Oct 3, 2018

I'm in love Islamabad: Day 5~ Check out and Dubai, here we come!

Assalamualaikum..

Hari terakhir kami di Islamabad, kami antara geng yang gerak awal untuk ke airport.. kitorang gerak sekali dengan Dr Radhwan dari Palestin..



mana tah aku simpan botol air tu.. time nak cari mesti tak jumpa kan.. like always



babai periodic table.. till we meet again




suara pun serak lagi



suasana airport.. time dekat sini, kitorang nampak ada kereta kena angkat.. like literally angkat weh.. aku tak sempat plak nak ambil gambar or video.. kata orang pakistan, sebab dia parking merata.. dahsyat, tak main dah takat clamp macam kita


kak yati tukar duit rupee ke euro.. kayo akak ni.. aku je yang pergi mana-mana duit mesti habis.. eh dekat dubai aku berjaya la tak habiskan.. tepuk bahu, syabas beti


macam biasa, kami cari tempat balut beg.. 200 rupee


yeah, i know..


Di ruangan menunggu.. keadaannya, time kami dekat imegresen, Dr Radhwan tak boleh masuk sebab dia tak lapor diri dekat balai polis.. aku baru tahu, di pakistan untuk warga Palestin, bila sampai mereka kena lapor diri di balai polis.. dan time nak balik pun kena.. masalahnya, time kami masuk airport dah ada orang check pasport apa semua.. tapi takde pulak dia bagitau kena lapor diri lagi sekali.. aku dah cuak, kesian kot Dr Radhwan.. orang yang hantar kitorang dah balik kot.. Dr Radhwan pinjam telefon orang tu dan call sekretariat.. dia suruh kitorang masuk dulu.. 



kitorang asik terpaling-paling nak tengok kalau Dr Radhwan dah ada.. dia naik fligt sama dengan kami, transit Dubai then to Palestin




video gegar sikit


comel-comel budak dekat sini


ni kawasan macam lounge gitu.. berbayar la kan yang pastinya


All praise to Allah.. alhamdulillah berjaya Dr Radhwan masuk.. dia kata memang dah biasa macam tu.. should not be like that kan.. kan sama-sama negara Muslim.. justice to our brother and sister in Palestin.. korang nampak tak besar mana je beg Dr Radhwan.. jeles aku orang yang pandai travel lite ni.. dia kata dia dah biasa travel.. tu bawa barang sempoi je.. dia lelaki kan, senang sikit kot.. eh tapi bos aku pun beg kecik je kalau travel.. bos aku takde blog.. so tak bawa banyak baju hahaha melampau betul justifikasinya.. 





flight kami.. rindu nak naik emirates lagi.. #roadtoturkey.. oh ye, kalau korang nak pergi dubai, better pergi as dubai ialah transit destination.. contoh, pergi turki transit dubai.. ada transit yang sampai 2 hari kot.. so save cost dekat situ.. dulu-dulu kalau transit dapat free food.. sekarang tak dok dah..


dalam transit bas.. Dr Radhwan duduk agak jauh dengan kami.. bila sampai di Dubai pun dia rushing sebab transit dia kejap je.. till we meet again Dr.. hari tu dia datang Malaysia, kata nak singgah office aku tapi tak jadi agaknya..







penuh makanan dia kan


Mai Dubai? biaq betul.. air mineral depa


oh oh.. ni area bisnes class uolls.. agaknya bila naik bisnes baru tak rasa stuck kan.. aku selalu ada perasaan lemas kalau naik flight lama-lama.. maybe sebab ruangan sempit kan.. boleh bayang tak macam mana perasaan aku time dekat India yang naik flight macam naik bas dia punya kerap tu



sampai di airport dubai, kami tunggu zuhur dulu baru rasa lega nak berjalan





sangat spacious surau dia


zuhur 12.35pm


amik juga gambar walaupun kalendar lama



untuk plan Dubai, banyak aku dengan kak yati bincang.. mulanya kitorang plan macam nak naik train hujung ke hujung sebab aku baca kalau naik tren ni, kita akan lalu kawasan padang pasir semua.. tapi tak jadi sebab time consuming.. kitorang ada masa transit ni tak salah aku 9 jam.. so tolak-tolak masa perjalanan check imegresen semua, kami ada 5 jam la lebih kurang masa untuk berjalan.. so kami decide, yang paling penting nak tengok Burj Khalifa.. aku cakap dekat kak yati aku nak tengok spice market dia.. oh ye, hari kami di Dubai ialah hari Jumaat.. tak banyak sangat kedai buka ye time hari Jumaat.. so plan your transit day properly..




airport kosong weh.. syok gile.. remember, kan kami berhenti solat.. tu yang takde orang sangat




eh Salman..




aku minta kak yati rekod aku lari.. sekali aku dah siap lari baru kak yati tekan rekod.. hahaha, habis suara jantan keluar



transit train sampai



gambar-gambar seni ni pass dekat kak yati.. transit train pun kosong.. berdrama hindustan kitorang dalam tu.. biasa orang kaya ada private plane kami, kami siap ada private airport #lebihkaya #AllahMahaKaya






ya akhi..


dekat imegresen dia barulah kami jumpa orang.. line panjang tapi cepat juga settle.. pekerja depa semua pakai baju style akhi tadi.. kira macam baju rasmi diorang la kan


dapat jugala line internet dekat sini.. sempat hantar kabo pada family..


dah feel dekat Arab kan





kitorang bawa duit usd dan tukar duit dirham dekat sini.. eh dirham kan arab.. lupa dah aku..



kami ikut signage metro




untuk nak ke metro.. kita kena naik eskalator ni.. so far aku rasa mudah nak cari train.. follow je signage








sneak peak bandar dubai




besar weh tempat tunggu train dia


airport terminal dia ada banyak tak salah aku kak yati kata.. so remember clearly which terminal fligt kita





#modetouristOn

Ok, cerita full Dubai di next entry..

No comments: