Aug 9, 2016

Post Raya: Kenduri Baiti + Raya @ office

Assalamualaikum..

Tak habis-habis lagi cerita raya aku.. aku combine sekali dengan cerita raya dekat office.. sebenarnya aku lebih kepada nak share gambar.. dekat FB aku dalam fasa takde feel nak share dekat situ.. hehe, aku rasa FB macam less private.. eh macam dah pernah je tulis tentang ni dekat blog hehehe

Kenduri Baiti, sepupu aku dalam minggu raya kedua tak salah aku, sehari selepas kitorang beraya dengan ayah.. macam biasa, ambil gambar je yang banyak.. Baiti dah akad lebih awal, kenduri je yang buat time raya.. aku happy je sebab seronok jumpa sedara-sedara.. dapat jumpa juga sepupu yang aku dah lama tak jumpa..


Bukan selalu adik manis ni nak senyum lebih time aku ambil gambar..



spek kak cik ni mana tah dia letak.. aku try pakaikan dia spek dekat Mr DIY time pergi sana.. besar-besar spek budaknya..


Standard pose iman.. baju aku dengan baju Mai sama.. beli dekat Felina, 80 je.. sebab stok tahun lepas.. hari tu aku pergi balik, sekali dah takde daa..sedih rasa..



aki fokus jaga lif, tak perasan kitorang ambil gambar.. adi dan maryam gerak sekali dengan umi Maryam..

Sampai- sampai je kitorang terus makan.. macam biasa food kenduri semua menyelerakan.. dessert pun sangat marveles..2 3x juga aku berulang ambil kek.. Setel makan, kami masuk duduk dalam.. maklumlah, ada budak bawah umur kan.. duduk dalam rumah boleh diorang lepas lenguh urat.. eh budak pun ada lenguh urat ke ek hehe.. Dah alang-alang masuk dalam, kami ambil gambar dengan pelamin.. dah lama rasa tak ambil gambar dekat pelamin.. sebab biasa pergi kenduri jumpa kejap je dengan pengantin kan.. 



comel gila Marissa ni.. dia kira dua pupu aku..


elehh baik je muka iman hehe



gambar tak berapa nak clear sebab dalam rumah kan.. 






Iman syok main belon tu.. sampai nak terjatuh atas adik.. baju iman dan adik cik cu sponsor.. dah boleh jadi flower girl and boy dah ni..


time ni aku tanya Mai, alamak Mai.. ambil gambar duduk macam mana nak menyorok belakang ila untuk nak nampak kurus.. Mai kata, takpe na.. kita cover dengan bantal hahaha.. end up ila tetap nampakpaling kurus juga.. Malas nak layan, kitorang takdela obses sangat dengan kurus, tapi sebab ila terlebih kurus, kalau salah pilih sudut silala bersedia untuk nampak besar gila dari ila haha



Dapat juga gambar adik beradik yang senonoh sikit hehe



semangat aku dan ila panggil Umairah, kakak Marissa.. matured sangat dah Umairah.. dulu-dulu dia suka gurau dengan ila.. ila memang kegemaran budak nak gurau.. asik kena buli je hehehe.. baik sangat dengan budak..






tak sabar-sabar Marissa nak cabut.. nampak sangat kena paksa ambil gambar hehehe



hehehe iman kena buli.. dekat tangan aku tu gambar dari photobooth.. syok dapat gambar hardcopy.. selamat dah aku letakdekat office..


Dadik oo dadik.. muka tu hehehe.. kalau mama dia ambil gambar manis je senyum.. kalau orang lain mesti muka terkejut je hehe



yang ni versi sepupu dan makcik aku.. yang lelaki tu sepupu aku, kakak dia yang duduk kain stripe.. aku cakap dah macam kpop dah daniel.. sengih2 dia malu hehe




tengah kitorang ambil gambar elok pula pengantin masuk.. rezeki kami nak bergambar dengan pengantin sekali.. sebab tak muat, kitorang pecah dua kumpulan.. eeh, macam ice breaking pula hehe






Gambar dengan Awa.. adik pengantin.. aku cakap dekat awa, lamanya tak jumpa dan lepak sekali.. Awa dah matured sangat.. next time kita plan ye Awa..


Umi dengan kawan sekolah umi, yang kanan tu ibu pengantin..


pakcik dan makcik aku.. sempat tangkap diorang kejap je, tuan rumah mesti sibuk kan..


Petang tu kitorang pergi raya rumah kawan aki.. tiap-tiap tahun memang aki pergi katanya.. best kot rumah dia, nyaman.. keliling rumah pokok buah.. makanan pun banyak sangat.. rezeki dari tuan rumah


hahaha.. nampak tak dua-dua dah penat.. iman memang pemalu sikit dengan lelaki.. bagus iman, maintain beriman sampai besar ok hehehe.. iman duk syok kejar ayam dengan kucing..




Raya Versi Office

Sebenarnya nak share gambar raya aku dengan kak yus je, hahaha.. tiap-tiap tahun wajib paksa kak seha ambil gambar kitorang hehehe..






Aku share gambar yang ada muka aku dan kak yus je hahahaha.. nampak sangat malas nak mengarang entry lain kan.. hehehe


yang ni raya versi office kecik.. geng-geng yang dah kerja kat tempat lain pun datang.. gambar ada ni je sebab sibuk makan.. dari pukul 1 sampai pukul 4 aku duduk mengadap makanan hahaha

Alhamdulillah, habis dah entry raya aku.. dah lama tak habis cerita tentang raya dekat blog hehehe, ok cerita PD insyaallah next!

No comments: