Monday, April 22, 2019

Dreaming Trip to Korea: Day 3~ Check in di Philstay Hostel dan dinner @ EID Halal Korean Food

Assalamualaikum..

Last entry Korea aku bulan 1 hari tu.. punyala lama nak boleh sambung balik.. pelik juga aku padahal korea selalu di hati.. entry korea aku dah 12 kot.. dahsyat betul penangan gambar..

💆 Aishh... ada lagi gambor tak masukk.. Banyak betul gi travel ni..sampai tak menyempat


kedai di lorong Itaewon.. banyak kedai antarabangsa.. teringat cerita runningman episod yang awal-awal.. jalan ni sempit gile.. kagum aku ajushi pandai bawa masuk ke dalam..
💆 Itaewon ibarat macam lorong 2 gelap tahap international..
tp bersebelahan dengan kawasan muslim..

ok, sampai je di Itaewon kami rest dulu petang tu.. Sarah pun tak berapa sihat.. kami dah plan kalau Sarah tak larat, kita rehat bilik je la.. takde nak rushing ke mana-mana pun.. bilik ni untuk 3 orang.. katil double decker 1, katil single 1.. aku tidur atas.. agak sempit juga tapi aku ok je.. memang beza terus dengan hotel yang kami duduk di Myeondong..
💆 Eh.. bukan ke scene ni dah penah citer..
Tempat korang gelak kuat2 dulu.. bergegau sampai boleh dengar kat bilik kitorang kat bawah..
Level orang korea kalau ketawa .. bergegau-gegau..


total untuk 3 pax.. dia akan bagi sekali pasword bilik dan wifi.. 122,000krw tu rasanya sekali dengan bilik asri.. aku pun lupa dah.. =RM440.. eh ke asing dah ek.. mahal betul kalau dah asing bil.. tak ingatla aku..


gigih aku ambil video.. feeling cerita korea sangat kan.. dengan lampu nyala bila jalan.. masukkan pascode.. rindu plak bila tengok gambar-gambar balik.. ada yang plan repeat next year.. this year macam tak dapat je nak ngulang..


dah petang sikit, Sarah kata dia ok dah.. aku dengan kak yus dah plan nak belikan nasi dan sup untuk dia.. tapi dia kata dia larat je dah sebab dah tidur dan makan ubat.. hostel kami betul-betul sebelah Jimmy Burger.. so kami keluar untuk cari makan dan jalan..
💆 Apsal Sarah dah nampak macam ahjumma..
apa pun.. mujo dia cepat baik..ada la tourist guide free..



kami berjalan menuju ke train untuk ambil Jiyoung.. Jiyong ni pun intern sekali dengan Sarah, cuma office lain
💆 Ingatkan Ji Hyo.. rupanya jimuda.
Tapi mmg tak igt dah ada budak praktikal lain masa.. 
Cuma ingat Sarah dengan .. sapa nama lelaki tu.. lupa dah.. Hwan..
Hwan yang menang cabutan bertuah handphone Samsung tu kot.. menang dekat pameran yang baru dia jaga sekali je kat KLCC.. padahal kitorang ni yang dah bertahun jaga pameran ..
 tak pernah pun dapat cabutan bertuah macam tu.. bertuah punya budak..


itaewon dah meriah.. itaewon ni pada aku pelik.. dia sangat muslim friendly tapi dalam masa yang sama banyak gile club malam.. mungkin sebab dia kawasan international.. muslim pun consider international juga agaknya..
💆 Ni video kawasan yang elok.. 
 Yang belah lorang hala ke hotel kitroang tu dasat.. muntah sana sini.. 


you smile at me brother?
💆 Nak pow ke nak sapa..


💆 Pasal pulak gambo ni.. 
ni case Yush break tak bagi signal..

Lepas jumpa Jiyoung, kami terus cari kedai untuk dinner.. Sarah exited juga jumpa Jiyoung sebab diorang dah lama tak jumpa.. kami dah mula sesat time ni.. nak cari kedai makan.. Sarah nak bawa kami ke kedai makan EID Halal Korean Food


Ada pakcik ni tolong.. pakcik ni ingat kami sesat nak cari masjid.. bagus betul orang depa ni kan..
💆 Dah macam Bai Fa Mo Nu Zhuan Zhi Ming Yue Tian Guo .. je kalau tgk dari belakang..
Sarah guna apps maam waze agaknya.. mana2 ceruk dia akan bawak.. janji dekat..
Try jugak guna waze.. dapatla jugak..


ni tak salah aku antara hostel yang aku nak book tapi dah penuh.. tak ingat dah nama apa
💆 Yeke.. kawasan ni lagi dekat dengan tempat makan muslim..

hiasan lampu cantik


kena ada bukti gambar bukan dari google..
💆 Gambar macam  crop copy n paste je.


geram je aku tengok buah


jumpa kopi hang tuah di bumi Korea..


kami berjaya jumpa alley kawasan halal.. kawasan sini pada aku agak sunyi.. kak yus cakap dia cuak tengok kawasan sini.. 
💆 Apa lak tgk kedai halal cuak.. mgkn nampak macam area arab india kot..
Tp kalau belah siang.. area sebelum area sini lagi cuak.. 
nampak macam kawasan black area jepun je..


💆 Nampak bombay.. nampak gambar Malaysia je ..terus laju je..
Apa barang datang jauh2 .. 
Tp makan makanan sama macam kat Malaysia tp dengan harga yang mahal..
Bag berat tu.. bawak buku kupon diskaun makanan muslim..

yang ni pun kedai famous juga.. Murree Halal Korean Food.. ada dalam buku diskaun yang kami ambil di airport
💆 Tula .. rugi.. diskaun punyalah banyak.. 
satu kedai yang dapat diskaun pun tak pi.. 
 rugi2..



geram pula tengok gambar ayam tu.. sampai sudah aku tak berjaya makan deobukki dan ayam goreng korea dekat Korea.. alasan yang super kukuh untuk datang lagi..
💆 Bukan ke sarah kata takde pun ayam goreng macam tu kat korea..
ke kat Malaysia je ada ayam pedas macam tu..

kami lalu belakang masjid.. ni dekat area jalan halal alley tadi



alhamdulillah jumpa kedai



simple je kedai dia.. orang pun tak ramai






diorang ada 4 menu je.. aku pesan samgyetang.. pengaruh tengok jong kook masak time runningman.. 
💆 Ni tahu tu kan.. 
 tp memang sedap sup tahu nya.. padahal tahu je pun..
Kuah dia light je tp perisanya tepat.. pedas..
kena dengan tahu yg mungkin sbb fresh agaknya..
sesuai dengan harganya yang mahal.. kat Malaysia pun, mahal jugak kan.


💆 Baru je minggu lepas tgk kedai ni keluar kat Naura Astro..


side dishes sampai dulu.. seronok makanan korea ni sebab banyak side dishes.. kedai korea yang aku pergi dekat malaysia jarang betul ada side dishes gini.. mungkin aku je yang tak jumpa lagi kot
💆 Ada je .. tp bagus sbb diorang ni tak suka makan kimci.. 
Boleh belasah.. rasa kimchi kat sini fresh..
Kalau kat Malaya kekadang ada yg tak fresh..

sampai


berasap-asap.. kagum aku tengok korean makan panas-panas gini kan.. 


💆 Ini da serupa panda n mama panda tengok ulam pucuk buluh..

💆 Ni mesti Yush tgh menyesal.. jauh2 jalan .. makan dapat sejemput je..

ayam sekor.. tapi size kecil je.. dekat video atas tu aku tanya Sarah ada nasi tak dalam ayam ni.. sebab selalu tengok diorang sumbat nasi.. Sarah kata orang kedai cakap takde.. dia letak nasi asing sebab time dia letak nasi dekat dalam ayam orang tanya mana nasi.. hehehe



aku tak ingat asri order ayam apa.. sedap juga.. bulgogi kak yus pun sedap..
💆 Ayam korea la.. boleh tahan  jugak.. sesuai dengan harga..
tapi hijau2 gelap dalam mangkuk tu .. tak sedap..
bole membawak ke muntah hijau jugak tu.. kalau makan banyak2..
Satu-satunya Malaysian yang pakai chopstick korea..
Chopstik sini best sebabb tipis.. bola pakai guna 2 jari je..


aku try juga ginseng tu.. pahit betul.. jadila untuk rasa


next stop, Namsan Seoul Tower..

💆 Eid.. before Eid..
Apapasal ntah dia boh nama kedai Eid.. kalau dia boh  Fast kang susah jugak kan..
Apapun kedai ni sedap.. halal.. n korea..
Kedai lain halal .. tapi takde ciptarasa korea.. 
kebanyakkan citarasa halal Arab, India, Indonesia n Malaysia..

Tuesday, April 9, 2019

Lively Lake Toba: Day 4~ Going back to Reality

Assalamualaikum..

Hoi, bercinta betul nak boleh habiskan entry toba.. ok, pagi last day kena kami bersiap untuk ke airport.. habis sudah perjalanan kembara ke bumi toba.. asalnya kami plan nak gerak ke airport 6.30 pagi.. tapi kak shima kata macam awal sangat, so aku bincang dengan geng.. dan kami setuju tukar ke pukul 7 pagi.. pagi ni kitorang lambat sikit keluar.. janji dengan tobavengers yang lain (eceh) nak keluar pukul 6.30 pagi.. untuk ambil gambar.. 6.45 gitu kot baru geng gegirl keluar


misteri ina nampak mata malam semalam terungkai pagi ni..



over betul brightness aku set.. nak edit balik gambar memang tak la kan



kisahnya, semalam aku dah bagitau hotel kami nak check out pukul 6.30 pagi.. minta siap-siap dia tapau breakfast.. supir pun ada pesan.. sekali kami pergi pukul 7 tu dapur dia pun tak buka lagi.. bengang jugala aku, apsal tak bagitau semalam dapur start lambat.. tapi aku bengang pun takdela duk marah diorang.. aku kan sopan sikit hehehe.. aku tanya dia apa yang cepat, roti bakar yang cepat katanya.. bolehla dari takde.. kempunan nasi goreng.. hotel ni come in dengan free breakfast.. kami kan add extra bed, dia include kan sekali free breakfast juga.. so dapatla in total 5 pax breakfast




last photo together..


teringat plak dekat admiral cove PD.. situ kan banyak kapal park..



time tunggu food ni baru kami tahu pilihanraya depa panggil pemilu..



kawasan cafe dia selesa.. rugi pulak rasa lepak hotel kejap sangat kan..


duit yang tinggal.. berjaya la aku bawa balik baki.. boleh simpan untuk next trip


dalam 2 jam kami tiba di airport toba.. supir pun bawa santai-santai je.. flight pukul 10 lebih tak salah aku.. kecil je airport dia..


baru launch route akhir tahun lepas, awal tahun ni tutup.. kecewa aku..


yang pemeriksaan ni belah kanan kaunter tadi.. aku cuak juga beg berat tapi bila tengok dia tak check berat, lega rasa.. balik rumah aku timbang beg aku 13kg.. melampau na.. kata tak beli apa..




pak supir kami.. bagi lagi sekali la nombor dia.. sebab dia baik.. nama dia Bob Sinaga.. nombornya +6281248552985.. pak supir ni kalau nak ronda luar area pulau.. area parapat.. kalau nak jalan di area Samosir, boleh contact Pak Rommel.. +6281375999700.. Pak Rommel ni aku jumpa nombor dia di blog.. aku nak book dia untuk jalan di parapat.. tapi dia cover pulau je.. dia yang bagi aku nombor Bob.. bagus kan.. 


bila orang tak berkira dengan kita.. kita pun jadi murah hati kan dengan dia.. kami ada baki 100k lagi untuk duit yang kumpul.. kami decide bagi tips pada dia.. happy dia.. aku rasa kak shima pun bagi juga.. pak supir ni tunggu dekat airport sebab nak pass kuih bika ambun.. kirim dari kawan dia yang datang dari Medan.. kitorang tanya dia mana kedai makan best.. dia nak balik dah mula-mula, tiba-tiba dia kata takpela dia teman..


kedai hijau luar airport ni dia kata murah



nama kedai


makanan orang tak sabar nak balik Malaysia





ada bank juga dekat aiport.. sediakan kadnya aja..


suasana dalam ruang menunggu


alaa dah tak ingat dah yang baju hijau ni airlines apa.. Lion Air ke ek.. lupa dah


thanks kak shima jadi geng kami dekat sana.. relationship goals betul kak shima dan husband..


ready to depart..






nampak hotel Gold Coast Sepang.. eh ke tu hotel Avani ek.. Alhamdulillah perjalanan lancar.. kami sampai awal juga rasanya sebab flight gerak awal.. canggih kan..


bika ambun kami.. dapat perisa pandan.. jadilah untuk rasa.. pandangan aku, tak beli pun takpe.. aku beli untuk rumah, depa tak makan sangat pun.. plus bika ni tahan 2 3 hari je.. tapi kalau nak rasa silakan.. dia macam kuih sarang semut sikit, tapi lembut.. tapi manis betul..




Nita ni kedai yang jual Bika dekat aiport.. harga aku rasa sama je dengan yang pak supir ni jual.. cuma yang kedai ni dia jual 1kg kot.. so mahal sikitla.. tapi boleh tanya kalau ada size 500g or yang kecil lagi..


total spending aku dekat sana.. nampak percentage paling besar aku spend untuk apa.. hehehe.. eh yang ni tak termasuk tiket flight, insurance dan internet.. boleh refer 1st entry aku untuk details kewangan.. amboi, macam buat report dana dah bunyi.. siap rujuk lampiran bagai hehe.. 

kalau aku campur dengan kos yang bayar dekat KL, total ialah RM736 aku spend.. costing yang aku buat di first entry ialah RM396 tanpa shopping.. so kalau RM736 (total cost) - RM338 (kos shopping) = RM399.. so tak lari jauh sangatla dengan initial costing aku buat.. terer kan aku jadi bendahari.. tepuk bahu sikit na.. banyak betul aku shopping, insaf kejap rasa.. memang betul-betul kejap pun aku insaf hehe..


sightseeing dengan transport tu boleh combine.. sebab ada kos sightseeing termasuk dalam transport.. best kan trebee ni.. sila download.. summary ni keluar untuk yang paid version punya.. tapi serius berbaloi untuk orang macam aku yang selalu tak tau duit habis dekat mana.. dah buat ni pun still ada juga yang short tak tau belanja untuk apa, tapi okla.. takdelah value dia besar sangat yang part short tu..

In summary, toba is definitely really super duper trip yang berbaloi.. aku enjoy habis.. macam-macam cabaran.. macam-macam pengalaman.. aku kan fobia guna ejen, tapi bila guna supir ni aku ok.. sebab dia ikut plan yang kita nak.. waktu pun ikut kita.. tak rushing, dan yang paling penting tak pergi tempat mengarut.. alhamdulillah dapat supir best.. so, toba masuk dalam checklist yang aku rasa nak repeat lagi after bangkok dan india.. bangkok kan first love untuk travel.. hehe till then..