Assalamualaikum..
Aku duk tengok balik gambar-gambar lama untuk tempat aku pergi dekat Malaysia.. hari aku karang entry, 18/10 ialah hari aku dan adik perempuan aku plan nak buat atv dekat seremban.. tapi pkpb, postpone la.. nasib depa bagi tukar tarikh.. moga tercapai la impian.. so bila tengok gambar, mula la aku throwback.. seronok betul..
kalau entry aku travel, yang tak settle lagi ialah Iran, India, New Zealand, Singapore.. banyak yang tak cite lagi ialah Iran and India.. eh double I.. lets start with iran since duk borak dengan iza tadi.. entry Iran sebelum ni aku update ikut things to highlight.. so, untuk entry ni kita share tentang outfit.. again, untuk kenangan aku.. dekat IG aku dah pernah share.. bolehla karang lebih sikit di blog..
full set sweater beli di shopee.. time ni tengah trend pakai sweat set full gini.. aku beli size xxl tak salah aku.. size china kecik sikit.. selesa la sebab kain tak panas sangat.. sling beg beli dekat Hatyai.. feveret aku.. kasut shopee juga.. ada heel, ehem.. hehe time ni suka kasut yang ada heel.. sekarang biasa-biasa la.. banyak kasut aku yang heel dah rosak..
first day event.. baju sejuk ila punya.. memang recycle je.. baju tudung semua tak iron ni.. tindih bawah tilam malam tu.. sebab style iran ialah iron kena minta hotel buat dengan caj.. takdo bagi iron per request.. sayang duit ma.. elok pulak baju aku bawa untuk event ialah jenis kain sari.. so kedut-kedut tak nampak sangat..
stroll around hotel di malam hari.. baju sejuk mama.. pinjam.. kebetulan pulak sama dengan iza..
Day 2 of event.. dah santai-santai sikit compare dengan semalam.. selesa jugala pakai sari.. antara sari aku pakai pergi kenduri sebab merelip sikit.. baju sejuk beli lazada rasanya.. adik aku geli-geli part bulu tu.. hehe..
Day 3.. aku tak ingat aku pakai baju apa.. satu-satunya seluar aku bawa untuk hari siang semasa event.. double layer untuk outerwear..
malam hari ke Bazar.. tukar seluar jeans je.. double layer outerwear.. sejuk juga bila malam hari..
Last dear event.. yeayy.. aku minum susu pisang kot.. tudung baru beli dekat bazar.. tudung fevret aku juga sebab tak payah iron..
aku tukar seluar je petang tu untuk pergi bazaar sekali lagi dengan Dr Sobri.. mahal weh karpet sini..total outerwear tebal aku bawa ialah 3 kot.. 2 sweater.. kelabu dengan blue black.. kasut aku bawa 3, 1 sandal.. total 4.. gigih demi gambar.. travel with our own ways kan..
sandal aku.. kasut aku kali ni tema putih merah hehe..
baju untuk dinner.. depa bagi bilik lain.. special sikit.. aku dengan iza penat betul dah time ni..
Last day outfit.. merangkap outfit aku berjalan di Doha.. time ni aku suka crop shirt.. oh, tu beg baru.. beli dekat Bazaar.. RM25..mula-mula aku beli ingat harga RM50.. so pada aku dah ok dah.. end of trip baru aku tahu duit iran jatuh.. so berbaloi-baloi lagi la kan..
Rindu nak pilih baju.. rindu nak plan outfit.. rindu nak plan iti.. rindu semua la.. kena simpan azam menyimpan betul-betul ni.. untuk all out travel.. masalahnya aku masih fail menyimpan lagi ni hehehe.. kuat oo dugaan pkp.. kecundang gue.. till then
No comments:
Post a Comment