Jun 12, 2018

Irresistible India- Agra: Kedai Leather, Lunch dan road trip to New Delhi

Assalamualaikum..

Jenuh nak cari balik dekat mana aku stop entry.. kena study balik gambar last semua.. yana boleh yana boleh.. champ yang aku selalu cakap dekat iman bila nak suruh dia buat sesuatu.. iman boleh iman boleh hehehehe...

lepas Agra Fort, aku ada bagitau dekat Vijay, pemandu pelancong kitorang yang aku nak cari beg yang shawlpublika jual tu.. yang beg keras tu.. zaman aku pergi ni tak banyaklagi orang jual beg gitu.. sekarang ni dah bersepah weh.. khemah putih depan masjid besi pun jual.. gigih jugala vijay cari, yang pastinya dia carik dekat kedai mahal.. tak jumpa juga.. aku pun pasrah je.. sebab aku pun tak tahu kat mana ada jual beg gini.. 

Sebelum kami lunch, dia bawa kami ke kedai leather.. asalnya tak nak beli, tapi berjangkit-jangkit semua membeli.. well, cannot resist maa.. hehehe

adik laki aku beli belt.. harga RM50.. ok jugala untuk design leather kan..


maryam usha wallet.. tak salah aku yang beli wallet ialah umi, maryam dan mak milah.. mak milah tu semua dia beli hehehehe..



aku tak usha sangat sebab takde aim apa konon-kononnya.. layan main dengan budak-budak ni je..


certain kedai mereka serve tea.. kedai mahal-mahal agaknya.. tea dia rasa herba.. ayah aku ok je.. tak pernah aku dengar ayah merungut tentang makanan.. hebat kan.. ayah with his bestfriend



joyah sangat muka aki tu.. eh takde pulak gambar aku beli beg.. aku tewas korang.. aku beli juga sling beg uolls.. setelah lama tak beli beg mahal.. beg mahal pada aku ialah RM200, bersamaan dengan beg murah bagi kak shira hahaha.. kakcik tu tiap-tiap bulan beli beg.. sayang jugala aku dekat beg tu.. nanti entry last aku share apa aku beli dekat india and worth it ke tak.. kalau berjaya habis entry india la hehehehe


Next, kami ke kedai makan.. konon-kono kami dah pandai sikit hari pertama.. kami check dulu harga time vijay bawa pergi kedai.. kedai 1st,reject.. harga lebih kurang kedai semalam.. vijay ok je.. dia bawa kedai lain.. sekali kedai 2nd nampak lagi mewah dari kedai 1st.. sabar je la.. sebenarnya, boleh je kita nak berkeras nak p suh dia bawa kedai lain.. tapi kami pun dah penat kan.. ada warga berusia dan kanak-kanak kan.. jadinya, better is korang dah aim kedai siap-siap sebelum sampai agra.. so boleh arahkan je tour agent untuk pergi kedai kita suka..

Kami pilih juga kedai ni sebab dia ada buffet set, per head 500 rupee = RM30.. quite ok compare tu kedai 1st sebab kita boleh topup lauk sesuka hati.. so kitorang makan dekat sini..



kari ayam.. eh ke kambing yang ni.. tak ingat dah.. taste sedap je. time ni aku masih selera lagi food sini..




roti wajib di mana-mana.. sedap cicah kari..


air lemon something.. yang ni additional..


desert depa, tapi macam biasa tetap ada rasa herba..


yang ni katanya macam ala-ala pencuci mulut juga, tapi aku tak ingat nama apa..


cantikkan bekasnya..

Kami tumpang solat dekat sini.. takde bilik solat pun, cuma dia ada bilik kosong dan dia letak alas meja.. jadila kan, sebab lepas ni kami terus nak ke new delhi.. aku rasa kul 4 petang juga kami gerak ke new delhi..


total kos.. RM330.. mahal gila.. tapi kitorang 10 dewasa, 2 kanak-kanak.. sepatutnya food india tak mahal gini.. faktor kedai.. kedai ni mat saleh sokmo yang masuk datang makan.. so, nak buat macam mana kan.. nak jimat, survey awal.. dont trust your agent 100% sebab depa ada komisyen bawa g kedai tertentu..



berpisah sudah kami dengan vijay.. dia je la satu-satunya tour guide kami di India.. Agra sahaja.. New Delhi dan Kashmir enggak ada tour guide.. ada driver je.. aku pun tak tahu arrangement agent.. ada pro and cons la bila takde.. pro nye sebab lebih bebas dari segi masa, cons nya ialah mungkin kita miss certain must do things sebab takde advice.. driver kami senyum je, takde kabo gape 


Dah masuk highway.. tak salah aku sepatutnya sampai Delhi 3 jam je.. tapi kami sampai 4 jam ke 5 jam gitu sebab Delhi jam.. orang baru balik keje kan..



tol depa.. ni kira cantik tolnya



ada apa ek dalam ni.. lembu ke ek.. eh ke aku nak ambil driving licence bablu.. tak ingat dah..





touch down @delhi.. dah nampak dah ura-ura jammed..


kawasan yang kitorang lalu ni kira kawasan government..





nampak tak macam ada monumen.. aku pun tak pasti monumen apa.. pemimpin diorang mungkin..






jurutol duduk luar pondok..


hi salman.. aku ingat salman dah tak famous sangat dekat sini.. tapi banyak je iklan dia ada..


ini ialah kawasan hotel kami.. sederet ni hotel korang.. pada aku kawsan sini strategik sebab senang sangat nak cari makan.. kawasan pun tak sunyi..


Alhamdulillah, sampai pun hotel kami.. dah janji siap-siap dengan Bablu nak jumpa pukul 9 esok pagi.. jalan-jalan Delhi pulok..

1 comment:

Ann Ishak said...

highway diorang nampak macam okay jugak system nya :D