Assalamualaikum..
Dah tak tahu nak letak title apa dah entry aku hehehe.. Last week pada aku ialah sangat awesome.. memang aku sangat tertunggu-tunggu weekend lepas.. yang pertamanya sebab aku dapat join kelas ibrah ustaz syaari, alhamdulillah.. konsep dia bila dah join sekali confirm kita akan rasa nak join lagi dan lagi dan lagi.. mukjiazat al-Quran.. yang kedua exited ialah sebab ada trip kerja ke Bintulu.. aku kan dah lama tertunggu-tunggu exited nak travel.. konsep dia bila dapat naik kapal terbang terus rasa ok aku dah travel haha.. mudah sangat nak rasa seronok.. Alhamdulillah..
Aku gerak ahad petang yang lepas, terpaksa keluar separuh hari untuk kelas ibrah, sedih sikit part situ.. kalau korang minat nak join boleh usha fb akademi sinergi atau boleh search ibrah114.. ustaz syaari ni yang ada kat ikim petang isnin untuk segmen tafsir quran.. Berbaloi-baloi pergi.. investment untuk dunia dan akhirat.. sampai Bintulu dah malam, letak barang lepas tu terus pergi makan malam.. aku kebetulan dekat klia 2 dah makan, memang kenyang tak hilang lagi.. food dalam kapal terbang pun aku tak makan.. sayang pula kalau tak makan dekat sana kan.. jadi kupaksakan juga diri ini.. sebenarnya takdela terpaksa sangat, hahaha siapa tak enjoy makan food hotel kan..
View dari hotel.. Penuh bendera Sarawak sempena merdeka kan..
Bilik aku dan kak yus.. kitorang share sebab bosan duduk bilik sorang..
Cermin cantik sebab bagi effect tinggi..bila dah nampak tinggi faham2 la kan, nampak lagi kurus hehehe
Antara hidangan yang kami makan malam tu..
mushromm soup besaq bak hang.. aku share dengan kak yus.. garlic bread sedap sangat.. masalahnya sebab portion sup macam mana aku nak makan main dish nanti.. dah lama tak guna khidmat perut untuk jadi lebih anjal macam stokin..
ini kawan aku punya.. spageti dengan lobster.. lobster kan ni,aku fail makanan mahal hehehe.. kitorang duk kagum kenapa warna dia hitam.. gelak waiter dekat situ..
teh hijau dengan lemon.. konon-konon pengubat rasa bersalah makan bagai nak rak hehe.. takde effect pun sebenarnya kan..
kuih sagu ni pun sedap.. masalahnya dessert sampai dulu dari main dish.. pasrah dah kitorang.. perut aku pun pasrah je menikmati hahaha
salmon.. mula2 aku nak amik salmon.. tak jadi sebab nampak yang lagi best.. nak tahu apa?
mix grill.. Allah Allah.. mix daging lembu, kambing dan ayam.. memang semput gila makan.. masalahnya kenapa mashed potato tu dua scoop.. hehe, tak bersyukur plak kan.. time kitorang nak habis makan nampak meja sebelah order abc.. mak ko, mangkuk dia macam mangkuk kita serve lauk kuah.. kitorang dah gelak beria dah, kalau kita order abc menangis nak habiskan banyak gitu haha
Next day, kami mulakan tujuan pengembaraan.. satu yang aku nak share UPM sini memangla sangat hijau.. setenang-tenang perasaan aku rasa bila sampai sini.. korang bayangkan, dalam bilik meeting view dia adalah rumput saujana mata memandang.. hijau sangat.. memang aku jatuh hati sangatla..
nampak tak balik langsir tu..
ni semua aku ambil dari tingkap..Subhanallah, ni kalau stress memang selak je.. stress kan hilang kalau kita tengok alam yang tak pernah berdosa..
parking lot pun cantik sangat kawasannya..
Lif level 0.. sama maksud dengan ground floor.. unik sangat aku rasa..
mana boleh lepaskan peluang nak bergambar dengan tempat awesome kan.. nasib ada geng lecturer yang suka bergambar.. nak minta dia ambil banyak segan, plus geng-geng yang lain dah get ready nak balik ke hotel dan check out..
dua-dua gambar aku sengih beria hehehehe
ni view yang aku ambil dalam kereta semasa kami dalam perjalanan ke hotel.. awesome kan, Allah is great..
till we meet again Bintulu, insyaallah
dekat lif pun ada cermin kurus.. untungla orang hotel nak selfie.. hehe aku ada nak ambil gambar dengan sorang staf yang sama nama dengan aku.. tapi time hari check put tu dia busy plak.. takde rezeki.. cantik sangat orangnya, aku cantik juga.. cuma dia lebih cantik hehehehe
Next desitnasi adalah ke Tamu Bintulu.. aku ambil gambar je.. tak beli apa pun.. sebab mak aku tak kirim apa.. ayah aku kirim baju bercolar sarawak..
kak yus kata daun ni ada dekat area opis aku.. daun buat ubat, aku tak tahu ubat apa..
tak beli juga, aku suka.. tapi nak tunggu masak tu bila la agaknya kan.. umi aku pun suka tapi since dia dah pantang sekarang,jadi tak makan benda-benda yang masin sangat..
Belacan.. kata orang Bintulu famous dengan belacan..
pes laksa sarawak..
diorang bincang tentang beli apa dah macam bincang nak buat research dah hehehehe
banyak van, teksi aku tak perasan pula..
Next stop, kami ke shopping mall.. cari sorvenir.. nak cari kek lapis dekat sini tak banyak pilihan sangat..
cantik sangat kedainya.. siap alas tikar lagi..
Antara bahan-bahan eksotik yang aku jumpa
kami ke kedai kek lapis.. aku sebab syok makan sampel lupa terus nak ambil gambar..
ni nama kedai kek.. sedap keknya.. kak yus belanja aku satu... thank you kak yus, murah rezeki aku..
dekat sini pula cari signature dish sarawak.. kedai ni kata orang yang bawa kami antara kedai yang sedap..
laksa sarawak.. aku dah dua lagi orang share mee kolok sebab kenyang lagi makan..
sup dan sos tu makan sekali.. 1st time aku, not bad jugala.. portion dia memang besar.. bersyukur sangat kami share..
Flight aku delay pukul ke pukul 9.. dekat 4 jam juga kitorang tunggu di airport.. kebetulan kami sampai airport awal.. Alhamdulillah pukul 1 pagi aku sampai rumah.. Thank you Allah bagi aku peluang jalan-jalan walau sekejap.. nikmat Allah yang mana kami dustakan.. Moga Allah redha dengan kita, Amin
1 comment:
"diorang bincang tentang beli apa dah macam bincang nak buat research dah" aiikkkk kutuk nampak..hahaha
Post a Comment