Jun 2, 2014

Nurul Iman

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 19 hari aku officially jadi cik yong..adik aku, aki telah melahirkan..bencila nak create ayat ni.. aki dan diah dapat baby pada 14 Mei yang lepas..baby girl yang diberi nama nurul iman..barula aku faham perasaan exited seorang makcik bila dapat anak sedara..perati dan tenung anak sedara kita macma tengah tengok tv..every single movement baby tu, makcik-makciknye asik duk cakap comelnyee..mak sedara memang tak pernah adil antara anak saudara dan baby yang lain..aku assume parents pun macam tu juga..or maybe lebih lagi kan..

Photo 15-05-14 13 11 33
Nurul Iman nama diberi..aku datang melawat 15 Mei..diah bersalin malam 14hb, elok kitorang gerak balik malam tu elok je iman keluar..kecik-kecik da pandai bergurau iman ni

Photo 15-05-14 13 19 33
Ini adalah first time aku pegang baby..memang kalo aku melawat anak-anak kawan aku semua aku tak berani pegang..takut nak pegang baby sebab halus sangat..tpi sebab anak saudara sendiri aku cuba juga, dan alhamdulillah perasaan nebes tu dah hilang..yang tak hilang ialah kekekokan aku pegang haha..scary bila tengok gambar ni balik

Photo 15-05-14 13 20 39
Iman dengan tok umi..beza sungguh orang da expert pegang baby kan..

Photo 15-05-14 13 48 00
Photo 15-05-14 13 48 03
Ni versi pegang yang dah improve sikit..ain ajar, tampung leher dia betul2..baby kan lembut lagi..sekarang aku dah berani pegang lama-lama..oh ye, iman dekat rumah aku sekarang..diah ada sesi berurut..semalam aku berjaya tidurkan iman..rasa nak tepuk bahu sendiri 1000x..haha, tapi kejap je iman lena..bangun nak menyusu balik..bila aku menggelabah nak tidurkan iman balik, aku siap tersasul bahasakan diri kak yana..haha, biasa kan main sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu..cik yong perasan muda..

Photo 21-05-14 18 03 08
Photo 22-05-14 22 48 11
Photo 24-05-14 16 43 52
Iman selepas beberapa hari..cik yong sayang gile dekat awak iman..semoga iman membesar jadi hamba Allah yang baik, anak yang solehah, anak sedara yang comel..kat mana nak beli baju raya budak? habisla, mood shoppng cik yong dah mula balik..hehe love u iman!

No comments: