Disebabkan baru dapat gambar dari white water rafting aritu, maka semangat membuak-buak nak update ni.. kisah rafting ni panjang.. aku plan cuti malaysia aritu 16-18hb september aku nak ke Penang.. dah ada la geng 4 orang.. geng toba aku, asri je tak dapat sebab dia dah pergi penang.. galak asri jalan dengan family.. untuk aku, ni first planning berjalan lepas jepun.. dalam awal bulan 9 kalau korang ingat, kes di kedah mencanak naik.. ada team aku yang berat nak ke belah utara.. aku dah plan nak pergi Bao Sheng Durian Farm.. tengok dekat FB BBM.. cantik viewnya.. semalam RM180.. mula-mula kami nak proceed bertiga, tapi kos jadi tinggi.. so fikir punya fikir, kita pergi yang dekatla.. sebab fikir nanti kalau balik, budak opis aku dah suh kuarantin.. aku faham je kebimbangan depa..
so mula-mula aku aim ATV dekat seremban, tapi ada kekangan lain.. so aku tanya diorang nak try tak water rafting, ina on.. ina la yang tolong survey.. dia kata yang paling adventure ialah di Gopeng.. so kami on, book terus dalam 2 hari sebelum nak pergi.. aku pun terus cari hotel juga.. boleh dikatakan last minit plan la.. then borak-borak dengan iza, iza kata dia boleh join kalau bukan penang.. jadi kami berempat ke Gopeng.. kami plan trip 2 hari semalam je.. cuti melaysia tu aku stay rumah, esoknya baru gerak.. memang berbaloi la ambil cuti 2 hari sebab orang memang takde.. nanti aku share apa yang lagi berbaloi..
Kami gerak dalam pukul 10 pagi, dekat pukul 1 kami sampai hotel.. part penginapan ni pun aku silap.. di web pakej ada la list hotel.. aku pilih 3 star ke atas, so homestay atau pakej pakej yang camping semua tak keluar la.. kami duduk di hotel kampar.. jadila merasa juga sampai sana.. bukan rezeki nak duduk chalet.. cantik-cantik chalet situ.. ada yang camper van lagi.. korang boleh explore..
kalau ikut pelan, kami book pukul 2.. ada 2 slot, 9 pagi atau 2 petang.. kami malas rushing nak gerak awal pagi, amik sesi petang.. kami sampai dalam 2.15 gitu rasanya.. lepas isi form insurans, dia tanya kami rushing tak.. kalau tak boleh join group remy ishak.. aku tanya, 'betul-betul remy ke atau remy tiruan' hehe.. dia kata betul remy weh.. whoaaaaa, menarik sangat ni.. kebetulan ina minat betul dengan dia.. rezeki peminat ni.. ni la sebab makin berbaloi..
ini tak sengaja.. elok semua bawa baju LP.. pakai la sekali.. hehe sebab baju LP macam jersey.. senang nak kering
dalam 3 lebih tak salah aku baru diorang minta berkumpul.. lama jugala tunggu, tapi tunggu depan sungai.. apa ada hal kan
tangga betul ni..
dah pakai ni aku dah start dup dap dup dap dah.. seram sejuk juga la sebab first time.. tapi bergambar tetap wajib..
dah macam gaya kacau dodol pulak
time ni tetiba angin kuat gile weh.. seram juga.. kata orang tu, kalau hujan lagi smooth perjalanan.. ina dah tanya dulu before pergi.. risau sebab petang hujan kan sekarang.. alhamdulillah time kami ni tak hujan.. cuaca mendung je
kami diangkut naik lori.. mula-mula ingat lori berdiri, ada kerusi.. okla kan.. time ni kitorang nampak dah remy..
full house dah.. kalau terer, cari mana remy hehehe..
dalam 20 minit kami sampai dah dekat tempat permulaan.. kalau ikut kent, kami punya guide, perjalanan kami ialah 7km.. kata kent, kalau pakej lain ada yang 5km sebab dia stop awal.. chalet pakej kami ni agak ke hujung.. dapatla merasa jauh.. kalau tanya aku, tak terasa pun weh 7km tu..
gaya kacau dodol lagi..
exited tengok air cantik je..
team tengah bersedia.. kami bot yang gerak dulu
kent tengah bagi taklimat.. asalnya aku plan nak pakai hp case kalis air.. tapi kent cadangkan aku tak pakai sebab takut jatuh.. so kalau confident, pakai je la.. aku fikir sham dah ada record, jadila.. jangan risau, pakej ni sekali dengan gambar.. untung tak untung kan..kayak yang single tu ialah safety punya orang.. apa dah ayat aku.. so confident tu ada la..
ada nampak macam muka confident tak.. hahaha.. gile weh water confident dia.. aku hanyut jugala sebab dia lepaskan kita dekat tempat arus.. laju weh.. sedar sedar dah ke hujung.. aku di tarik dengan tali jugala.. en, saya tak berat.. air yang berat haha water confident ni dia buat lepas kita naik bot.. berhenti di satu tempat..
gambar-gambar bawah ni semua dari photog depa.. syokkkannn.. at the end of entry nanti aku share link pakej.. so, enjoy gambar-gambar.. untuk tatapan aku kelak..
hahaha nampak muka cuak
muka fikir masa depan haha
bot ni extreme weh tukang guide dia.. kent sopanla dengan kitorang.. perghh
sampai tinggal kayu je haha
ada pokok baru patah sebab angin kuat.. kami kena trekking lalu jalan atas
ni muka berlakon ni..
kent selalu bagitau bila ada kamera.. so korang bersedia je.. kiri kanan ada..
ni dari belah iza pulak
ni muka real weh.. hahahaha terkujat masing-masing.. kalau korang perasan, sham pandai imbang.. agak-agak orang tu nak jatuhkan belah kiri, sham beratkan ke belah kanan.. haha.. sudahnya kami tak jatuh sampai sudah..
kami berhenti rehat kejap.. depa bagi kek yang plastik tu dan air..
taraa... dapat gambar dengan remy.. nasib ada hero kami sham.. diala p cakap nak amik gambar sama.. baikla remy tak sombong.. boleh borak bagai..
kami sambung balik rafting.. korang perati muka sham..
hebattttt betul kan.. haha dia kata dia plan.. aku cakap next time ajak buat muka serius sama-sama.. hehehe.. entah-entah tak berjaya sebab hati tak kental mana..
group depa banyak shot cantik..
yang ni pun nampak best.. tubing tak salah aku.. korang perati ek tahap tenggelam dia
hambik.. haha.. nampak fun la.
end of trip.. happy gile.. tak sedar 3 jam lebih.. pada aku, aktiviti dia tak too extreme.. seronok gile juga.. kalau ada peluang, ada la rasa nak ulang.. nak p camping pulak.. ok ni harganya.. 3 pax ke bawah = RM160/pax, 4 orang ke atas boleh dapat RM 145/pax.. booking RM50.. kalau kita bayar online boleh murah lagi.. pakej dia banyak boleh kautim.. kalau kita amik pakej aktiviti lain, boleh murah la.. aku geram dengan waterfall abseiling..
price.. ingat, kautim jangan tak kawtim.. Ni link website, ni link FB..
full video kami
yang ni dah cut sikit kalau malas nak tengok yang panjang.. we had a looottt of fun.. thank you Allah
No comments:
Post a Comment