Oct 11, 2019

Wonder in New Zealand: Day 4- Falling in Love with Lake Pukaki & stunning view on journey to Te Anau

Assalamualaikum..

Panjang betul tajuk.. tiga hari lepas genap 1 bulan aku ke New Zealand.. dekat group wasap rumet dah main touching-touching.. semua still tak boleh move on lagi dengan gambar.. semua still rasa macam mimpi lagi kami dah sampai NZ.. haihh entahla.. lain macam penangan NZ aku rasa..

Ok, tak salah aku time ni dalam 11 lebih nak ke pukul 12 dah.. kak neen berhenti area sini.. sini memang kawasan parking dan ada toilet juga.. aku tak expect apa-apa pun mula-mula time berhenti.. sekali bila nak parking tu, mak aihh.. apsal cantik sangat ni..


view lepas jalan dari turun parking.. dekat je.. nampak macam sama je kan dengan view sebelum-sebelum ni.. tapi lain weh.. yang ni luas terbentang tasik dia.. tanpa halangan.. tanpa jalan nak lintas.. subhanallah.. and guess what, aku terus declare ni tempat favourite aku di NZ.. mount cook tewas.. time ni baru pergi dua tempat ni je pun.. tapi sampai ending perjalanan NZ, lake pukaki no.1 di hati aku..


enjoying the view.. serius rasa ini cobaan ke apa ni.. kenapa it seems so unreal.. banyak gile video aku time dekat sini.. total video for this entry ialah 18 (ada tolak few sebab masuk next entry.. tak larat nak karang dah.. hehe).. mana pernah aku upload banyak gitu.. aku tau tu sebab aku kan resize frame video.. takdenya aku rajin nak kira



profile wasap aku dan desktop pc aku.. mungkin sebab aku nampak tinggi dan kurus dekat sini hehehe.. muka gelap pun dont care.. kamera najwa mesti nampak je kan muka.. tak move on lagi aku dengan gambar iphone.. new zealand ni apa yang aku dah move on.. hari ni aku pakai stokin NZ.. stokin terakhir yang belum pakai.. tibe-tibe kan hehe



ni kak neen tolong amikkan..siap tiru batu mana kak neen duduk.. over betul..







tepuk bahu sendiri untuk trip NZ sebab aku berjaya nampak tinggi dalam gambar.. kawan-kawan aku semua cakap aku nampak kurus dan tinggi.. nak jadi tinggi real life tak mampu.. nak jadi kurus in real life pun hanya di bibir saje.. tak pernah la berjaya.. so mampu tinggi dalam gambar pun dah happy dah.. eh aku ok je rendah, tapi biasala bila dalam gambar.. semua nak nampak tinggi kan.. eh ke aku je gitu


cantik betul angle najwa ambil gambar.. ni dengan kamera mahal.. menyesal tak tiru..



smart pulak bila gaya gambar kak nani lain..


mula-mula aku nak trim video ni part awal.. tapi ada dengar suara kak neen offer kak siti nak tolong amikkan gambar.. macam part of memory juga kan.. tak jadi potong.. kasi simpan aje.. 




ni semua dari huawei aku tu.. takde edit apa-apa kan.. huawei walaweh  wei.. aku syak sebab cahaya awesome.. terus jadi gambar extra cantik dengan view gitu


dah angle cantik kan.. harusla tumpang sekali.. hehe.. set timer.. dekat sini aku sempat video call diah dengan umi.. dadek tengah bangun tido time ni.. blur je muka dia..


mamai betul muka dia.. mama dia tanya lepas aku call tu 'adik nak g dekat cik yong tak'.. dia cakap 'tak nak sebab sejuk..' hahaha.. geng tok mi tok yaya adik ni.. tok yaya pun aku ajak aritu g NZ next time.. dia cakap, cukupla sejuk dah merasa sejuk kashmir je.. hahaha.. padahal dekat kashmir aritu ayah aku siap shopping baju sejuk tebal gile kot.. aku syak ayah kesian juga dekat penjual tu


ingatan untuk temen..


video lagi super real cantik dia weh.. nak pengsan tengok semula.. macam mimpi lagi ni aku direzekikan untuk sampai tempat gini.. alhamdulillah.. korang nampak tak orang belah kanan video tu.. dia turun bawah weh.. ni sudah bagus ni.. confirm bawah lagi superb kan.. aku tanya kak neen dulu, boleh turun ke.. bila kak neen kata ok baru berani.. 


perjalanan nak turun.. batu ni besar-besar juga.. cuma sebab tak licin je kugagahkan juga.. walaupun pakai kain, okla untuk turun.. sebab laluan dia masih ok.. cuma jauh betul rasa nak sampai


video dan gambar ni semua guna tripod.. tripod yang panjang punya.. tripod aku tu dah rosak weh.. still boleh pakai lagi tapi macam hilang skru.. padahal baru beli sebab tripod lama dah karat kena air laut.. pasrah dah aku.. tapi berjasa la tripod ni untuk video dan gambar belah bawah ni.. aku rasa aku ada ajak diorang join.. tapi diorang tak boleh.. kenapa aku tak ajak najwa ek.. aku syak najwa jauh dari aku kot time ni.. oh, najwa p solat rasanya dengan kak nani..



ni baru halfway.. kita mana boleh buat kerje separuh-separuh kan.. harusla turun juga sampai bawah.. haha, dan dan kan..


gambar pertama aku ambil bila dekat bawah.. aku terset setting gambar bergerak.. mungkin tak ubah setting dari dalam kereta.. time gambar ni kalau tengok dekat hp, nampak aku macam nak terjatuh.. nasib masih selamat.. hehehe.. nak ke batu tu kena melangkah juga.. part tu yang tak balance sikit.. tapi kalau jatuh pun tak dalam, cuma sejuk kebebeh la.. 




Lepas 4x snap, baru terfikir apsal tak amik video je.. nanti aku boleh screencap je.. susah juga weh nak set timer lepas tu nak pergi ke batu ni balik


video ni aku tak potong langsung.. nampak struggle kan demi video.. aku ada je bluetooth clicker tu.. tapi nape tah aku tak selesa sangat nak guna.. aku memang pakai seluar heat tech belah dalam.. insyaAllah selamat la part nak ngukah tu.. ngukah tau tak apa.. memanjat..







gambar-gambar screencap.. jadila kan.. tapi kalau print besar ni nampakla pecahnya.. untuk dalam blog ok sangat dah


ni pulak video struggle cari angle.. soothing kan dengar bunyi air tu.. amazing dia tahap level tak boleh nak explain


setelah jumpa the right angle


view belah sini tak nampak gunung salji, tapi nampak lebih tinggi.. hehehe muka lebih clear dekat sini



ni semua gambar original.. bukan dari video..


batu side yang aku ngukah.. uuuuu machonyee muka aku hahaha... 


aku sempat duduk kejap je.. lepas tu dah kena jerit naik atas.. hehe.. perjalanan masih jauh.. tapi aku puas hati la.. rasa dia lain bila dapat turun bawah.. aku pegang juga airnya.. kenangan terindah untuk aku dan blog.. diorang yang bleh solat, terus jamak dekat sini sebab area sini ada toilet..


stunning scenary.. langit tu, rasa geram nak cubit pasai cantik ngat.. #bbnu


nampak tak benda putih tu.. kapal terbang.. lebih clear dekat video bawah nanti


apa ni air dekat jambatan pun superb gini.. macam tak payah usaha dah jumpa air cantik gini.. rezeki penduduk sini betul.. tu bukan burung tau.. masih kapal terbang yang sama.. apa tah dia panggil kapal terbang kecik gini


ni video yang aku cakap tu.. aku syak sini la tempat runningman buat yang skyriding ek.. yang kwang soo meleleh air liur ada ubat dia tu.. ni aktiviti orang kaya ni.. beratus NZ dollar juga tak salah aku..







dah masuk area kering.. langit dia kan, tak taula nak cakap.. walaupun mengadap langit yang sama, feeling dia lain.. biru dia kan macam yang kita tengok dekat tepi pantai.. jenis terik cantik tu.. serius rasa tenang je tengok biru.. alam kan memang menenangkan







ni yang aku cakap aku kagum macam mana tempat salji, ada juga tempat kering.. amazing kan.. subhanallah.. kerdil betul rasa diri.. dekat lake pukaki tu aku touching gile kot..  rasa tak berdaya weh, rasa kerdil betul diri.. siapala ko na kalau nak banding dengan ciptaan Allah yang lain.. buangla sombong dan bangga diri tu..apa sangatla yang kita ada kan..


macam kanvas lagi kan.. serius aku rasa NZ ni magical.. macam mana dari salji boleh ada kawasan kering gini pulak.. perasaan dia macam apa ni apa ni.. subhanallah.. ajaib betul.. takkan habis rasa kagum.. 




dah jumpa tempat cantik.. apa lagi.. posingla kan





cover majalah remaja.. kami remaja di hati tau.. kak nani turun juga aku rasa.. lepas ambil 1 2 gambar biasa dia akan masuk dalam kereta dulu.. respect aku dengan kak nani.. takde pun sound kami atau tunjuk rasa tak selesa kami berlama-lamaan untuk ambil gambar.. yela, kitorang ni bila dah jumpa tempat cantik selalu lupa diri.. i guess tolak ansur is the most important factor bila travel in group kan




macam biasala posing wajib.. pandang depan, kanan dan kiri.. hahaha.. aku syak aku gerak lebar time ni sebab diorang cerita benda kelakar.. hehe aku tak tau angle aku cantik kanan ke kiri.. ada orang kan angle kanan nampak kurus.. aku rasa dua-dua angle pun nampak double chin.. aahh, lantak..





behind the scene.. siap ada art director.. stunning kan langit dan gunung belakang tu


bagus kan





runsing plak aku bila nak buat photobook nanti.. macam mana nak pilih gambar ni


perjalanan kami diteruskan lagi






lain macam matahari dia kan.. 



mute sound sebab tengah cerita perkara personal.. close up view gunung kering..


chill bebeh



kami berhenti jalan sini sebab nampak sekawanan kambing.. NZ kan antara signature dia ialah kambing gebu


bila kami turun kan, tetiba semua geng kambing ni menjauh.. ni yang rasa nak nyanyi ni.. menjauh.. hati tetap setia.. ada ke ek lagu tu.. aku lupa dah


kambing yang kian menjauh


kami cuba juga nak ke arah diorang lari.. tapi tak maunya dia tunggu kami


patutla nabi-nabi dulu banyak kerja jaga kambing.. untuk train kesabaran.. gile tak susah nak control kambing ni.. teringat time runningman cuba nak perah susu kambing.. kan merata kambing tu lari




aku nak ambil gambar dekat tengah jalan tapi sebab rushing.. tak dapat angle best.. macam biasa pegangan aku.. jadilah, dari takde langsung kan





nampak tak kambing.. hai la kambing.. okla.. aku rushing nak balik rumah ni.. sambung nanti ye..

No comments: