Oct 5, 2012

Random Post

Assalamualaikum

1. Dengar dekat Tanyalah Ustaz pagi tadi sementara nak bersiap. Bagi orang-orang yang kearah nak tambahbaik diri, ustaz bagitau at least sehari kita kena solat 40 rakaat- Suppaya hati dekat dengan Allah. 40 rakaat datang dari:
-17 rakaat solat Fardhu
-14 rakaat solat rawatib
  • 2 sebelum subuh
  • 2 sebelum dan selepas zuhur
  • 2 sebelum asar
  • 2selepas magrib
  • 2 sebelum dan selepas isyak
-9 rakaat solat malam
  • 2 rakaat solat tahajud
  • 2 rakaat solat istikharah
  • 2 rakaat solat hajat
  • 3 rakaat solat witir
(Mencabar untuk buat, tapi why not kita cuba sikit-sikit kan..fuhh, moga kita semua beroleh kekuatan. Amin)
PS: Rasa macam amik minit mesyuarat plak tulis blog ada bullet2 bagai haa..hehe

2. Cara meminta tolong dengan Allah ialah dengan Sabar dan Solat.

3. Terharu dengan umi. Umi aku beli nasi lemak untuk office dia, sebab ada buat baca Yasin. Umi tanya aku nak ke, aku cakap takpela sebab sian plak dekat umi aku kena turun balik amik dekat kereta. Beria-ia aku cakap takpe, tau-tau time aku salam umi aku da amik juga nasi lemak tu, siap dengan gorang telur letak dalam plastik..Ya Allah, baik sangat umi aku ni. Bergenang mata time nak g keje tadi. Terima kasih Allah kurniakan aku umi yang sangat baik. Bahagiakn dia Ya Allah. Kurniakan kekuatan pada aku Ya Allah untuk membahagiakan dia..Amin.

No comments: