Wednesday, October 5, 2011

Ukiran Inai di tangan..boleh atau tidak?

Assalamualaikum..
 
Terbaca ini dari Fb adik aku..sumber asal artikel adalah dari sini..
 
Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..
170819_1637872031578_1380080408_31601491_7268970_o[1]
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

-----------------

Bila aku baca artikel ni,aku macam eh yeke..serius memang tak pernah dengar sebelum ni..agak kaget jugak sebab aku baru je pakai inai macam tu di kenduri Ain..eh, Cik Ain kalau kamu baca aku takde niat nak salahkan kamu ke apa tau..sekadar mencari kepastian bila ada persoalan diminda..macam timbul ragu sedikit sebab kalau ikut pemahaman aku yang cetek ini yang tidak boleh adalah  membuat ‘gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan’..aku try google dan terjumpa link ini..


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

-----------------
Kalau ada sesiapa yang boleh bantu mohon share ye artikel disini..Open-mouthed smile sharing is caring..

PS: Seboleh-bolehnye cuba nak elak jika ada keraguan untuk buat..

Yana Sayang Kamu!

8 comments:

MrS. F!zA said...

aah lah tk pnh terfikir pon hukum pakai inai..

Qhaifa Nur said...

orang muda cantik lah pakai..
kalau saya , segannya nak pakai..

dah follow jom follow back

nairaariaa said...

dengar jugak ukir inai cam tak boleh...he

Yana Kama said...

Kak Fiza:tu la kak,makin banyak kita tahu,rupa2nya makin banyak kita tak tahu

Yana Kama said...

Kak Qhaifa:hehe,pakai sekali je ritu sebab kenduri kak

Yana Kama said...

Nairaariaa:tu la..sebab tak sure tu yang try search jugak tu :D

zOeY zAu YaH said...

ada yg kata takpe kalau ukir tumbuhan cam bunga.ada yg kata takleh.kdg2 konpius kan.tp saya suke pakai inai hehe..

* FAR * said...

akak selalu buatkan inai corak-corak kat tgn adik-adik..
alamak dosa ke?