Sunday, October 14, 2018

Dreaming Trip to Korea: Day 1~ Coex Plaza dan SM Town Shop

Assalamualaikum..

Aku tak tahu kenapa, hati aku serius rasa terbuai-buai bila ingat korea.. bila tengok cerita runningman, mesti terbayang eh aku dah sampai sana rupanya.. bila diorang sebut harga, terus otak kira dalam RM sama dengan berapa.. tengok duit diorang.. OMG, angau weh.. dahsyat betul penangannya.. i am definitely sure insyaAllah aku akan sampai sana lagi.. serius weh.. 

Aku bagitau Sarah, intern office aku seminggu sebelum aku nak gerak.. aku DM dekat IG, "Sarah, im coming to Korea next week, like next Thursday".. Sarah ingat aku typo mula-mula.. then, bila things get real, exited la dua-dua.. Sarah sekarang kerja dekat US, kebetulan dia balik cuti.. memang cantik betul aturan Allah.. aku kadang-kadang masih kagum macam mana aku still in touch dengan dia.. serius aku rasa dia dah macam adik sendiri.. kitorang dah janji nak pergi to each other wedding kot.. hehehe.. tapi Sarah kata wedding dia maybe dekat US.. amboi kak cik tu.. hehehehe

๐Ÿ˜‰ wah.. dasat.. da jadi kakak korea dah.. Target baru gi US

Sarah roger aku kata dia sampai maybe awal sebab meeting dia habis awal.. tapi bas dia delayed.. so just nice la pada aku sebab aku pun baru je masuk hotel pukul 12 lebih tu.. dalam pukul 2, sarah cakap dia dah dekat lobi.. neves juga nak jumpa dia.. kalau kitorang awkward nanti macam mana.. yela kan, dah lama tak jumpa.. bila aku turun bawah, Sarah dulu nampak aku.. terus dia jerit "yanaa.." hehe happy gile kitorang.. ada juga rasa segan mula-mula, tapi naturally we became exited then lupa semua awkwardness.. sarah tu banyak yang aku boleh belajar dari dia.. dia boleh je blend in dengan semua orang.. dengan kak yus pun dia masuk.. hebat-hebat.. janji nak turun bawah pukul 2.30 petang.. lewat juga aku rasa kitorang turun.. aku la selalu lambat
๐Ÿ˜‰ Sarah dulu memang lain. Muka student, rambut hitam, seluar senteng, tinggi atas paras perut agaknya. Pelik jugak.. tp skrg dah lain.. dah jdi kpop ke us pop agaknya.. tp dia kalau jerit bunyinya Yannna.. dgn nada tegas gitu..



Meet Sarah.. rambut dah lain dah.. still does not feel real kitorang tak jumpa 4 tahun.. Sarah kata dekat Korea jarang orang rambut blonde.. dulu dia pernah buat rambut purple grey, lagi pelik dia kata orang korea pandang.. Sarah kan muka tak korea sangat, so time kitorang jalan ada orang kedai ingat dia foreigner kot hahaha.. oh ye, keje government korea tak boleh color rambut Sarah kata.. idol tu special case katanya..


aku layan cerita Mr Sunshine ni 1 episod je.. tak kena dengan jiwa


๐Ÿ˜‰ tertengok2 jugak.. manala jalanraya kt sini yg startup company UPM turap tu.. jalan raya guna palm oil fibre EFB kt korea tu..

tinggi tinggi bangunan dekat Korea.. ada chaebol tak dalam ni.. hehehe
๐Ÿ˜‰ baru tinggal Malaysia sehari tak sampai. Dah teringat cendol ke

kami aim nak pergi Coex Plaza.. Sarah kata better pergi sini dulu sbab kawasan sini jauh dengan tempat-tempat lain
๐Ÿ˜‰ Mana2lah diorang nak pegi ni.. Mentang2 ada xstudent tourguide.. main follow jela..

smart kan tangga.. tapi bila fikir balik macam kita pijak buku je.. ke aku yang fikir lebih-lebih hehe
๐Ÿ˜‰ Yup.. terlebihajaq sikit diorang ni.




