Sep 9, 2014

Belajar dari orang-orang hebat di sekeliling

Assalamualaikum,

Banyak sebenarnya benda-benda , perkara-perkara atau orang-orang disekeliling kita yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita belajar dari mereka. Aku ialah admit aku selalu ada masalah dari segi managing duit. Minggu pertama gaji heaven gile belanja, minggu-minggu yang seterusnya dah kena duduk diam-diam.. Allah sangat baik dengan kita, semalam aku terbaca tentang macam mana Carl Samsudin bangunkan Bella Ammara. Terinspirasi, titik. Dan hari ni Allah temukan aku dengan orang-orang yang hebat manage duit. Terima kasih duhai kekasih hati. Alhamdulillah.

Pakar planning bercuti

Aku rasa semua orang sangat enjoy untuk pergi bercuti. Aku pun sama jugak, aku selalu berangan-angan (tanpa apa-apa planning untuk nak laksanakan) every year nak pergi bercuti dengan family/ sendiri. Kalau nak pergi dengan family of coz kena simpan duit lebih sikit sebab ramai kan, yang tu aku selalu duk sebut-sebut dengan adik aku ‘jom kumpul duit la nak g cuti’ dan ila akan jawab ‘jommmm’.. lepas tu conversation kitorang habis haha.. entah hape-hape..tadi time dalam meeting dengan kawan aku ni, aku tanya dia macam mana dia kumpul duit untuk nak g bercuti. Macam-mamcam tempat dia dah pergi, aku setakat boleh usha gambar-gambar dia, tu pun dah enjoy juga. Dia bagitau 1st sekali ialah kita beli tiket dulu, tapi of coz tak boleh beli tarikh yang dekat-dekat. Beli yang  tarikh masih jauh, then sebab kita dah ada komitmen tiket tersebut, of coz kita akan ikhtiarkan duit untuk cari tempat penginapan dan minimum amount untuk makan2 dan beli belah sikit-sikit. Aku ialah terus rasa kagum gile..aku punya konsep nak bercuti selama ni ialah ada duit dalam tangan baru plan dan pergi dalam masa terdekat..memang costly la kan..jadi, perkara yang akan belajar hari ini untuk aktiviti bercuti adalah plan first, set a target date dan dari situ boleh usahakan ongkosnya..

Pakar planning kos pelajaran anak-anak

Aku tengah tunggu nak jumpa bos aku petang tadi..duk borak-borak dengan sorang akak ni, duk borak-borak pasal bersara semua.. dan akak tu share yang dia masih ada komitmen anak belajar..aku tanyala, anak akak ambil pinjaman/ biasiswa apa-apa ke..dia jawab TAK, SEMUA ANAK DIA ADALAH TAK AMBIL PINJAMAN.. Subhanallah, serius aku meremang time tu.. akak tu bukanlah pegawai atasan yang tinggi gred dan gaji, tapi Alhamdulillah dia manage untuk tanggung belaja semua anak dia..aku tanyalah macam mana dia buat, dia bagitau dia start kumpul duit untuk anak dia dalam tabung haji dari diorang sekolah rendah lagi. Dia plan dengan husband dia each anak RM400 setiap bulan. Meremang aku time dengar, aku nak simpan 200 sebelum pun belum tentu kekal dalam bank lagi.. itu pun dia maklumkan kira dia start lambat, bukan dari anak kecil lagi..time dia cite tu aku duk asik bagusnya bagusnya.. pelan kewangan sangatla penting.. kadang-kadang kita nampak orang tu biasa-biasa je tapi bila dengar kisah hidup dia, Masyaalah hebat sangat. Siapalah kita nak selalu rasa bangga kita hebat, ramai lagi orang-orang disekeliling kita yang hebat-hebat dan rilleks je..Allah bagi kita peluang untuk belajar dari orang-orang disekaliling kita, Sebelum ni bila ayah aku pesan simpan duit na, aku sengih-sengih cakap insyaallah yah..tapi takat tu je la hehe

Aku belajar bahawa sangat penting pelan kewangan, bukan untuk nak jadi kaya semata-mata tapi untuk ketenangan hati. Tenang sebab bebas dari hutang dan dapat menikmati nikmat rezeki gaji yang Allah bagi..=D

Jul 17, 2014

Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam

Assalamualaikum..

 

Tadi aku terlintas nak buat entry ni jadi sticky post, lepas tu terfikir, eh aku bukan selalu update pun..dah confirm-confirm entry ni akan jadi sticky post dalam masa yang lama..hehe, doakan saudara-saudara kita di palestin..moga hari kemenangan akan tiba..

 

Aku nak share aktiviti yang aku join start dari bulan 3@ 4 tahun ni..ziarah ke kampung orang asli..dulu-dulu aku selalu skeptikal, macam takut je nak masuk kg diorang, sebab macam rasa tak boleh blend in dengan diorang, rasa diorang garang..tapi alhamdulillah time aku mula-mula join under MAIS semua persepsi tu hilang..mereka sebiji macam kita, jadi takde apa yang nak takutnya..alhamdulillah sejak 1st time join, team kami, dipanggil Team-DOA (Dakwah orang asli) masih lagi ziarah mereka..Kalau ketika bulan tak puasa dulu kami masuk 2 minggu sekali, tapi di bulan puasa alhamdulillah diberi kesempatan untuk masuk tiap-tiap minggu..

Photo 28-03-14 3 10 58 PTG

Gambar yang aku share ialah time aku join 1st time, lepas tu bila masuk 2nd time onwards dah malas nak amik gambar..hehe, biasanya setiap kali nak masuk, kita akan cari sponsor untuk beli makanan diorang.. oh ye, kami ada facebook..kalau nak join untuk ziarah sangat dialu-alukan tau..kadang-kadang kitorang collect duit dari member2 team DOA ni, kalau sorang beri  RM10 insyaallah cukup untuk tampung makan diorang..alhamdulillah ramai juga dermawan yang selalu menyumbang..moga Allah rahmati dan murahkan rezeki mereka..

 

Photo 28-03-14 5 07 56 PTG

Photo 29-03-14 7 12 35 PG

Photo 29-03-14 10 58 21 PG

Photo 29-03-14 12 31 18 PTG

gambar-gambar ketika program bersama MAIS..diorang sangatla suka join sukaneka..approach yang digunakan adalah lebih kepada untuk nak rapatkan jurang antara kita dan mereka..lepas dah kenal dan selesa insyaallah jalan untuk dakwah lebih mudah..dekat sini 60% adalah muslim, alhamdulillah..insyaallah kita sama-sama ikhtiar untuk tambah baik dari segi praktiknye..

 

Photo 30-03-14 10 02 24 PG

Anak ini namanya emel, tapi kawan-kawan panggilnye echem..kitorang semua suka nyakat dia..comel, tapi kuat nangis juga..hehehe manja sangat..antara budak fevret aku juga ni..

 

Antara aktiviti time bulan puasa ialah, aktiviti seni macam bulan sebelum puasa, tayangan video puasa (lebih pada kartun nyanyi2), berbuka, solat maghrib, isyak dan tarawih..juga moreh..meriah, ada juga orang dewasa dan remaja yang join..alhamdulillah, kata orang kampung itu ialah 1st time solat tarawih berjemaah dibuat dekat surau..alhamdulillah..

 

photo (4)

Aktivit mewarna guna water color..1st time, biasa sebelum ni gula color pensel..punyalah exited diorang..sebenarnya aku pun exited juga, haha geram je nak mengaler sekali..yang ini namanya suraya..dia antara budak yang siap awal kalau bagi apa-apa aktiviti..sorang lagi rosyam..

 

photo (5)

Ni lah rosyam..kreatif dia lain macam sikit, nampak tak dia dah habis color..habis diconteng benda-benda lain..seluar dia pun sekali dia bedal..kesayangan semua orang juga ni..

 

photo (6)

Johan, abang rosyam..alhamdulillah nama dioarang aku dah ingat sikit..yang perempuan banyak lagi yang aku asik kompius..asikla tanya nama..hehe

 

photo (7)

photo (11)

Echem manja..rileks je dia sidai anak kucing atas bahu dia dekat gambar yg 1st..

 

photo (8)

photo (9)

 

Yang dekat bawah ni pulak aktiviti buat kad raya..kadang-kadang aktiviti seni ni biasanya member opis aku, lin yang banyak tolong..setiap kali dia cadangkan aktiviti, aku ni haa yang exited terlebih..siap mimpi2 bagai..haha dah lama takde adik kecik gaknye..lepas ni siapla iman..tiap2 hari cik yong buat aktiviti seni hehe

photo (2)

photo (3)

 

Antara gambar-gambar yang aku amik dekat FB Team DOA untuk aktiviti bulan puasa:

 

Kalau ada sesiapa yang nak bagi sumbangan atau nak join ziarah sangatlah dialu-alukan..kalau ada apa-apa yang nak tanya, boleh emel aku: norliyana.upm@gmail.com.  FB: https://www.facebook.com/SukarelawanDOA.  Yang mana aku boleh bantu insyaallah aku cuba.. =D

Jun 2, 2014

Nurul Iman

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 19 hari aku officially jadi cik yong..adik aku, aki telah melahirkan..bencila nak create ayat ni.. aki dan diah dapat baby pada 14 Mei yang lepas..baby girl yang diberi nama nurul iman..barula aku faham perasaan exited seorang makcik bila dapat anak sedara..perati dan tenung anak sedara kita macma tengah tengok tv..every single movement baby tu, makcik-makciknye asik duk cakap comelnyee..mak sedara memang tak pernah adil antara anak saudara dan baby yang lain..aku assume parents pun macam tu juga..or maybe lebih lagi kan..

Photo 15-05-14 13 11 33
Nurul Iman nama diberi..aku datang melawat 15 Mei..diah bersalin malam 14hb, elok kitorang gerak balik malam tu elok je iman keluar..kecik-kecik da pandai bergurau iman ni

Photo 15-05-14 13 19 33
Ini adalah first time aku pegang baby..memang kalo aku melawat anak-anak kawan aku semua aku tak berani pegang..takut nak pegang baby sebab halus sangat..tpi sebab anak saudara sendiri aku cuba juga, dan alhamdulillah perasaan nebes tu dah hilang..yang tak hilang ialah kekekokan aku pegang haha..scary bila tengok gambar ni balik

Photo 15-05-14 13 20 39
Iman dengan tok umi..beza sungguh orang da expert pegang baby kan..

Photo 15-05-14 13 48 00
Photo 15-05-14 13 48 03
Ni versi pegang yang dah improve sikit..ain ajar, tampung leher dia betul2..baby kan lembut lagi..sekarang aku dah berani pegang lama-lama..oh ye, iman dekat rumah aku sekarang..diah ada sesi berurut..semalam aku berjaya tidurkan iman..rasa nak tepuk bahu sendiri 1000x..haha, tapi kejap je iman lena..bangun nak menyusu balik..bila aku menggelabah nak tidurkan iman balik, aku siap tersasul bahasakan diri kak yana..haha, biasa kan main sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu..cik yong perasan muda..

Photo 21-05-14 18 03 08
Photo 22-05-14 22 48 11
Photo 24-05-14 16 43 52
Iman selepas beberapa hari..cik yong sayang gile dekat awak iman..semoga iman membesar jadi hamba Allah yang baik, anak yang solehah, anak sedara yang comel..kat mana nak beli baju raya budak? habisla, mood shoppng cik yong dah mula balik..hehe love u iman!

May 28, 2014

Small gathering for baby adam

Assalamualaikum..

 

Tiba-tiba terasa nak cabar diri, 15min waktu break tengahari untuk 1 entry blog..bolehkah? takpe, kita cuba..risau aku dengan diri sendiri yang tak konsisten, tapi bila fikir balik sayang kot kalau kenangan peristiwa-peristiwa bermakna dalam hidup takde ditulis dekat mana-mana..ok, 1st story..Ahad lepas kami a.k.a geng utm berkumpul di rumah zaf, nak tengok baby adam..time pergi tu adam da 19 hari dah..maafkan kami, Adam..Acik-acik ingat awak pantang dekat johor. Kebetulan juga suami waheda dan anis tak join sama sebab ada hal..maka kitorang lepak dengan sangat lama, pukul 11 sampai 2 lebih..jenuh aku menguap ngantuk..baby adam memang tido je, lagila cik yana ngantuk tengok awak tido adam..

 

Photo 25-05-14 11 38 35

Aku ialah gerak dengan anis, baru kutahu puncak jalil dekat dengan equin, aku beria lalu mex..hehe, dekat sangatla kalau lalu equin..ni lah akibat tau jalan pergi keje and balik rumah je..takpe, learning proses..tapi aku still tak tahan kalau kena g kl..hoihhh, kl masih jauh dihati aku untuk jadi tempat jalan-jalan.

 

Photo 25-05-14 11 53 09

Photo 25-05-14 11 53 20

Selfie dengan aqil dan alya..aqil sangat suka selfie..mummy dia kata penuh hpnye dengan selfie..hehe, hp aku pun penuh dengan selfir aqil, tak delete lagi..biar dulu, kenangan aqil main hp aku

 

Photo 25-05-14 12 09 51

Antara selfie aqil

 

Photo 25-05-14 18 13 42

Orang yang diraikan, Muhammad Adam..mamamnye neves kalo adam nak bangun, haha..aku rasakan kawan-kawan aku yang da jadi mak orang ialah masih sama je macam time diorang blaja utm dulu, gaya cakap sama macam dia cakap ngan kawan-kawan..faham x maksud aku? takdela terus berubah jadi matured or serius bila dah jadi mak-mak..masih seperti dulu..hehe

 

Photo 25-05-14 18 13 46

Aisy je yang takde..plan asalnya nak pergi tengok anak ain juga, tapi anak ain warded time tu..insyaallah next time acik-acik pergi malawat kamu ye aisya..aisy ialah sulung, aisya ialah adiknye..

 

Photo 25-05-14 18 13 59

Terima kasih zaf dan fifi terima kami jadi tetamu..Adam, jadi hamba Allah yang baik dan anak yang soleh tau..semoga membesar dengan sihat..We love u baby Adam!

Feb 10, 2014

Babai adik

Assalamualaikum..

Kejap je rasa 2 minggu da berlalu..adik aku da balik ke tempat dia blaja..gaduh, gaduh jugak..bila dia takde rindu tetap ada..moga dimudahkan urusan blajanya..amin

Nasi lemak fevret dia..1st food pembuka di Malaysia 

Jan 7, 2014

Sabar

Assalamualaikum..

 

Kadang-kadang dalam kehidupan tiba-tiba kita rasa nak marah sangat kat orang sekeliling..aku pun faham, kita kadang-kadang tak perasan ada kata-kata kita yang buat orang lain terasa..aku dah la kaki nangis, jadinya tercungap-cungap jugakla nak tahan sedih bila terasa..apa yg perlu kita buat bila dalam keadaan macam tu..

 

Aku ada baca kat solusi, ada share doa untuk kita sabar bila rasa nak marah..doanya ialah:

Sumber

Alhamdulillah, setakat ni bertahan jugakla air mata.. Open-mouthed smile doa ni juga ada dalam koleksi doa-doa untuk orang pergi haji..haji kan sangat banyak cabaran dan dugaan.. lagila perlukan kesabaran yang tinggi..ok, tu je nak share