Nov 25, 2018

Dreaming Trip to Korea: Day 3~ Sepagi di Sekitar Hotel

Assalamualaikum..

Hari ketiga kami free satu hari.. wohooo, syoknyeee... walaupun 1 hari tu macam panjang kan masa, tapi bila berjalan rasa kejap je masa berlalu.. hari ni juga kami kena check out pindah hotel dekat area Itaewon sebab hotel yang aku duduk ni dah fully book.. mencabar juga nak kemas bila dah tukar hotel.. 

Subuh tak salah aku pukul 4.30 pagi.. pukul 6 tu dah cerah la..


view dari bilik aku.. hujan masih belum berhenti dari semalam.. aku rasa 2 hari hujan tak berhenti.. petang sikit baru hujan reda.. aku macam dah tak ngantuk lepas subuh.. serba salah juga nak jalan mula-mula bila hujan.. tapi rasa rugi pulak.. so aku redah je turun..


sepagi di Myeongdong.. Korea dah start snow weh.. syoknyeeee lahai.. aku ialah bukan orang yang suka sejuk tapi ada jugala exited nak tengok snow turun.. time aku pergi kashmir aritu dah hujung-hujung snow.. belum direzekikan nak tengok snow turun.. 



pagi ahad sunyi je.. cuti agaknya




i wish its a halal food.. banyak wishlist makanan korea aku tak tercapai


cara diorang pick up sampah besar.. kagum aku.. ni kalau asri nampak ni dia mesti lagi exited.. dia kan kaki inovasi.. sama macam jepun, sampah depa takde bau pun.. hebat sungguh





aku main jalan je tanpa tujuan.. aku tak bawa pocket wifi sebab aku aim nak amik jalan straight je.. silap weh percaturan aku.. i should bring it.. eh tapi aku rasa aku tak bawa maybe sebab hujan, takut basah.. jenuh nak mangganti balik kalau rosak


tempat buat kad staf maybe..


kenapa aku amik gambar ni ek.. aku lupa dah


kasut aku dah basah habis.. menyesal jugala tak bawa kasut snow tu.. kasut tu kalis air.. aku pun tak study weather korea kan.. bila kasut dah basah, air dia naik menjangkit sampai ke seluar.. memang disaster habis weh.. seluar tu aku tak sempat keringkan pun.. 


dia sapu sampah time hujan.. dahsyat work ethics dia.. eh cakap pasal work ethics, kelmarin aku ada english test.. yang macam MUET tu.. yang part 2 listening topik dia ialah business ethics.. aku tak leh jawab weh.. listening kan dia akan ulang 2x.. time aku mula-mula dengar, aku panik weh sebab tak dengar dia cakap apa.. tak taula sebab slang dia or memang suara dia macam tak keluar habis.. sakit hati kite.. sebab sakit hati, aku keluar awal exam.. hahaha, aku tanya asri sebab dia pun jawab juga test.. dia pun tak dengar juga.. so bukan salah telinga aku la.. 



Bank


time aku jalan ni, aku nampak  Myeongdong cathedral.. aku pun melencong ke sini.. inilah punca kau sesat weh time balik.. sebab aku dah tak ikut jalan lurus.. aku memang fail bab jalan ni.. takpela, part panik tu aku cerita hujung-hujung


journey nak naik ke cathedral.. jalan dia agak steep, so air mengalir laju jugala..



gambar-gambar yang aku amik sambil rakam video.. cantik weh architecture dia.. time malam kan tak nampak clear sangat..


monday prayer.. teringin juga aku nak tengok belah dalam.. tapi cuak pulak sorang-sorang nak masuk.. kalau ada geng aku masuk je aku rasa..


ni je gambar yang aku amik.. real photo lover dont care about hujan.. nak cari handphone waterproof la lepas ni.. aku ada rasa nak cari tripod baru.. yang tripod aku sekarang susah sikit nak bukak.. so tu yang malas nak guna.. yang aku baru usha tu nampak macam senang je.. 


view sekitar.. aku nampak memorial building, terus teruja gile nak masuk




Lets take a look inside memorial place.. aku pun kagum aku berani masuk.. ni tempat plastik payung.. ada 2 saiz lagi..


ada cafe



aku turun belah bawah pulak.. gambar gegar pulak



ada kedai buku tapi sebab pagi tutup lagi.. aku teringin gile nak tengok tempat memorial diorang.. cerita korea kan selalu banyak scene tempat gitu.. tapi macam kena naik lif.. nampak macam kena pakai kad.. tapi aku pun tak sure.. dalam berani ada takut juga la.. hehe


ni aku keluar dari entrance belah bawah.. full map area church





tengah-tengah aku amik video artifak, aku tetiba nampak orang berpusu-pusu datang.. eh ada apa ni.. time ni belum 11.11 or black friday lagi hehehe


gigih weh aku ikut diorang.. geram juga aku nak follow..  




ramai dia memang ramai tiba-tiba.. adakah diorang semua baru turun bas yang sama.. sebab memang segerombolan beramai-ramai.. kagum aku.. terus rasa malu, diorang time hujan pun pergi church.. kita mampu ke buat gitu untuk datang masjid kan.. time cuaca baik pun belum tentu aku rajin.. Allah..


Lepas aku usha diorang, aku pun beransur balik sebab nak bersiap untuk check out.. on the way tu aku terjumpa orang korea.. aku kan acah-acah ramah bila diorang pandang.. dia pun senyum.. aku cuba cakap nama aku dalam korea.. bila dia cakap korea aku blur.. tetiba dia tanya aku, 'do you love jesus?'.. of course aku cakap 'yes, i love jesus'.. Nabi Isa kan, of course kita sayang.. dia pun bagi aku risalah.. sekali lagi aku rasa terpukul.. hebatnya dia boleh sampaikan agama dia.. to foreigner kot.. Aku? insaf lagi..



on the way nak cari jalan pulang, aku nampak kedai ni aku tulis dia jual goguma.. aku pun cakap korea dengan ajushi tu.. tapi usia ajushi tu dah macam arabuji juga la.. 'ajushi, gogouma opsoyo'.. takde weh.. hah, hancur lagi hati aku.. strawberi dan goguma semua ada zaman musim sejuk.. oh ye, goguma ni sweet potato je sebenarnya.. tapi sebab cerita korea asik tunjuk kan.. teringinla nak rasa.. and ingat tak cerita sesat aku kata, aku rasa mart ni la one of distraction nye..


choo sarang


time ni aku dah berpusing-pusing.. menggelabah juga tak jumpa jalan nak balik.. aku takde data, aku cubala cari free wifi available.. ada tapi tak kuat.. cuak dia weh, tuhan sahaja yang tahu.. sudahnya aku patah balik cari church, dan alhamdulillah jumpa.. serius aku memang tak boleh ingat kalau dah masuk simpang jalan.. simpang empat pulak tu.. habis semua simpang aku cuba.. so pengajaran dia, kalau tak bawa data, memang aku mampu jalan straight je.. can not masuk mana-mana simpang dah


nasib aku tak pergi tanya arah dekat diorang hehehehe



pamplet yang orang korea tu bagi


aku beli epal.. seribu lebih won juga.. aku mula-mula nak tanya harga je.. sekali ajushi tu scan.. pasrah je la.. aku masuk-masuk tu kak yus and sarah dah siap dah.. melompat la aku.. dengan seluar kasut basah je.. sorry korang.. sebelum kitorang check out, kitorang nak naik rooftop sebab saje nak tengok.. malam tadi dah tutup dah.. asri kata malam sebelum tu dia pernah pergi, tapi orang ramai gile so dia cancel


katanya garden, tapi takdela garden sangat pun.. tapi cantikla juga


Namsan Tower dari kejauhan





aku macam biasa, pantang jumpa cermin.. eh tapi smart pula bila tengok gambar ni


yang ni area belah dalam.. ada coffee free.. ada americano dengan coffee apa yang double shot tu? espresso ek..








nampak nampak.. jumpa cermin lagi



baju aku ni pun basah sikit juga sebenarnya.. aku keringkan pakai heater bilik


siap ada pemanas


kami tinggalkan beg dekat hotel.. tengahari karang baru datang ambil


to the palace we go!

No comments: