Oct 19, 2020

Japan Solo Exploration: Day 5- From Kyoto to KIX: Sayonara

 Assalamualaikum..

Haihh... entry second last uols.. entry budget will be the last one insyaAllah.. in denial juga nak habiskan entry japan ni.. aku try recap balik.. tak salah aku flight aku pukul 10 malam.. by 3pm, aku dah bergerak nak menuju ke airport.. lepas babai owner yang baik hati, aku gerak.. owner inn tu kagum dengan barang aku yang banyak.. jangan kata dia, aku masih kagum lagi bila fikir balik gigihla aku bawa semua tu.. owner ada bagi aku biskut kapal perisa sakura.. they are super sweet, and the flavour also too sweet for me.. untuk ke airport, aku naik train yang betul-betul sebelah inn aku.. masih lagi snow.. cuba merakam apa yang boleh dengan mata, cuba menyimpan apa yang mampu dengan hati..







alhamdulillah nak balik ke osaka ni aku lebih tenang berbanding time pergi.. mungkin hari siang, plus aku dah pack elok sikit.. osaka tu kan ada beg kucing besar tu..struggle tetap ada, tapi cool.. aku banyak kali je berhenti.. to maintain my coolness..


aku turun di Kyoto station.. besar betul.. aku memang aim nak naik bas untuk ke airport.. sini orang agak ramai.. mungkin sebab hari ni hari ahad juga


kena melintas untuk ke tempat bas aiport..


macam biasa, aku berpusing-pusing cari mana tempat bas.. eh aku cite dah ke perjalanan balik aku.. ok, dah semak entry lepas.. aku belum cerita lagi.. tak salah aku malam last aku di Kyoto, aku plan route nak balik.. ada few option.. aku still ada lagi Kansai Pass.. initially aku plan nak guna Kansai Pass untuk naik bas airport.. sekali bas airport tak termasuk dalam pakej.. tiket bas ialah 2,600 yen = RM97++.. banyak tu pada aku sebab Kansai Pass dah RM170, untuk 2 hari.. setelah timbang tara, aku pilih naik bas airport juga atas faktor aku malas nak transfer train banyak kali.. trauma hari tu masih belum habis hehe.. so, pada pandangan aku, tak amik Kansai pass pun takpe kalau pace travel kita slow and steady.. aku cuba juga nak fast and steady, kudrat tak mampu.. mungkin kena workout dulu sebelum travel.. lol, even aku tak percaya diri aku sendiri nak workout..

Kalau dah nampak sign ni, kira anda di jalan yang betul.. beli tiket bas dengan mesin.. alhamdulillah aku tak tunggu lama sangat.. sempatla aim timing bas yang aku nak naik.. paling teruk aku kena sampai aiport ialah pukul 8 malam.. aku tak ingat kekerapan bas.. jap aku cari..


link.. kalau dari Kyoto station agak banyak.. lebih kurang sejam sekali..



lega betul nampak bas.. guess what apa yang aku tak sabar.. T.I.D.U.R.. penat weh..


strawberi omak den.. eh salah, nak tunjuk tiket sebenarnya hehe..


aku duduk depan.. rindunye jepun.. 


bas ada berhenti few places.. aku tak ingat dekat mana.. tapi dalam bas memang tak ramai orang.. less than 10




ni jalan highway berpusing-pusing..panjang jalannya.. antara impian aku di jepun ialah nak drive.. sebab banyak tempat cantik-cantik di jepun yang jauh.. aku plak fail bab naik bas.. maybe kena pergi dengan geng.. baru berbaloi bawa kereta..


dah nampak rumah city style.. dah selamat keluar dari Kyoto aku kira..


aku sampai lebih kurang pukul 7.. bas ambil masa dalam 1 jam setengah.. berbaloi la aku rasa naik bas.. selesa.. kita dah last day biasanya semangat adventure dah kurang.. or mungkin aku je gitu.. orang lain mungkin full pledge energy depa kan..



aku balut 2 beg tak salah.. aku ada beli beg spiderman yang besaq dekat USJ.. so aku kumpul barang yang handcarry masuk dalam tu.. yang dalam beg pack pun aku kurangkan mana yang boleh.. lepas dah drop beg memang lega habisla aku.. sempat aku charge hp.. power bank aku dah selamat habis.. cukupla caj untuk call dekat Malaysia nanti..


antara area aku explore untuk cari souvenir lagi.. sini banyak keychain cantik-cantik.. aku beli untuk geng gegirl.. aku kan tak pergi kedai area ferris wheel tu.. situ mungkin banyak souvenir cantik.. aku beli beg kitty juga dekat sini.. cantik-cantik souvenir.. aku ada masuk farmasi juga.. usha buat kali terakhir.. 




ni pun aku gile tengok hehe.. comel betul mainan dia..



beli untuk kakak, abang dengan ain.. ahmad takde lagi time ni


aim lain dekat airport ialah aku nak try kedai ni.. banyak review cakap sedap.. satu-satunya kedai jepun aku makan time dekat sana.. kedai proper la.. convenience store punya food tak kira..



dalam bahasa pun ada.. #proudmalaysian



aku tamak.. sekali dapat tempura yang sama dengan set.. fish cake tu pun sama.. jenuh perabih..


total.. lebih kurang RM50 lebih kot aku rasa.. aku plan lepas makan nak usha lagi kedai-kedai.. tapi masa dah tak banyak.. so mohla kita check in..



welcome home Yana.. sama besar beg spiderman aku dengan beg tarik tu hehehe.. backpack dah kempis.. banyak sumbat dalam spiderman.. haihh.. aku sampai malaysia lebih kurang pukul 4 5 pagi.. minta adik aku ambil.. umi aku pun ikut.. aku serik naik cab, lagi mahal dari balik putrajaya.. balik tu borak-borak dengan adik aku, unpack.. seronok bila ingat balik moment.. 

Aku cuba list kan apa yang memorable untuk aku:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~aku lost 2kg uols.. haha itu yang come in my mind first... sikitla aku rasa kalau compare dengan total jalan dan total makan aku..2kg tu 2 hari aku dekat Malaysia naik balik dah..

~pengalaman angkut beg berat-berat naik public transport.. will i change it? tak rasanya.. aku enjoy tukar-tukar baju sebab aku suka tengok gambar lain-lain.. bila sejuk, outerwear tu yang mainkan peranan..so situ je barang aku dah banyak.. faktor kedua beg aku banyak ialah aku suka membeli.. untuk diri sendiri dan orang lain.. membeli ikut yang aku mampu la.. so, to the next journey with lots of bag.. hehehe #takpernahserik

~me time.. lain feeling pergi sorang dengan berteman.. follow our own pace.. part tak best ialah bila rasa lamanya tak cakap dengan orang.. mungkin sebab tu aku banyak ambil video, gian nak bercakap hehe.. part lain, most of the time i'm enjoying it.. aku sukaaa berhenti ambil gambar.. setting tripod is one of my in things.. kalau ada buddy ambilkan best, tapi ada certain angle aku suka yang guna tripod.. aku boleh adjust ikut frame yang aku nak.. selain dari itu, aku tak kesah sangat part makan.. so aku makan ikut dan je.. aku kurang sikit kalau trip food hunting.. i am more to scenary hunting aka bergambar.. aku suka impromptu plan.. ni geng toba aku pun gitu.. ada tempat yang aku study awal, ada tempat yang aku redah time dekat sana.. contoh, ronda basikal dan berhenti minum starbucks sejuk time cuaca sejuk.. simple moment yet meaningful to me..

~first snowfall.. alhamdulillah dapat merasa di 2 tempat.. terus terbayang anak buah aku mesti exited ni.. kakak exited sebab frozen.. abang exited by being himself.. hehehe.. doakan aku boleh bawa diorang main snow, amin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thats all kot.. dulu-dulu aku selalu takut nak explore jepun sendiri.. aku mana faham nak baca map dia.. first aku ke tokyo dulu pakai ejen.. tapi sebenarnya boleh je korang.. kalau aku yang baca waze pun sesat boleh, korang pun boleh.. bak kata tok jack, sesat dengan pengalaman sendiri tu yang berharga.. gigih aku cari balik buku dia.. "plan sendiri, bajet sendiri, barulah kesilapan dipanggil kenangan".. super true.. tok jack dah keluar buku baru dah.. nanti bole beli.. 

To Allah tempat aku lafazkan syukur.. Alhamdulillah.. moga diberi kesempatan lagi explore his world before we explore afterlife world in heaven.. amin..

No comments: