Aug 29, 2016

Cakar Ayam Seorang Doktor

Assalamualaikum

Tajuk buku: Cakar Ayam Seorang Doktor
Penulis: Dr. Sharif Ahmad, Dr. Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr. Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul
Muka Surat: 214
Harga: RM27
Rating: 6/10

Baru-baru ini aku ada pergi majlis ilmu Ustaz Syed Norhisam, ulasan buku 20 checklist.. buku pertama ustaz.. seronok aku dengar dia cerita pengalaman pertama dan buku pertama yang dia keluarkan.. Semalam Alhamdulillah dapat Allah rezekikan aku untuk hadir ke majlis bersama Ustaz Pahrol, Ustaz Syed dan Ustaz Ebit.. Di luar dewan, seperti kebiasaan majlis ilmu memang biasa akan ada jualan buku.. macam biasa, jualan dan aku berpisah tiada.. lagi-lagi jualan ketika minggu pertama gaji.. hilang arah aku, semua rasa nak beli hehe.. sekejap, apa topik yang aku nak kongsi sebenarnya.. ok, begini.. bila aku tengok ustaz pahrol banyak mengarang buku, rasa kagum.. pertamanya, dia figura dan ikon yang sangat sibuk.. ke sana ke sini berkongsi ilmu.. aku jadi tertanya-tanya bila dan bagaimana ustaz berjaya curi masa nak menulis... mungkin ini yang dikatakan keberkatan waktu.. aku dan Ustaz Allah bagi 24 jam, tak lebih dan tak kurang.. Moga Allah rezekikan kita waktu dan umur yang berkat.. keduanya, bahasa yang ustaz guna, subhanallah.. setiap perkataan rasa nak catat.. ustaz syed pun kata begitu.. adik aku pun cakap benda yang sama.. semua ayat adalah mutiara kata.. 

aku ada beli juga buku lain, insyaallah aku ulas.. yang paling buat aku rasa tertampar dengan buku kedua yang aku jumpa ialah umur penulis baru 26 tahun.. 26 tahun.. aku baru tahu kita boleh tahu umur penulis dekat muka surat depan yang ada perincikan maklumat buku.. penulis yang aku baca sebelum ini, Teme Abdullah pula umur 25 tahun.. Ya Allah, malunya rasa.. mereka muda-muda dah ada buku, dah ada penyambung hayat pahala bila tinggalkan dunia nanti.. jadi, dari situ aku mula rasa nak cari idea apa yang aku boleh bagi.. yang aku boleh dapatkan pahala bila aku dah tiada di dunia.. nak tulis buku, rasanya takde daya lagi.. aku cakap dekat adik aku nak cuba terjemahkan nota kuliah jadi dalam rekabentuk grafik yang menarik, boleh kongsi di blog dan fb.. tapi setiap kali aku nak deraf, aku alami writer block.. hahahaha, tulis blog pun nak acah-acah writer block juga kan hehehehe.. mungkin aku kena belajar ilmu grafik juga, baru seronok nak cuba macam-macam kan.. panjang pula prakata, ulasan buku tak masuk lagi.. 

ok, aku beli buku ni sebab aku follow FB Dr. Kamarul.. Dari FB Dr aku tahu dia ada tulis buku ni.. buku ini menampilkan 5 penulis.. pendapat aku, dua penulis yang buat aku rasa nak cari produk lain mereka ialah Dr. Fahd Razy dan Dr Kamarul.. Ini kecenderungan aku, mungkin berbeza dengan orang lain.. Allah kan jadikan kita dengan minat yang berbeza.. Karya Dr Fahd tak salah aku antara yang terpanjang.. aku paling gemar tajuk kecil Cakar Ayam.. Terbahak-bahak aku gelak, terus teruja nak ambil gambar dan terus hantar pada adik aku.. haha, dan ketika itu juga terus aku cari FB Dr. Fahd dan terus follow.. apa kata ganti sinonim bagi terus ya.. macam banyak sangat pula aku guna perkataan terus.. Insyaallah lepas ini aku berhasrat nak beli buku beliau yang lain..



Stail menulis Dr. Kamarul di Fb dan di buku juga tak jauh berbeza.. Jadi terasa seperti aku sedang baca status di Fb beliau.. seronok follow kisah Dr di FB.. hehe, aku kan suka dan minat tengok cerita berkenaan dengan perubatan.. mungkin sebab lepas SPM dulu ada hajat nak sambung buat perubatan.. hehehe, aku yakin aku tak mampu jadi doktor yang baik, sebab itu Allah bagi peluang aku untuk tengok cerita berkaitan dengan perubatan.. Antara cerita perubatan yang aku minat the Good Doctor, Descendant of The Sun dan Doctor.. cerita Korea, ampun.. aku mek Korea hehehe.. Thank you Allah, Ustaz Syed Norhisam ada kongsikan, doa yang dibaca Nabi Sulaiman untuk lahirkan rasa bersyukur.. terjemahannya ialah "Tuhanku, ilhamkan aku untuk mensyukuri nikmat kurnianmu".. kita amalkan setiap kali Allah rezekikan kita pelbagai rezeki.. bersyukur ketika senang itu lebih payah dari bersabar ketika susah.. moga dengan doa ini Allah rezekikan kita untuk termasuk dalam hambaNya yang bersyukur..

Untuk mereka yang minat bacaan santai, boleh cuba baca buku ini.. aku ada satu lagi buku hutang nak ulas, Ulu Yam di Liverpool.. masalahnya, aku dah tak jumpa buku tu aku letak dekat mana hahaha.. Moga dengan ulasan ringkas buku ini Allah kira sebagai usaha aku untuk menyampaikan ilmu.. Amin

No comments: