Friday, July 27, 2012

Dear Mai

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan..Malam ini ialah malam terakhir adik aku, Mai berada dekat rumah..Insyaallah esok petang dia akan ke India untuk sambung belajar..bercampur baur kot perasaan dia..happy sebab ada rezeki family aku yang sambung dekat luar negara..sedih sikit-sikit sebab akan berjauhan..Mai ialah yang bongsu kan, sedikit sebanyak bila dia takde sunyi jugak rumah nanti..lama kot dia cuti before fly..tak salah aku dari bulan 3 hari tu dia duk lepak rumah..Asal aku balik keje je mesti dia tengah tergolek tido..eh, tak-tak..ini hiperbola nak melambangkan aku selalu nampak dia dekat rumah

Bagi meraikan perjuangan Mai, kitorang keluar p makan-makan..simple-simple sudah, kang meriah-meriah sangat budak kecik tu touching plak, seolah-olah macam happy je dia nak pergi hehe
IMG_2595
Sempat jugak kitorang plan nak surprisekan Mai..tapi aku tak sure dia surprise ke tak sebab kitorang duk bincang-bincang nak beli kek pon depan dia..mungkin dia buat-buat surprise untuk nak ambil hati je..hehe

IMG_2596
Macam biasa aku yang over exited..exited nak tunjuk tulisan tu dekat Mai..1st time kot dalam family aku beli kek tempah2 ni..biasa beli siap aje..seronok kan kalo tengok orang exited..eh tapi Mai ni semua benda pon dia exited hehe

IMG_2597IMG_2598
Dengan aku-aku sekali muka exited dengan kek

IMG_2600IMG_2614
Red velvet cake dengan tulisan ‘Selamat berjuang Mai’..sedap, setengah habis dekat Pizza..dekat L’aperante UPM maveles jugak kek ni

IMG_2607
Yang diraikan..hehe, ada-ada aje idea dia..love tu dari deco-deco kek

IMG_2609IMG_2610IMG_2611IMG_2624
Time ni da tacing sket-sket da..mungkin sebab ini ialah 1st time family aku nak berjauhan dan mungkin sebab dia adik bongsu..eh macam da repeat je statement ni kat atas..eh tapi Mai da dewasa kot..dia da plan nak simpan duit untuk kitorang p India nanti time dia grad..suwiiitt kan..Mai, alang-alang nak simpan duit, simpankan sekali duit untuk Sari ak..ekekeke

IMG_2626
Kitorang try pizza yang baru ni, eh ke da lama ada tapi kami yang baru nak try ek..Alhamdulillah kenyang malam tu..

Kepada Mai,
IMG_2601
Selamat berjuang adikku..mungkin perjalanan ni di peringkat permulaan terasa payah sebab semua rasa baru dan asing..tapi ak yakin Mai ialah seorang survivor..Allah pilih Mai bukan kerana sia-sia..Yakin dengan pilihan Allah..agak-agak rindu kirimlah kabar berita pada kami di presint 18 ini..hehehe, kalo kami rindu nanti kami kirim kabar berita ke Kola sana tu..hehe, ohh, sayu..ngeri plak nak tunggu saat hantar Mai esok..I know u can do it Mai!agak-agak siapa yang meleleh dulu hehe

Semoga Allah mudahkan usaha Mai untuk jadi doktor yang baik untuk ummah semata-mata kerana Allah, Amin..u always in my heart as my sister..have a save journey adik!