Sep 12, 2018

Healing Hat Yai: Samila Beach

Assalamualaikum..

Entry Pakistan dah makin hanyut ni since ada gambar yang aku tak boleh uploads dekat dropbox.. habiskan entry hatyai la dulu.. sementara cerita masih segar kan..

Kami sampai dekat pantai aku rasa adalah dalam pukul 2 ke 3 petang gitu.. boleh je kan hari kedua ni keluar tengahari.. kawan aku google, katanya dekat Samila Beach ialah famous aiskrim kelapa.. so dah ada target makanan.. aku aim nak naik kuda sebab frust tak dapat naik ATV.. kalau ikut google, naik kuda ni 300 baht.. tapi bila dekat sana, 150 baht je.. ok sangatla kan..


sampai-sampai je nampak makanan dulu.. kalau dekat Bangkok dulu, bukan main beria lagi aku teringin nak rasa yang cucuk-cucuk ni.. dekat hatyai takde plak aku exited.. mungkin sebab cucuk-cucuk dia nampak macam dekat Pasar Tani Putrajaya je kot hehehe


kedai-kedai dekat sini semua ada toilet berbayar.. aku dengar driver bas cakap, iza pun cakap gitu juga



banyak souvenir ikan duyung dekat sini.. tour guide ada cerita, ada sejarah or mitos dulu-dulu kata nelayan jumpa duyung.. tu yang ada patung duyung dekat pantai..


pantai dekat sini cantik.. biru la air lautnya.. kalau ikut geram aku rasa jugala nak terjun.. ada juga budak-budak kecil yang terjun.. time tengok IG kak nana pun ak ada perasaan nak bawa baju spare konon-konon.. hehehe


nampak dah kuda dari kejauhan


tempat ikan duyung.. antara budak yang terjun mandi pantai.. jeles acik dik..


kalau tak nak naik kuda, nak bergambar je pun boleh.. time orang kuda offer nak ambilkan gambar, aku dah terbayang adakah aku kena tambah 50 baht lagi.. Alhamdulillah tak.. bayar 150 baht = RM18.. boleh la kan.. dalam 15 minit aku rasa dia bawa pusing


aku usah je brader ni sampai dia perasan aku nak naik kuda.. hehehe, apsal tah kelu nak tanya.. kawan-kawan aku tak naik


cantik kan langit.. biru bukan main.. terer orang kuda ni amikkan gambar.. menyesal pula tak bagi tips.. as always, aku suka gile ambil gambar tengah panas.. walau pun panas, gambar cantik mampu menyejukkan kepanasan aku hehehe


gambar fevret aku..topi tu memang dia bagi pakai.. smart kan.. 



aku dah berani lepas kuda weh..




banyak angle weh orang kuda tu amik kan.. so, kalau tanya aku worth it ke tak naik, super duper worth it.. time aku naik tu, kuda ni membuang.. alaa, aku lupa dah nama kuda ni.. orang kuda tu kutip weh hasil buangan guna plastik.. kagum dah aku, patutlah pantai cantik je


aku dah berani pegang hp atas kuda.. wohooo, esok juga rasa nak register kelas kuda..


fluffy gile bulu kuda tu.. angin kuat gile.. walaupun cuaca panas, still boleh terima sebab angin sejuk je



kuda tak rela dah bawak aku hahahaha.. thanks kuda cantik.. aku ingat ni poney tapi orang kuda tu kata ni kuda.. umur 7 tahun ke 8 tah tak salah aku..


habis naik kuda, aku tengok geng aku ambil gambar dekat sini.. smart juga kan tempat dia.. aku join sekaki





seronok pulak tengok gambar ni.. happy bukan main lagi kitorang..




my precious air kelapa.. aku ni makanan apa yang tak precious kan..



asri dengan iza beli benda alah ni.. kereta dibuat dari tin kot.. aku barang hiasan out sikit, tak pandai nak appreciate.. aku perasan kalau aku berjalan, mesti aku akan beli benda yang aku boleh guna.. contoh selipar, makanan.. barang hiasan aku kurang.. ye la kan, lain orang lain preferences.. after all, thats make all of us different.. barulah hidup warna warni


acik ni kata ni telur rebus je, tapi aku tak faham apa benda yang macam terkeluar tu kan..




suasana area kedai jual makanan dekat pantai


Settle jalan dekat area kedai makan, kitorang menuju ke bas sebab nak babai shira.. time ni la duk borak lama dengan abang bas.. lupa lagi dah nama dia.. dia duk cakap dia boleh buat trip pergi hatyai or krabi untuk office.. aku tanya juga, tempat-tempat yang dia bawa kitorang tu ada dapat komisen ke.. dia kata ejenla kot dapat.. abang bas tu cerita juga, dekat Malaysia kalau pelancong China datang, diorang selalu bawa pergi kedai tilam.. tak faham dah aku haha.. dia kata diorang akan dapat komisen 1% daripada harga pelancong tu beli... biasa diorang kumpul la.. dah banyak baru claim

Akkirnya kitorang tak berjaya jumpa Shira, kami babai dari luar bas je.. takde rezeki, sebab tunggu dia dekat bas tak sampai-sampai.. so kitorang duduk dekat tempat lain.. tiba-tiba bas bergerak dah..


gambar kenangan dengan pasangan cikgu.. aku cakap tak wife dia pregnant.. ni kitorang tak balik sekali, bolehla dia duduk sekali dengan wife dia


lepas diorang dah gerak balik, kitorang try aiskrim pulak.. perut aku dah kembung dah dengan air kelapa.. tapi try jugala.. personal opinion, sedap lagi yang aku try dekat tempat kacang time first day.. yang ni special sikit sebab makan dengan isi kelapa..


lepas makan aiskrim, kitorang pusing balik dekat kawasan souvenir.. aku belikan adik kasut car crocs berlampu.. obses betul aku dengan benda berlampu.. since kitorang travel sendiri, asri pergi tanya dekat kaunter tourist macam mana nak pergi hatyai city balik.. kita kena naik tuk tuk dulu cakap nak pergi minivan Songkla.. dalam 5 minit naik tuk tuk sampailah dekat tempat minivan


babai Samila Beach.. till we meet again insyaAllah


tu telur kan dekat dashboard dia..



kawasan minivan



time kitorang sampai ni orang takde lagi..



boleh muat dalam 12 orang.. mula-mula kitorang duduk depan.. aku baca, untuk bayaran per pax ialah 34 baht.. nanti dia hulur bakul.. kalau ada baki pun kita kena amik sendiri.. sekali bila fikir, baik duduk belakang.. at least orang depan dah bayar, senangla kita nak ambil baki kan



setem dapat dekat 7E.. ambil gambar untuk kenang-kenangan


akhirnya korang tau, bakul tu pusing dari belakang dulu hahahaha.. salah percaturan.. nasib kitorang dah gabung-gabung duit, ngam-ngamla boleh bayar.. so, kalau takde duit pecah sila duduk depan.. minivan ni konsep dia macam bas.. ko boleh cakap nak turun dekat mana-mana.. kitorang ingat tempat kitorang duduk ialah last stop.. sekali tengah-tengah jalan, kitorang perasan 'eh, tu hotel kita' haha.. cepat-cepat jerit cakap nak turun

Penat dah taip, kita sambung cerita jalan-jalan di sebelah malam in the next entry

List of entry:

Healing Hat Yai: Recap

Healing Hat Yai: Arrival dan Kedai borong Kacang Ranu Kohyo

Healing Hat Yai: Big Bee Garden dan Nora Plaza

Healing Hat Yai: Klonghae Floating Market dan Asean Night Bazaar

Healing Hat Yai: Berjalan di sekitar hotel dan Chang Puak Camp

Healing Hat Yai: Samila Beach

Healing Hat Yai: Greenway Bazaar

Healing Hat Yai: Lee Garden

Healing Hat Yai: Go back Home~ Last Spring Shopping and Sneak Peak KTM Hatyai

Healing Hat Yai: Last Day~ Robinson - KTM - ETS

No comments: