Sep 4, 2018

Seimbas di Singapura: Last Day Training and Tour Kaw Kaw

Assalamualaikum..

Tajuk asal entry ni panjang gile sebab banyak tempat pergi.. so aku cut, tulis dekat tempat aku pergi dekat initial setiap cerita..

Hari kedua latihan.. kami gerak ke sana lebih kurang waktu semalam juga.. hari ni kami dah janji nak jumpa dengan ex-officemate aku yang dah berhijrah ke Singapore.. ikut husband.. rindu gile dekat rajes.. rajes ni ialah initially travel buddy aku.. kitorang dah beli tiket nak pergi jogja sama-sama.. kita merancang, tapi perancangan Allah lebih cantik.. she met her soulmate before trip travel kami dan kebetulan pula tarikh tiket kami sebulan sebelum wedding.. Rajes serba salah juga nak bagitau aku, dan alhamdulillah Allah rezekikan aku dengan kak yati dapat pergi training di Iran.. so rajes kata, dia lega hehehe.. so, siapa nak ajak aku jadi travel buddy dia? kot aku plak yang jumpa soulmate? haha








portable wifi yang bos aku sewa dekat klia..


aku cakap tak dekat event ni ada free flow coffee break.. sebab guest sini tak ramai muslim kan.. kami mampu tengok je.. cookies dia nampak best.. tapi takde keberanian nak songlap hehe




list booth.. kami aim nak networking.. aku failed part tu.. so aku follow diorang je.. diorang dah biasa join pameran, so dah terer part networking.. networking aku takat senyum.. terus network disconnected.. haha






ambil siap-siap gambar kenangan di event.. boleh cerita dekat anak cucu.. 'oh marina sand bay?.. biasa-biasa je'.. 


jumpa orang Thailand.. dekat sinila kot law of attraction nak pergi thailand berlaku hehe


time ni aku tunggu iza.. sini ada wifi tapi slow sikit.. aku duduk tepi dinding kaca.. 


sarah, intern korea office aku dah pernah duduk kot marina ni.. tak sabar plak rasa nak jumpa dia.. last 2014 la time dia intern dekat Malaysia.. sarah nampak je muda, tapi matured kot.. merata dah jalan..


dekat marina ni ada ruang solat.. tingkat 3 tak salah aku.. tanya je orang dekat situ, nanti dia guide




lampu automatik.. kagum dah aku.. tak la membazir kan


lepas solat, aku ajak iza pusing-pusing area shopping complex marina.. tujuan utama nak cari kedai makan gordon ramsey.. officemate aku tak tahu weh dia siapa, kecewa aku takde geng exited.. nampak that lady wearing aere.. #proudmalaysian.. sekali dia orang malaysia kan, hehehe





macam mines kan


kami nak cari restoran gordon tu.. ikut signage celebrity restaurants.. lalu belah luar marina.. 


crocs bertingkek.. pelik aku tengok kasut ni.. ni kalau terpeleot memang tak boleh control dah ni


kitorang tak jumpa weh kedai dekat mana.. aku dah nak give up dah time ni.. so untuk kenang-kenangan aku ambil la gambar dengan signage yang ada gambar kedai dia.. ni la kot agaknya yang orang kata tak dapat tengok orang dapat tengok bumbung rumah pun jadi..




aku berpisah dengan iza lepas ni sebab tiba-tiba aku rasa ralat gile kalau tak cari kedai gordon.. macam few steps away je kot.. how could i give up my love.. hahaha, minat kot dekat dia.. 


time nak cari kedai tu, aku terstop sat dekat kedai skincare ni.. mahal weh..


jumpa.. OMG OMG.. ni kalau jumpa depan-depan mau terduduk aku.. 


tersengih-sengih aku time menaip ni.. hehe, punyalah seronok


bila tengok menu ni, ada je menu yang mampu.. walaupun appertizer.. jadilah kan.. janji boleh cakap 'weh,aku dah pernah makan gordon masak kot' hahaha.. walaupun sebenarnya of course la staf dia je yang masak kan.


ada 2 tingkat kedai dia.. malas nak flip gambar..



aku rasa time ni diorang tengah tukang air pancut tu kot.. bunyi kuat gile


Dalam pukul 3 petang tak salah aku rajes sampai.. borak-borak, rajes siap bagi coklat lagi.. rajes cakap kenapa korang tak jalan-jalan.. kitorang cakap kitorang tak tahu nak pergi mana.. rajes ajak pusing-pusing sentosa island.. kami on je, bos aku tak ikut.. kami janji je dengan dia nak jumpa dekat tempat buka puasa


Sight Seeing di Sentosa Island

tak salah aku kami ambil grab dari marina ke vivo something.. 



tiket train harga 4 sing dollar



orang biasa-biasa je la.. tak ramai sangat mungkin sebab dah petang kan


nampak patung lilin ni teringat bangkok.. kawan-kawan aku tak heran pun dengan patung ni.. aku je exited sebab tahu nak masuk muzium memang tak la kan.. jadi tempat free ambil gambar wajib kot aku manfaatkan sepenuhnya..


dalam train dah nampak dah sentosa island



kepala singa selain di Merlion.. well, singapura kan




gigih nak tiru.. sengih je pekerjanya tengok aku.. saya ada tali pinggang kuning taekwando tau sister hehe


kami naik dekat belah atas lagi untuk tengok tempat-tempat lain.. tempat-tempat ni free je kalau tak masuk.. kita bayar tiket train je.. so sangat berbaloi untuk kami yang masa suntuk dan duit suntuk haha


ni kalau dadek dapat ni memang tidur pun mau nak pakai kasut.. oh aku beli crocs cars untuk adik time dekat hatyai.. siap ada lampu weh.. tak sabar nak tunggu reaksi dia..


adik ipar rajes kebetulan baru sampai dekat singapore juga.. syokla sikit rajes ada orang teman


madame tussauds dekat sini style old school sikit.. ada perdana menteri india juga.. aku kenal la sebab baru lepas jumpa.. well, jumpa gambar je la.. hehe, merata gambar dia dekat India


pinjam pinggang boleh







sky tower.. macam ala-ala dekat menara taming sari.. kot.. hehe tak pernah sampai





dekat sini boleh naik bas tour juga.. cuma kami macam salah pergi stesen kot, jadi nak ke stesen yang betul tu jauh.. pukul 4 petang kot, tak daya kami nak jalan.. rajes pun pregnant kan.. so, kami berpisah dengan rajes dekat sini.. rajes gerak balik, kami gerak ke tempat buka puasa.. esok plan nak jumpa rajes lagi.. house visit


Buka Puasa di Deen 3 Rasa

tempat ni en zakir yang cadang.. sup tulang merah.. one of singapore signature dish.. aku on je try.. walaupun ia nampak sangat menakutkan kan..



makan dengan roti.. aku takut aku tak selera sangat, so aku order chicken chop.. and guess what i get? another red dish hahahaha.. kelakar gile rasa


sebenarnya rasa dia ok je.. acceptable la.. aku habis makan.. cuma tulang tu kalau sup biasa pun aku tak gemar.. apatah lagi yang color merah kan.. tapi worth trying la..

Macam biasa, lepas muka puasa kami berpisah dengan bos aku.. en zakir balik hotel, kami merayap lagi.. dahsyat betul tenaga lepas buka puasa ni.. kalau korang tau berapa lama kami merayap, mesti kagum.. aku pun kagum dengan kegagahan kami..


Bugis Street

Bugis Street ni Rajes yang cadang untuk beli sorvenir.. untung ada kawan dekat negara yang kita pergi kan.. boleh je google tapi inside information lagi better..


kami nampak kedai murah ni.. 1 dollar kot harga barangnya.. so dah exited la.. tapi sebab kedai ni belah luar, kami decide nak singgah lepas habis round dalam.. sekali lepas kami round dalam, dia tutup dah weh.. kecewa gile.. nampak kitorang jalan sampai kedai tutup.. eh tapi awal juga kedai tutup, pukul 10 malam tak salah aku




wajib pergi sini korang.. tshirt murah, keychain murah, beg murah.. kebanyakannya jual 4 barang 10 SD.. 





ada certain kedai tak bagi ambil gambar.. tapi sebab kami dah beli kan.. beg dia kualiti juga.. tebal.. so puas hatila.. eh tapi aku jenis senang je nak puas hati membeli hehe




harga setiap kedai pun lebih kurang sama je.. cuma korang pilihla kedai yang ada design korang suka




ni selipar ke bantal peluk ni.. apsal terlebih comel


kedai kesayangan aku yang tutup dah.. patutla orang kata pertama kali jumpa pun dah boleh jatuh sayang.. hahaha aku merepek apa daa..


iza time ni dah lenguh sebab pakai kasut baru.. dia nak beli selipar tapi mahal dan tak cantik.. so aku cakap takpela tukar je la dengan aku.. aku lenguh nanti aku tukar balik




Mustafa Centre

Last place kami pergi ialah Mustafa Centre.. sebab dia 24 jam kan.. remember dari hari 1st lagi aku dah aim nak repeat Mustafa sebab best kot.. and here we are




signage gini dah ada dekat mph aku perasan


dekat area luar Mustafa ni banyak kedai gini juga.. kami masuk juga area sini.. kitorang tiga-tiba beli beg yang boleh lipat-lipat tu.. semua pakai dekat hatyai


yang ni 5 10 SD


dah tengah malam pun kereta meriah lagi..



seksyen dari dekat Mustafa.. harga aku tak check betul-betul sebab tak aim nak beli kan.. tapi for sure dekat india murah lagi la kan


part made in japan tu aku tak faham


kurta gini sebijik macam yang ada dekat Malaysia.. harga 34 SD.. dahsyat kan


dekat area seksyen mainan.. cik yong dah rambang mata dah.. shopping untuk orang kan selalu nya kita lagi exited and kurang sikit berkira kan 


syurga untuk adik




macam-macam mainan ada.. harga aku rasa agak murah kalau compare dengan Malaysia.. 


area produk kecantikan


kami keluar dari Mustafa pukul 2 pagi tak salah aku.. hehehehe, aku masih lagi rasa kagum dengan kekuatan membeli kami di bulan puasa.. dahsyat betul


alang-alang dah lewat kami sahur sekali



hasil aku dan kawan-kawan aku.. tak mengaku aku punya sorang.. play house tu kakak man punya.. kisahnya time aku dekat area mainan ni kitorang video call.. kakak kata dia nak mainan.. aku tunjuk rumah ni, menjerit dia..

time ni aku dah berbelah bahagi nak beli ke tak rumah ni sebab harganya dalam 38 ke 39 SD = RM120.. which aku rasa murah gile sebab besar.. banyak set dalam tu.. aku pernah tengok kat Malaysia, harga dalam 300 kot.. tapi yang buat aku serba salah nak beli ialah sebab gigih fikir macam mana nak bawa naik flight.. mula-mula ingat nak balut wrapping paper, sekali kaunternya lama gile tutup.. dan rupanya kaunter balut tu ialah kalau nak pos je.. so aku beli la kertas wrapping yang warna coklat tu.. sekali aku tinggal dalam grab.. sudahnya bertabahla bawa gitu je dan aku plan nak buble wrap.. 

dekat airport pula yang ada wraping biasa which cost 25 SD tak salah aku.. aku pun nak gamble je blasah la masuk oversized luggage tanpa balut.. sekali orang airport kata pecah bukan tanggungjawab diorang.. tengah aku blur nak decide, dia kata takpe.. cuba bawa masuk dalam dulu.. nanti boleh letak dekat area yang macam diorang letak untuk stroler.. lega gila aku time tu

Kami sampai hotel pukul 3 pagi.. pukul 4 juga baru aku tidur.. memang overslept.. sampai event esoknya lewat setengah jam hehehe penangan Mustafa

No comments: