Aug 7, 2015

Raya versi Pejabat

Assalamualaikum..

 

Aku tengok dekat timeline fb ramai buat sambutan hari raya hari ni dekat pejabat.. opis mak aku pun sama.. Alhamdulillah kali ni opis aku ada rezeki untuk buat sambutan hari raya, tema menu masih sama.. kelab sediakan main dish dan setiap bahagian akan bawa satu jenis dish yang dah assign siap-siap.. untuk nak elak ramai bawa menu yang sama.. raya kali ni aku rasa lagi meriah sebab buat open air dan suasana sangat santai.. bawah pokok, siap ada tikar bagai lagi.. lagi semangat nak update cerita ialah sebab photog opis aku dah upload gambar.. haruslah cepat-cepat update untuk nak elak rasa semarak ni padam hehe

 

1

Setup backdrop yang awesome.. bean bag tu dari pejabat aku..bos kitorang yang baik hati sponsor.. sini nanti akan jadi tempat utama event

 

2

Juara of the day.. setiap tempat pun aku kira sate mesti ada sebagai salah satu hidangan kan..

 

3

Suasana di tempat jamuan raya.. best kan best kan.. tak sia-sia bos kitorang tambah awning belakang ni.. tujuan asalnya ialah ruang ni akan jadi tempat makan bila kita buat meeting yang cecah 20 orang.. mudahla untuk caterer set dan tetamu mesyuarat pun ada tempat yang proper untuk nak makan.. suasana dekat sini memang redup sebab ada pokok-pokok besar.. luas juga ruang ni.. serius tak sangka jadi best bila buat sambutan hari raya dekat sini.. presiden kelab aku cakap nak buat majlis kahwin pun boleh haha

 

4

Semua get ready ambil tempat

 

5

Tiap-tiap tahun pun wajibla kan bergambar dengan kak yus

 

6

Aku pun tak tahu apa yang dimarahkan En Nal time ni hehehe

 

7

8

Full view dari depan.. MC jemput juga geng lelaki untuk duduk dekat tikar depan tu, tapi seorang pun tak nak duduk situ.. takpela, nasib perempuan ramai.. nampakla penuh juga kan.. ada kawan aku kata dah macam konsep dengar ceramah pula.. hehe, betul juga kan.. tapi aku suka sebab konsep macam ni sebab rasa macam dekat kampung dan lebih santai

 

9

Majlis hari raya ni juga diselitkan dengan sedikit penghargaan untuk staf yang nak bersara.. Akak ni dah 34  tahun berkhidmat.. bila lah time nak bersara aku sampai hehehe

 

10

Seorang lagi staf yang akan bersara.. pun berkhidmat lebih 30 tahun..

 

11

12

Acara fevret semua orang.. Makan-makan.. yang ni tak payah suruh pun semua volunteer join hehe

 

13

14

Bintang-bintang pejabat aku sedang buat pesembahan..

 

15

MC of the day.. best sangat, jiran bilik aku ni.. berjaya menjadikan keadaan santai dan ceria..

 

16

Antara aktiviti lain yang diadakan ialah menganyam ketupat.. seronok tengok orang buat.. tangan sendiri keras, tak mampu nak buat.. aku pernah belajar sekali je pastu give up.. tak suka aku nak buat benda-benda stress ni haha

 

17

18

Dah penat berdiri aku pun join duduk sekali.. tukang tengok je, tapi beria bebenar macam masuk pertandingan hehe

 

19

King and queen raya

 

20

21

Yang ni epic.. time nak ambil hadiah, dia usung sekali basikal.. haha.. time ni ialah penyampaian hadiah deco raya.. kagum sangat aku tengok pejabat semua cantik.. seronok bila semua sporting meraikan event yang pejabat buat

 

22

Dah setel bagi hadiah, semua ready nak amik gambar.. backdrop cantik ni dari deco bahagian lain dalam pejabat aku.. kreatif sungguh, jadi port semua bergambar

 

23

24

Gambar wajib setiap tahun

 

25

Haha time ni kelakar.. kak yus suruh aku naik belakang, nanti dia posing macam bawa basikal.. aku mula- mula ingat main-main, sekali betul-betul rupanya kak yus suruh.. aku cakaplah aku tak sampai sebab tinggi gile kot basikalnya.. beria diorang angkat aku untuk duduk atas basikal.. haha, gayat kot..

 

26

Bye, kami nak pergi beraya..

 

IMG_6251

Aku minta tolong kawan opis aku amikkan gambar.. dan dia ialah lelaki.. Ya Allah, susah gila nak boleh amik gambar.. aku nak amik gambar dengan akak opis aku ni sebab baju kitorang tema sama.. dah boleh jadi geng raya sama-sama ni hehe..  mula-mula dia ambil gambar dekat atas ni.. separuh je, mestilah tak best sebab konsepnya kan nak tunjuk gambar kitorang sama baju.. lepas tu bila nak ambil semula dia pergi ambil video pula haha sabar je la.. memang aku dah serik nak minta tolong dia dah lepas ni hehe

 

IMG_6253

Full photo yang berjaya juga akhirnya

 

28

31

IMG_6266

Gambar ramai-ramai..

 

27

29

30

Gambar ikut bahagian masing-masing.. gambar bahagian aku takde sebab bos besar takde.. sedih hehehe..

 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. makanan pun cukup-cukup, insyaallah takde yang membazir.. Moga Allah izinkan kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang.. aku ada hutang cerita raya untuk part family.. Insyaallah kalau ada rezeki nak kongsi adalah kan..

No comments: