Aug 10, 2015

Cerita Raya versi Kampun Orang Asli Ulu Batu

Assalamualaikum..

Beriya pula aku rasa cerita raya tahun ni di blog.. hehe, aku kira konspe nak cerita beriya ialah lepas je peristiwa tersebut kena cepat-cepat update.. Barulah mood semangat dan exited tu dapat berterusan untuk update cerita.. Alhamdulilah ni kira kali kedua aku dan Team DOA sambut raya dengan kampung orang asli ulu batu.. dah besar-besar dah budak-budak yang kecik dulu.. kejap sangat masa berlalu.. Raya kali ni dapat banyak sponsor, rezeki deme kan.. ada kambing bakar, ada ayam bakar, laksa dan hidangan wajib raya yang lain seperti nasi impit dan lemang..

IMG_6270
Macam biasa waktu pagi akan dimulakan dengan upacara (eceh) mewarna@ lukis-lukis.. budak-budak ni part ni semua exited, tapi aku perasan ada beberapa orang diorang boleh fokus kejap je mewarna.. lepas dia dah bosan dia dah start buat benda lain seperti kacau budak-budak lain.. korang ada idea nak buat macam mana.. aku macam nak buat extra aktiviti untuk geng-geng ni tapi takde idea.. aktiviti mewarna ni pun kadang-kadang dah tak tahu nak buat apa.. kena google dengan gigih lagi barangkali.. ada member opis aku selalu rajin bagi idea dan tolong aku.. tenkiu lin.. anak-anak ni paling exited bila nak color air.. sekali sekala bolehla kan sebab nak mengemasnya mencabar juga.. aku macam dah nak kena ganti juga color air ni sebab banyak dah habis.. oh ye, color air tu istilah yang diorang sebut.. lagi satu nak cerita, soalan yang diorang suka tanya ialah akak balik gelap ke.. balik gelap tu maksudnya balik malam ke..hehe, comel kan.. sebab kalau bulan puasa kan tarawih dulu.. seronok agaknya diorang meriah sampai ke malam

IMG_6272
Nampak tak johan yang pakai songkok tu dah start conteng tangan dia.. tak larat da nak larang..

IMG_6274
IMG_6276
IMG_6277
Geng geng khusyuk

IMG_6279
Haha adik ni comel gile.. tergelak-gelak aku tengok color air sampai mercik ke muka.. pasrah pula tu bila aku nak ambil gambar.. sebenarnya dah lama juga aku tak ambil gambar diorang ni.. tetiba rasa macam nak update blog, tu yang beria juga semalam aku ambil gambar..

IMG_6280
Lukisan mereka.. nak bagi kering semua jemur dulu.. perasan tak banyak gambar teddy bear.. aku ajar diroang lukis guna lagu bulat kecil bulat kecil bulatlah besar.. tau kan tau kan lagu tu.. insyaallah next time boleh ajar lukisan budak yang lagu dia ialah hujan rintik rintik, air bergelombang..

IMG_6283
Dah setel mewarna, kak miza ketua group aku minta dorang tukar baju raya dan get ready untk ambil wuduk.. syok pula tengok diorang pakai baju raya ambil wuduk.. dah macam sembahyang raya plak aku rasa

IMG_6285
yang gegirl solat dekat dalam, lelaki solat dekat luar..

IMG_6287
Time ni kitorang suruh diorang panggil family diorang untuk join sekali

IMG_6288
Haha aku tak tahu mana muni jumpa topeng ni.. seronok dia tergelak-gelak duk main..

IMG_6290
IMG_6291
Hero of the day..

IMG_6292
view kawasan sambutan raya dari atas bukit.. rumah diorang ni ada yang dekat atas bukit.. jenuh juga bila nak naik ke rumah diorang.. aku memang dah sedia pancit, memang mengah sangat bila kena naik g rumah diorang.. baru perasan dari atas ni kawasan sini dikelilingi hutan.. patutla sejuk je rasa..

IMG_6295
IMG_6297
IMG_6298
Ain, yang tengah tu antara budak yang baik dan bagus.. pandai budaknya.. suka aku tengok.. adik-adik dekat sini bila dah biasa dengan kita, kadang-kadang tak dengar cakap.. tapi ain ni memang baik sangat..

IMG_6301
Siapa ingat lagi echem ni.. dulu-dulu malu-malu je, sekarang memang tak la.. keje dia ialah nangis bila kena usik.. haha~budak-budak yang lain suka sangat menyakat dia.. kadang-kadang bila dia nangis tu semua macam dah biasa dan biarkan je dia stop sendiri..

IMG_6284
IMG_6293
IMG_6294
IMG_6296
IMG_6304
yang ni pula gambar adik-adik ni pakai baju yang orang sedekahkan.. seronok bukan main diorang.. sebab aku perasan baju kanak-kanak jarang ada orang bagi.. pula tu, baju yang kawan aku bagi ni cantik-cantik lagi.. sebak rasa bila diorang dapat terus pakai kot.. time aku bagi tu pun berebut juga masing-masing nak.. kalau korang ada nak bagi sangatla aku alu-alukan..terutama baju budak-budak.. apa-apa boleh emel aku, norliyana.upm@gmail.com.. boleh like juga FB team DOA

Moga Allah rezekikan lagi untuk kita berkongsi nikmat dengan mereka

No comments: