat umi aku kena turun balik amik dekat kereta. Beria-ia aku cakap takpe, tau-tau time aku salam umi aku da amik juga nasi lemak tu, siap dengan gorang telur letak dalam plastik..Ya Allah, baik sangat umi aku ni. Bergenang mata time nak g keje tadi. Terima kasih Allah kurniakan aku umi yang sangat baik. Bahagiakn dia Ya Allah. Kurniakan kekuatan pada aku Ya Allah untuk membahagiakan dia..Amin.