topup t-money kad.. dekat setiap train stesen pun ada


bagus kan depa ni.. dekat dalam bilik hotel pun ada


ni stesen nak ke Coex.. kot kot.. hahaha, aku macam biasa kalau pergi dengan orang yang tahu selalu lupa nak ingat stesen mana nak turun.. keadaannya dalam train baru aku tahu Coex Plaza ni bukan dekat Gangnam.. baru berangan nak cari JYP, YG.. memang kena datang lagi la kan
๐Ÿ˜‰ Tp jauh tempat ni dari hotel.. 13 stesyen kot. Ni kalau dtg jauh2 tp takde apa.. memang saje jela..
Dah la rasa macam g shopping kompleks je rasanya..

aku baru perasan, aku takde gambar berdua dengan Sarah.. alahai, rasa ralat sangat.. gambar ni aku rasa aku yang ajak asri join sekali.. so tak boleh nak salahkan asri
๐Ÿ˜‰ Dah tu menyesal.. anggap jela tgh amik gambar dgn artis korea. Takdela ralat sgt. Pelik jgk.. takdela best sangat backgroundnya. Rupanya sebab ada SMTOWN tu.. Entah tempat apa agaknya.. kita tgk la nanti best ke tak

belakang kitorang tu la tempat shop SM Town


Daniel Oppa.. Oppa sangat.. come on Na.. pangkat adik-adik dah diorang ni
๐Ÿ˜‰ Insafla wahai ummat..
Entahnya.. semua artis korea yg jadi billboard ni dia kenal.. 
Artis Malaysia macam Venopion Solitude tu entah kenal tak tidak..

Single Yuri belum keluar lagi time ni



kebetulan ada show time ni.. kita layankan aje
๐Ÿ˜‰ Masuk2 tempat nije dah terpikir.. aduhai kat mana la diorang bawak ni.. nak g shopping ke.. macam la kaya..
Tp bila jumpa geng mcm ochestra veteran ni.. terus teruja..
Terbaik lagunya.. sampai harini dok dengar lagu ni kt ofis. Lagu lama Kim Kwang Seok.. where the wind change..
Yana mintak tolong Sara carikan.. mujo dia still tau lagu korea.. igtkan tau lagu US je dah .

ada gambus weh.. boleh aku tak kenal, siap tanya sarah tu  alat traditional korea.. batal betul


Coex Plaza ni femes sebab ada rak buku tinggi gini.. 
๐Ÿ˜‰ Bila masuk je..tgk rak buku tinggi giler dah macam kat Hogwart.. terus teruja giler.. memang berbaloi la pegi sini.. buku dia memang takleh capai pun.. hiasan je lebih ni. Tapi pemandangannya.. menakjubkan.



kebetulan tengah ada fashion show time ni.. aku sebenarnya nak gambar background yang nampak buku je.. apsal tah tak terluah dek kata-kata nak cakap dekat Sarah.. amboi, feeling KIK balik nampak.. mentang-mentang nak kena present balik kan..



๐Ÿ˜‰ dah la rak buku tinggi melangit..
Gerbang festival tu dari LED skrin.. Double layer lagi.. memang superb teknologi diorang..
time dekat sini, asri tanya aku ada apa sebenarnya dekat sini.. aku pun blur hahaha..
๐Ÿ˜‰ memang blur masa mula2 tadi.
Tp kemudian takjub dg buku dia..

nampak orang tengah sibuk setup fashion show.. kitorang tak tengok pun.. time kitorang gerak keluar tu belum start lagi


Aku masuk dalam kedai kakao shop.. untuk tengok-tengok je la sebab barang dalam ni boleh tahan mahal juga.. pipi kita sama besar la awak

๐Ÿ˜‰ ni kartun ikon korea kan.. 
sorila superwing.. tobot.. robocar poli..
Tak femes kot kat sini. Femes kat Malaysia je kot..




harga dia yang 17,000w tu lebih kurang RM68.. pengsan pengsan.. korea kan takde barang counterfeit.. or kalau ada pun susah nak jumpa




kitorang lalu dekat area kedai ala-ala watson.. be young kot nama dia.. jumpa Kang Daniel lagi.. Sarah kata bukan main lebar aku senyum.. ni kalau jumpa real ni mau kejang mulut aku sengih


dahsyat Mina dah jadi duta.. aku ingat dia tak femes sangat dekat Korea


essense ni made in Korea ke.. aku tak tengok details produk dia.. ingat Fatinzakki je suka brand ni sebab murah dan maveles


next, kami nak explore ke sini.. SM Town.. berpusing-pusing juga nak cari.. orang dalam Coex kata takde, kecewa dah aku.. bila pusing belah luar, baru nampak ni.. menggelupur la aku.. pengubat tak dapat pergi bandar Gangnam


TVXQ poster dalam lif


EXO oppa.. Ya Allah, serius rasa buang tebiat beroppa-oppa haha.. aku tak minat diorang.. aku suka kumpulan veteren je weh.. sampai nak cari souvenir dekat kedai, diorang dah tak keluarkan dah idol yang aku suka


merata-rata ada TVXQ.. diorang baru buat comeback ke ek.. aku tak layan sangat lagu diorang.. tapi suka diorang dekat realiti show je


omel omel sangat



yang kanan sekali tu takdela omel sangat
๐Ÿ˜‰ ingatkan model kartun Avengers td. Sekali kpop daa.. Salah channel..
Tak comel takpe.. yg penting berbudi bahasa..


happy je aku dapat pergi sini.. barulah taste real korea kan pergi kedai barang-barang idol walaupun tak beli



lego exo
๐Ÿ˜‰ dah lama pakai baju logo ni.. ingatkan logo2 mcm star wars ke. 
Logo kpop rupa2nya..




lagu ni shinee dedicated dekat Jonghyun kan


ada pun super junior.. tapi dekat sini je la.. aku hampir, hampir nak beli benda ni.. tapi masih berjaya control diri.. girls generation punya barang pun takde sangat #imold


D&E


casting phone


ala, lupa pulak nama dia.. 


๐Ÿ˜‰ Dasat diorang ni. Boleh pulak shopping complek khas utk merchandise artis2 kpop. 
Kalah JDT.








tengok dari luar je muzium.. mahal juga tiketnya.. kalau ada real super junior dekat dalam berbaloi la kan nak masuk



award artis SM.. sarah kata real piala kot.. omoooo

๐Ÿ˜‰ Bila tgk piala diorang ni.. piala kik lg nmpk grand..



betul ni betul ni aku tengok depan mata.. omoooo lagi


ada tempat print gambar


mula-mula aku pelik, apsal makin banyak print makin murah pula.. jualan gudang ke apa ni.. rupanya saiz lain-lain dah.. dahsyat betul harga.. yang lagi dahsyat ada orang beli kot..






aku tak beli pun.. amik gambar sebab cantik je


cafe


apsal la takde gambar ni yang terjatuh.. boleh kutip ambil.. eh gambar jonghyun



Sarah kata brand e-mart ni antara convenience stor yang murah.. aku kan pantang dengar murah



ada gelato jual.. aku minta tolong sarah tanyakan halal tak.. halal ok, dia siap bagi tester.. aku dah serba salah weh sebab tester dia bagi sekali calit tu banyak.. untuk tak rasa ralat, aku minta rasa flavor lain.. so banyakla sikit kan dapat rasa hehehehe... 4000w = RM16.. pengsan mak.. tapi berbaloi sebenarnya sebab aiskrim dia banyak




kembang kan aiskrim dia


tengok aiskirm lain pun aku terliuq.. padahal tengah makan aiskrim
๐Ÿ˜‰ Doa makan tak baca. Asik2 anyeong2 je.. inila jadinya..

banyak rupanya wanna one jadi duta


apa tah nama chef ni


Park Bo Young


aku tak sure ni kedai jual ke atau kedai charity


convenience store brand lain.. next, kami nak cari kedai bbq.. jauh weh dari Coex ni nak ke sana.. 20 stesen, dalam sejam perjalanan.. eh ke 20 stesen ni nak pergi palace.. tak ingat dah aku.. till then

No comments: