Oct 21, 2018

Dreaming Trip to Korea: Day 1~ Yang Good Korean BBQ Lamb and Deoksugung Palace

Assalamualaikum..

Ok, misi kami yang seterusnya ialah nak cari kedai makan.. teringin nak makan yang bakar-bakar cerita korea selalu makan tu.. aku baru tau rupanya kalau cakap BBQ dekat korea, maksudnya bakar daging pig.. tu sarah kata dia terkejut time kitorang kata nak try BBQ.. hehehe.. sebenarnya time kami pergi ni kebetulan tengah halal week dekat Korea.. beria kitorang amik buku kupon tu dekat airport.. kalau dekat website korea Malaysia boleh ambil buku ni tapi pejabatnya dekat KL.. T-money pun orang kata boleh juga ambil juga.. tapi kitorang memang tak rajin nak turun KL.. sudahnya tak guna pun kupon Halal Week yang kitorang amik tu..


aku cakap dekat Sarah aku teringin gile nak rasa ayam korea.. Sarah cakap pun dia dah cuba cari untuk aku tapi tak jumpa yang halal.. kecewa jugala aku.. aku sebutla kedai-kedai dekat Malaysia.. Sarah kata tak pernah dengar pun..




Alhamdulillah jumpa



tak nampak penuh pulak kan nama kedainya.. Nama kedai ni ialah Yang Good Korean BBQ Lamb.. dekat Gangnam tak salah aku.. kalau korang google pun jumpa rasanya.. lamb dia tak rasa lamb sangat.. 

😉 Jauh kot cari makan tempat ni.. Jalan kaki pulak tu..
TP sebab byk review tempat halal yang bagus.. kena gagahkan jugak cari makanan korea halal ni..

tengok harga makanan boleh tahan terkejut jugala.. bear in mind kitorang tak spend lagi duit dekat Korea.. so bila tengok amount ni OMG sangat.. baru first kedai makan ni.. kak ros pun cakap makanan dekat korea agak pricey.. tu yang kami beringat juga bawa makanan siap-siap dari Malaysia

😉 Memang nak mengis tengok harga makanan dia.
Rasa nak ajak balik.. tp kang oragn Korea kata orang Malaysia takde duit pulak.
Tetap lah kena makan.

Close up harga.. Sarah cakap biasanya daging takdelah mahal macam ni.. tapi sebab kedai halal korea tak banyak yang bakar-bakar gini.. tu yang agak pricey.. orang kedai kata harga tu untuk 1 portion.. OMG lagi.. tapi kami decide amik 1 set daging, 1 set skewer dengan 1 set ayam kot.. jadilah kan nak rasa.. lepas tu tambah donjang jigae.. bean paste soup.. selalu tengok dalam cerita korea kan.. alhamdulillah cukup je banyak ni pun..

😉 Sedap dah mahal.. amaik jela apa yg murah Yana oii..
Hialgn selera jugak nak makan benda2 mahal ni..


kitorang tengah pilih menu lagi dia dah letak side dishes.. mana mau lari haa.. 

😉 Sekali bila rasa.. side dishes dia pun dah sedap..
Selera makan dah kembali berputik walau harga mahal mendetak..
Patut la mahal..

1st yang sampai skewer.. jangan risau kalau tak pandai bakar.. memang pekerja dia akan datang pusing-pusing kan

😉 Betul2.. tak payah nak pandai2 buat sendiri.. 
tula tak baca blog org lain betul2..
Tak pasal2 salah bubuh .. sebab ingatkan kena buat sendiri..
Diorang korea ni pun takde pulak bagi isyarat ke .. apa ke..
Harga mahal kan.. memang siap servis semua.. cuma suap ke mulut je takde dlm servis..

feeling betul weh makan ada serombong asap gini.. it feels real kami dekat Korea.. dah 2 minggu aku balik, still feel unreal lagi


tepi bekas tu kan tak panas.. kagum aku.. asri la rajin explore part-part inovasi ni..

😉 Tray dia tak panah sangat n cerobong tu lagi dasat.. 
Rupanya dia vacumm yang sedut semua asap sambil make sure arang tu membara ..
So tak payahlah nak kipas2 bagai.. sebab kuasa sedutan angin vacumm tu dah cukup buat arang tu membara..
Hebat.. kemas.. dan sedap mahal..



asri sorang je yang pandai pakai chopstick.. aku dengan kak yus out.. 

😉 Tengok muka dah tau dah..
Si Sara pun kagum jugak.. apa dia ingat kat Malaysia takde orang pakai chopstik..
Tapi chopstick korea ni tipis.. lain cara nak guna jugak
Agak susah nak guna compare chopstick biasa..



food caught our attention




terlalu mengujakan weh


tengok mangkuk nasi pun aku dah suka gile
😉 Mujo tak dirembat bawak balik Malaysia


haaaihh.. (mengeluh dengan lembut).. feeling cerita korea gile weh tengok nasi gini.. rasa nak main macam cerita runnning man.. yang dia goncang-goncang bekas nasi ni dan sape yang nasi lekat lagi dalam bekas kalah.. kena cepuk aku dengan kak yus kalau main makanan gini kan.. eh kitorang tak try pun nasi goncang-goncang tu kan.. apa tah nama dia..


sedap weh bean paste soup ni.. aku ingat rasa dia pelik.. tapi sedap gile.. kesimpulan yang kitorang dapat ialah semua makanan kedai ni sedap.. aku tak berapa sangat kimchi ni.. tapi kimchi sini serius sedap.. sarah kata ni freshly made kimchi.. tu yang tak masam sangat tu

😉 Haah sedap n pedas.. padahal sup tahu je pun..

berasap-asap lagi donjang jigae..



Sarah kata yang dekat belakang aku tengah interview.. part time job.. oh, kitorang have serius conversation pasal part time job.. sarah kata diorang start part time job umur 18 tak salah aku.. dan benda tu common.. Sarah terkejut aku cakap dekat Malaysia jarang gile la part time zaman aku dulu.. zaman sekarang aku tak tau la kan #tua


oh ye, dekat kedai ni kalau kita ambil gambar dan share dengan socmed, and tag location kedai boleh dapat 10% diskaun on the dot.. kalau sarah tak cakap, kitorang tak tau kot.. dia ada banner tapi in Korea.. aku perasan ada perkataan 10%, tapi tak faham dan tak baca betul-betul sebab in Korea kan.. so, time nak bayar nanti tunjuk je gambar yang kita upload.. terus dapat 10%.. effect kot.. total makan kami dalam 50,000 won.. kitorang share 3 orang.. sorang jatuh dalam RM50.. not bad actually.. aku menulis sambil layan The Voice.. macam kucingla Kelly Clarkson ni.. comel gile



antara Malaysian minister yang pernah sampai


kami nak menuju balik ke train.. Sarah kata ada 2 options untuk jalan malam ni, either nak pergi Deoksugung Palace atau Namsan Tower... kitorang cakap ok je mana-mana.. Sarah kata Deoksugung Palace ni cantik time malam.. so, to there we go..


rasa macam Hogwards punya train station.. road ke London kah..


time kami sampai depan palace ni, ada macam demontrasi aman.. demontrasi ke ek.. aku pun tak tau word yang sesuai.. they fighting for something in peace.. oh oh, time kami keluar dari hotel tu pun ada sorang pkacik ni memang speaker cakap dekat bangunan tinggi.. sarah kata dia protes pasal syarikat dekat situ.. omooo, cerita korea lagi




tiket masuk sini 1000w kot tak salah aku.. ke berapa ek.. tak ingat dah aku sebab Sarah yang belanja



pintu masuk Palace.. Sarah kata ni Palace sementara time penjajahan Jepun..


selalu kan nampak batu gini dalam cerita.. sarah cakap ni symbolize nombor.. ada urutan pangkat.. team pemerintah dan opposition duduk bertentang.. conaaa...


pemandangan..

time Sarah ambil gambar ni, ok-ok cantik dia cakap.. bila kami tengok, ok maksud Sarah bangunan belakang tu cantik.. hahaha.. pasrah je kitorang muka kitorang gelap.. salah satu sebab aku kurang gemar ambil gambar malam.. kamera tak canggih kan.. ni pun dah guna kamera Sarah



rasa India pulak tengok wall gini.. eh tapi india tak colorful sangat kan palacenye..





Bahagian dalam Palace


Teringin dragon scroll kungfu panda tengok atap dia kan.. master shifu!










next, kami jalan belah belakang palace.. aku ingat depan ni je ada.. sekali belakang banyak lagi kawasan istana.. tempat tinggal diorang termasuk untuk pekerja sekali.. kawasan sini tenang je weh.. syok weh lepak duduk sini.. angin pun sejuk, just nice..


cantik kan details pintu.. omooo, im in korea.. aku baru tahu rupanya cerita zaman joseon dulu diorang buat dekat set.. tak pakai pun istana dia.. sebab to preserve.. aku tumpang bangga.. eh


tengok pintu gini tingat scene diorang bisik-bisik dalam drama.. hahaha





gigih aku nak ambil video belah dalam.. asri kata kalau terjatuh HP ni consider burn ni.. silap-silap kena bayar denda kan


kawasan macam taman.. still impress diorang boleh jaga istana ni di sebalik bangunan tinggi dan kemajuan pesat Korea


borak dengan Sarah tentang kerabat diraja.. 



macam biasa, aku sorang je gigih nak ambil gambar dekat setiap sudut



kak yus time ni dah duduk sebab penat.. kami dah habis pusing time ni.. lets go out.. aku agak penat juga tapi semangat berjalan tu lebih menguasai..



aku ambil gambar ni as a reference to nama palace.. tu yang part harga atas tak berapa nak clear..



sini pun ada changing ceremony juga kalau korang tak sempat pergi yang main palace..




dekat kawasan luar palace



aku ingat nak habiskan cerita malam 1 kami dekat sini tapi tak larat pulak.. mungkin gambar malam tak berapa mengujakan agaknya.. neves pulak nak sampai part aku pakai hanbok.. banyak yang amat tahap kena minta ampun punya gambar..

No comments: