Monday, October 1, 2018

I'm in love Islamabad: Day 4~ Last Day training, high tea and last spring shopping

Assalamualaikum..

Aku dah tau dah cara cepat nak update blog.. biasa aku selalu stuck lama part nak upload gambar.. jadi bila aku nak tulis entry sekarang, aku akan upload gambar dulu, then buat urusan lain.. barulah tak rasa lama sangat nak menulis blog kan.. gambar aku kadang-kadang satu entry ada sampai 100 lebih.. so 15 minit tu ada dah aku rasa untuk upload gambar je..


hari ketiga dan last day kursus



gambar DP whatssap aku.. kejap je pastu aku bosan



game ni kena transfer pencil tanpa jatuhkan dan tanpa putuskan pensil yang kami pegang.. 



macam biasa, kerja aku menulis.. walaupun tulisan aku senget.. 


pekat gile kan air dia.. coffee ni tak salah aku



smart kan dia bancuh.. rindu plak nak minum lagi..


yang tudung pink tu ialah under incubator program diorang.. kecik molek je orangnya.. tapi semangat besar.. aku selalu failed setting hp potrait.. sabotaj gambar orang belakang.. tapi sebenarnya boleh je edit balik lepas gambar untuk hilangkan effect potrait tu... tapi biasalah, lupa



tak salah aku dia muda setahun kot dari aku.. tapi cakap terer gile.. lecturer tak salah aku..


Mr Suhail.. aku kawan juga dengan dia dekat FB





and the class ended here


potrait lagi.. sorry korang


ala-ala karipap kita.. tap inti ada sayur.. sedap juga.. macam samosa pun ada



settle bergambar, kami turun ke bawah untuk majlis penutup


nampak tak besar bunga depa.. benchmark untuk cenderahati office aku.. 



Deputy minister dia tak salah aku.. semua jenis serius.. fikir masalah negara kan



dah pandai peace dah Mr Ali


Last moment with Salma.. umur 40 lebih dah kot, anak dah dua.. dah remaja-remaja.. kagum aku.. dia jaga makan dia kata.. aku jaga juga.. jaga makanan dari diambil orang.. macam tak kena je kan punch line aku hehehe


dah berani dah ambil gambar dengan guards.. riffle what?





last tour in there..


ada juga gambar yang tak gegar.. banyak hari kot aku try ambil.. gambar orang jual ikan.. besar-besar kot ikan dia.. bumi subur kan.. eh ke laut subur.. ni kalau geng pancing opis aku nampak ni, confirm sekarang juga beli tiket nak pergi pakistan



kami ke sini sebab Suhail nak belanja kami high tea.. bab makan mana pernah say no kan


camera ready as always


surau tak salah aku





strawberi blended.. sedap, masam-masam


seronok tengok orang buat lawak in english.. jeles aku


kak yati air apa ni ek.. ala aku tau buah ni.. time ni dia tak nak datang plak wordnya.. haaa, dah ingat... grapefruit


pemanas









ni manis gile.. custard something.. time ni Mr Majid datang.. dia round table weh suruh share experience.. aduii, lemah betul aku.. patutnya aku cakap, you can read it in my blog.. hahaha





ada gambar group photo tak salah aku.. tapi biasalah, mana tah..



malam tu, last minit kami shoping.. keadaannya Abu Bakr tak ikut kitorang tapi dia punya pesan dekat Mr Ali macam-macam suruh beli.. kesian Mr Ali.. Abu Bakr minta beli kurta pakistan style.. dah Mr Ali aku ajak aku ikut dia tolong pilih.. eh tapi geng lain aku ada je.. bukanlah berdua


geng lelaki pergi sini.. diorang kata ayam tu ada level level pedas dia.. yang diorang makan level tengah rasanya, tapi pedas gile dah diorang kata


barulah real tourist kan.. kami asik tour shopping je.. apa kan daya, minat berbeza




kebetulan pulak time aku taip entry ni aku tengah pakai baju yang sama hehe


night view in Islamabad



malam ni baru kak yati all out membeli.. aku beli jersi kriket untuk adik-adik laki aku.. dadek pun dapat tapi besar sikit.. tak taula dia dah muat ke tak


jewellery dekat sini cantik-cantik kot.. tapi mana tah semua.. hilang dah cincin yang aku beli.. tinggal yang besar je ada






hai baiyya.. apsal baiyya lagi sopan dari aku


Balik tu, kami dinner dulu.. sebab orang cafe dah sediakan makan.. malam tu juga kami pack barang sebab esok pagi kami gerak awal.. aku rasa kitorang subuh dekat airport.. wohooo, dubai, here we come.. antara faktor aku dan kak yati exited untuk journey kami di pakistan

No comments: