Tuesday, November 1, 2011

Rumah yang kena cabut undi

Assalamualaikum..

Ada tak ek gaknye antara kawan-kawan aku yang nombor dia naik time cabutan undi Rumah Prima..lama da sebenarnya cabutan ni dibuat,da 2 minggu kalo tak salah aku..tiba-tiba aku kagum sebab aku ialah salah seorang antara 7000 orang yang mendaftar untuk rumah tersebut..aku bab-bab rumah ni memang failed,nasib baikla ayah aku ni jenis tak putus-putus bagitau aku untuk carik rumah..dia tau kot anakanda tercinta dia ni selagi tak beli aset selagi tu duit tu kemana-mana tah anak dia ni pergi salurkan..hehe

Dalam seminggu sebelum cabutan ayah aku tanya nak tak daftar untuk beli rumah dekat Presint 11..kalau nak harapkan aku tengok dekat berita memang takla..semua ayah aku tolong buatkan,dia tolong daftarkan aku jugak..tiba-tiba rasa aku macam tak layak je pegang umur 25 tahun..manje bukan main lagi..hehe,time ayah aku daftar tu aku memang da tau da akan ada undian..tapi aku duk ingat diorang cabut undi tu senyap-senyap je dan dia akan bagitau kita sama ada kita dapat ke tak..sekali lepas da daftar tu ayah aku kata kena pergi majlis cabut undi plak da…aduhai,aku ni liat betul kalau kena pergi tempat ramai-ramai orang..dengan lelah nak carik parking semua..tapi bila fikir susah payah ayah aku tolong daftarkan,aku gagahkan jugakla pergi..

15102011046
Nasib aku pergi dengan ila..kalau aku pergi sorang memang confirm la aku akan patah balik..hehe,cepat give up rupanya aku ni..aku sampai dalam pukul 9.30 pagi,memang 3 4x jugakla main u-turn nak carik parking punya pasal..

15102011047
Event ialah buat dekat dewan Pusat Kejiranan/Komuniti Presint 11..kalau sampai pukul 9.30 memang jangan harapla ada tempat duduk dalam dewan tu..pukul berapala kan agaknye diorang ni sampai..

15102011052
Nasib baik jugak dia memang sediakan tempat yang sangat banyak dekat luar..aku nampak ada meja yang sediakan makanan dan minuman,mula-mula macam tertanya-tanya jugak dia jual ke ek..bila tengok orang pakat amik je aku pon amik jugakla..memang berbaloi la datang sebab sampai-sampai je kitorang terus makan dulu..aku rasa bersyukur jugak sampai lambat sebab time aku sampai tu PM pon baru sampai jugak..kira aku setaraf jugakla kot ngan PM…opppsss,hehe

15102011048
Board senarai undi..time nak pergi ni pon aku duk serba salah jugak..aku ni asik duk main serba salah je..tu yang kalau korang pernah bercakap dengan aku perkataan ‘kot’ mesti ada dalam setiap ayat aku..not goot,not good..dalam usaha nak ubah habit ini..aku duk serba salah sebab tak tahu kena bawak apa-apa ke ek..sebab ayah aku memang takde bagi apa-apa borang pon..kang kalo nombor aku naik kang aku nak tunjuk apa plak la sebagai bahan bukti..ceh,ada pasang impian jugak nak nombor naik tu..rasa macam main nombor plak hehe,aku tengok orang lain cool je tak bawak pape so aku pon buat-buat cool jugak..

15102011050
RUmah contoh..cantikla landmark dia..kalau dapat memang sangat beruntung..bila da 7 8 tahun duk Putrajaya ni da rasa macam tak nak keluar da..rasa selesa dengan kawasan dan suasana..

15102011056
Lepas selesai berucap-ucap semua, Datuk Seri Najib cabut undi dalam kotak besar ni..dalam 10 undi camtu pastu dia stop..kejap je la kiranya dia duk cabut undi..yang mencabut undi seterusnya ialah macam wakil-wakil dari taman kot..aku dengar macam ada dari surau-surau di sekitar Putrajaya jugak..Tengku Adnan pon ada datang jugak lepas Najib balik..

1510201105815102011059
Suami dan isteri..Perghhhh,terpana aku bila tengok diorang dekat-dekat..tahap terpana aku samapi tergamam nak hulur tangan dekat Rosmah..hehehehehehe eh tergelak panjang plak heeee,kebetulan plak tempat duduk aku dan adik aku memang strategik..dekat pathway diorang nak kuar..tu yang dapat amik pic dekat-dekat..

Aku tunggu tak lama pon sebab mak aku ajak p aqiqah sedara tengahari tu..undi tu rupa-rupanya diorang cabut banyak-banyak dan dia akan papar dalam website dia..aku punya no ialah 2499..time duk aku tengah tunggu tu tiba-tiba MC tu sebut 2.4.9……………………………..8??!!haha~tertekan babe sebab satu lagik je nombor aku..itu namanye orang kata da memang bukan rezeki kita kan..adik aku tanya ‘Yana buat solat hajat tak’..hehe,memang tak buat pon..konon-konon macam tak bersungguh nak rumah tu tapi bila nombor sipi-sipi ada hati plak kan aku nak berdebar..hehehe

Dalam minggu yang sama aku dapat jumpa Tun M dan Najib..mungkin itu petanda aku bakal PM pertama wanita..perghhhh hehehe angan-angan itu penting Open-mouthed smile

Yana Sayang Kamu!

6 comments:

MrS. F!zA said...

hihihi..dh tkde rezeki..kalo liyana dpt tu memang besttttt!

Mama Gee said...

7000 yg daftar? adess ramainyaa...
bestkan kalo dpt...

Liyana said...

wahhh! kak semah! nak sain, hehehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

ada gak teringat nak daftar ritu... pastu asyik la terlupa... alih2 dah tutup pun permohonannya... huhu

Yana Kama said...

Kak Fiza:tu la kan kak..memang jadik warga tetap putrajayala kalo dapt hehehe

Kak Gee:ramai kan kak..orang yang no kecik2 duk bising jugak ritu sebab no diorang jarang naik

Liyana:ekekeke,tu la..terkaku plak bila depan dia..tak sempat nak minta sign

Salwa:hehe,diorang cakap nanti dia akan buat lagi..kita tungguuuu ye :D

NuruL SyuhadaH said...

cane nk dftar ek yana? hihi