Aug 7, 2016

Kisah si pelukis jalanan: Teme Abdullah

Assalamualaikum..


Tajuk buku:Kisah si pelukis jalanan
Penulis:Teme Abdullah
Muka Surat: 215
Harga: RM25
Rating: 7/10

Aku beli buku ni masa mula-mula gaji.. macam biasa tamak, tiga sekali aku beli.. Alhamdulillah sekarang tengah masuk buku kedua.. barang baru, biasalah.. teruja lebih.. Alhamdulillah.. aku cuba perlahan-lahan untuk guna bahasa Melayu yang betul ya, cuba untuk tak mencampur adukkan bahasa.

Minat aku sekarang lebih kepada penulisan gaya travelog.. masa mula-mula aku tengok "cover page" buku ni, aku rasa eh macam pernah dengar je nama teme ni kan.. rupanya memang kenal pun, tapi kenal nama je la kan.. pelukis yang popular dekat ig dengan lukis figura terkenal.. eh sebelum tu dia terkenal sebab lukis tempat-tempat "iconic" ketika dia menjelajah ke merata tempat.. di awal buku, ada diselitkan juga sedikit prakata dari Saiful Nang.. Di awal buku juga ada lukisan komik, aku kira Teme yang lukis.. ok set, kita beli..

Secara ringkasnya, buku ini menceritakan tentang kisah Teme dan pengembaraannya semasa dia nak menyudahkan perjalanan segenggam ijazah di UK.. nampak macam ringkas kan, semua orang pun ada kisah perjalanan menuntut ilmu masing-masing, cuma warna dan cerita yang berbeza.. apa yang menarik tentang kisah Teme? Kisah dia bukan kisah orang biasa-biasa.. Dia belajar ke luar negara dengan duit sendiri (majoritinya) dan bagaimana dia berjaya "survive" dengan macam-macam cubaan.. Secara peribadi, aku merasakan Teme lebih matang dari usia.. Paling kurang, dia sah lebih matang dari aku semasa aku seusia dengan dia.. Dulu-dulu, ketika belajar kalau duit dah habis cepat sangat aku akan "hello" ayah aku.. Teme tak, dia faham komitmen ayah dan ibu dia.. Hebatnya.. Insan hebat, maka ujiannya hebat..

Kisah bagaimana dia mengembalikan pergantungan kepada Allah saat dia merasakan dia sangat kesusahan mencari dana untuk belajar dan meneruskan kehidupan, kisah bagaimana dia mula berkongsi karya lukisan di Instagram, kisah bagaimana ukhwah antara dia dan ibu bapanya, sahabatnya.. Terus rasa kecilnya diri aku.. eh kejap, kenapa buku yang aku baca semua cerita ujian ketika mereka sedang ambil ijazah.. buku ustaz hasrizal pun sama juga.. Mungkin Allah nak ajar aku erti syukur, ujian aku kecil sangat kalau nak dibadingkan dengan mereka.. Allah, luas sangat kasih sayangMu.. 

Buku ini ditulis dalam bentuk santai, aku kira dalam dua tiga hari boleh dihabiskan.. Aku sempat baca time tunggu matahari naik semasa aku di Port Dickson, nampak tak nak ambil mood puitis.. hahaha, tu yang dapat ambil gambar cantik sikit hehehe.. secara keseluruhannya aku berpuas hati dan dapat pengalaman baru.. yang paling terkesan dihati, rezeki Allah datang dari arah yang kita tak sangka.. Teme Alhamdulillah berjaya survive dengan bakat melukisnya, Allah buka pintu rezeki melalui melukis.. Yakin dengan Allah, Allah kan Maha Pemberi Yana.. yang tak follow lagi Teme boleh followdi IG.. All the best Teme..

Jika terlihat kecantikan, lihatlah penciptaNya!

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.