Sep 6, 2018

Healing Hat Yai: Big Bee Garden dan Nora Plaza

Assalamualaikum..

Hajat hati aku ingat nak selang seli update entry hatyai dengan pakistan.. tapi boleh plak gambar aku save dekat pendrive hilang semua.. sabar je la.. aku tak tahu apa yang virus, laptop ke atau pendrive.. aku nak kena clear dropbox aku.. save dekat situ senang nak akses kan.. sebut hajat teringin plak nak dengar lagu hael.. best kan lagu tu..

Next destinasi diorang kata nak bawa ke Big Bee Garden untuk rasa air madu.. kalau ikut dalam itinerary yang dia bagi takde pun sebenarnya visit sini.. pada aku, tak perlu pergi pun takpe.. sama kes macam kedai kacang tadi, ini ialah lebih pada untuk ejen or driver bas dapat komisen sebab tak best pun dekat sini.. bukan landmark hatyai la pada aku.. ni pandangan peribadi aku.. we can agree to disagree

😎 Yup.. tempat ni tak terlintas langsung nak pegi kat Hatyai.. 
Dengan staf cakap Indon, tak serasa macam di bumi Thai..
Nampak lebah bukannya banyak pun, amik gambar lebah pun kena selak daun sehelai sehalai..


kawasan entrance



aku tak sure dia jual atau display je


gigih nak set tripod.. aku baru download balik gambar dari whatssap.. so aku update sikit gambar dekat entry.. siapa cakap tulis blog senang.. eh ada ke orang cakap.. hehehe, style aku kalau tulis ialah aku suka cerita beria.. macam aku cerita dekat kawan.. aku tak pandai nak letak gambar dan ayat sikit-sikit.. lebih pada kenangan untuk aku baca balik blog aku.. nampak, nak explain ni pun ayat dah panjang.. aku memang kuat bebel hehe


dekat sini je satu-satunya tempat aku guna tripod.. dekat floating boat aku bawa juga tapi sebab masa suntuk, tak guna pun.. 



aku tergerak awal rasanya ni.. ingatkan dah snap


sebenarnya aku tak nampak pun mana lebahnya.. diorang kata boleh bagi makan lebah dekat sini.. takde pun



hahaha dekat sana aku suka bising dekat asri.. apsal tah.. so memang banyak muka pelik-pelik aku tengah cakap dalam gambar..


😎 Adake rasa macam kat Thai.. 
tak.. macam belakang apartment biasa je.. aduhai..

kalau adik ada ni mesti dia exited dengan popoinana dia.. adik exited dua benda je setakat ni dalam hidup dia (selain makanan).. minion dengan car.. nak buat dia happy, beli 2 benda tu.. sengih manjang je dia nanti


time kitorang pusing-pusing dekat luar dengarla orang kedai panggil.. kitorang dapat taging nombor juga.. so dia panggil nombor tu untuk masuk dalam bilik dengar taklimat

😎 Lebah belum jumpa tapi dah di panggil dengar taklimat..
Taklimat apa.. pasal madu lebah rupanya tapi bukanlah ubat gamat..
Apapun terima kasihlah dapat rasa air madu free.. syukran.. nikmat nikmat..

diorang try air madu.. aku tak try, tanya orang sebelah je rasa apa.. kata diorang macam minum air gula


😎 Nidia bila explain memang cakap Melayu Indonesia..
Muka pun iras macam orang Malaysia
Banyak input macam dengar ceramah MLM, dapat ilmu tak sia-sia
Tapi kadang2 macam garang walau muka nmpk pun belum berusia..

terer akak ni explain.. slang indonesia sebab dia belajar dekat sana katanya


katanya mature honey ni dituai sekali ke 2x setahun..


akak ni explain mature honey ni tak putus kalau kita main angkat-angkat dengan sudu.. ada plak yang tanya boleh jilat tak hahaha.. sabar je la.. akak ni kata madu tak boleh ambil dengan sudu besi, hilang khasiatnya.. tiba-tiba aku jadi expert madu plak kan haha


😎 Air madu free untuk semua
Selamat minum .. lepas tu jangan lupa beli ya..
Yela .. dah bagi talk free.. air free.. apa lagi.. jangan la tak beli..


mature honey ni kalau dituang air sejuk dia akan bentuk shape sarang lebah tu..
😎 Part ni buat semua orang kagum,
tak penah nampak test macam ni kat Malaysia, nampak bentuk madu menguntum..
Habis semua orang sibuk nak cium..



elok untuk resdung katanya


aku minat juga scrub ni tapi harga dalam RM50.. sayang plak duit nak spend dekat sini


lepas akak ni explain, aku rasa ada dalam 20 minit kot.. kawan-kawan dia masuk ambil order.. kalau ikut hati aku, aku tak nak pun dengar benda-benda gini.. sedangkan time Vijay cerita sejarah India pun aku malas, inikan pula nak dengar cerita pasal produk kan.. tapi apa kan daya.. aku duduk ke dalam weh.. kalau duduk dekat pintu, mau aku buat-buat nak pergi toilet.. taktik biasa aku guna untuk lari kejap dari meeting kalau dah bosan.. hehe
😎 Part ni memang macam dah kena serangan MLM..
Habis je talk, terus laju staf diorang masuk ramai ramai, amik order diorang aim..
Produk takdelah murah, tapi macam kena paksa beli pulak, dahlah duit bath bukannya RM..
Mujor tak beli sebab nanti bukannya boleh claim..



antara produk dekat sini.. banana bread


aku beli gula-gula ni.. bila tengok content kan, sucrose dia 40% lebih.. sabar je la.. madu secoet je.. tak layak kot dipanggil honey lemon.. eh entah-entah semua gula-gula yang claim honey pun gitu kan


😎Teringin betul nak beli cuka madu ni
Nampak sedap tp berat la pulak botol dia ni
Takut tak larat nak angkat bag berat nanti 
So tak beli kot untuk harini.







😎Part big bee da habis dah... tapi takde pulak gambar group ramai2 kat sini.. mungkin sebab yana mengamuk kat diorang ni.

Sebab sebelum bergambar tetiba menjerit "Geng trip jalan-jalan, jom amik gambar.. cepat.. dah panas ni"

hahaha bertuah punya asrizam.. gambar kumpulan ialah dari group whatssap.. aku dah download hari tu tapi sebab data pendrive semua hilang, stress nak download balik.. bila dah bertenang baru aku download balik.. so, gambar kumpulan ialah seperti berikut, hehe:





apsal aku tak perasan kedai kopi ni.. dah naik bas baru nampak


tengok kerusi askar tu teringat ayah.. dah terbayang ayah aku letak dekat port reban ayam dia..


dekat sini banyak vespa.. cantik-cantik design semua.. geram je aku tengok.. nak naik tak pandai.. aku pernah cuba naik skuter ayah pun dah menggelabah.. aku siap jerit dekat ayah, macam mana nak reverse yah.. haha panik punya pasal



eh huawei! hai geng



next, kami pergi Nora Plaza.. Nora ni pada aku okla.. menarik juga barang dalam dia compare dengan the other 2 places yang kami pergi

😎Kat sini banyak barangan kulit,
Kulit buaya gajah ular ikan pari.. semuanya kulit
Tetiba rasa sebak pulak dengan binatang2 ni semua dilapah kulit
tak tergamak nak beli sebab diri sendiri pun sayangkan kulit..
Apa la diorang yang beli ni..  takde hati kulit..

cuba korang perati bas warna hijau tu


ada michelin u olls.. terus terbayang bas ni bertukar jadi transformer.. hehe


view depan
😎Nampak macam speaker.. 
Agaknya sekali dia hon habish semua jadi macam the seeker..








souvenir gini dekat tempat lain pun banyak.. harga aku tak compare plak sebab tak minat sangat




smart kan beg ni.. mahal juga, kalau tak mahal mau ada yang sambar ni hehehe






aku tengah carik tshirt ayah


tshirt sini banyak design ada gajah.. tak smart sangat pada aku.. kain dia best dah.. time aku pergi bangkok tak salah aku aku beli tshirt ginila untuk ayah


slime


harga kipas tu sama harga macam dekat singapore ke airport dubai tah.. dubai rasanya.. so pada aku agak pricey la


aku berkenan beg ni korang.. kain dia lembut je and corak dia aku suka gile.. aduhai, berbelah bahagi juga nak beli sebab baru hari first kan.. harga 270 ke 280 baht, tapi ada diskaun jadi 250 baht = RM30 jugalah..


dari rak terus ke kaunter bayar.. hehehe, can not tahan la.. plus shira kata dekat tempat lain takde jual beg sangat.. so argument untuk beli dah strong ni hehehe.. eh tapi memang betul.. dekat tempat lain aku tak jumpa beg design gini




melampau design topi dia korang.. adik zolah mesti geli tengok.. sedangkan bulu sikit pun dia geli.. inikan selonggok binatang atas kepala
😎Kalau tadi kejamnya diorang dok melapah kulit..
 yang ni lagi kejam sekor binatang dia lilit..

Stringray Leather.. aku dah pelik dah macam mana dia amik kulit ikan pari.. string ray ikan pari kan.. tebal ke kulitnya..









nampak, pergi mana-mana pun ingat masalah KIK


sengih-sengih aku dalam bas dapat beg ni.. mana-mana aku pergi kan mesti aku beli beg weh.. tapi beg kecik-kecik gini je la.. kak yati pun dah tau sangat dah hehe


settle Nora, kami pergi makan tengahari..sekali lagi ejen bawa pergi kedai macam pagi tadi.. oh ye, ejen tanya nak makan tengahari macam mana.. nak tak dia order terus menu sama so cepat sikit makan.. kitorang cakap nak ala carte je.. mungkin sebab tu dia bawa pergi sini.. kalau yang order sama tu entah-entah kedai mahal kan


sempoi je letak nasi dalam bekas gini.. nak angkut pun senang kan ada roda
😎 Sekali lagi makan macam dok asrama
makanan sikit, kalau lambat memang cuma dapat aroma
tak rasa food thai dah, tapi apakan daya perut dah mula berirama

cuaca terik tapi berangin.. aku amik lauk ikan lagi.. ni 70 baht tak salah aku.. aku amik air sirap.. dalam RM8.40.. macam harga Malaysia kan


😎punyalah ramai, bertembung pulak dengan group lain
nak cari jalan nak lalu pun susah bukan main 
maklumlah pegi time cuti umum ni, dahlah susah, harga pun tak main-main

aku tidur lena kot dalam bas siang tu sebab malam kan tak dapat tidur sangat.. so bangun tidur terus makan.. hehe
😎 Asimilasi tidur, makan dan lemak akan menghasilkan teori kegemukan
Tak percaya lihatlah πŸ‘†

suasana kedai.. tenang je kan jalan walaupun tengahari sabtu


ada orang jual buah.. 3 jenis buah 200 baht = RM24.. buah dokong banyak jual dekat sana.. kami share buah ni dengan 1 bas sebab banyak kan


tak tahu ni buah apa.. tapi rasa macam epal


Settle makan, kami check in





ada peti ais


😎 hah nampak bilik ni.. cantikan cantikkan..
Maklumlah dapat tukar bilik.. memanglah view mengasyikkan..

hotel kami duduk nama Sentral Hatyai Hotel.. okla pada aku tapi rupanya ramai orang dapat bilik tak best.. dengar bunyi air menitik.. 
😎 Yup.. dapat bilik air menitik.
Bila komplen.. kap.. kap.. nanti kami check.
Tapi sampai sudah..  takdenya diorang nak pi tilik..


depan hotel kami ada kedai runcit.. lepas letak barang kitorang turun nak cari simcard.. simcard sini kebanyakannya ialah data unlimited untuk 7 hari.. harga 200 baht = RM24.. eh tapi aku baca dekat mana tah, simcard brand AIS harga 125 baht kot.. aku tak jumpa plak yang tu.. kami decide beli 1 simcard and share internet.. kebetulan plak bilik asri dekat dengan kitorang.. so hp dia pun boleh connect.. cun la kan


ada kedai massage sederet dengan hotel aku




barang-barang dalam kedaia runcit.. aku tak try sangat pun air dekat kedai ni sebab aku aim susu pisang je


air mineral paling murah aku jumpa.. aku rasa ni 600 ke 700 ml tah sebab botolnye besar.. harga 5 baht = RM0.60

😎Tu handphone kat belakang tu.. tgh caj ke tu..
 Tapi apalah hotel ni plug point dia cumalah satu
Takdelah hotel murah, tapi kekadang nampak macam berhantu.
Hotel lama kan. so memanglah keadaannya macamtu..

List of entry:

Healing Hat Yai: Recap

Healing Hat Yai: Arrival dan Kedai borong Kacang Ranu Kohyo

Healing Hat Yai: Big Bee Garden dan Nora Plaza

Healing Hat Yai: Klonghae Floating Market dan Asean Night Bazaar

Healing Hat Yai: Berjalan di sekitar hotel dan Chang Puak Camp

Healing Hat Yai: Samila Beach

Healing Hat Yai: Greenway Bazaar

Healing Hat Yai: Lee Garden

Healing Hat Yai: Go back Home~ Last Spring Shopping and Sneak Peak KTM Hatyai

Healing Hat Yai: Last Day~ Robinson - KTM - ETS

1 comment:

Unknown said...

halal ke Tidak kcg2 dia Tu. minyk yg digunakan....aduhaiiiii